Anda di halaman 1dari 7

Semenjak abad ke-10 di Asia Timur, gambaran alam semula jadi biasanya merupakan

tema ulangan yang disukai oleh kebanyakan artis. Di sebalik seni sejarah ala-Barat,
karya seni bertemakan landskap diketepikan awal-awal lagi demi mengutamakan karya
seni bertemakan agama dan sejarah.Ternyata, karya seni landskap mendapat sambutan
apabila terdapat artis yang mewujudkan teknik-teknik baharu dalam mencapaikan
dimensi dalam karya-karya seni mereka sendiri.

Kebelakangan ini, karya seni landskap jarang didapati dalam seni kontemporari
Malaysia kerana pelukis tempatan sekalian memfokuskan karyanya dalam bentuk
abstrak dan figuratif.

Dengan pameran The Grass is Greener on this Side yang diadakan di Galeri Core
Design bermula 26 Januari hingga 12 Mac depan diharap dapat mengembalikan
kecantikan dan kemuliaan landskap semula jadi di mana pelukis tempatan dapat
meluahkan pelbagai karya landskap alam semula jadi yang merupakan interpretasi
tersendiri, melalui penggunaan medium yang baharu.

Dengan apa yang dipaprkan melalui pameran seperti ini akan dapat menimbulkan
perasaan ghairah atas unsur-unsur alam semula jadi di Malaysia yang cukup sempurna.
Lebih menarik, ini merupakan kali pertama di Malaysia, Benedetta Segala Ghani
memimpin pameran ini sebagai kurator, selain menyumbang, berkongsikan
pemahaman dan pengalaman seninya yang mendalam dengan pelukis-pelukis
kontemporari tempatan.

Benedetta Segala Ghani merupakan seorang pelukis Itali yang telah mengadakan 12
pameran solonya selain pelbagai penyertaan dalam pameran seni di luar negara
terutamanya di Perancis, Itali, Amerika Syarikat dan sebahagian negara Asia.

Benedetta juga menyuarakan pendapatnya terhadap para pelukis yang terlibat dalam
pameran kali ini. Jelasnya hasil karya yang dihasilkan oleh pelukis tempatan
mempunyai nilai dan gaya seni yang tinggi.

“Karya-karya yang dipamerkan ini cukup unik. Bukan sahaja lukisan bahkan pelbagai
lagi karya-karya seni lain seperti arca turut dipamerkan pada kali ini.
“Paling mengejutkan saya ialah hasil seni yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis
Malaysia yang mempunyai “nilai serta nyawa” seperti mana hasil-hasil seni yang
dihasilkan oleh pelukis-pelukis terkenal dunia.

Perkembangan serta perjalanan seni di Malaysia semakin ke depan dan tidak mustahil
selepas ini bidang seni di negara ini akan setanding dan setaraf dengan kuasa seni dunia
yang lain,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Kelana Jaya, Selangor
baru-baru ini.

Bagi pelukis, Raja Lope Rasydi, karyanya kali ini yang berjudul Verticall
Horizonemerupakan sebuah karya yang mempunyai maksud yang sangat mendalam.

Secara luarannya, karya Raja Lope kali ini juga seperti karya-karyanya sebelum ini
yang mengekalkan ciri-ciri futuristik dan tradisi namun diselitkan dengan beberapa
karakter tambahan yang perlu dilihat secara halus oleh penggemar lukisan.

“Saya menyelitkan beberapa karakter seperti binatang yang hampir dan telah pupus di
dunia. Ini merupakan simbol terhadap karya saya ini yang menyatakan tentang
binatang serta unsur alam perlu dijaga oleh sekalian manusia,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengalaman tinggal di kawasan berbukit yang dilalui oleh Shafarin
Ghani turut diterjemahkan ke dalam hasil lukisan berjudul Gunung Jerai. Jelasnya
pengalaman berada di kawasan tersebut dilakar dan digambarkan melalui karyanya kali
ini.

Bagi pelukis muda, Husni Osman dengan karyanya berjudul Kampung Lembah
Benaturut menerangkan tentang pengalamannya di sebuah kampung yang kini sudah
lenyap akibat pembangunan.

“Saya terjemahkan pengalaman serta nostalgia zaman kanak-kanak sebelum ini di


sebuah kampung di Selangor yang kini sudah tiada akibat kesan pembangunan yang
dijalankan. Nostalgia tersebut tidak akan kembali lagi kerana kesemuanya telah
musnah,” katanya.
Karya arca berjudul Frontier 2015 hasil artis Annabelle Ng juga mempunyai
pemahaman yang tersendiri mengenai alam. Karya ini secara kritisnya menerangkan
tentang hubungan manusia dan alam semesta.

MEDIA CAMPURAN DALAM KARYA SENI

Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat
lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian
mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak
yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu
ialah darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah.
Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning
yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat daripada
tumbuh-tumbuhan.

Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan
oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah,
Manganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala
bijian yang dihancurkan dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan,
madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan
jingga.

Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu
seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis
yang tersohor. Pada zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi
penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama
terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti “The Last Super” dan imej
“Madonna and Child” merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zaman
Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbagai teknik dan teori
dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.
Catan Media Campuran Barat

Karya catan ‘mixed media’ atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu aliran
Kubisme yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain cat
minyak, cat air atau akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau
menggunakan potongan kertas atau kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk
‘Three Musicians’ antara 1910 hingga 1912.
Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik
menghasilkan karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa dalam
seni tampak.Karya awal ‘mixed media’ lebih menggunakan material seperti metal,
barang kemas dan perhiasan berbanding kini ia terdiri dari gabungan pelbagai bahan.
Bagaimana pun penggunaan aspek formalistik tetap sama.
Antara artis yang menggunakan ‘mixed media’ adalah Carlo Crivelli yang
menggunakan kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk St.Peter.Henry
Matisse menggunakan cat gouche dan potongan kertas menghasilkan Sorrows Of The
King pada 1952; mana kala Rauschenberg menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan
menggabungkan cat dan paku dalam karyanya.
Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada
pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative, alam
sekitar dan alam benda.
Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art menyebabkan
catan tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan aliran ini membentuk aliran
untuk membuat catan mixed media. Di dalam catan media campuran teknik yang
digunakan banyak kolaj dan asemblaj. Ini dapat dilihat dengan adanya pameran yang
terbesar di Museum of Modern Art (New York) yang mempamerkan karya asemblaj
yang bertajuk “The Art of Asemblaj” pada tahun 1961 . Pada tahun itu merupakan
satu langkah pembaharuan di dalam dunia catan di mana penghasilan karya ini adalah
gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan bahan catan media campuran
seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu, plastik,bahan-bahan buangan dan
lain-lain lagi.

Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula kebebasan


membuat dan menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan asemblaj digunakan dan
ditekankan. Mereka tidak memutuskan dalam kesinambungan dari kubisme dan
surealime.

Artis dari Negara Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat dan
mencipta penimbang kecil Puisi asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini merupakan catan
media campuran. Pada awal tahun30-an, beliau merupakan orang yang pertama yang
masih berpendirian surelisme di Julien Levy Gallery di New York 1932. Beliau telah
mengadakan pameran yang bertajuk “ Minutiae Glass Bells, Shadow Boy, Coup
d’Oeil, Jouets Surealistes’.

Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik daripada


William C. swseitz di buku perhubungan isu bersama “Art of Asemblaj”
menunjukkan secara kias latihan daripada asemblaj mengumpulkan bahan dari aras
hubungan formal dari persatuan pensyair menggunakan perkataan dan nombor secara
rasmi . Perubahan turut mempengaruhi di dalam lukisan Abstrak Expressionis di
mana sesuatu bentuk di dalam sederhana.

Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis Filipina
yang telah belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan memulakan
teknik kolaj yang baru di akhir 50-an. Di dalam karyanya yang kalut pengumpulan
daripada pelbagai bentuk dan bahan memperlengkapkan makna daripada kaligrafi
rumit satu dijumpai dalam karya Pollock dan mempunyai tujuan yang sama untuk
memperbaharui kepekaan seseorang artis. Ramai pengkarya menggunakan teknik
asemblaj dalam karya mereka di akhir 50-an dan awal 60-an.
Catan Media Campuran Tempatan

Secara umunya terdapat tiga faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni
catan moden di Malaysia iaitu factor pertama penjajahan Inggeris, penghijrahan
bangsa dagang dan dtatus pendidikan. Sejarah seni catan moden Malaysia bermula
pada awal sekitar 1930-an menrusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen dan
lain-lain . Stail yang baru dipersembahkan di dalam tradisi visual tempat dengan
menggunakan kaedah perintis ini telah memperkenalkan pendekatan kaedah seni
catan easel Barat untuk mempersembahkan subjek mereka sebelum ini. Perubahan
stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan kelahiran seni
lukis moden dengan penghasilan catan mixed media.

Perkembangan catan mixed telah dipelopori oleh ramai artis-artis catan pada tahun
1990-an. Pengolahan catan mixed media yang mencipta simbol-simbol baru yang
menghubungkan karya-karya seni moden denga ikongrafi tempatan. Antaranya ialah
Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan
tempatan sebagai subjek kajian masing-masing. Choong Kam Kow menghasilkan
catan yang mengabungkan bentuk kuih tradisi dengan memberi penekanan kepada
pembungkusannya yang dapat dianggap simbol kepada konsep kesatuan dalam
kebudayaan Malaysia. Ketupat dan Pulut panggang menjadi sebahagian dariapd
abentuk yang diketengahkan. Sementara itu , Din Omar pula memindahkan imej dan
bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya bagi mewakili isu-isu budaya
tempatan dan antarabangsa. Pendekatannya ini, sebagaimana tercermin dalam ‘Nasi
Bungkus:Antara Dua Hidangan” (1991) mirip kepada stail pop Art, khususnya seperti
karya-karya Claes Oldenburg. Dengan menggunakan bentuk nasi bungkus , Din telah
meperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden
Malaysia.
Dekad 1990-an merupakan titik permulaan catan mixed media di mana ia
menyaksikan kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang lebih
gemar kepada pengolahan mixed media dalam berkarya. Antara mereka iaitu Zulkifli
Yusof, Mohd. Khalil Amran, Ahmad Hukri Mohamed, Tan Chin Kuan, Bayu Utomo
Radjikin, Din Omar dan Raja Shariman.

Kebanyakan daripada pelukis muda ini menggarap permasalahan sosial menerusi


karya-karya mereka. Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan
kaum menrusi buah-buah catur yang menjadi kiasan kepada percaturan dan perbuatan
kuasa. Manakala Tan Chin Kuan pula membicarakan isu-isu sosial menerusi
imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi pelukis-pelukis muda
ini ialah dari segi penghasilan karya-karya yang berukuran besar. Tidak dinafikan
bahawa karya-karya mereka berukuran besar lazimnya mempunyai kesan yang kuat
ke atas penontonnya. Itulah perkembangan catan mixed media.