Anda di halaman 1dari 11

Berikan definisi ilmu Qiraat yang diberikan oleh tokoh-tokoh Qiraat?

Ilmu yang mengenal pasti kaedah sebutan bagi setiap kalimah al-Quran dan cara
menyempurnakannya sama ada disepakati atau scbaliknya bersandarkan bentuk
penyampaiannya.

Menurut Ibn al-Jazari, Qiraat adalah ilmu dengan tata cara menyampaikan kata-kata Al-Quran
dan perbedaannya disandarkan kepada orang yang meriwayatkannya.

Menurut Sajiqli Zaadah, Qiraat adalah ilmu sekelompok imam dalam membaca susunan Al-
Quran.

Menurut Ad-Dimyati, Qiraat adalah suatu ilmu yang dapat mengetahui kesepakatan dan
perbedaan para perawi dalam menghapus (hazf),menetapkan (isbath), memberi baris (tahrik),
memberi sukun (taskin),memisah (fashl), menyambung (washl), dan lainnya terhadap Al-
Quran dalam bentuk ucapan atau mengganti (ibdal) dengan cara mendengar.

Menurut Abdul Fattah al-Qadhi, Qiraat adalah suatu ilmu yang mengetahui tata cara
pengucapan kata-kata Al-Quran dan metode penyampaiannya, baik yang disepakati atau tidak,
dilihat dari setiap sisi dari perawinya.

Menurut Abdul ‘Adzim az-Zarqani, Qiraat adalah pendapat para imam-imam Qiraat yang
berbeda-beda dalam mengucapkan Al-Quranul Karim dengan riwayat-riwayat dan thuruq
(jalur-jalur) yang disepakati, baik perbedaan ini dalam mengucapkan huruf ataupun bentuk-
bentuk huruf.

Menurut Az-Zarkasyi, Qiraat adalah perbedaan lafaz-lafaz wahyu dalam penulisan huruf atau
tata cara menulis huruf Al-Quran dari segi ringan(takhfif) atau berat (tafkhim) dan lainnya.

Nyatakan jenis-jenis Qiraat seperti mana yang anda pelajari

Namanya Abu Ruaim Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim al-
1. Imam Nafiv
Laythi. Rawinya yang terkenal iaitu Qalum dan Warsh.

Namanya Abdullah bin Kathir al-Makki. Rawinya yang terkenal


2. Imam Ibn Kathir
iaitu al-Bazzi dan Qunbul.

Namanya Zaban bin Ala' bin Am mar bin 'Uryan al-Maazini al-
3. Imam Abu "Amru
Tamimi al-Basri. Rawinya yang terkenal iaitu al-Duri dan Susi.

Namanya Abdullah bin Amir Al-Shami al-Yahsabi. Rawinya


4. Imam Ibn Amir
yang terkenal iaitu Hisham dan Ibn Zakwan.

Namanya Asim bin Abi al-Najud al-Asadi. Rawinya yang


5. Imam "Asim
terkenal iaitu Shu'bah dan Hafs.

Namanya Hamzah bin Habib bin Am ma rah al-Zayyat. Rawinya


6. Imam Hamzah
yang terkenal iaitu Khalafdan Khalad.

Namanya Ali bin Hamzah al-Nahwi. Rawinya yang terkenal


7. Imam al-Kisa'i
iaitu Abu Haris dan al-Duri.
Jelaskan Mabadi Ilmu Qiraat yang telah anda pelajari

Ilmu Qiraat (kata jama* yang berasal dari kalimah 'Qira'ah'


1. Nama
yang bererti bentuk kalimah al-Quran yang dibaca).

Ilmu yang mengenal pasti kaedah sebutan bagi setiap kalimah


2. Definisi al-Quran dan cara menyempurnakannya sama ada disepakati
atau scbaliknya bersandarkan bentuk penyampaiannya.

Nukilan dari ulama Qiraat daripada hadis yang sahih dan


3. Sumber
sanadnya mutawatir kepada Rasulullah s.a.w.

Para Imam-imam Qurra' (Ada pendapat yang menyatakan


4. Pengasas bahawa Abu Umar Hafs ibn Umar al-Duri) dan orang pertama
yang mcmbukukannya adalah Abu Ubayd al-Qasim ibn Salam.

Kalimah-kalimah al-Quran dari sudut kaedah sebutan dan cara


5. Perbahasan
penyempurnaannya.

Kaedah umum bagi setiap Imam seperti kalimah yang


mempunyai huruf 'Ya' yang dibaca dengan Imalah oleh Imam
6. Permasalahan
Hamzah dan Imam al-Kisa'i. Manakala Imam Warsh membaca
dengan Taqlil.

