Anda di halaman 1dari 23

PENTAKSIRAN

UNGKAPAN ALGEBRA
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN GANGSA

Soalan 1
Diberi ungkapan 4v 2 + u. Cari nilai v jika nilai ungkapan tersebut ialah 6 dan u = –3.

81
A
4

9
B
2

81
C
4
4
D
3

Soalan 2
Pernyataan berikut menunjukkan perkaitan antara dua ungkapan algebra. Pernyataan yang manakah
benar apabila x = 5?

A 2 + 5x sama dengan 10x


B –3x + 3 sama dengan –7(x + 7)
C x  x sama dengan 5x
D (3x – 2) – (6x – 1) sama dengan 3x – 3

Soalan 3
Antara ungkapan yang berikut, yang manakah tidak bersamaan dengan 0 apabila x = 2?

A 2x 2 – 10x + 12
B 20x 2 – 18x – 44
C 7x 3 – 50x + 44
D 5x 3 – 200x + 375
UNGKAPAN ALGEBRA

01
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN GANGSA

Soalan 4
Jika x = –21, y = 45 dan a = 23, cari nilai bagi setiap yang berikut.

(a) 14x – 32 (b) 4y – x 2

1 (axy)
3x 2
(c) 2 (d)
2
15

(e) 2a + 2y (f) 3 (x – 2a + y)
4

(g) 2a – 5x + y (h) 10a – 2xy

(i) 3ay – 2x

Soalan 5
Rajah di bawah menunjukkan sebuah semibulatan dengan diameter y cm.

y cm

Tulis ungkapan yang mewakili perimeter bagi rajah tersebut. Seterusnya, hitung perimeter semibulatan
tersebut jika y = 14 cm.
22
Anggap � =
7

Soalan 6

Diberi ungkapan 2(4h) + 3(–2i) + (10 3 j). Cari nilai h jika nilai ungkapan tersebut ialah 25 dengan i = 5
dan j = 2.
UNGKAPAN ALGEBRA

02
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN GANGSA

Soalan 7
Apakah nilai x jika nilai ungkapan 3y 2 + 5x – 2y ialah 55 dan y = 5?

Soalan 8
Tulis hasil darab ungkapan 5p + 20q dengan 1 dan cari nilai q apabila hasil darab bersamaan dengan
200 dan p = 2. 2

Soalan 9
Hui Ying berumur v tahun dan ayahnya berumur 31 tahun lebih tua daripadanya. Tulis ungkapan yang
mewakili jumlah umur Hui Ying dan ayahnya. Seterusnya, cari nilai v sekiranya jumlah umur mereka
berdua ialah 61.

Soalan 10
Gabriel membeli 5 helai kemeja-T berharga RMx sehelai dan 8 pasang kasut berharga RMy sepasang.
Tulis ungkapan yang mewakili jumlah perbelanjaan Gabriel dan berapakah harga sepasang kasut
sekiranya harga sehelai kemeja-T ialah RM15 dan jumlah perbelanjaan Gabriel ialah RM515?

Soalan 11
Rajah di bawah menunjukkan bentuk gabungan yang terdiri daripada sebuah segi empat tepat dan
sebuah segi tiga sama sisi.

p cm

q cm
UNGKAPAN ALGEBRA

Nyatakan ungkapan yang mewakili perimeter bentuk gabungan tersebut dan seterusnya cari nilai q jika
p = 8 cm dan perimeter bentuk gabungan tersebut ialah 34 cm.

03
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN PERAK

Soalan 1
Encik Kumar bercadang untuk membina tiga buah taman berbentuk segi empat yang mempunyai lebar
2 m. Dia belum menentukan luas bagi ketiga-tiga buah taman tersebut tetapi menjangkakan sebuah
taman yang masing-masing mempunyai panjang 4 m, 5 m dan 6 m. Encik Kumar ingin meletakkan pagar
di sekeliling taman-taman itu. Jika x mewakili panjang sisi taman tersebut, Encik Kumar memerlukan
(x + x + 2 + 2) m atau (2x + 4) m pagar. Berapakah panjang pagar, dalam meter, yang diperlukan untuk
ketiga-tiga taman tersebut?

