Anda di halaman 1dari 2

POLISI PENGGUNAAN RUANG & KEMUDAHAN

BAGI PROGRAM RASMI UNIVERSITI

1.0 TUJUAN

Polisi ini bertujuan untuk memberi panduan yang jelas kepada pengguna dan
pengurus ruang serta pentadbiran universiti berkaitan tatacara mendapatkan
kelulusan atau status ‘PROGRAM RASMI UNIVERSITI’ yang dikecualikan dari
sebarang caj atau bayaran untuk penggunaan ruang, kemudahan dan
peralatan milik universiti.

2.0 PROGRAM RASMI UNIVERSITI

2.1 Program-program rasmi universiti adalah program berupa majlis,


aktiviti, mesyuarat atau apa juga program yang dilaksanakan oleh
universiti melalui PTJ/Fakulti/HEMA/Persatuan yang diiktiraf dan
mendapat kelulusan bertulis dari Naib Canselor dan/atau Timbalan
Naib Canselor (Pembangunan).

2.2 Program rasmi yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi


atau PTJ yang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi
diiktiraf sebagai Program Rasmi Universiti.

2.3 Semua program yang melibatkan Tuanku Canselor adalah Program


Rasmi Universiti.

2.4 Program-program yang berstatus RASMI dan mendapat kelulusan


seperti dalam perkara 2.1, 2.2 dan 2.3 adalah dibiayai oleh universiti
tanpa dikenakan bayaran sewaan dan lain-lain caj penggunaan.
2.5 Semua Program Rasmi yang terdapat unsur penjanaan kewangan
maka Universiti berhak untuk mengenakan bayaran
sebahagian/keseluruhan kos yang difikirkan wajar dibayar balik
kepada Universiti dan di putuskan oleh Universiti.

2.6 Program-program yang dianjurkan oleh PTJ yang berbentuk program


kerjasama dengan pihak luar dikategorikan sebagai program sewaan
luar dan PTJ berkenaan akan dikenakan bayaran mengikut kadar sewa
dalam kategori A (staf atau pelajar UTM).

3.0 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

3.1 Polisi ini adalah terpakai di semua PTJ di Universiti Teknologi Malaysia
Kampus Johor Baharu dan di kampus UTM
Kuala Lumpur dan semua Ketua Jabatan hendaklah menyokong dan
menyebarluaskan kandungan polisi ini kepada semua staf.

4.0 TARIKH KUATKUASA

Polisi berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2016 (Tertakluk kepada kelulusan


Mesyuarat JPU).

Universiti Teknologi Malaysia


22 September 2016

Anda mungkin juga menyukai