Memelihara dari kesalahan dalam menyebut kalimah al-Quran


7. Nasi/ Pembelajaran
dan menjaganya dari sebarang penyelewengan.

Semulia-mulia ilmu kerana mempunyai hubungan rapat dengan


8. Keistimewaan
kitab suci al-Quran.

9. Kedudukan Berbeza dari bidang ilmu al-Quran yang lain.

10. Hukum Mempelajari Fardu kifayah.

Jelaskan bacaan ta’awuz dan basmalah yang anda pelajari dengan mengemukakan
kaedah membacanya antara dua surah al-Anfal dan al-Taubah
Jelaskan Konsep Hafazan dan peringkat-peringkatnya

Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan nilai-
nilai al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Pendidikan al-Quran adalah
bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan
kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur,
bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat
yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran. Matlamat terpenting pendidikan al-Quran
ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah. S.W.T. Dalam masyarakat
yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan mampu menjadi
pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang hafiz,
alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran. Menghafaz
adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-Quran. Hafazan adalah
proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan Menghafaz memerlukan suatu
kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang
dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk
mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak.

Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama dari al-
Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sebagaimana dimaklumi dari berbagai nas bahawa
beliau adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan membaca. Dalam keadaan
yang ummi itulah baginda Nabi Muhammad S.A.W. menerima al-Quran dari Malaikat Jibrail
dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat menerusi hafazan. Proses turunnya al-
Quran secara berperingkat-peringkat membantu dan memudahkan Rasulullah S.A.W. untuk
menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi
kandungannya. Kebiasaan tidak terburu-buru ini dikekalkan sehinggalah menjadi salah satu
metode atau manhaj di dalam menghafaz al-Quran.

Sebutkan adab-adab sebelum, semasa dan selepas menghafaz al-Quran


Bincangkan bacaan Riwayat Hafz Tariq Syatibiah dengan mengemukakakan hukum-
hukum tersebut berserta contoh

1. Attakbir : bermaksud ucapan "‫ "ال اله اال هللا هو هللا أكبر‬atau sekurang-kurangnya ‫"هللا‬
"‫اكبر‬atau "‫"الاله اال هللا هو هللا اكبر وهلل ا لحمد‬ketika khatam quran Hafs melalui torik
Syatibi tidak membaca takbir.
2. Mad munfasil dibaca dengan kadar 4 dan 5 harakat.
3. Mad muttasil dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat dan 6 harakat apabila diwaqaf atas
huruf mad berada di hujung kalimah.
4. idgham nun sakinah atau tanwin kepada huruf lam dan ro tanpa ghunnah.
5. Saktah hanya berlaku pada 4 tempat.
6. Pada fatatih suwar surah yasin dan surah nun dibaca dengan dengan izhar.
7. Pada perkataan "‫"سلسال‬pada surah al-insan ayat 4 boleh dibaca dua wajah ketika
waqaf samada dihazaf alif atau diisbat alif.
8. Kalimah-kalimah "‫"ضعف‬pada ayat 24 surom rum dibaca dua wajah berbaris di atas
dan berbaris dommah.
9. Pada kalimah "‫"فما اتان هللا‬surah an-naml ayat 36 harus dibaca dua wajah ketika
waqaf.
10. Pada kalimah "‫ "فرق‬pada surah syuarak ayat 63 harus dibaca dua wajah tafkhim dan
tarkik.
11. Huruf “ain” pada permulaan surah Maryam dan surah As-Syura harus dibaca dengan
empat dan enam harakat.
12. Pada kalimah "‫"ال تأمنا‬dibaca dua wajah iaitu Isymam dan Raum/ikhtilas
13. Wajib diidghamkan huruf ba ke dalam huruf mim pada kalimah "‫"اركب معنا‬surah hud
ayat 42.
14. Wajib didghamkan huruf tha ke dalam zal pada kalimah "‫ يلهث ذلك‬surah al-akraf ayat
176.
15. Pada kalimah "‫"الذكرين‬dalam surah surah an-Anam ayat 143-144 dan kalimah
"‫"الئن‬surah yunus ayat 51 dan 91 dan kalimah "‫"هللا‬dalam surah yunus ayat 59 dan
surah an-Naml ayat 59 boleh dibaca dua wajah iaitu secara ibdal dan tashil
16. Huruf sod pada kalimah "‫"لمصيطر‬surah ghosiah ayat 22 hanya dengan huruf sod.
17. Pada huruf sin kalimah "‫"فطمسنا‬surah al-Qamar ayat 37 harus dibaca dua wajah iaitu
dengan sod dan sin
18. Pada kalimah "‫"يبصط‬surah al-Baqarah ayat 245 dan pada kalimah "‫"بصطة‬surah al-
Akraf ayat 69 dibaca dengan huruf sin sahaja.
19. Pada kalimah "‫ "هلك ماليه‬harus dibaca dua wajah iaitu secara izhar berserta dengan
saktah dan secara idgham.
20. Pada kalimah "‫"نخلقكم‬dibaca secara idgham kamil
21. Kalimah "‫"مجرىها‬ayat 41 surah hud hendaklah dibaca secara imalah kubra.
22. kalimah "‫ءاعجمى‬surah fussilat ayat 44 dibaca dengan tashil.

