Anda di halaman 1dari 30

© Hak Cipta Terpelihara

Bahagian Pendidikan Islam


Kementerian Pendidikan Malaysia

Terbitan Tahun 2018


FNSS V.2018

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN


FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018M/1439H

A. PENDAHULUAN

Kesenian seumpama nasyid telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w dan
sebelumnya. Pada awal perkembangannya di Malaysia, ia lebih dikenali melalui
irama padang pasir. Muzik Nasyid telah menerima kepelbagaian lagu baru yang
dikenali sebagai lagu kontemporari. Muzik ini menjadi alternatif kepada muzik
tradisional yang mampu menarik minat pendengar untuk memahami dan
menghayati Islam.

Nasyid mampu membawa mesej-mesej tertentu untuk dihayati oleh


pendengar dan penonton. Hasrat ini bertepatan dengan usaha kerajaan supaya
masyarakat Islam mengetahui dan mengambil iktibar dari sejarah yang berlaku di
dalam perkembangan Islam. Disamping itu, ia juga bertujuan memupuk minat murid
kepada seni lagu yang mengandungi unsur dakwah yang mengajak pendengar
kepada melakukan kebaikan.

Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju menganjurkan


Festival Nasyid Sekolah-sekolah pada Tahun 2018. Sehubungan dengan itu,
Bahagian Pendidikan Islam, KPM telah menyusun dan menyelaras Peraturan
Nasyid yang diharap dapat digunapakai pada semua peringkat Kementerian
Pendidikan Malaysia.

B. PERATURAN NASYID

1. PENYERTAAN

1.1. Penyertaan kumpulan

1.1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah


berumur 7 tahun hingga 12 tahun dan Sekolah Menengah
berumur 13 tahun hingga 17 tahun dari sekolah berikut:
1.1.1.1. Sekolah / Kolej di bawah kelolaan Kementerian
Pendidikan Malaysia
1.1.1.2. Sekolah Agama Negeri / Majlis Agama Islam /
Yayasan Negeri
1.1.1.3. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
1.1.1.4. Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Jabatan
Pendidikan Negeri

1.1.2. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan


nasyid yang terdiri daripada TUJUH (7) orang ahli termasuk
pemain muzik.

FNSS KPM / 1
FNSS V.2018

1.1.3. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid di sekolah


yang sama.

1.1.4. Anggota kumpulan yang bertanding hendaklah terdiri daripada


satu kumpulan jantina sahaja.
1.1.5. Sekolah yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri
berkenaan ke peringkat kebangsaan.

1.1.6. Semua peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis


daripada ibubapa/penjaga.

1.2. Penyertaan Ciptaan Lagu dan Lirik Nasyid

1.2.1. Penyertaan ciptaan lagu dan lirik adalah terbuka kepada semua
warga Kementerian Pendidikan Malaysia yang masih
berkhidmat. Borang Akuan (Borang FNSS/1) hendaklah
disahkan oleh Ketua Jabatan sebagai bukti perkhidmatan.

1.2.2. Pertandingan penciptaan lagu dan lirik nasyid adalah


penyertaan secara individu.

1.2.3. Setiap penyertaan lagu dan lirik akan menjadi Hak Cipta
Terpelihara penganjur iaitu Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia (BPI KPM).

1.2.4. Sebarang terbitan, rakaman, persembahan, cetakan dan


pengedaran tanpa kebenaran daripada pihak BPI KPM adalah
SATU KESALAHAN.

2. BORANG PENYERTAAN

2.1. Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan


sebagaimana Borang FNSS/2.

2.2. Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh Guru


Besar/Pengetua/Ketua Jabatan hendaklah diserahkan kepada pihak
urus setia pada masa yang ditetapkan oleh pihak penganjur sama ada
di peringkat daerah/negeri/kebangsaan.

2.3. Semua dokumen yang perlu diserahkan kepada urus setia pendaftaran
adalah seperti berikut:

2.3.1. Borang FNSS/1 : Borang Akuan Penggubah Lagu /


Pencipta Lirik
2.3.2. Borang FNSS/2 : Borang Penyertaan
2.3.3. Borang FNSS/3 : Borang Akuan Peralatan / Perkusi
2.3.4. Teks lirik sebanyak 4 SALINAN (Kumpulan adalah DILARANG
menulis sebarang bentuk tulisan/gambar/logo yang
menggambarkan identiti kumpulan)

FNSS KPM / 2
FNSS V.2018

3. TEMA

”Al-Quran Asas Kesatuan Ummah dan Kesejahteraan Negara”

4. SUARA

4.1 Penghakiman suara adalah daripada aspek kualiti ton, ketepatan pic,
nada, frasa, sebutan, dinamik, keseimbangan dan harmoni.

