Anda di halaman 1dari 5

Kemajuan sesebuah negara sangat bergantung kepada nilai integriti yang wujud dalam

setiap organisasi serta nilai – nilai etika kepimpinan negara tersebut. Sesebuah organisasi
yang mempunyai nilai integriti yang tinggi akan mempunyai daya asing yang lebih kuat di
peringkat global. Malah setiap anggota masyarakat harus memupuk nilai integriti bagi
meningkatkan mutu kerja setiap organisasi yang secara tidak langsung menjana kepada
kemajuan sesebuah negara. Walau bagaimanapun masalah integriti dalam masyarakat
kini semakin berleluasa di zaman globalisasi ini. Keruntuhan nilai integriti di kalangan
masyarakat kini semakin meningkat dalam setiap organisasi dengan wujudnya kesan
negatif kepada setiap lapisan masyarakat seperti jenayah kolar putih, gejala sosial,
rasuah, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa. Lantaran itu, nilai-nilai
integriti ini perlu diterap secara holistik dalam kalangan kakitangan awam negara
terutamanya di kalangan guru.

Modal insan kelas pertama hanya mampu disediakan oleh guru yang sentiasa
mengamalkan nilai-nilai integriti. Oleh itu, peranan guru dalam mengamalkan nilai-nilai
integriti dalam profesion perguruan amat penting kerana ini akan memberi kesan positif
kepada para pelajar terutamanya dalam pencapaian akademik dan pertumbuhan akhlak
secara tidak langsung(Nor Salmi & Lim Hooi Lian, 2012). Sebelum kita masuk ke topik
yang lebih mendalam, definisi integriti haruslah dijelaskan terlebih dahulu.

Menurut Kamus Dewan Bahasa, integriti bermaksud kejujuran dan ketulusan,


kesempurnaan dan keutuhan. Ia juga berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan,
ketelusan dan amanah. Secara umunya, integriti boleh didefinisikan sebagai peribadi
mulia yang terdapat pada individu meliputi nilai-nilai amanah, jujur, ikhlas, sabar, tidak
mengamalkan tabiat rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab dan memiliki ciri-
ciri positif yang lain. Tuntasnya, seseorang yang dikatakan berintegriti mestilah berakhlak
mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni di atas kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu serta organisasi.

Integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah


melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan
umum. Maka, tanggungjawab seorang guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan
penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna dan dapat
menyumbang tenaga kepada kemajuan masyarakat dan negara kita.

Salah satu peranan guru dalam mengamalkan integriti dalam profesion perguruan
ialah guru dapat melaksanakan tugasnya dengan amanah, mempunyai ciri keprihatinan,
penuh dengan kasih sayang kepada pelajarnya. Selalunya isu rasuah yang berlaku di
kalangan pendidik ialah membocorkan soalan peperiksaan kepada calon-calon. Hal ini
kerana, mereka menerima rasuah dari sesebuah pihak demi kepentingan mereka seperti
reputasi guru, tidak menjatuhkan maruah sekolah, duit dan sebagainya. Guru perlu
melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan amanah.
Guru juga perlu mempunyai tahap ketabahan yang cukup tinggi dan juga tidak
mengambil kesempatan semasa menangani masalah atau isu yang dihadapi oleh pelajar.
Guru perlu sentiasa bersifat pengasih dan penyayang semasa dalam proses
menyelesaikan masalah pelajar. Guru tidak patut dipengaruhi oleh emosi individu seperti
marah dan sehingga melakukan sesuatu tingkah laku yang tidak dapat menyelesaikan
masalah tersebut. Terdapat guru menyindirkan pelajar yang mengatasi masalah.
Contohnya, pelajar A gagal dalam ujian dan guru menyindir pelajar A tidak memberikan
perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tindakan ini tidak
dapat memberi sebarang bantuan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebaliknya,
guru haruslah mempunyai ketabahan yang secukupnya untuk membantu murid
menyelesaikan masalah yang diatasi.

Dalam zaman globalisasi ini, pendidikan negara kita lebih memusatkan kepada
pelajar. Ini bermaksud pelajar diberi lebih banyak peluang untuk meneroka, menganalisis,
mencuba serta mencari penyelesaian secara kritis, kreatif dan inovatif. Dengan ini, guru
seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri. Guru
hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Zarah binti Ahmad, 2014). Ini
menunjukan dedikasi seorang guru terhadap pelajarnya di mana seorang guru tidak
mengharapkan sebarang ganjaran daripada tugas yang dijalankan itu.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, guru bertanggungjawab dan juga


mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik untuk pelajar terutamanya suasana
pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan sentiasa
difikirkan supaya dapat melahirkan modal insan yang berpotensi dan berperwatakan
terpuji. Sebagai contoh, bilik darjah yang sentiasa dibersihkan dan disusun, ruang bilik
darjah yang sesuai dan sebagainya. Dengan suasana pembelajaran yang kondusif,
pelajar akan lebih menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan
semangat pelajar untuk terus belajar. Tuntasnya, guru haruslah berusaha untuk
menyediakan suasana pembelajaran yang terbaik tidak kira dari aspek fizikal ataupun
psikososial kepada pelajar supaya dapat melahirkan individu yang berpotensi dan juga
seimbang dari segi JERI.

