Anda di halaman 1dari 5

Peranan Guru dalam Menangani Masalah Sosial

Perwatakan dan tabiat kanak-kanak pada amnya dibentuk oleh masyarakat dan
dikekalkan melalui proses sosialisasi. Proses sosialisasi adalah penting kerana jika seseorang
tidak memahami dan tidak sanggup mematuhi peraturan kelompok atau masyarakatnya, dia
tidak akan diterima oleh masyarakat itu. Oleh sebab pentingnya mematuhi peraturan
masyarakat, maka kanak-kanak mestilah diajar tentang norma dan nilai masyarakat melalui
beberapa institusi sosial. Antara yang utama ialah sekolah, keluarga, rakan sebaya,
masyarakat dan media massa.

Pihak sekolah adalah salah satu daripada agen-agen moral tersebut. Kanak-kanak
menghabiskan masa enam jam setiap hari di sekolah. Hal ini bermakna individu-individu,
kemudahan-kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi seseorang
kanak. Guru juga sangat berpengaruh di sekolah. Gaya penampilan, sikap kepimpinannya
memainkan peranan dalam proses sosialisasi individu. Cara pentadbiran sekolah,
persekitaran serta budaya sekolah juga berperanan mempengaruhi sosialisasi kanak-kanak
atau pelajar. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan mengenai isu yang berkaitan
dengan masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif atau buruk anggota
masyarakat yang bertentangan dengan tatasusila ketimuran dan nilai-nilai murni serta yang
tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi
yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Contoh masalah sosial yang
sering dipaparkan dalam kehidupan seharian kita termasuklah bergaduh, gengsterisme,
vandalisme, menghisap rokok di kawasan sekolah, pembuangan zuriat di dalam tong sampah,
penderaan, rogol dan sebagainya.

Guru-guru di sekolah harus memainkan peranan dengan menangani masalah ini


melalui pendekatan akademik. Guru perlu menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik
dan separa akademik pelajar seperti kegiatan kokurikulum di sekolah contohnya sesi mentor-
mentee, bersukan, berkawad dan sebagainya. Pelajar akan mengisi masa lapangnya dengan
menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut dengan lebih berfaedah dan bermakna berbanding
dengan melibatkan diri dalam gejala sosial. Dengan itu, hal ini dapat membantu para remaja
dari terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang tidak elok. Pelajar juga akan dapat memupuk
nilai moral dan sahsiah diri ketika menghadiri aktiviti-aktiviti tersebut.

Guru-guru di sekolah juga harus cuba untuk memperkembangkan pengalaman murid.


Ini boleh dilaksanakan dengan cara menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut
kehendak kurikulum dan ciri-ciri murid yang dihadapinya. Mereka boleh memberi penjelasan
serta memperluaskan bahan-bahan bantuan dengan tujuan memperkayakan kurikulum.
Penggunaan bahan-bahan yang sesuai dengan kebolehan murid akan mendorong mereka

1
untuk mengambil bahagian dengan aktif dalam proses pembelajaran. Penglibatan aktif murid
secara langsung bukan sahaja akan membantu mereka untuk mengekalkan emosi terhadap
aktiviti dalam pembelajaran, juga dapat mengelakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti yang
tidak berfaedah.

Seterusnya, guru di sekolah hendak mengawal dengan ketat apabila pelajar diberikan
menggunakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah. Begitu
juga dengan perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video,
bantuan alat pandang dan teknik pengajaran luar kelas. Perubahan ini juga haruslah dikawal
dengan baik supaya setiap penggunaan teknologi pada masa kini dapat dielakkan daripada
disalahgunakan oleh para remaja. Guru harus memastikan setiap pelajar menggunakan
kemudahan TMK dengan cara yang betul dan bukannya melibatkan diri dalam gejala sosial
seperti menghina orang lain, menghantar mesej atau maklumat yang palsu, menonton video
lucah dan sebagainya. Pelajar akan mendapatkan faedah jika guru dapat mengawal
penggunaan TMK di sekolah dengan baik.

Bukan itu sahaja, guru di sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk
menekankan nilai-nilai murni semasa berinteraksi dalam bilik darjah dengan pelajar.
Penerapan nilai-nilai murni dapat guru laksanakan ketika memberikan penekanan kepada
kepentingan mewujudkan hubungan personal dan sosial dalam kalangan murid. Guru perlu
memberikan nasihat dan bimbingan yang sewajarnya terhadap proses interaksi sosial yang
melibatkan murid ketika melakukan aktiviti pembelajaran. Guru juga perlulah melayani
kepelbagaian murid melalui layanan yang saksama terhadap semua murid tanpa mengira
murid berkenaan lemah, miskin atau kurang upaya. Dengan cara ini emosi murid tidak akan
terganggu. Selain itu, apabila emosi terkawal maka kedua-dua belah pihak iaitu guru dan
murid berpeluang m=berbual-bual tentang perasaan mereka dan hal ini akan lebih
memudahkan lagi penerimaan terhadap proses pembelajaran yang dilaksanakan.

Selain itu, peruntukan undang-undang di sekolah boleh menimbulkan rasa takut dalam
kalangan murid sekolah, seterusnya dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak
sekolah dan ibu bapa dalam pengawasan disiplin anak-anak. Pihak sekolah melalui Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih
kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi murid yang bermasalah
terutamanya yang melibatkan diri dalam gejala sosial. Dengan itu, ibu bapa dapat mengetahui
keadaan dan masalah anak mereka yang sedang dihadapi dan diberikan teguran oleh guru.
Pelajar juga akan rasa takut kerana perbuatan gejala sosialnya akan diketahui oleh ibu bapa
mereka lalu mengubah sikap menjadi baik.