4.2 Penilaian suara bermula apabila peserta menyanyikan lagu pertama


dan berakhir penilaian dengan tamatnya lagu kedua.

4.3 Penasyid solo yang mendominasi persembahan boleh menjejaskan


pemarkahan.

4.4 Penasyid solo terbaik dinilai daripada keupayaannya menyampaikan


kedua-dua buah lagu.

4.5 Mana-mana pasukan yang menampilkan lebih daripada seorang


penasyid solo TIDAK LAYAK dinilai untuk Penasyid Solo Terbaik.

5. LAGU

5.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan DUA buah lagu.

5.2 Lagu pertama dan lagu kedua hendaklah ciptaan baru*.

5.2.1 Lagu hendaklah ciptaan asal, bebas daripada ciplak. Lagu juga
belum pernah dirakamkan, dicetak atau disiarkan untuk
sebarang siaran. Walaubagaimanapun, lagu saduran/ciplak
dibenarkan tetapi tidak melebihi EMPAT Bar Melodi, tetapi jika
Rentak (Rythm) menyamai lagu lain adalah dibenarkan.

5.2.2 Lagu yang dibawa oleh kumpulan yang telah mendapat tempat
pertama, kedua, ketiga dan telah memenangi anugerah lagu
terbaik peringkat kebangsaan tidak boleh dinyanyikan lagi oleh
mana-mana pasukan pada tahun-tahun seterusnya.

5.3 Lagu Pertama hendaklah berbentuk Nasyid Tradisional yang


mengandungi unsur-unsur lagu Masri dan Hijazi seperti Bayati, Soba,
Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-unsur lagu Hijazi
seperti Husaini, Mayyah, Banjakah, Rakbi dan Dukkah dan lain-lain
irama arab. Alunan Qasidah boleh mempengaruhi pemarkahan.

5.4 Lagu Kedua hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari yang


mengekalkan ciri-ciri nasyid (perlu dinyatakan dalam teks lirik)

FNSS KPM / 3
FNSS V.2018

5.4.1 Nasyid Kontemporari yang berentak hardrock, heavy metal, rap,


hip-hop dan yang seumpamanya adalah DILARANG sama
sekali.

5.5 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh


menjejaskan markah atau dibatalkan penyertaannya.

*NOTA: Gubahan lagu baharu adalah diwajibkan di peringkat kebangsaan.

6. LIRIK

6.1 Lirik kedua-dua buah lagu hendaklah ciptaan baharu dan asli.

6.2 Lirik kedua-dua buah lagu boleh menggunakan Bahasa Melayu,


Bahasa Arab, Bahasa Inggeris atau gabungan ketiga-tiga bahasa
tersebut.

6.3 Lirik Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris hendaklah disertakan


terjemahannya secara bertulis. Lirik yang tidak disertakan terjemahan
akan menjejaskan markah.

6.4 Lirik lagu pertama hendaklah menepati Tema Festival Nasyid


Sekolah-sekolah (FNSS) yang telah ditetapkan serta mengandungi
nilai-nilai Islam yang unggul seperti keimanan kepada Tuhan,
kepatuhan kepada ibubapa, nasihat, perpaduan, cintakan tanah air,
masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni yang lain.

6.5 Lirik lagu kedua hendaklah berdasarkan Sukatan Pelajaran


Pendidikan Islam KSSR dan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
KBSM/KSSM. Tajuk-tajuk pilihan bagi tahun 2018 adalah
sebagaimana yang dilampirkan bersama dokumen ini (rujuk Lampiran):

6.5.1 Kategori Sekolah Rendah hendaklah berdasarkan Sukatan


Pelajaran Pendidikan Islam / Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) KSSR Tahun 1 hingga Tahun 6.

6.5.2 Kategori Sekolah Menengah hendaklah berdasarkan Dokumen


Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Tingkatan
1 dan Tingkatan 2 serta Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
KBSM Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5.

6.6 Kedua-dua lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

6.7 Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.