Soalan 2
Mei Mei bercuti di Pulau Redang yang mempunyai pemandangan indah dan panorama yang
mengasyikkan. Dia ingin membeli cenderahati, iaitu poskad yang berharga RM2 dan gelang yang
berharga RM5 untuk rakan-rakan dan keluarganya.

(a) Tulis ungkapan algebra yang mewakili jumlah harga yang perlu dibayar oleh Mei Mei untuk
membeli p keping poskad dan g utas gelang tersebut.

(b) Mei Mei telah membeli 15 keping poskad. Jika dia hanya mempunyai RM50 sahaja, berapakah
bilangan gelang yang boleh dibeli olehnya? Jelaskan cara anda mendapat jawapan.

Soalan 3
Sebanyak 150 keping tiket wayang yang dijual terdiri daripada tempat duduk kanak-kanak dan dewasa.
Tempat duduk kanak-kanak dijual dengan harga RM8 dan tempat duduk dewasa dijual dengan harga
RM10.

(a) Nyatakan pemboleh ubah yang sesuai dan seterusnya tulis dua ungkapan algebra yang boleh
digunakan untuk mewakili jumlah jualan tiket, dalam ringgit. Anda perlu menggunakan satu
pemboleh ubah sahaja bagi setiap ungkapan tersebut.

(b) Jika 50 buah tempat duduk kanak-kanak berjaya dijual, berapakah jumlah kesemua jualan tiket,
dalam ringgit?

(c) Jika 4 buah kerusi di dalam panggung wayang tersebut telah patah, berapakah bilangan orang
dewasa yang dibenarkan masuk sekiranya 48 kerusi diperuntukkan untuk kanak-kanak?
Tunjukkan jalan kerja anda.
UNGKAPAN ALGEBRA

04
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN PERAK

Soalan 4
Kadar jantung yang optimum ialah kadar yang diperlukan oleh seseorang semasa melakukan latihan
untuk mencapai latihan yang bermanfaat. Ungkapan 0.6(220 – a) menunjukkan kadar jantung optimum
yang diukur dalam unit denyutan seminit dan a mewakili umur, dalam tahun. Alia cuba
mengembangkan ungkapan 0.6(220 – a) dan menulis seperti berikut.

0.6(220 – a) = 0.6(220) – a
= 132 – a

(a) Nyatakan dan perbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh Alia.

(b) Tentukan kadar jantung yang optimum bagi seorang pelari berusia 20 tahun. Jelaskan maksud
jawapan anda.

Soalan 5
Diberi ungkapan 4x(10 – x) 2 boleh digunakan untuk mewakili isi padu kotak berbentuk kuboid, dengan
x ialah panjang, dalam cm.

(a) Berapakah isi padu kotak tersebut apabila x = 2?

(b) Berapakah isi padu kotak tersebut apabila x = 5?

Soalan 6

Sebuah syarikat bercadang untuk menghasilkan alat kawalan jauh dalam dua fasa, iaitu Fasa 1 dan
Fasa 2. Diberi ungkapan 2000 + 3x yang boleh digunakan untuk mewakili kos, dalam RM, penghasilan
alat kawalan jauh tersebut.

(a) Berapakah kos yang diperlukan bagi menghasilkan 1500 buah alat kawalan jauh dalam Fasa 1?

(b) Dalam Fasa 2, di samping jumlah penghasilan dalam Fasa 1, tambahan sebanyak 2000 buah alat
kawalan jauh telah dihasilkan. Berapakah kos penghasilan alat kawalan jauh bagi Fasa 2?
UNGKAPAN ALGEBRA

05
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN PERAK

Soalan 7
Dani dan Damia merupakan pengumpul setem. Mereka masing-masing baharu membeli sebuah album
setem yang sama jenis. Mereka bercadang untuk meletakkan bilangan setem yang sama pada setiap
muka surat album tersebut. Dani dapat memuatkan setemnya pada 15 muka surat penuh dan terdapat
lebihan 4 keping setem manakala Damia dapat memuatkan setemnya pada 12 muka surat penuh dan
terdapat lebihan 6 keping setem.