Kemukakan contoh-contoh bacaan dan huraian menggunakan toriq al-Jam’u mengikut


Qiraat sab’ah

Kemukakan dua dari contoh tokoh-tokoh Imam Qiraat dengan menerangkan riwayat
dan sanadnya

Namanya Abu Ruaim Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Nuaim al-
Imam Nafiv
Laythi. Rawinya yang terkenal iaitu Qalum dan Warsh.

Rasulullah – Ubai bin Ka‘ab – Abdullah bin Abbas – Yazid bin al-Qa’qa’, Syaibah bin Nusah,
Abd al-Rahman bin Hurmuz – Nafi’ – Qalun
Rasulullah – Ubai bin Ka‘ab – Abdullah bin Abbas – Yazid bin al-Qa’qa’, Syaibah bin Nusah,
Abd al-Rahman bin Hurmuz – Nafi’ – Warsy

Namanya Asim bin Abi al-Najud al-Asadi. Rawinya yang


Imam "Asim
terkenal iaitu Shu'bah dan Hafs.

Rasulullah – ‘Uthman bin ‘Affan, ‘Abdullah bin Mas‘ud, ‘Ali bin Abi Talib, Ubai bin Ka‘ab –
Abi ‘Abd al-Rahman al-Sulami, Zir bin Hubaisy al-Asadi – Asim – Syu’bah
Rasulullah – ‘Uthman bin ‘Affan, ‘Abdullah bin Mas‘ud, ‘Ali bin Abi Talib, Ubai bin Ka‘ab –
Abi ‘Abd al-Rahman al-Sulami, Zir bin Hubaisy al-Asadi – Asim – Hafs
Nyatakan maksud ilmu Tajwid dan hukum mempelajarinya serta mengamalkannya
1. Pengertian :
Pada bahasa bererti memperelokkan sesuatu

Pada Istilah : mengeluarkan huruf hijaiyah daripada makhrajnya dan diberikan hak (sifat
asli) dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang)

2. Hukum mempelajarinya:
Mendalami hukum-hukumnya secara ilmiah fardhu kifayah tetapi beramal dengannya
ketika bacaan fadhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat.

Bincang kepentingan mempelajari ilmu Tajwid

Kemukakan lima bahagian huruf yang terdapat dalam bacaan al-Quran


Nyatakan sifat-sifat huruf yang terdapat dalam bacaan al-Quran
Sebutkan bentuk-bentuk lagu taranum dan tabaqatnya
Tarannum
Bayyati, Nahawand, Rast, Sobah, Hijaz, Sikah, Jiharkah
Tabaqat
Qarar – Suara dada
Nawa – Suara Tekak
Jawab – Suara Hidung
Jawabul Jawab – Suara Otak

Bincangkan konsep dan jenis-jenis waqaf ibtida dalam bacaan al-Quran


Waqaf boleh di bahagikan kepada empat bahagian;

1. Waqaf Ikhtiari iaitu waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca tanpa sebarang
sebab yang tertentu.
2. Waqaf Idhtirari iaitu waqaf terpaksa ( darurat) yang dilakukan pembaca kerana
kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya.
3. Waqaf Intizhari iaitu waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana membaca
wajah ( qiraat) yang lain daripada wajah bacaan yang diterima.
4. Waqaf Ikhtibari iaitu waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca bertujuan
untuk menerangkan perbezaan antara maqtu’ dan maushul. Ithbat dan mahdzuf,
menyoal dalam peperiksaan atau mengajar.

Waqaf Ikhtiari dibahagikan kepada jenis;

1. Waqaf Tam ( berhenti dengan sempurna) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak
mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.
2. Waqaf Kafi ( berhenti memadai ) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai
hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan dari
segi makna.
3. waqaf Hasan(berhenti yang baik ) iaitu waqaf pada kalimah yang boleh memberi
faham akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah atau
ayat selepasnya dari segi lafaznya.
4. Waqaf Qabih ( berhenti yang tidak baik) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak
memberi faham akan maknya kerana berhubung kuat deengan kalimah selepasnya
kecuali darurat dan ( jika berlaku) wajib memulakan dengan kalimah sebelumnya.

