Anda di halaman 1dari 1

BIDANG TUGAS PENGAWAS SPBT

PENDAHULUAN
Pengawas SPBT ditubuhkan untuk membantu pengurusan dan pelaksanaan SPBT sekolah
dengan lebih lancar dan efisien. Dengan adanya para pengawas yang dilantik, akan dapat
memartabatkan buku teks sebagai rujukan utama di sekolah dan meningkatkan kualiti
kepimpinan sekolah.

VISI
Ke arah kepimpinan bersifat ilmiah dan efisien.

MISI
Melahirkan pengawas SPBT berketerampilan dan berdedikasi.

OBJEKTIF
 Melatih ahli dengan kemahiran pengurusan SPBT.
 Melengkapkan ahli dengan kemahiran kepimpinan supaya mampu menjalankan
tugas pengawas dengan baik.
 Melibatkan ahli dengan aktiviti berfaedah dan kerjasama dalam kumpulan.

BIDANG TUGAS PENGAWAS SPBT


 Membantu pengurusan dan proses buku teks sekolah.
 Membantu dalam penyeliaan dan keceriaan bilik BOSS.
 Menyediakan perkhidmatan membaikpulih dan membalut buku teks.
 Membantu menceriakan laman SPBT.
 Bertugas berdasarkan jadual tugas yang telah disediakan.
 Memastikan bilik BOSS sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria sepanjang masa.
 Melaksanakan tugas berdasarkan skop biro masing-masing dan mematuhi arahan
guru SPBT.
 Membantu guru SPBT membuat pemantauan dan penyeliaan buku teks di tangan
murid.
 Tidak membawa murid yang bukan ahli kelab SPBT ke bilik BOSS.
 Mematuhi peraturan penggunaan bilik BOSS sepanjang masa.
 Melaporkan sebarang masalah yang berkaitan dengan SPBT kepada guru SPBT.