(a) Tulis ungkapan yang mewakili jumlah setem yang mereka kumpul. Terangkan cara anda
mendapat jawapan.

(b) Jika x = 10, berapakah bilangan setem yang dimiliki oleh Dani dan Damia?

Soalan 8
Semasa perkhemahan Persatuan Pengakap, satu pertandingan ‘Amazing Race’ telah diadakan. Di salah
satu tempat pemeriksaan, Ali dan Abu hanya dibekalkan seutas tali rafia dan sebatang pensel
berukuran x cm. Mereka diminta untuk mengukur panjang padang mini untuk mendapatkan klu
seterusnya. Setelah mengukur, mereka mendapati bahawa panjang padang mini bersamaan dengan 40
batang pensel dan panjang tali rafia bersamaan dengan 45 batang pensel. Berapakah panjang tali rafia
yang tidak digunakan, sekiranya panjang padang mini ialah 16 meter?

Soalan 9
Pelanggan di sebuah kedai minuman ingin membandingkan harga minuman koktel tertentu. Mia
mendapat potongan harga sebanyak RM1 bagi setiap pembelian 9 minuman koktel tetapi bil
bayarannya adalah sama dengan Maisara yang hanya membeli satu minuman koktel dan minuman lain
yang berharga RM15.

(a) Jika x mewakili harga satu minuman koktel, tulis dua ungkapan yang mewakili jumlah harga yang
masing-masing perlu dibayar oleh Mia dan Maisara. Seterusnya, cari harga bagi satu minuman
koktel.

(b) Jika Mia membeli 18 minuman koktel dan Maisara membeli y minuman koktel dan minuman lain
yang berharga RM10, tulis dua ungkapan yang mewakili jumlah harga yang masing-masing perlu
dibayar oleh Mia dan Maisara. Seterusnya, cari bilangan minuman koktel yang dibeli oleh
Maisara.
UNGKAPAN ALGEBRA

06
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN PERAK

Soalan 10
Rajev menabung untuk membeli sebuah papan
luncur yang berharga RM125. Ibunya memberi
RM45 dan dia menyimpan RM3 setiap minggu.
RM125

(a) Nyatakan ungkapan algebra yang dapat mewakili jumlah wang yang di simpan oleh Rajev selepas
W minggu.
(b) Berapakah jumlah simpanan Rajev masing-masing selepas 4 minggu, 10 minggu dan 20 minggu?
(c) Selepas 20 minggu, bolehkah Rajev membeli papan luncur tersebut? Terangkan.

(d) Untuk mendapatkan papan luncur tersebut dalam tempoh 20 minggu, berapakah wang yang
perlu di simpan oleh Rajev pada setiap minggu? Tunjukkan jalan kerja anda. Nyatakan dengan
jelas pemboleh ubah yang anda gunakan.

Soalan 11
Arif merupakan seorang pereka laman media sosial. Dia telah membuat laman sosial baharu yang
dinamakan ‘Ruangku’. Oleh sebab dia perlu menggunakan internet pada setiap masa, dia memerlukan
talian internet yang boleh memuat turun dengan banyak dan laju.

Perkhidmatan Internet
Jalur Lebar
RM300

Andaikan baki peratusan fail yang boleh dimuat turun oleh Arif boleh diwakili dengan ungkapan
42 000
100 – t, dengan N mewakili saiz fail, dalam byte, dan t mewakili masa, dalam saat, yang diambil
N
dari proses muat turun bermula.
(a) Berapakah masa, dalam saat, yang diambil untuk memuat turun fail bersaiz 500 000 byte
sekiranya baki peratusan ialah 25%? Bundarkan jawapan anda.
UNGKAPAN ALGEBRA

(b) Jika modem suatu jalur lebar dapat memuat turun 60% dalam masa 500 saat, berapakah saiz fail
tersebut?
(c) Arif bercadang untuk menaik taraf modem jalur lebarnya kepada dua kali lebih laju. Apakah
ungkapan yang sesuai untuk menunjukkan baki peratusan fail yang boleh dimuat turun?

