Anda di halaman 1dari 11

Penentuan Hasil Pembelajaran

1. Mengapa Hasil Pembelajaran Harus Ditentukan?


2. Apakah Dia Hasil Pembelajaran?
3. Bagaimanakah Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Kognitif, Afektif dan psikomotor dinyatakan?
4. Bagaimanakah mengenal pasti hasil pembelajaran dalam pelbagai dokumen kurikulum
5. Contoh HSP Bahasa Melayu
6. Contoh HSP Matematik KBSR
7. Contoh HSP Sains KBSR
8. Contoh HSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR
9. Rumusan

Pentingnya Hasil Pembelajaran

1. Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menentukan hasil pembelajaran
untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk.
2. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat:
a. menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar
b. menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil
c. membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan
alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu
d. menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif
3. Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil pembelajaran
4. Pelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh
memberi tumpuanuntuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.

Maksud Hasil Pembelajaran

1. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan
kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
2. Contoh hasil pembelajaran ialah:
a. Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia
b. Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat
c. Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000
d. Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan
e. Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai
f. Menerangkan kepentingan kebersihan
g. Melukis seekor kucing
h. Mengetam sekeping papan
i. Memukul bole hoki yang bergolek
1

j. Membuang sampah ke dalam tong sampah


Page
3. Perkatian di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan
dalam Rajah 2.
4. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil
pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
5. Isi kandungan, kaedah emngajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat
atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
6. Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi
kandungan, proses pengajaran dan pkroses pembelajaran.Contohnya diberi dalam Jadual 1.

Jadual 1: Jenis Pernyataan dalam P&P

Pernyataan Jenis

a. Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas,


merespons kepada stimuli Isi kandungan

b. Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat


benda hidup Proses pengajaran

c. Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidup Proses pembelajaran

d. Memahami sifat benda hidup Hasil pembelajaran umum

e. Menghuraikan sifat benda hidup Hasil pembelajaran khusus

7. Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus
menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup.
8. Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkanpengetahuan
mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaran
9. Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan proses
pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.
10. Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil pembelajaran
umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan pelbagai hasil
pembelajaran khusus seperti:
a. Menyatakan sifat benda hidup
b. Mengenal pasti sifat benda hidup
c. Menerangkan sifat benda hidup
d. Memberi contoh benda hidup
e. Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup
f. Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup
11. Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil pembelajaran
khusus.
2
Page
12. Dalam pembelajaran masteri guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana mudah
dinilai.
13. Di sekolah menengah, guru boleh menyatakanhasil pembelajaran yang umum denganberfokuskan
kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.

Pernyataan Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam

a. Bentuk:
i. Hasil Pembelajaran Umum
ii. Hasil Pembelajaran Khusus
b. Bidang:
i. Kognitif
ii. Afektif
iii. Psikomotor
c. Aras:
i. Satu
ii. Dua
iii. Tiga (lebih tinggi)

Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang kognitif

1. Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti
pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
2. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut
Taksonomi Bloom:
a. Pengetahuan:

Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara
atau prosedur.

b. Kefahaman:

Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah,


cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.

c. Aplikasi:

Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah,


cara atau prosedur dalam situasi yang baru

d. Analisis:
3
Page
Kebolehan memecahkan kkonsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-
bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya.

e. Sintesis:

Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu


corak atau struktur yang bermakna.

f. Penilaian:

Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek
atau tindakan.

3. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata
kerja berikut:

Pelajar dapat

mengetahui sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur
memahami sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur.
mentafsir sesuatu bahan bahasa, rajah, carta atau graf.
menggunakan atau mengaplikasikan sesuatu konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara prosedur dalam
situasi yang baru.
menyelesaikan sesuatu masalah
menganalisis sesuatu konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur atau hasil
bertutur atau berucap tentang sesuatu
menulis sesuatu sama ada cerita, esei, pantun, sajak, atau muzik
merancang sesuatu
menilai sesuatu sama ada penulisan, cerita, artikel, lukisan, persembahan, hasil kerja

4. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan perkataan kata kerja berikut
(Gronlund N.E., 1970):

Pelajar dapat:

(a) Pengetahuan:

melabel memadan menama


mendefinisi mengenal pasti menyatakan
menyebut menyenarai

(b) Kefahaman:

memberi contoh memperluaskan menambah


menganggar menerang menghurai
4
Page
(c) Aplikasi

menemui mengait menggunakan


menghasil mengira mengubah suai
menukar menunjukkan menyediakan
menyelesaikan meramal

(d) Analisis:

membahagi membanding membeza


membuat inferens memecahkan memilih
mengasing mengilustrasi menyusun

(e) Sintesis:

bercerita bertutur berucap


membina semula membuat generalisasi mencantumkan
mengarang mengkategori mengkelaskan
mengumpul menjana merancang
menulis meringkas merumus

