Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS KENINGAU

Tutorial

APRESIASI HASIL KARYA


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
SEMESTER 6, 2018.

NAMA : 1) SITI HARIJAH BINTI AMAN


2) MICHELLE CHAI HUI SHIEN
(96010-13-5282)
3) RINA GOBRIN YUNUS
(960220-12-6958)

KUMPULAN : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL,


SEMESTER 4 AMBILAN JUN 2015.
KOD KURSUS : PSVK3103
NAMA KURSUS : PENGKARYAAN KREATIF

NAMA PENSYARAH : AHMAD MOHD YASIN


TARIKH SERAHAN : 25 JANUARI 2018
Still Water Run Deep

Karya Still Water Run Deep terinspirasi daripada falsafah China iaitu konsep yin-yang.
Konsep ini sering digunakan untuk menggambarkan pergantungan. Yin dan Yang adalah
pelengkap antara satu sama lain, misalnya wanita (yin) dan lelaki (yang) saling memerlukan.
Begitu juga bagi bayang-bayang tidak akan wujud tanpa ada cahaya. Justeru konsep ini
diterapkan dalam penghasilan karya Still Water Run Deep ini bagi menyampaikan mesej
bahawa kehebatan atau kejayaan haruslah dilihat pada semua sisi, tidak pada sisi tertentu
sahaja. Misalnya dua ekor ikan emas yang dijadikan subjek utama dalam karya ini
menampakkan ciri visual yang berbeza, yang mana membawa maksud kepada kebergantungan
antara satu sama lain.

Penghasilan karya ini adalah berdasarkan aliran seni pictorial yang memudahkan bentuk
objek matter. Ini bermakna aliran seni ini lebih menggunakan simbol untuk menyampaikan
atau mengekspresikan mesej dan perasaan pengkarya. Oleh itu, karya simbolisme ini akan lebih
menegaskan rupa secara visual.

Jika dilihat dari sudut unsur formalistik seni, karya ini mengaplikasikan pelbagai rupa
organik yang berulang-ulang sehingga menghasilkan ruangan garisan. Kualiti garisan misalnya
tebal atau nipis ditentukan dengan ruang di antara rupa organik yang ditampal pada permukaan
kertas. Ini menghasilkan jalinan sentuh pada corak-corak yang dihasilkan oleh rupa organik
kertas tersebut.

Dari segi aplikasian warna pula, pengkarya menggunakan warna sejuk (biru) sebagai latar
belakang manakala warna panas (merah dan kuning) untuk memberikan kontras pada rupa-rupa
ikan yang dihasilkan. Ini memberikan kesan penegasan yang dominan kepada rupa.

Kedua-dua rupa ikan tersebut dihasilkan menggunakan perspeptif ruang yang seimbang
iaitu ikan di sebelah kiri mempunyai saiz, gaya, warna yang hampir serupa dengan ikan di
kanan. Pengisian ruang adalah agak luas untuk menumpulkan perhatian pertama kepada
rupa-rupa ikan tersebut. Syarat kesatuan telah dipenuhi melalui ini kerana komposisi ruang
saling memenuhi antara satu sama lain menghasilkan keseimbangan. Hal ini mengaplikasikan
nilai ekonomi yang mementingkan konsep "less is more" dalam karya tersebut.

Prinsip seni kepelbagaian dapat dikesan dengan rupa-rupa organik yang direka secara
spontan. Terdapat ada yang menggunakan garisan lurus dan ada juga yang menggunakan
garisan melengkung. Ini memberikan kepelbagaian kerana terdapat perbezaan kepada setiap
rupa kepingan kertas yang dihasilkan. Selain itu, pengulangan warna merah dan kuning yang
digunakan memberikan kesan harmoni kepada rupa ikan. Ini menjadikan satu kesatuan pada
unsur warna yang terdapat dalam rupa ikan.

Bahan yang digunakan semasa penghasilan karya Still Water Run Deep ialah gunting,
gam, pensil dan kertas berwarna. Sebelum memulakan proses pengkaryaan, pengkarya telah
melalui proses artistik yang melibatkan kajian dari segi sumber ilham dan olahan idea. Sumber
idea berdasarkan gambar yang dirujuk di internet memberi inspirasi dalam proses artistik ini.
Setelah itu, beberapa kajian komposisi dilakar supaya bertepatan dengan falsafah karya yang
ingin disampaikan. Akhirnya, subject matter ikan telah dipilih sebagai subjek utama yang ingin
ditonjolkan selain air sebagai latar ikan. Langkah pertama dalam penghasilan karya ini ialah
melakar komposisi karya yang telah dipilih. Tindakan ini membantu pengkarya mengenal pasti
kelemahan karyanya untuk ditambah baik di masa hadapan.

Setelah itu, kertas warna asas iaitu merah, biru, kuning digunakan untuk mewarnakan
karya ini secara simbolik menggunakan rupa organik dan geometri yang digunting secara
rawak pada kertas. Kemudian, kertas warna disusun dan dilekatkan pada rupa subjek matter
secara rawak pada salah satu ikan emas manakala secara tersusun pada ikan yang kedua untuk
menunjukkan satu pertentangan secara visual mengenai falsafah di sebalik hasil seni ini.
Setelah subjek matter utama siap ditampal tanpa berlakunya pertindihan, latar belakang
dihasilkan. Pada bahagian ini, pengaplikasian rupa organik ditegaskan supaya subjek utama
karya dapat ditonjolkan. Akhir sekali, aspek kemasan diambil kira dengan memastikan kertas
tampalan suda dilekatkan dengan kemas.

Rujukan
Osgood, Charles E ( 16 November 2008) "From Yang and Yin to and or but." Language 49.2 (1973): 380–412 .

Giovanni Monastra: "The "Yin–Yang" among the Insignia of the Roman Empire?," "Sophia," Vol. 6, No. 2 (2000)

Anda mungkin juga menyukai