6.8 Penggunaan zikir dan selawat adalah dibenarkan.

*NOTA: Ciptaan lirik baharu adalah diwajibkan di peringkat kebangsaan.

FNSS KPM / 4
FNSS V.2018

7. PERSEMBAHAN

7.1 Semua aktiviti kumpulan di pentas bermula daripada naik hinggalah


turun dari pentas (berdasarkan ketetapan yang ditentukan oleh juri)
adalah dinilai sebagai persembahan.

7.2 Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang


disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan.

7.3 Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi seperti
berikut; kompang, riq, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo,
shaker, tamborine, djembe, cabasa, cajon drum (box drum),
maracas, rebana dan chime sahaja. Borang Akuan Peralatan
(Borang FNSS/3) hendaklah dikemukakan kepada urusetia
pendaftaran.

7.4 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live).

7.5 Susunan muzik (music arrangement) yang kreatif dan menarik boleh
mempengaruhi pemarkahan.

7.6 Susunan muzik (music arrangement) dan cara nyanyian berunsurkan


hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah
dilarang sama sekali.

7.7 Setiap kumpulan dilarang sama sekali memperkenalkan atau


mempamerkan nama atau identiti kumpulan/negeri dalam bentuk
tulisan atau percakapan kepada jemaah hakim sebelum dan semasa
pertandingan.

7.8 Penggunaan ayat al-Quran di dalam Melodi Lagu adalah dilarang


kerana menghormati keagungan Al-Quran.

7.9 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh


menjejaskan markah dan boleh dibatalkan penyertaannya.

8. PAKAIAN

Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan berdasarkan kriteria


seperti berikut:

8.1 Peserta Lelaki:


8.1.1 Memakai pakaian kebangsaan (bersamping dan bersongkok
hitam) yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak
dibenarkan.

8.2 Peserta Perempuan:


8.2.1 Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan berkasut.
Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali. Hiasan dan
solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan. Pakaian,

FNSS KPM / 5
FNSS V.2018

hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan. Semua


larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian sekolah
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
hendaklah dirujuk dan dipatuhi.

9. MASA

9.1 Setiap kumpulan diberi masa 12 minit sahaja untuk


mempersembahkan kedua-dua buah lagu.

9.2 Masa dikira apabila peserta mula menaiki pentas.

9.3 Markah akan dipotong jika persembahan kurang dari 10 minit atau
melebihi masa 12 minit yang telah ditetapkan.

10. PEMARKAHAN

10.1 Penghakiman dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :

10.1.1 Suara - 40 markah


10.1.2 Lagu - 25 markah
10.1.3 Lirik - 20 markah
10.1.4 Persembahan - 15 markah

11. PENENTUAN KEPUTUSAN

11.1 Kumpulan Nasyid Terbaik

11.1.1 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diumumkan


sebagai Johan.

11.1.2 Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan


diumumkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.

11.1.3 Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan


dirujuk mengikut keutamaan berikut:

Pertama : Suara
Kedua : Lagu
Ketiga : Lirik
Keempat : Persembahan

11.1.4 Sekiranya masih sama, penilaian akan dirujuk kepada elemen


keberkesanan persembahan.

11.1.5 Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bermuzakarah


untuk membuat keputusan.

11.1.6 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

FNSS KPM / 6
FNSS V.2018

11.2 Lagu Terbaik Dan Lirik Terbaik

11.2.1 Setiap lagu dan lirik yang dipersembahkan akan dinilai untuk
dipilih Lagu Terbaik dan Lirik Terbaik.

11.2.2 Lagu Terbaik tidak semestinya akan dipilih sebagai Lirik


Terbaik dan sebaliknya.

11.2.3 Lagu dan Lirik yang mendapat markah tertinggi akan


diumumkan sebagai pemenang.

11.2.4 Sekiranya terdapat persamaan, hakim akan bermuzakarah


untuk membuat keputusan.