07
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN EMAS

Soalan 1
Di sebuah sekolah asrama, sistem meritokrasi telah dilaksanakan bagi menggalakkan budaya
pengurusan asrama yang cemerlang. Sistem ini merangkumi tahap kebersihan asrama, tahap disiplin
penghuni asrama dan penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah. Jadual di bawah menunjukkan
kedudukan tiga buah asrama perempuan berdasarkan markah bagi sistem meritokrasi tersebut.

Asrama Markah
A z
B 3 kali lebih rendah berbanding asrama C
C Lebih 3 daripada separuh markah asrama A

(a) Farida ialah seorang murid baharu di sekolah tersebut dan dia diberi peluang untuk memilih
asrama yang akan dihuninya berdasarkan markah bagi setiap asrama. Jika z = 150, asrama yang
manakah sepatutnya dipilih oleh Farida? Berikan justifikasi anda.
(b) Markah bagi asrama B meningkat sebanyak 20 kerana telah memenangi pertandingan Karnival
Bahasa dan Budaya, manakala markah bagi asrama A menurun sebanyak 15 kerana telah
dikenakan tindakan disiplin. Jika jumlah markah bagi ketiga-tiga asrama tersebut ialah 300,
berapakah jumlah markah bagi asrama C? Tunjukkan jalan kerja anda.

Soalan 2
Tahukah anda, pada setiap tanggal 4 Februari, seluruh
dunia menyambut Hari Kanser Sedunia? Hari Kanser
Sedunia merupakan satu inisiatif bagi menggalakkan warga
dunia bersatu dan bersama-sama memerangi kanser.

Bukan itu sahaja, tujuan sambutan Hari Kanser Sedunia


adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat global
dengan memberikan pendidikan mengenai kanser.

Sempena Hari Kanser Sedunia, ahli sebuah badan sukarela merancang untuk membuat kutipan dana
bagi membantu pesakit kanser. Mereka bercadang untuk menjual kemeja-T dan gelang tangan. Mereka
mensasarkan pembeli seramai 350 orang dan kutipan sebanyak RM6000.

Kos pengeluaran Harga (RM)


Kemeja-T 25
Gelang tangan besar 5
Gelang tangan kecil 3
UNGKAPAN ALGEBRA

(a) Seorang pembeli membeli kemeja-T dengan kuantiti yang banyak dan kos penghantaran ialah
RM17. Dengan menggunakan pemboleh ubah yang sesuai, tulis satu ungkapan yang mewakili
jumlah kos yang perlu dibayar oleh pembeli tersebut.

08
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN EMAS

(b) Ahli badan sukarela tersebut bercadang untuk menjual gelang tangan besar dan gelang tangan
kecil dengan harga 2 kali lebih mahal dan menjual kemeja-T pada harga RM40 sehelai.
(i) Dengan menggunakan pemboleh ubah yang sesuai, tulis ungkapan yang mewakili jumlah kos
jualan bagi kedua-dua gelang tangan tersebut.
(ii) Andaikan badan sukarela tersebut berjaya menjual kemeja-T sebanyak 300 helai dan 350
gelang tangan besar dan gelang tangan kecil setiap satu, berapakah jumlah jualan mereka
dan dana yang mereka telah kumpul?

Soalan 3
Cik Soo baru sahaja mengambil alih sebuah kedai di Taman
Mahkota Impian yang berdekatan dengan kawasan
perumahannya. Sebelum memulakan perniagaannya, dia
melakukan kerja pengubahsuaian pada keseluruhan ruang lantai
kedai tersebut yang mempunyai luas 42 m2.

Setelah membuat tinjauan di sebuah kedai jubin, terdapat dua


jenis jubin yang diminati tetapi dengan saiz yang berlainan seperti
berikut.

(2x + 2) cm A (x + 1) cm B

(4x + 2) cm (2x + 1) cm

(a) Jika x = 2 dan bilangan jubin A yang ingin dibeli ialah 40 keping, berapakah bilangan jubin B yang
diperlukan oleh Cik Soo bagi menutupi ruang lantai kedainya?
(b) Sekiranya jumlah kos keseluruhan untuk membeli jubin mencecah RM1800, dengan jumlah kos
untuk jubin A ialah RM600, berapakah harga sekeping jubin B? Tunjukkan jalan kerja anda.

