Anda di halaman 1dari 3

Penggunaan kalkulator

Bolehkah murid-murid sekolah rendah digalakkan menggunakan kalkulator dalam


penyelesaian Matematik. Bincangkan.

Sebelum zaman teknologi maklumat mula berkembang, guru terpaksa bergantung


kepada kreativiti sendiri dalam mengendali dan melaksanakan teknik pengajaran yang
berkesan di bilik darjah (Mohd Salleh, 2002). Namun, pada masa ini pelbagai alat
elektronik termasuklah penggunaan kalkulator diintergrasi di sekolah bagi tujuan
menjadikan pengajaran guru lebih berkesan.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan


dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kemampuan sistem pendidikan
mencapai negara berteknologi maju pada masa hadapan. Mesin kira atau kalkulator
mula mengambil tempat dalam proses pembelajaran dan pengajaran bermula di
peringkat matrikulasi dan universiti dan kini telah pun dijalankan di sekolah-sekolah
menengah.

Menurut sejarah, kalkulator elektronik pertama mula dicipta pada tahun 1960-an,
sementara peralatan bersejarah seperti sempoa dicipta sekitar 2000 SM. Kalkulator
merupakan alat elektronik yang menggunakan teknologi moden untuk mendapatkan
jawapan yang pantas dan tepat kepada empat operasi asas matematik termasuklah
trigonometri, logaritma dan statistik.

Hasil daripada beberapa kajian seperti Schmidt dan Cailahan (1992), Cockcroft (1982)
dan rencana-rencana yang membincangkan isu kalkulator, saya dapati banyak
kebaikan dan juga keburukan dalam penggunaan kalkulator di sekolah rendah.

Kebaikan penggunaan kalkulator:

i. Meningkatkan minat murid terhadap matematik

Pengunaan kalkulator akan memotivasikan murid-murid untuk mempelajari subjek


matematik. Ia memberansang dan meningkatkan lagi keupayaan murid-murid dalam
meneroka subjek matematik. Ia juga akan dapat meningkatkan minat murid, dan
keyakinan diri kerana kalkulator membantu mereka dalam proses pembelajaran.

ii. Murid dapat menguasai angka dan nilai nombor. Kalkulator membolehkan kanak-
kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan
billion yang jauh dari pengalaman asal mereka. Dengan ini memudahkan mereka
berhadapan dengan masyarakat sekeliling.
iii. Murid-murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam
tentang topik-topik yang berkaitan. Murid menjadi lebih berani untuk meneroka lebih
jauh dengan pengunaan aplikasi kalkulator. Penggunaan kalkulator yang cepat dan
tepat menjadikan murid-murid lebih agresif dalam meneroka subjek matematik.

iv) Keseronokan belajar

Murid-murid biasanya beranggapan matematik merupakan matapelajaran yang


susah dan membosankan. Penggunaan kalkulator akan membantu menceriakan
proses pembelajaran subjek matematik. Murid tidak takut mencuba dan membuat
salah kerana kalkulator memudahkan mereka dalam proses pembelajaran dan
membantu menyelesaikan latihan dengan pantas.

Keburukan penggunaan kalkulator:

i) Sifat ambil mudah – penggunaan kalkulator memudahkan pengiraan


campur, darab, tolak dan bahagi. Ini akan mengakibatkan murid-murid selesa
menggunakan kalkulator untuk membuat latihan matematik tanpa menguasai asas
pengiraan dalam subjek matematik. Ini akan memberikan kesan yang tidak baik dalam
jangka panjang apabila murid-murid tidak mempunyai penguasaan dalam skil
matermatik.

ii) Kebergantungan kepada kalkulator – penggunaan kalkulator secara meluas akan


mengakibatkan murid-murid terlalu bergantung kepada kalkulator. Walaupun mereka
boleh mendapatkan jawapan tetapi pada asasnya mereka tidak tahu bagaimana
jawapan itu diperolehi kerana kalkulator telah mengirakan untuk mereka. Keadaan ini
akan mengakibatkan mereka kehilangan idea untuk menyelesaikan masalah apabila
berdepan dengan situasi yang sebegitu.

iii) Malas berfikir – Pengunaan kalkulator mempercepatkan proses pengiraan dan


memendekkan masa untuk berfikir. Tetapi disebalik kenyataan itu risikonya murid-
murid menjadi malas untuk berfikir walaupun berdepan dengan soalan mudah yang
tidak memerlukan penggunaan kalkulator. Kemalasan untuk berfikir kerana tidak
mempunyai keupayaan untuk membuat ‘mental arithmatic’ kerana pengunaan
kalkulator telah mengakibatkan mereka lemah dalam asas matematik dan kurang
upaya dalam menggunakan mental dalam mencongak. Kalkulator hanyalah sebagai
alat dalam proses pembelajaran. Ini dapat dibuktikan dalam ‘Youtube’,
https://www.youtube.com/watch?v=PEbd3bUURWU yang membuktikan mental
arithmetic telah dapat mengatasi kepantasan kalkulator.
iv) Penipuan – ini berlaku apabila murid menggunakan kalkulator canggih berbagai
fungsi selain dari campur, darab, tolak dan bahagi. Setengah dari kalkulator boleh
menyimpan pelbagai maklumat seperti nota, formula yang boleh digunakan untuk
menipu semasa peperiksaan atau ujian. Tanpa polisi yang jelas dalam mengawal
penggunaan kalkulator menyebabkan masaalah ini sukar dibendung.

Kesimpulannya penggunaan kalkulator tidak sesuai digunakan di sekolah


rendah tahap satu kerana kanak-kanak ini perlu didedahkan kemahiran asas terlebih
dahulu. Mereka juga perlu diberi peluang untuk meneroka dan mengaitkan matematik
dengan keadaan sekeliling supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif.

Pemikiran mereka juga perlu diseimbangkan iaitu penggunaan otak kiri dan otak
kanan sebagaimana teori Split-Brain yang menggalakkan kanak-kanak meneroka dan
berfikir secara kreatif. Dalam alaf teknologi ini, guru perlu mengubah kaedah mengajar
yang diamalkan sebelum ini. Guru terlalu bergantung kepada teknologi dan kurang
kepada konsep matematik.

Penggunaan kalkulator asas sesuai digunakan kepada murid-murid yang berada di


tahap dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6 yang telah diperkukuhkan dengan kemahiran asas.
Kajian yang menyeluruh dan kaedah terancang perlu diberi penekanan supaya tidak
berlaku kepincangan.

Dipetik daripada: http://blogcikgukampung.blogspot.my/2013/12/penggunaan-


kalkulator.html

Anda mungkin juga menyukai