Guru yang mengamalkan nilai integriti juga dapat melaksanakan tugasnya secara
ikhlas dengan merancangkan proses pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk
pelajarnya supaya dapat melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.
Jika seorang guru yang berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan
mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi
didikan yang terbaik serta akan meneladani perwatakan guru mereka. Pelajar yang
dibentuk secara holistik dari aspek penguasaan ilmu pengetahuan, proaktif mempunyai
moraliti tinggi.

Nilai integriti amat penting kepada semua pihak dan sewajarnya dihayati oleh
semua pihak demi kepentingan bersama. Dalam sesebuah organisasi pendidikan, guru
dan juga kakitangan akademik memainkan peranan yang amat berat dalam
mengamalkan budaya integriti semasa melaksanakan tugasan yang diberikan.
Seseorang guru seharusnya mengamalkan Kod Etika Perguruan dan piagam pelanggan
bagi memastikan isu integriti tidak dipersoalkan. Dengan mengamalkan Kod Etika
Perguruan dan juga piagam pelanggan, guru-guru di sekolah pasti dapat menjaga tingkah
lakunya sebagai seorang guru. Bukan itu sahaja, para guru juga dapat memahami dengan
jelas etika guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat,
masyarakat dan Negara, tetapi bukannya mengambil kesempatan pada masalah yang
berlaku terhadap pelajar tetapi hendaklah membantu mereka menyelesaikan masalah
(Baharin dan Suzana 2010). Ringkasnya, guru yang berintegriti dan juga beretika sangat
diperlukan dalam bidang pendidikan.

Nilai integriti dalam bidang pendidikan merupakan satu panduan kepada etika dan
juga nilai. Aspek integriti dalam sesebuah organisasi pendidikan ini melibatkan pelbagai
pihak. Antara pihak yang terlibat ialah individu seperti guru dan juga kakitangan akademik,
pihak sekolah, institusi pengajian serta pihak kementerian dalam memastikan kualiti
pendidikan yang diberi kepada para pelajar adalah sama rata dalam pelbagai lapisan
masyarakat. Antara yang paling penting ialah kawalan dalaman individu iaitu berkaitan
dengan kemantapan rohani dan keteguhan jiwa dalam menangani pelbagai ganjaran,
hadiah mahupun duit atau cubaan pihak yang tidak mengamalkan hajat yang baik dalam
memenuhi keperluan sendiri berbanding kepentingan umum. Dedikasinya, nilai integriti
hendaklah disepadukan dan diterapkan di kalangan guru dan juga kakitangan akademik
supaya amalan hidup dan amalan kerja bagi mencapai kecemerlangan, kecekapan,
dipercayai dan dihormati. Rukun Akhlak dan Etika Kerja merupakan satu panduan yang
telah disediakan bagi setiap penjawat perkhidmatan awam di negara kita. Secara
langsungnya, institusi pendidikan juga terlibat untuk menepati Rukun Akhlak dan Etika
Kerja.

Jika mendaki biarlah ke puncak, jika berbicara biarlah ke noktah. Sebagai warga
pendidik yang mempunyai pegangan iman yang kuat dengan nilai etika kerja, isu integriti
tidak sepatutnya wujud dalam organisasi ini. oleh itu, setiap individu dalam organisasi
pendidikan terutamanya guru haruslah menjadi role model kepada setiap pihak
masyarakat awam. Hal ini kerana, generasi muda negara yang akan memimpin negara
kita pada masa yang akan datang lahir dari didikan organisasi ini. dengan itu, sebagai
sebahagian daripada organisasi pendidikan, setiap individu haruslah memiliki nilai integriti
yang secukupnya untuk membina masyarakat serta negara yang maju dan dihormati di
mata dunia.
Profesion boleh didefinisikan kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi
sosial yang penting. Tahap kemahiran tertentu dalam suatu pengalaman pengetahuan
sistematik berasakan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan bagi
mencapai fungsi sosial tersebut. Menurut Kamus Dewan (2005), profesion merupakan
suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan kemahiran
yang tinggi dan latihan yang khas seperti perundangan, perubatan, perguruan dan
sebagainya. Secara ringkasnya, bidang keguruan boleh dianggap sebagai suatu
profesion guru-guru merupakan ahli-ahli profesional pada profesion tersebut.