(c) Cik Soo membuat perbandingan antara kos bagi membeli jubin A sahaja dengan kos bagi membeli
jubin B sahaja. Dia menyatakan bahawa pembelian jubin B sahaja lebih menjimatkan. Adakah
anda setuju dengan kenyataan Cik Soo? Berikan justifikasi anda.
UNGKAPAN ALGEBRA

09
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN EMAS

Soalan 4
Di sebuah taman rekreasi, terdapat jambatan gantung yang
boleh digunakan oleh pengunjung. Jambatan gantung tersebut
mempunyai had muatan maksimum sebanyak x kg. Sekumpulan
5 orang pengunjung yang mempunyai jisim 40 kg, 50 kg, 20 kg,
(2y + 62) kg dan 38 kg ingin menaiki jambatan tersebut.
(a) Katakan had muatan jambatan gantung itu adalah sama
dengan jisim 5 orang pengunjung tersebut. Tulis ungkapan
yang mewakili had muatan maksimum jambatan gantung
itu.

(b) Berdasarkan ungkapan algebra di (a), nyatakan nilai had muatan maksimum jambatan gantung
jika y = 5.

(c) Dua orang pengunjung yang mempunyai jisim 38 kg dan (2y + 62) kg membatalkan niat untuk
menaiki jambatan gantung tersebut dan diganti dengan pengunjung lain yang masing-masing
mempunyai jisim (25 + z) kg dan 42 kg. Jika z = 10, adakah jambatan gantung itu mampu
menampung jisim pengunjung tersebut? Berikan justifikasi anda.

Soalan 5
Kesesakan lalu lintas sering kali terjadi di kawasan perumahan Taman Kenangan Terindah, terutamanya
ketika waktu puncak seperti waktu penduduk pergi dan balik dari tempat bekerja. Encik Zulkifli telah
dilantik sebagai kontraktor yang akan membina sebuah jalan berukuran 8 m × 100 m di kawasan
perumahan tersebut. Rajah di bawah menunjukkan ukuran untuk kereta dan lori.

xm ym

4m

10 m
UNGKAPAN ALGEBRA

(a) Sebelum menjalankan pembinaan, Encik Zulkifli diminta untuk menganggar jumlah kenderaan
yang boleh menggunakan jalan tersebut secara serentak. Jumlah kenderaan yang dianggarkan
oleh Encik Zulkifli ialah sebanyak 10 buah kereta dan 4 buah lori. Jika setiap lori mempunyai
purata panjang, y sebanyak 15 m, berapakah purata panjang, x bagi setiap kereta?

10
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN EMAS

(b) Encik Zulkifli diminta untuk melebarkan jalan kepada 15 m, tetapi masih mengekalkan panjang
jalan tersebut. Jika terdapat 15 buah kereta yang menggunakan jalan itu secara serentak,
berapakah bilangan lori yang dapat menggunakan jalan tersebut pada masa yang sama?

(c) Setelah memeriksa semula pengiraan yang dibuat di (b), Encik Zulkifli mendapati bahawa dia
tidak meletakkan jarak antara dua sisi kenderaan berserta jarak antara kenderaan dan bahagian
sisi jalan. Jika dia menginginkan jarak antara dua sisi kenderaan sebanyak 1 m dan jarak antara
kereta dan bahagian sisi jalan sebanyak 1.5 m,
(i) berapakah luas jalan yang tinggal untuk digunakan oleh kenderaan sahaja?
(ii) berapakah bilangan maksimum kereta yang boleh menggunakan jalan tersebut sekiranya
terdapat hanya sebuah lori sahaja?

Soalan 6

Tabiat merokok telah menjadi fenomena biasa dalam masyarakat kita. Walaupun terdapat banyak
kesan negatif dan kebanyakan masyarakat tahu akan risiko yang dihadapi akibat merokok, namun tabiat
merokok ini amat sukar untuk dijauhi oleh golongan perokok tegar.