12. HADIAH PERTANDINGAN (RENDAH DAN MENENGAH)

12.1 Hadiah yang disediakan di Peringkat Kebangsaan adalah seperti


berikut:

12.1.1 Hadiah Utama


12.1.1.1 Johan (Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil
Penghargaan)
12.1.1.2 Naib Johan (Piala Iringan dan Sijil Penghargaan)
12.1.1.3 Ketiga (Piala Iringan dan Sijil Penghargaan)
12.1.1.4 Hadiah Saguhati (Cenderamata dan Sijil Penyertaan)

12.1.2 Penggubah Lagu Terbaik (Tradisional)


12.1.2.1 Piala Iringan dan Sijil Penghargaan

12.1.3 Penggubah Lagu Terbaik (Kontemporari)


12.1.3.1 Piala Iringan dan Sijil Penghargaan

12.1.4 Pencipta Lirik Terbaik (Tradisional)


12.1.4.1 Piala Iringan dan Sijil Penghargaan

12.1.5 Pencipta Lirik Terbaik (Kontemporari)


12.1.5.1 Piala Iringan dan sijil Penghargaan

12.1.6 Persembahan Terbaik


12.1.6.1 Piala Iringan dan Sijil Penghargaan

12.1.7 Penasyid Solo Terbaik


12.1.7.1 Piala Iringan dan Sijil Penghargaan

12.2 Hadiah di Peringkat Sekolah/Daerah/Negeri adalah tertakhluk kepada


keputusan Jawatankuasa Pelaksana Sekolah/Peringkat Daerah/Negeri
masing-masing.

FNSS KPM / 7
FNSS V.2018

13. BANTAHAN PERTANDINGAN

13.1 Sebarang bentuk bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis


kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan
Rasmi (Borang FNSS/4) yang disediakan.

13.2 Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti dan saksi.

13.3 Sebarang bantahan hendaklah diterima oleh Pengerusi Jemaah


Hakim sebelum keputusan diumumkan. Bantahan yang diterima
selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.

13.4 Semua bantahan akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jemaah


Hakim dan keputusan selepas mesyuarat adalah MUKTAMAD.

C. PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN

1. Penghakiman Suara (40 markah)

1.1. 40 markah diperuntukkan bagi setiap lagu (Borang FNSS/6.1).

1.2. Setiap lagu dinilai daripada aspek berikut:


1.2.1 Ketepatan pic, nada dan frasa - 10 markah
1.2.2 Keseimbangan/harmoni - 10 markah
1.2.3 Dinamik - 8 markah
1.2.4 Kualiti ton - 6 markah
1.2.5 Kejelasan sebutan - 6 markah

2. Penghakiman Lagu (25 markah)

2.1. 25 markah diperuntukkan bagi setiap lagu (Borang FNSS/6.2).

2.2. Setiap lagu dinilai daripada aspek berikut:


2.2.1 Keaslian melodi lagu - 8 markah
2.2.2 Irama masri/kontemporari - 7 markah
2.2.3 Kesesuaian rentak dan muzik iringan - 4 markah
2.2.4 Kreativiti / Alunan qasidah - 3 markah
2.2.5 Penjiwaan lagu - 3 markah

3 Penghakiman Lirik (20 markah)

3.1. 20 markah diperuntukan bagi setiap lirik (Borang FNSS/6.3).

3.2. Setiap lagu dinilai daripada aspek berikut:


3.2.1. Kejelasan mesej - 8 markah
3.2.2. Kesinambungan isi - 6 markah
3.2.3. Bahasa - 4 markah
3.2.4. Keberkesanan lirik - 2 markah

FNSS KPM / 8
FNSS V.2018

4 Penghakiman Persembahan (15 markah):

4.1. 15 markah diperuntukkan bagi keseluruhan persembahan (Borang


FNSS/6.4).

4.2. Setiap persembahan dinilai daripada aspek berikut:


4.2.1 Gaya dan penampilan - 8 markah
4.2.2 Etika - 2 markah
4.2.3 Ekspresi - 2 markah
4.2.4 Keberkesanan persembahan - 3 markah

D. JEMAAH HAKIM

1. Jemaah hakim terdiri daripada:

1.1 Pengerusi Jemaah Hakim


1.2 Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim
1.3 Ketua Jemaah Hakim
1.4 Ketua Hakim Rendah
1.5 Ketua Hakim Menengah
1.6 Hakim Suara
1.7 Hakim Lagu
1.8 Hakim Lirik
1.9 Hakim Persembahan
1.10 Hakim Masa
1.11 Urusetia Kehakiman