Konsep profesional merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang terdapat dalam kalangan
ahli suatu profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat ciri yang perlu
ada dalam suatu profesion. Antara empat ciri tersebut ialah ahli profesion perlu menguasai
ilmu pengetahuan yang dalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, kod
etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli dan juga persetujuan diberi kepada suatu
profesion oleh masyarakat yang beroperasi. Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan,
seorang profesional perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam seperti mana guru
melalui pendidikan formal hingga ke tahap sarjana muda.

Namun begitu, aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru
memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa
yang panjang, meningkatkan profesionalisme. Pada zaman yang sentiasa berubah dan
maju ke hadapan terutamanya dalam dunia ledakan teknologi maklumat ini, guru-guru
haruslah sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme mereka supaya tidak
membentukkan pelajar yang ketinggalan zaman.

Pelbagai aspek boleh dipertingkatkan oleh para guru untuk meningkatkan


perkembangan profesionalisme guru. Sebagai contoh, peningkatan kendiri, latihan dalam
perkhidmatan, kolaborasi dan sebagainya. Peningkatan kendiri termasuklah guru
melaksanakan penyelidikan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dan juga meningkatkan amalan guru.

Pihak pentadbir sekolah patut memupuk budaya penyelidikan di kalangan guru


bagi meningkatkan perkembangan profesionalisme guru serta bertindak secara
profesional. Pelbagai idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran
yang berguna dan juga berkesan diterokai melalui penyelidikan tindakan. Sebagai contoh,
pada subjek Matematik terdapat pelbagai cara yang berkesan tentang kemahiran
penolakan yang melibatkan proses pengumpulan semula telah diterokai oleh guru-guru
dan juga guru pelatih.

Peningkatan profesionalisme diri melalui melaksanakan penyelidikan tindakan


merupakan satu proses perkembangan yang memerlukan individu tersebut mempunyai
kesedaran yang tinggi tentang apa yang telah berlaku, kenapa perkara ini berlaku dan
juga bagaimana perlu diselesaikan. Sebenarnya, penyelidikan tindakan ini sentiasa
berlaku pada guru-guru, tetapi dengan melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran,
dokumentasi dan juga tindakan yang telah diambil. Penyelidikan tindakan menyediakan
cara untuk membolehkan proses tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme
diri, guru wajar menjadikan profesion keguruan a research-based profesion iaitu profesion
yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan
bukan pendapat.

Dengan melaksanakan penyelidikan tindakan, pengkaji berpeluang untuk


kolaborasi dengan guru-guru, pakar-pakar serta melibatkan pelajar. Untuk menyiapkan
penyelidikan tindakan tersebut, pengkaji perlu mengumpul pelbagai data yang berkenaan,
secara langsung pengkaji perlu komunikasi dengan pihak lain seperti temu bual dengan
guru-guru lain, pelajar. Hubungan antara pengkaji dan pihak lain seperti guru lain, pelajar
dapat dieratkan. Bukan itu sahaja, pengkaji juga perlu kolaborasi dengan pakar-pakar lain
untuk mendapat maklumat yang berkenaan dengan tajuk penyelidikan tindakan. Apabila
pengkaji kolaborasi dengan pakar lain, pengkaji tersebut berpeluang untuk belajar
sesuatu dari pakar. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat meningkatkan ilmu dan juga
pengetahuan pengkaji tersebut. Secara ringkasnya, penyelidikan tindakan dapat
membantu guru untuk mengkaji peristiwa yang berlaku secara saintifik, membuat analisis
berdasarkan emperikal dan data yang sahih seterusnya penyelidikan dapatan dapat
membantu guru untuk membuat keputusan bilik darjah yang bijak dan meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Aliran pendidikan guru pada masa kini memberikan penekanan kepada


penghasilan guru yang mempunyai kemahiran reflektif dan mampu melibatkan diri dalam
proses inkuiri terhadap amalan diri dari segi sosial, emosi dan pendidikan. Amalan refleksi
dapat memperkaya diri dan merangsang amalan profesionalisme guru. Refleksi yang
telah dikemukakan oleh Dewey pada tahun 1933 telah menjadi asas dalam mengkaji
proses kognitif guru semasa guru membuat keputusan tentang pengajaran dan
pembelajaran.

Refleksi memberi peluang kepada guru untuk menganalisis dirinya serta


menyedari tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada dirinya. Dengan ini, guru
dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan
efektif supaya dapat mencapai tahap prestasi yang lebih baik.

Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran


kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan
permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di
mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum
merancang tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas
tindakan dapat membantu guru memperkasakan diri dalam bidang profesionalnya.

Selain itu, pemikiran reflektif boleh didokumentasikan dalam bentuk penulisan dna
ini merupakan sumber rujukan yang amat penting kepada guru tersebut. Bukan itu sahaja,
sumber rujukan ini dapat memberi sumbangan untuk menjana idea yang baharu untuk
dirujuk oleh rakan sejawat dan juga guru-guru di sekolah lain.

Anda mungkin juga menyukai