Pada tahun 2012, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, seramai 2.4 juta
rakyat Malaysia mengamalkan tabiat merokok. Jadual berikut menunjukkan bilangan perokok di
Malaysia mengikut lapisan masyarakat.

Bilangan perokok pada


Golongan
tahun 2012
Kanak-kanak 2x + 50
Remaja 2y + 100
Dewasa 1.44 juta
Warga emas 360 ribu

(a) Berdasarkan jadual, tulis satu ungkapan yang sesuai untuk mewakili peratusan bilangan perokok
remaja pada tahun 2012.
UNGKAPAN ALGEBRA

(b) Berdasarkan jadual, tulis ungkapan berlainan untuk mewakili jumlah bilangan perokok
kanak-kanak dan remaja pada tahun 2012. Seterusnya, cari nilai y sekiranya x = 38 380.

11
UNGKAPAN ALGEBRA LEMBARAN EMAS

(c) Pada tahun 2011, jumlah penduduk rakyat Malaysia yang menghisap rokok adalah kurang
(w + 50) berbanding tahun 2012.
(i) Dengan menggunakan pemboleh ubah yang sesuai, ungkapkan situasi di atas.
(ii) Sekiranya bilangan penduduk rakyat Malaysia yang menghisap rokok pada tahun 2011 ialah
1.95 juta, apakah nilai w?

UNGKAPAN ALGEBRA

12
JAWAPAN

13
UNGKAPAN ALGEBRA JAWAPAN LEMBARAN GANGSA

1
1. A 8. (5p + 20q) × = 200
2
1
[(5 × 2) + 20q] × = 200
2. C 2
1
(10 + 20q) × = 200
3. D 2
10 + 20q = 400
20q = 390
4. (a) –326 (b) –261
q = 19.5

(c) –724.5 (d) 661.5


9. Jumlah umur = v + v + 31
= 2v + 31
(e) 136 (f) –16.5 2v + 31 = 61
2v = 30
v = 15
(g) 196 (h) 2120

10. Jumlah perbelanjaan = 5x + 8y


(i) 3147
5(15) + 8y = 515
75 + 8y = 515
5. Perimeter = πj + d
8y = 440
22 y = 55
× 7 + 14 = 36 cm
7
Harga sepasang kasut ialah RM55

6. 2(4h) + 3(–2i) + (10 × j) = 25


11. Perimeter = q + q + q + p + p
2(4h) + 3(–2)(5) + (10 × 2) = 25
8h – 10 = 25 = 3q + 2p
8h = 35 3q + 2(8) = 34
3 3q + 16 = 34
h = 4
8 3q = 18
q=6
7. 3y2 + 5x – 2y = 55
3(5)2 + 5x – 2(5) = 55
75 + 5x – 10 = 55
5x = −10
x = −2
UNGKAPAN ALGEBRA

14
UNGKAPAN ALGEBRA JAWAPAN LEMBARAN PERAK

1. Panjang pagar bagi taman yang mempunyai panjang 4 m = 2x + 4


= 2(4) + 4
= 12 m

Panjang pagar bagi taman yang mempunyai panjang 5 m = 2x + 4


= 2(5) + 4
= 14 m

Panjang pagar bagi taman yang mempunyai panjang 6 m = 2x + 4


= 2(6) + 4
= 16 m

Jumlah panjang pagar yang diperlukan = 12 + 14 + 16


= 42 m

2. (a) 2p + 5g

(b) 2(15) + 5g = 50
30 + 5g = 50
5g = 20
g = 4 utas

Mei Mei mempunyai RM50. Dia membeli poskad yang berharga RM2 sebanyak 15 keping.
Jadi, dia telah membelanjakan wangnya sebanyak RM30. Oleh sebab Mei Mei mempunyai
baki RM20, dia hanya boleh membeli 4 utas gelang sahaja.