FNSS KPM / 9
FNSS V.2018

TEMA FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH (FNSS)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN TEMA
2004 Akhlak Mulia Wawasan Negara
2005 Penghayatan Islam Hadhari Membentuk Jatidiri
2006 Pelajar Mulia Negara Maju
2007 Insan Cemerlang Ummah Terbilang
2008 Minda Hadhari Insan Bestari
2009 Akidah Pembentuk Jatidiri Cemerlang
2010 Tiada pertandingan
2011 Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji
2012 Al-Quran Menjana Transformasi Ummah
2013 Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah
2014 Al-Quran Menjana Transformasi Ummah Wasatiyyah
2015 Al-Quran Nadi Transformasi Ummah
2016 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2017 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Al-Quran Asas Kesatuan Ummah dan Kesejahteraan
2018
Negara

Disediakan oleh :

Unit Budaya dan Syiar Islam


Pengurusan Dakwah Dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

Rujukan : Mohd Hamidi bin Zakaria


Tel : 03 8321 7262
Faks : 03 8321 7293
Email : mhamidi.zakaria@moe.gov.my

FNSS KPM / 10
TAJUK-TAJUK PILIHAN FNSS TAHUN 2018
(LAGU KEDUA)

KATEGORI SEKOLAH RENDAH

BIDANG KOD TAJUK STANDARD KANDUNGAN


AQIDAH RQ-01 Meyakini dan mengamalkan rukun Iman dalam kehidupan harian
RQ-02 Meyakini dan mengamalkan rukun Islam dalam kehidupan harian
RQ-03 Memahami dan meyakini konsep beriman kepada Kitab Allah
RQ-04 Memahami dan meyakini konsep beriman kepada Hari Kiamat
RQ-05 Memahami dan meyakini konsep beriman kepada Qada’ dan Qadar
RQ-06 Memahami dan meyakini sifat Allah bersifat Baqa’
RQ-07 Memahami dan meyakini sifat Allah bersifat Kalam
RQ-08 Memahami dan meyakini sifat Allah bersifat Basor
RQ-09 Memahami dan meyakini konsep asas nama Allah As-Syakur
RQ-10 Memahami dan meyakini konsep asas nama Allah As-Sobur
RQ-11 Memahami dan meyakini konsep asas nama Allah Al-Hadi
RQ-12 Meyakini dan membuktikan konsep asas Allah bersifat Wadaniyah
RQ-13 Meyakini dan membuktikan konsep asas Allah bersifat Kudrat
RQ-14 Meyakini dan membuktikan konsep asas Allah bersifat Iradah
RQ-15 Memahami dan meyakini konsep asas perkara sam’iyyat
IBADAH / RF-01 Memahami dan mengamalkan jenis-jenis ibadah
FEKAH RF-02 Memahami dan mengamalkan jenis-jenis hukum
RF-03 Memahami dan mengamalkan syarat wajib solat
RF-04 Memahami dan mengamalkan perkara yang membatalkan solat
RF-05 Memahami dan mengamalkan konsep asas mandi wajib dengan sempurna
RF-06 Memahami dan mengamalkan konsep asas rukun solat dengan sempurna
RF-07 Memahami dan mengamalkan konsep asas tuntutan menuntut aurat
RF-08 Memahami dan mengamalkan konsep asas wudhu’ dengan sempurna
RF-09 Memahami dan mengamalkan konsep asas istinjak
RF-10 Memahami dan mengamalkan konsep asas tayammum
RF-11 Memahami dan mengamalkan konsep asas solat berjemaah
RF-12 Memahami dan mengamalkan konsep asas solat jenazah
SIRAH RS-01 Mengambil iktibar dan meneladani keunggulan sifat amanah Nabi Muhammad SAW
Mengambil iktibar dan meneladani keperibadian Nabi Muhammad dalam kehidupan
RS-02
sahabat
RS-03 Memahami dan mengambil iktibar daripada dakwah Rasulullah
RS-04 Memahami dan mengambil iktibar daripada hijrah ke Habsyah

RS-05 Memahami dan mengambil iktibar daripada penerimaan pembesar Mekah terhadap Islam
Memahami, mengambil iktibar dan mencontohi tindakan Rasulullah SAW dalam peristiwa
RS-06
penentangan terhadap dakwah Rasulullah
Memahami, mengambil iktibar dan mencontohi tindakan Rasulullah SAW dalam peristiwa
RS-07
Isra’ dan Mikraj
Memahami, mengambil iktibar dan mencontohi tindakan Rasulullah SAW dalam peristiwa
RS-08
perjanjian Aqabah
RS-09 Memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa pembukaan Kota Mekah
RS-10 Memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa hujjatul wada’
RS-11 Memahami dan mengambil iktibar daripada peristiwa kewafatan Nabi Muhammad