2
Di samping itu, penguatkuasakan peraturan sekolah dilaksanakan oleh pihak sekolah
juga dapat menbendung masalah sosial ini daripada terus berlaku. Hal ini dapat menakutkan
pelajar-pelajar yang ingin melibatkan diri dalam gejala sosial. Jika ada pelajar yang melanggar
peraturan sekolah, pihak sekolah perlu mengambil tindakan dengan segera dengan
menghukum pelajar tersebut dengan mendenda wang atau merotan untuk memberi amaran
kepada pelajar tersebut supaya tidak lagi melakukan kesalahan.

Tambahan pula, pihak pentadbir sekolah perlu bekerjasama dengan pihak polis dalam
mendisiplinkan pelajar. Pihak pentadbir sekolah hendaklah mengambil kesempatan dengan
merujuk masalah murid ini kepada pihak polis. Pada masa yang sama, pihak sekolah juga
boleh menjemput pihak polis memberi ceramah tentang gejala sosial di kalangan remaja dan
hukuman-hukuman yang akan dikenakan jika melanggar undang-undang. Hal ini juga dapat
memberi peringatan kepada pelajar supaya tidak melibatkan diri dalam gejala sosial.

Sebagai kesimpulannya murid hari ini adalah bakal pembesar atau pemimpin pada
masa hadapan. Sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin kepada diri sendiri, keluarga
atau kelompok asyarakat sendiri. Jadi pendidikan merupakan antara agenda utama negara.
Murid perlu dibekalkandengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mereka
mampu menerajui negara pada masa akan datang. Apa sahaja masalah sosial yang dapat
menghalang pencapaian murid dari segi fizikal dan spiritual perlu dikenal pasti dan dibanteras
terutamanya masalah sosial yang sering dipaparkan dalam kehidupan seharian kita. Setakat
ini dapatlah dirumuskan bahawa masalah sosial akan memberikan kesan kepada pencapaian
akademik murid. Agen-agen moral terutamanya guru perlu memainkan peranannya dalam
memperkasakan sistem sosial sesuatu masyarakat. Dengan itu, didikan dan tunjuk ajar oleh
guru bukan sahaja dapat membendung dan membenteras gejala negatif yang melanda
masyarakat, juga akan menjadi panduan kepada anak-anak yang bakal mewarisi kepimpinan
negara.

(1001 patah perkataan)

3
Refleksi

Saya, Lim Jia Shin diberikan tugasan satu iaitu penulisan esei tentang peranan agen
moral dalam menangani masalah sosial yang sering dipaparkan dalam kehidupan seharian
kita. Saya memilih pihak sekolah sebagai agen moral dalam penulisan esei saya. Berdasarkan
penulisan esei ini, saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan.

Sebagai refleksi kendiri, antara kekangan yang saya dihadapi semasa menulis esei
tersebut ialah saya tidak faham sepenuhnya tentang agen-agen moral yang disebutkan dalam
soalan penulisan esei tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah membaca nota-nota
yang dibagi oleh pensyarah. Dengan itu, saya dapat bahawa agen-agen moral termasuklah
guru, keluarga, rakan sebaya, sekolah atau institusi, komuniti atau masyarakat dan media
massa. Berdasarkan kehendak soalan penulisan esei ini, saya telah memilih guru sebagai
agen moral untuk memulakan penulisan saya.

Semasa saya menulis esei tersebut, saya mengalami kekangan apabila saya hendak
menulis peranan guru dalam menangani masalah sosial dalam penulisan esei saya. Saya
tidak mempunyai idea tentang peranan yang dimainkan oleh guru untuk menangani masalah
sosial ini. Untuk mengatasi masalah ini, saya mencari pelbagai rujukan seperti buku rujukan
di pusat sumber dan maklumat dalam Internet. Dengan itu, saya telah mendapat maklumat
dan dapat menggunakannya sebagai isi penulisan esei saya.

Selain itu, saya mengalami masalah semasa saya ingin menulis rujukan di bahagian
rujukan. Saya tidak pasti sepenuhnya cara untuk menulis rujukan yang betul dan tepat
mengikut format APA. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya merujuk kepada buku rujukan
“Wacana Penulisan” dan bertanya dengan pensyarah yang mengajar saya tentang subjek
Wacana Penulisan, Encik Wan Fadzli bin Wan Harun. Melalui cara ini, saya dapat menguasai
untuk menulis rujukan dengan mengikut format APA dengan betul.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan
Faizah binti Ali atas bimbingan sebelum dan semasa saya menulis esei tersebut. Seterusnya,
saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya terutamanya rakan
sekelas saya atas bantuan dan sokongan kepada saya sepanjang saya menulis esei tersebut.
Saya rasa bersyukur kerana mendapat peluang ini untuk menghasilkan penulisan esei
tersebut. Walaupun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi, namun saya juga dapat
menanganinya dan berjaya menulis esei tersebut dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

4
Rujukan

Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan cabaran semasa. Puchong: Penerbitanan
Multimedia.

Mahdi Shuid. (2010). Pendidikan negara bangsa Malaysia. Puchong: Penerbitanan


Multimedia.

Maiiadewi. (2013). Peran guru dalam menanggulangi kenakalan remaja. Retrieved on Mac
25, 2017 from https://maiiaeonniedu.wordpress.com/2013/06/09/peran-guru-dalam-
menanggulangi-kenakalan-remaja/

Modul Pendidikan Moral. (2010). Cyberjaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Shatar Sabran. (2006). Tip pendidik cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.

Syed Ismail Syed Mustapa. (2013). Asas kepimpinan & perkembangan profesional.
Puchong: Penerbitanan Multimedia.