3. (a) k mewakili bilangan tempat duduk kanak-kanak


d mewakili bilangan tempat duduk dewasa
8k + 10(150 – k) atau 8(150 – d) + 10d

(b) 8(50) + 10(150 – 50) = RM1400

(c) k + d = 150 – 4
48 + d = 146
d = 98 orang dewasa
UNGKAPAN ALGEBRA

15
UNGKAPAN ALGEBRA JAWAPAN LEMBARAN PERAK

4. (a) Alia membuat kesilapan semasa mengembangkan ungkapan. Dia perlu menulis ungkapan
tersebut seperti berikut.
0.6(220 – a) = 0.6(220) – 0.6a
= 132 – 0.6a

(b) 0.6(220 – 20) = 120


Kadar jantung yang optimum untuk pelari berusia 20 tahun ialah 120 denyutan seminit.

2 2
5. (a) 4x(10 – x) = 4(2)(10 – 2)
= 512 cm3

2 2
(b) 4x(10 – x) = 4(5)(10 – 5)
= 500 cm3

6. (a) 2000 + 3x = 2000 + 3(1500)


= RM6500

(b) 2000 + 3x + 6500 = 8500 + 3(2000)


= RM14 500

7. (a) Oleh sebab bilangan setem yang dimuatkan pada setiap muka surat adalah sama bagi
Dani dan Damia, maka ungkapan yang mewakili bilangan setem Dani ialah 15x + 4 kerana
dia dapat memuatkan setemnya pada 15 muka surat dengan lebihan 4 keping setem.
Ungkapan yang mewakili bilangan setem Damia pula ialah 12x + 6 kerana dia dapat
memuatkan setemnya pada 12 muka surat dengan lebihan 6 keping setem.

(b) Jumlah setem = 15x + 4 + 12x + 6


= 27x + 10
= 27(10) + 10
= 280 keping

8. (a) y = 45x …①
1600 = 40x ...②
Daripada ②,
x = 40 …③
Gantikan ③ ke dalam ①,
y = 45(40)
UNGKAPAN ALGEBRA

= 1800
Baki panjang tali rafia = 1800 – 1600
= 200 cm

16
UNGKAPAN ALGEBRA JAWAPAN LEMBARAN PERAK

9. (a) Jumlah harga minuman Mia = 9(x – 1)


Jumlah harga minuman Maisara = x + 15
9(x – 1) = x + 15
9x – 9 = x + 15
8x = 24
x=3
Harga satu minuman koktel ialah RM3.

(b) Jumlah harga yang perlu dibayar oleh Mia = 18(x – 2)


Jumlah harga yang perlu dibayar oleh Maisara = 2y + 10
18(3 – 2) = 2y + 10
18 = 2y + 10
2y = 8
y=4

10. (a) 45 + 3W

(b) Minggu, W Jumlah simpanan (RM)


4 45 + 3(4) = 57
10 45 + 3(10) = 75
20 45 + 3(20) = 105

(c) Selepas 20 minggu, hanya terdapat RM105 wang simpanan. Wang itu tidak mencukupi
untuk Rajev membeli papan luncur kerana papan luncur tersebut berharga RM125.

(d) Andaikan y ialah jumlah wang simpanan setiap minggu.


125 = 45 + 20y
80 = 20y
y = RM4
UNGKAPAN ALGEBRA

17
UNGKAPAN ALGEBRA JAWAPAN LEMBARAN PERAK

42 000
11. (a) 100 – t = 25
N
42 000
100 – t = 25
500 000
42 000
75 = t
500 000
t = 893 saat

42 000
(b) 100 – t = 60
N
42 000
100 – (500) = 60
N
21 000 000
40 =
N
N = 525 000 byte

42 000
(c) 100 –
N 2

UNGKAPAN ALGEBRA

18
UNGKAPAN ALGEBRA JAWAPAN LEMBARAN EMAS

1. (a) Markah asrama A = 150


150
Markah asrama C = 3 +
2
= 78
78
Markah asrama B =
3
= 26
Asrama A mempunyai jumlah markah yang tertinggi, iaitu 150 diikuti oleh asrama C yang
mempunyai jumlah markah 78 dan kedudukan paling rendah ialah asrama B dengan jumlah
markah 26. Maka, Farida sepatutnya memilih asrama A.