ADAB RA-01 Memahami dan mengamalkan konsep asas adab terhadap Allah melalui doa
RA-02 Memahami dan mengamalkan konsep asas adab mengasihi Rasulullah
RA-03 Memahami dan mengamalkan adab berjiran
RA-04 Memahami dan mengamalkan adab di masjid dan di surau
RA-05 Memahami dan mengamalkan adab berjual beli
RA-06 Memahami dan mengamalkan adab terhadap alam sekitar
TAJUK-TAJUK PILIHAN FNSS TAHUN 2018
(LAGU KEDUA)

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

BIDANG KOD TAJUK SUKATAN / STANDARD KANDUNGAN


AQIDAH MQ-01 Islam agama fitrah
MQ-02 Akidah Islam
MQ-03 Beriman kepada Allah
MQ-04 Beriman kepada Malaikat
MQ-05 Beriman kepada Kitab
MQ-06 Beriman kepada Rasul
MQ-07 Beriman kepada nama-nama Allah (Al-Khaliq dan Al-Musawwir)
MQ-08 Beriman kepada nama-nama Allah (Al-Qawiy dan Al-Qadir)
MQ-09 Perkara-perkara yang membatalkan iman
MQ-10 Dosa-dosa besar yang merosakkan iman dan kesannya
MQ-11 Taubat (Konsep, dalil dan hikmah)
FEKAH / MF-01 Konsep ibadah dan jenis-jenis hukum dalam Islam
IBADAH MF-02 Konsep bersuci (toharah)
MF-03 Jenis najis dan cara menyucikannya
MF-04 Solat fardhu
MF-05 Solat berjemaah
MF-06 Rukhsah
MF-07 Ibadah haji dan umrah
MF-08 Konsep zakat harta dan dalil wajib
MF-09 Sembelihan, korban dan akikah serta hikmahnya
MF-10 Masalah dan cara-cara penyelesaian kekeluargaan
SIRAH MS-01 Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW
MS-02 Masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW
MS-03 Keunggulan perjuangan tokoh khulafa’ Al-Rasyidin (Saidina Abu Bakar As-Siddiq)
MS-04 Keunggulan perjuangan tokoh khulafa’ Al-Rasyidin (Saidina Umar Al-Khattab)
MS-05 Kepimpinan Rasulullah di Madinah
MS-06 Keunggulan perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam (Saidatina Aisyah R.A)
MS-07 Keunggulan perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam (Saidatina Sumayyah R.A)
MS-08 Keunggulan perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam (Saidatina Fatimah R.A)
MS-09 Keistimewaan tindakan & strategi Rasulullah SAW semasa pembukaan kota Mekah
MS-10 Perkembangan Islam pada zaman Abasiyyah
ADAB MA-01 Akhlak Islamiyyah
MA-02 Sifat amanah
MA-03 Mahabbah
MA-04 Adab kepada ibu bapa dan keluarga
MA-05 Adab menjaga diri dan maruah
MA-06 Adab menerima dan melayan tetamu
MA-07 Adab bercakap dalam majlis
MA-08 Adab menjaga orang sakit
MA-09 Adab menjaga maruah diri
MA-10 Adab memberi dan menerima sedekah / hadiah
Borang FNSS/1

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018 / 1439H

BORANG AKUAN

A. Maklumat Diri
1. Nama : ..................................................................................................................
2. No. Sijil Lahir/No. Kad Pengenalan : ..................................................................
3. Alamat Sekolah/Majikan : .................................................................................
.................................................................................
.................................................................................

4. Tajuk Lagu / Lirik : ..........................................................................................

5. Saya akui bahawa maklumat yang diberikan di atas adalah benar.

Tandatangan

......................................................................
(Nama: )

B. Pengesahan Ketua Jabatan


Saya akui bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar dan
beliau masih berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tandatangan Ketua Jabatan Cop Jabatan

............................................................
( )
Borang FNSS/2

BORANG PENYERTAAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018 / 1439H

KATEGORI: Tandakan ( √ ) pada ruangan yang berkenaan.

Rendah

Menengah

Sila isikan semua maklumat dengan HURUF BESAR.