Ibtida’

1. Ibtida’ Jaiz ( permulaan yang harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang
dapat memberi faham akan maknnya serta tidak bersalahan dengan apa yang
dikehendaki Allah Ta’ala
2. Ibtida’ Tidak Jaiz ( permulaan yang tidak harus) iaitu memulakan bacaan pada
kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh mengubah
makna yang dikehendaki.

Nyatakan maratib tilawah al-Quran


Tahqiq

Iaitu kelajuan bacaan seperti tartil cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini biasanya
dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar membaca al-Quran

Tartil

Ialah bacaan perlahan-lahan , tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya dan
dengan memberikan hak (sifat semula jadi huruf) dan mustahaknya (sifat-sifat yang
mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya.

Hadar

Iaitu bacaan cepat serta tetap menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan oleh
orang yang mentasmik hafazan di depan gurunya.

Tadwir

Iaitu kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar.
Nyatakan rukun tilawah

Sah sanad.
Sanad secara mudah bermakna sandaran , sijil tauliah atau syahadah. Secara lebih khusus
Iaitu sesaorang membaca Al-Quran sehingga khatam daripada bimbingan guru-guru yang
muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad bacaannya sehingga kepada bacaan
Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana bacaan al-Quran merupakan
sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.

Definasi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut adalah
datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di hadapan guru yang
thiqoh (dipercayai) , serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran diketahui umum dan
guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat. Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika
menuntut ilmu bacaan al-Quran.

Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah
merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu daripada hati
manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas kepada sirah rasulullah
kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang sangat amanah
(sahabat-sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah
tidak diragui kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan
bertulis yang lain.

Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim
hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan penerimaan di
dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannya menepati sepenuhnya
sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnya iaitu membaca mengikut
kaedah-kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kita membuat kepastian terhadap guru yang
mengajar al-Quran kepada kita. Adakah guru tersebut mengambil dan menerima sanad
daripada pembacaan al-Quran beliau sebelum ini.

Bertepatan dengan mushaf rasm Uthmani

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf Resm
Othmani. Mushaf kufi adalah salah satu mushaf Resm Othmani dan digunakan secara meluas
di Malaysia dan di dunia. Penggunaan mushaf ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar
luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan Imam Asim , Riwayat Hafs Torik (aliran bacaan)
Syatibi. Penulisan resm Othmani merupakan sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan
daripada ijtihad (buah fikiran) mana-mana pihak.

Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Othmani akan menyebabkan bacaan kurang tepat
seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-Quran, penghentian
(waqaf) bacaan kurang tepat.
Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.

Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk) kaedah nahu
Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati atau yang tidak disepakati
selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.

Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa arab tetapi
keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijmak menerimanya. Ini
kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh menolaknya dan
dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah sunnah muttabaah
yang mesti diterima.

Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang meragukan).

Apakah maksud, Qiraat, Riwayah, Tariq dan Wajah dalam ilmu Qiraat

BIL ISTILAH MAKNA CONTOH

Qiraat atau lebih dikenali sebagai cara bacaan.


Ia bcrmaksud perbezaan pokok pacia bacaan Qiraat Imam "Asim dan Imam
1. Qiraat
al-Quran yang disandarkan kepada mana- Nafi\
mana Imam-imam al-Qiraat.

Riwayat atau lebih dikenali sebagai periwayat Bacaan riwayat Hafs yang
bacaan. la bermaksud cara bacaan al-Quran diambil dari Qiraat Imam Asim
2. Riwayat
yang disandarkan kepada perawi bacaan dan bacaan riwayat Qalun yang
Imam-Imam al-Qiraat sebagaimana di atas. diambil dari Qiraat Imam Nafi\

Turuq atau lebih dikenali sebagai aliran


Bacaan riwayat Warsh daripada
bacaan. Ia bermaksud cara bacaan al-Quran
Qiraat Imam Naff seperti apa
3. Turuq yang disandarkan kepada mana-mana perintis
yang diambil melalui Tariq al-
atau penerus bacaan periwayat-periwayat bagi
Azraq.
Imam-imam Qiraat.

Berkait dengan Silah Mim


Jama’, riwayat Qalun
Merujuk kepada beberapa cara bacaan yang mempunyai dua wajah bacaan:
4 Wajah
boleh dibaca bagi riwayat / qiraat tertentu 1.Wajah pertama membaca
tanpa Silah 2.Wajah kedua
membaca dengan Silah
Kemukakan bacaan al-Fatihah mengikut riwayat al-Bazzi dan Qunbul

Al-Bazzi

Qunbul