(b) (A – 15) + (B + 20) + C = 300


(150 – 15) + (26 + 20) + C = 300
181 + C = 300
C = 119

2. (a) Jumlah kos = 25x + 17


(b) (i) Jumlah kos jualan = 2(5y + 3z)
(ii) Jumlah jualan = 40x + 10y + 6z
= 40(300) + 10(350) + 6(350)
= 12 000 + 3500 + 2100
= RM17 600

Jumlah kos = 25x + 5y + 3z


= 25(300) + 5(350) + 3(350)
= 7500 + 1750 + 1050
= RM10 300
Jumlah dana yang dikumpul = 17 600 – 10 300
= RM7300 UNGKAPAN ALGEBRA

19
UNGKAPAN ALGEBRA JAWAPAN LEMBARAN EMAS

3. (a) Luas jubin A = (2x + 2)(4x + 2)


= [(2)(2) + 2][(4)(2) + 2]
= 60 cm2

Luas jubin B = (x + 1)(2x + 1)


= [2 + 1][(2)(2) + 1]
= 15 cm2

60a + 15b = 4200


60(40) + 15b = 4200
2400 + 15b = 4200
15b = 1800
b = 120 keping

(b) Cara I:
Jumlah kos jubin A + Jumlah kos jubin B = Jumlah kos keseluruhan
40x + 120y = 1800
600
40 + 120y = 1800
40
120y = 1200
y = RM10

Cara II:

Jumlah kos jubin B = Jumlah kos keseluruhan – Jumlah kos jubin A


= 1800 – 600
= RM1200

Bilangan jubin B = 120

Jumlah kos jubin B


Harga sekeping jubin B =
Bilangan jubin B
1200
=
120
= RM10
UNGKAPAN ALGEBRA

20
UNGKAPAN ALGEBRA JAWAPAN LEMBARAN EMAS

(c) Bilangan jubin A yang diperlukan = 4200 ÷ 60


= 70 keping

Jumlah kos jubin A = 70 × 15


= RM1050

Bilangan jubin B yang diperlukan = 4200 ÷ 15


= 280 keping

Jumlah kos jubin B = 280 × 10


= RM2800

Kenyataan Cik Soo tidak benar. Ini kerana dia hanya perlu membelanjakan RM1050 bagi
pembelian jubin A untuk menutupi keseluruhan lantai kedai itu berbanding jubin B yang
memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1400.

4. (a) 40 + 50 + 20 + (2y + 62) + 38 = 2y + 210

(b) Had muatan maksimum = 2(5) + 210


= 220 kg

(c) Jumlah jisim pengunjung = 40 + 50 + 20 + (25 + z) + 42


= z + 177
= 10 + 177
= 187 kg

Jambatan gantung tersebut mampu menampung jisim kelima-lima pengunjung kerana


had muatan maksimum jambatan itu ialah 220 kg.

5. (a) Luas jalan = 800 m2


Luas kereta = 4x
Luas lori = 10y

10(4x) + 4(10y) = 800


40x + 40y = 800
40x + 40(15) = 800
40x = 200
x=5
Purata panjang bagi setiap kereta ialah 5 m.

(b) Andaikan K mewakili bilangan kereta dan L mewakili bilangan lori.


20K + 150L = 1500
20(15) + 150L = 1500
150L = 1200
UNGKAPAN ALGEBRA

L = 8 buah

21
UNGKAPAN ALGEBRA JAWAPAN LEMBARAN EMAS

(c) (i) Luas jalan yang tinggal = 1500 – (1 × 100) – (1.5 × 100)
= 1250 m2

(ii) 20K + 150L = 1370


20K + 150(1) = 1370
20K = 1220
K = 61 buah

2y + 100
6. (a) × 100
2 400 000

(b) 2x + 50 + 2y + 100 = 2x + 2y + 150


2(38 380) + 2y + 150 = 2 400 000 – 1 440 000 – 360 000
76 760 + 2y + 150 = 600 000
2y = 523 090
y = 261 545

(c) (i) 2 400 000 – (w + 50) = 2 399 950 – w

(ii) 2 399 950 – w = 1 950 000


w = 449 950

UNGKAPAN ALGEBRA

22