A – MAKLUMAT KUMPULAN

1- Nama Kumpulan

2- Nama Ketua Kumpulan

3- Nama Penasyid Solo

4- Nama Sekolah

5- Alamat Sekolah

6- No. Tel. Sekolah

7- No. Faks Sekolah

B – MAKLUMAT LAGU/LIRIK

1- TAJUK LAGU PERTAMA

Penggubah Lagu

Penulis Lirik

2- TAJUK LAGU KEDUA

Penggubah Lagu

Penulis Lirik

Kod Tajuk Pilihan Sukatan*

*CONTOH MQ-04 : Beriman kepada Malaikat


(Rujuk Kod pada lampiran dalam Buku Peraturan FNSS v.2018)
Borang FNSS/2

C – MAKLUMAT AHLI KUMPULAN


Tahun /
Bil Nama Ahli Sijil Lahir / No Kp
Tingkatan
1-

2-

3-

4-

5-

6-

7-

D- PENGESAHAN (Sila tandakan √ pada ruangan berkenaan)

Saya mengaku bahawa segala keterangan yang diberikan adalah benar.

Saya mengaku bahawa lagu pertama dan kedua adalah ciptaan asal yang bebas daripada
sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak/gubahan daripada pencipta lain.

Saya juga bersetuju bahawa lagu yang dipertandingkan, rakaman audio-video dan sebarang
bentuk persembahan dalam Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia adalah menjadi hak milik penganjur.

Tanda tangan Guru


Nama Guru Besar / Pengetua Tarikh
Besar/Pengetua

Cop Jawatan Cop rasmi sekolah

E- UNTUK KEGUNAAN PENGANJUR / URUS SETIA


Tarikh permohonan terima
No.
Waktu permohonan terima
Giliran
Permohonan diterima / ditolak
Alasan jika ditolak

Nama Urus setia Tarikh Tanda tangan


Borang FNSS/3

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018M/1439H

BORANG AKUAN PERALATAN

Kategori * : Sekolah Rendah / Sekolah Menengah

Nama Kumpulan : .....................................................................................................


No. Giliran : .....................................................................................................

Kami akur dengan peraturan :


7. Persembahan :
7.3 Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional
nasyid seperti kompang, riq, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker,
tamborine, djembe, cabasa, cajom drum (box drum), maracas, rebana dan
chime sahaja.

Sehubungan dengan itu, kami senaraikan peralatan yang digunakan oleh kumpulan
kami pada pertandingan ini sebagaimana berikut di bawah iaitu :-

Bil Alatan

Tandatangan Pengurus Pasukan Disaksikan oleh Ketua Hakim

............................................................ ............................................................
( ) ( )

*potong yang tidak berkenaan


Borang FNSS/4

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018M/1439H

BORANG BANTAHAN RASMI

Tarikh : ................................ Acara* : Sekolah Rendah / Sekolah Menengah

Nama Pembantah : .........................................................................................................


No. Kad Pengenalan : ................................................. No. H/P: .....................................
Tempat Bertugas : .........................................................................................................
Kontinjen :..........................................................................................................
Jawatan Dalam Kontinjen : ..............................................................................................
Aduan / Bantahan :
...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

.........................................................................................................................

Tandatangan Pembantah Tandatangan Ketua Kontinjen


............................................................ .....................................................
( ) ( )

*potong yang tidak berkenaan


Borang FNSS/5

FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018M/1439H

BORANG CATATAN PENJAGA MASA

Kategori : Sekolah Rendah / Sekolah Menengah


Giliran
Nama Kumpulan Catatan Masa
Kumpulan
1
min saat
2
min saat
3
min saat
4
min saat
5
min saat
6
min saat
7
min saat
8
min saat
9
min saat
10
min saat
11
min saat
12
min saat
13
min saat
14
min saat
15
min saat
16
min saat

Tandatangan Penjaga Masa Tandatangan Ketua Hakim

................................................................. ...........................................................
( ) ( )
Tarikh : ............................................ Tarikh : .............................................
FNSS V.2018 FNSS/6.1
BORANG PENGHAKIMAN
FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018M/1439H

GILIRAN :
KATEGORI : RENDAH MENENGAH Tarikh :

BAHAGIAN SUARA ( 40 MARKAH )

