Anda di halaman 1dari 13

PENGHARGAAN

Assalammuaalaikum wrt. wbr. saya Nur Addina Dania Binti Abdul Aziz ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Mohd Azhar bin Ariffin dan kepada ibu bapa

kerana memberi banyak sokongan dan kata-kata semangat kepada saya untuk membuat Folio

Teater Makyung ini. Saya bersyukur dengan nikmat Allah SWT kerana memberi hidayah kepada

saya dan semangat untuk menyiapkan Folio Teater Makyung ini. Saya sangat gembira kerana

mendapat cikgu Azhar sebagai Guru Teater kerana beliau banyak memberi ilmu kepada saya dan

tunjuk ajar daripada saya tingkatan 1 hingga lah tingkatan 2. Tanpa cikgu Azhar saya tidak

mungkin pandai belakon, saya tidak mungkin pandai untuk membuat folio dan saya tidak

mungkin tahu apa itu asas lakonan, prontagonist, bangsawan dan Makyung. Akhir kata saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada cikgu Azhar saya berdoa agar cikgu

panjang umur serta dimurahkan rezeki. Saya juga berharap agar cikgu tak akan berpindah ke

sekolah lain Aminnn….

1
SEJARAH MAKYUNG/DEFINISI MAKYUNG

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama

tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan

unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita

dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya

di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.Mak Yong

dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud

sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan

Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa

meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan

tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan

dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan

dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung,

sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua

dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat

tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di

mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan

menurun.Makyung berasal daripada sebuah keluarga yang tinggal di sebuah tempat yang terletak

di Pantai Timur Tanah Melayu.Keluarga tersebut terdiri daripada si ayah, Pakyung, si isteri,

Makyung dan si anak, Anak Yung telah mencipta permainan ini untuk menhiburkan hati

mereka.Apabila permainan ini sampai ke pengetahuan raja, mereka diperintahkan untuk

2
membuat persembahan di istana.Oleh sebab raja terhibur dengan persembahan itu, maka raja

menamakan persembahan itu sebagai “Permainan Makyung”.

Makyung merupakan teater tradisional Melayu yang menggabungkan elemen muzik ,

tarian, lakonan dan nyanyian.Dalam persembahan Makyung, aspek lakonan, tarian, nyanyian,

ritual, mimos ( mime) dan lelucon yang diterapkan secara bersepadu sepanjang aliran

penceritaannya.Jika dilihat dari sudut keseluruhan persembahan, Makyung juga boleh dianggap

sebagai persembahan teater berbentuk muzikal dan jika dilihat dari sudut tariannya, Makyung

boleh dianggap sebagai teater tari tradisional Melayu.Pakyung ialah watak utama dalam

persembahan Makyung. Makyung diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan

sebahagian daripada Thailand.Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia

sebenar Makyung tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-

pengaruh luar menunjukkan ia sekurang –kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih

awal lagi.Menurut Hikayat Patani Makyung dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu.Dari

situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain. Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan

semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk

digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau

teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati

semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.Semasa di Patani, Mak Yong

biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan

orang biasa.Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung

tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah

mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan

mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926

3
hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah

memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong.

Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul

8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat-

alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu

joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak

Yong.Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah

sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai

persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong

merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa

bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat

terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral

mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.Pada akhir-akhir 1960-an,

sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang

berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang

meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada

masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-

orang tua.Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri

Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang

lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan

nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama

dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.

4
STRUKTUR ASAS PERSEMBAHAN MAKYUNG

1) Buka Panggung

Upacara buka panggung dimulakan dengan Peran Tua melakukan beberapa aksi ritual di

empat penjuru panggung. Upacara ini biasanya dilakukan secara tertutup.

2) Menghadap Rebab

Menghadap rebab dimulakan dengan bertabuh, iaitu persembahan muzik oleh pemain

muzik Makyung.Antara contoh lagu yang dimainkan ketika bertabuh ialah “Lagu Sidong”,

“Lagu Kijang Mas” dan “Lagu Sedayung”.Lagu ini hanya dimainkan secara instrumental.Pada

waktu yang sama, barisan pelakon Makyung akan masuk ke pentas atau tempat persembahan

yang disediakan.

5
3) Raja Memanggil Peran

Ketika adegan raja memanggil peran, Peran Tua akan muncul dan berdialog dengan raja.

Raja akan menitahkan Peran Tua untuk memanggil Peran Muda untuk membantu dalam

melaksanakan titah raja.

4) Pecah Cerita

Pada waktu ini, jalan penceritaan sebenar akan beraksi menghiburkan penonton dan

menyampaikan plot penceritaan.Pakyung dan Peran Muda melaksanakan sesuatu misi.Ketika ini,

Peran Tua dan Peran Muda akan cuba menimbulkan aksi-aksi yang melucukan untuk

menghiburkan penonton.Pada waktu ini juga, watak-watak lain seperti puteri dan dayang akan

keluar untuk melancarkan plot penceritaan yang hendak disampaikan .

6
5) Tutup Panggung

Setelah cerita selesai, upacara tutup panggung dilaksanakan sebagai pelengkap kepada

keseluruhan persembahan makyung.Ketika tutup panggung, Peran Tua biasanya akan

membacakan doa, jampi dan mentera untuk membebaskan pelakon-pelakon daripada gangguan

makhluk halus . Ketika ritual ini, rotan berai digunakan untuk memukul bahu atau belakang

pelakon-pelakon sebagai simbolik mengusir anasir jahat.

7
CIRI-CIRI WATAK
1) Pakyung
2) Pakyung Muda
3) Makyung
4) Peran Tua
5) Peran Muda
6) Dayang
7) Jin/raksasa
8) Inang
9) Orang Darat
10) Dewa-dewa

CONTOH WATAK PRONTAGINIST DAN ANTAGONIS

Raja dan Puteri merupakan


watak prontagonist.

8
Jin atau Raksasa merupakan
watak antagonist.

WATAK DAN PERANAN DALAM CERITA


Watak Peranan
Pakyung Raja atau pemerintah
Pakyung Muda Putera raja atau hero
Makyung Permaisuri atau puteri
Peran Tua Orang suruhan raja atau pelawak
Peran Muda Orang suruhan raja atau pelawak
Dayang Penari atau pengiring
Dewa-dewa Makhluk kayangan

9
CIRI-CIRI KOSTUM
Pakyong Makyong

Dayang Peran

10
CIRI-CIRI TATARIAS

Makyong Pakyong

Makyong: supaya nampak lebih Pakyong: nampak lebih serius dan garang.
cantik dan menarik perhatian orang.

Peran Dayang

Peran: nampak tua dan lucu. Dayang: supaya nampak seperti pengiring
puteri.

11
LAMPIRAN

12
13

Anda mungkin juga menyukai