(f) Penilaian:

membuat kesimpulan mempertahankan mempertikaikan


mengkritik menilai menyokong

5. Anda bolehlah menambahkan hasil pembelajaranyang lain yang tidak terkandung dalam
senarai di atas.

Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang afektif

1. Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti
sikap dan nilai.
2. Nilai murni sarwajagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran:

baik hati
berdikari
hemah tinggi
hormat
kasih sayang
keadilan
5
Page

kebebasan
keberanian
kebersihan fizikal dan mental
kejujuran
kerajinan
kerjasama
kesederhanaan
kesyukuran
rasional
semangat bermasyarakat

3. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata
kerja berikut:

menyedari tentang sesuatu


menerima sesuatu seperti teguran, nasihat, tugas, penerangan, tanggungjawab, wujudnya perbezan,
kepercayaa.
memahami kepentingan tentang sesuatu sikap, nilai, peraturan
menghargai sesuatu
menggunakan sesuatu sikap positif atau nilai dalam situasi yang baru
menunjukkan kepekaan, minat, keseronokan, keselamatan, kesabaran, amalan sesuatu nilai murni (lihat
di atas), atau sesuatu sikap yang positif seperti proaktif, bertanggungjawab, timbang rasa, ingin tahu,
ingin menyelesaikan masalah, tekun, tah.
bersyukur
menyayangi sesuatu
berjimat-cermat
berbangga dengan sesuatu

4. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata
kerja berikut:

bekerja dengan tekun, taba


belajar dengan tekun, tabah
berbaris
berbincang dengan kawan, rakan atau dalam kumpulan
bercakap denan sopan santun
berdiri tegak
berjalan denan sopan santun
bergembira
berpakaian kemas dan besih
bersuara lembut
bertanya
berucap
duduk tegak
melaksanakan
melakukan
mematuhi arahan, peraturan
membantu kawan, rakan, orang awam
memberi barang, derma, perhatian, salam, tumpuan
6 Page

membezakan betul dan salah, baik dan tidak baik


membuang sampah ke dalam tong sampah
memilih yang baik, betul
mempengaruhi
mempersembahkan
memulangkan barang terjumpa, pinjaman
menasihati
mencadangkan
menegur
menepati masa
menerangkan sesuatu sikap atau nilai murni
mengamalkan sesuatu amalan yang baik
mengambil bahagian
mengatur
menghasilkan sesuatu kerja, latihan, tugas
mengikut
mengubahsuaikan
mengutip barang,derma, sampat
menilai
menjaga
menunggu giliran
menyoal
menyusun dengen kemas dan teratur
mewajarkan
tersenyum

5. Guru harus tahu bahwa hasil pembelajaran dalam bidang afektif mengambil masa yang
panjang untuk dikuasai dan ia susah dinilai
6. Walau bagaimanapun anda harus menyerapkan sikap yang positif dan nilai murni di
kalangan pelajara semasa pengajaan dan pembelajaran.

Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor

1. Bidang psikomotor termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan


seperti penulisan, menaip, berenang, melompat tinggi, bermain, memasak, melukis,
membina sesuatu dan mengoperasi mesin atau alat.
2. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kerja
berikut:

Pelajar dapat:

bermain sesuatu permainanatau alat muzik


menulis dengan cepat dan tulisan mudah dibaca
melakar sesuatu
melukis sesuatu
memasang sesuatu
menaip dengan cara betul
7

mengoperasikan sesuatu alat atau mesin


Page
memasak nasi, lauk
menunjukkan kebolehan membuat sesuatu
membaiki sesuatu
membina sesuatu
membuat sesuatu
mereka cipta sesuatu
menghasilkan sesuatu

3. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata
kerja berikut:

Pelajar dapat:

berenang berlari melompat


memaku memanaskan memangkas
memasangkan membaja membakar
membaling membalut membersihkan
membuat membuka memegang
menaip menampal mencampur
mencangkuk menebuk menendang
menentukan mengacau mengaitkan
mengapit mengecat mengeluarkan
mengenal pasti menggunakan menghasilkan
menghias menghidupkan mengisar
mengukur menimbang menjahit
menuang menukarkan menukul
menyambungkan menyukat mereka cipta

 Selain daripada senarai di atas, guru boleh mmenambahkan hasil pembelajaran yang lain.

Hasil Pembelajaran Dapat Dikenal Pasti Dalam Huraian Sukatan Pelajaran

1. Guru boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung di bawah pelbagai lajur
seperti:
a. Objektif atau Objektif Khusus
b. Huraian atau Huraian Kandungan
c. Kemahiran, Kemahiran Saintifik, atau Kemahiran Berfikir
d. Aktiviti atau Kegiatan
e. Nilai
f. Unsur Patriotisme
g. Catatan
8
Page
2. Guru harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam bidang
kognitif, afektif dan psikomotor seperti diterangkan di atas.
3. Sekiranya hasil pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, guru boleh menyatakannya
semula secara khusus dengan panduan yang diberi.
4. Beberapa contoh HSP diberi di bawah untuk menunjukkan bagaimana anda boleh mengenal pasti
atau menyatakan hasil pembelajaran khusus.
5. Guru boleh teruskan kepada contoh HSP bagi mata pelajaran yang berkenaan.

Contoh HSP Bahasa Melayu SK: Tahun 2

1. Contoh HSP tentang kemahiran, "bercerita" dalam SP diberi dalam Jadual 2 di bawah.
2. Hasil pembelajaran khusus diberi di bawah lajur Kemahiran sebagai "Bercerita berpandukan
gambar atau keadaan sebenar".

Jadual 2

RSP Kemahiran Huraian Sukatan Pelajaran


1.32 Bercerita berpandukan gambar -Pelajar bercerita berpandukan gambar bersiri atau
atau keadaan sebenar gambar tunggal yang mengandungi pelbagai maklumat.

Contoh:

pekerja sedang membelah dan memotong kayu


balak
jentera sedang mengangkat kayu balak dari lori

- Pelajar bercerita tentang keadaan sebenar yang


diperlihatkan

Contoh: Situasi sewaktu pulang dari sekolah

Contoh HSP Matematik KBSR: Tahun 4

1. HSP tentang satu kemahiran matematik, "2. Menambah dalam lingkungan 10 000" ditunjukkan
dalam Jadual 3.

Jadual 3
9
Page
Kandungan Dalam Sukatan Huraian Nota
Pelajaran
2.5 Menambah sebarang dua 1. Menambah sebaran dua Pelajar perlu dibimbing mengulang
nombor dengan mengumpul nombor tanpa emngumpul semula fakta asas tambah terlebih
semula dan hasil tambahnya dan hasil tambahnya kurang dahulu.
tidak lebih daripada 10 000 daripada 10 000.
Gunakan pembilang sebagai
1.1 Menambah sebarang dua panduan pada peringkat awal bagi
gandaan seribu yang hasil kemahiran 1.1 - 1.3.
tambahnya tidak lebih daripada
9 000: Contoh bagi kemahiran 1.1(b):

a. secara lisan 1. 1 000 + 2 000= _____

b. secara bertulis 2. 4 000

+2 000

--------

2. Hasil pembelajarankhusus dinyatakan di bawah lajur Huraian dan beberapa hasil pembelajaran
khusus diberi, misalnya:

"1.1 Menambah sebarang dua gandaan seribu yang hasil tambahnya tidak lebih daripada 9000:

a. secara lisan

b. secara bertulis

Contoh HSP Sains KBSR: Tahun 4

Jadual 4

Objektif Pencapaian
Cadangan Pengalaman Pengajaan
Objektif Umum Objektif Khusus
2. Memahami bahawa sifat 2.1 Mengenal sifat-sifat fizikal Memerhati sifat-sifat fizikal
fizikal dan ciri haiwan dan yang boleh dilihat pada haiwan yang terdapat pada haiwan
tumbuhan boleh digunakan untuk
mengkelaskan kehidupan 2.2 Membezakan haiwan Mengkelaskan haiwan mengikut
mengikut sifat-sifat fizikal yang sifat fizikal seperti berlulu,
dikenal pasti bersisik, berkaki, berkepak dan
bercengkerang
10

1. Satu contoh HS{ dalam bidang "Alam kehidupan" di beri dalam Jadual 4.
Page
2. Hasil pembelajaran umum dinyatakan di bawah lajur objektif umum
3. Hasil pembelajaran khusus yang mesti dikuasai dinyatakan di bawah lajur objektif khusus.

Contoh HSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR: Tahun 4

1. Satu contoh HSP tentang Topik 3.3 "Keselamatan Api" diberi dalam Jadual 5.
2. Hasil pembelajaran khusus dinyatakan bawah lajur Objektif Pembelajaran.
3. Hasil pembelajaran khusus tambahan diberi bawah lajur Kegiatan

Jadual 5

Objektif Pembelajaran Kegiatan Catatan


Pelajar boleh: Mengumpul dan menampal Rujuk Tajuk 2: Sukan dan
keratan akhbar, rencana dan Rekreasi:
i. Menyatakan langkah majalahtentang langkah
pencegahan kebakaran pencegahan kebakaran yang 2.2 Jadual Harian
diambil oleh pihak tertentu.

Rumusan

1. Hasil pembelajaranialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan
kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
2. Penentuan hasil pembelajaran penting untuk:
a. mengetahuan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar;
b. memberi tumpuan kepada penguasaannya;
c. merancang kaedah-kaedah mengajar; dan
d. membina ujian formatif dan sumatif
3. Hasil pembelajaran khusus boleh dinilai dengan mudah dan harus dibezakan dengan hasil
pembelajaran umum atau kenyataan lain yang merupakan isi kandungan, proses pengajaran dan
proses pembelajaran.
4. Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk, bidang, dan aras
5. Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif menegaskan hasil intelek dan boleh dikategorikan
mengikut Taksonomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.
6. Hasil pembelajaran dalam bidang afektif menegaskan hasil rohani dan emosi termasuk sikap dan
nilai dan perlu diserapkan walaupun susah untuk dinilai dalam jangkamasa yang pendek.
7. Hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor menegaskan kemahian gerakan
8. Guru perlu merujuk kepada pelbagai dokumen kurikulum khasnya huraian sukatan pelajaran.
11
Page

Anda mungkin juga menyukai