Bintang Bintang
LAGU PERTAMA Solo : LAGU KEDUA Solo :
PERKARA DIHAKIMI MARKAH CATATAN/KOMEN PERKARA DIHAKIMI MARKAH CATATAN/KOMEN

Ketepatan pic, nada, Ketepatan pic, nada, tempo


tempo dan frasa dan frasa
10 markah 10 markah
Keseimbangan / harmoni Keseimbangan / harmoni

10 markah 10 markah
Dinamik Dinamik

8 markah 8 markah
Kualiti ton Kualiti ton

6 markah 6 markah
Kejelasan sebutan Kejelasan sebutan

6 markah 6 markah

Markah Penuh lagu 1 40 Markah Penuh lagu 2 40

Markah Diperolehi Markah Diperolehi

Tandatangan Hakim : ………….………………………. Tandatangan Ketua Hakim:…………………………………………….

( Nama : ) ( Nama : )
FNSS V.2018 FNSS/6.2

BORANG PENGHAKIMAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018M/1439H
GILIRAN :
MENENGAH : RENDAH : Tarikh :

BAHAGIAN LAGU ( 25 MARKAH )


Bintang Bintang
LAGU PERTAMA Solo : % LAGU KEDUA Solo : %
PERKARA DIHAKIMI MARKAH CATATAN/KOMEN Solo PERKARA DIHAKIMI MARKAH CATATAN/KOMEN Solo

Keaslian Lagu ( Melodi) Keaslian Lagu ( Melodi)

8 markah 8 markah

Irama Masri / unsur-unsur


irama Padang Pasir Irama berunsur kontemporari

7 markah 7 markah

Kesesuaian Rentak dan Muzik Kesesuaian Rentak dan Muzik


Iringan Iringan
4 markah 4 markah

Alunan Qasidah Kreativiti

3 markah 3 markah

Penjiwaan Lagu Penjiwaan Lagu

3 markah 3 markah
Markah Penuh lagu 1 25 Markah Penuh lagu 2 25

Markah Diperolehi Markah Diperolehi

Tandatangan Hakim : ………...……………………..………. Tandatangan Ketua Hakim:……………..……………….…….

( Nama : ) ( Nama : )
FNSS V.2018 FNSS/6.3
BORANG PENGHAKIMAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018M/1439H

GILIRAN :
MENENGAH : RENDAH : Tarikh :

BAHAGIAN LIRIK ( 20 MARKAH )

LAGU PERTAMA LAGU KEDUA

PERKARA DIHAKIMI MARKAH CATATAN/KOMEN PERKARA DIHAKIMI MARKAH CATATAN/KOMEN

Kejelasan mesej Kejelasan mesej

8 markah 8 markah

Kesinambungan isi Kesinambungan isi

6 markah 6 markah

Bahasa Bahasa

4 markah 4 markah

Keberkesanan lirik Keberkesanan lirik

2 markah 2 markah

Markah Penuh Lagu 1 20 Markah Penuh Lagu 2 20

Markah Diperolehi Markah Diperolehi

Tandatangan Hakim : ………………………………………………. Tandatangan Ketua Hakim:…………………………………………….

( Nama : ) ( Nama : )
FNSS V.2018 FNSS/6.4
BORANG PENGHAKIMAN
FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018M/1439H

GILIRAN :
KATEGORI : RENDAH MENENGAH Tarikh :

BAHAGIAN PERSEMBAHAN ( 15 MARKAH )


Bintang Bintang
LAGU PERTAMA Solo : LAGU KEDUA Solo :
PERKARA DIHAKIMI MARKAH CATATAN/KOMEN PERKARA DIHAKIMI MARKAH CATATAN/KOMEN

Gaya dan penampilan Gaya dan penampilan


8 markah 8 markah

Etika Etika
2 markah 2 markah

Ekspresi Ekspresi
2 markah 2 markah

Keberkesanan persembahan Keberkesanan persembahan


3 markah 3 markah

Markah Penuh lagu 1 15 Markah Penuh lagu 2 15

Markah Diperolehi Markah Diperolehi

Tandatangan Hakim : ………...……………………..………. Tandatangan Ketua Hakim:……………..……………….…….

( Nama : ) ( Nama : )
FNSS V.2018 FNSS/6.5
FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2018M/1439H

BORANG PENGHAKIMAN YANG DISATUKAN


Kategori Sekolah : REN / MEN Tarikh :
Persem- Persem-
GILIRAN

Suara Lagu Lirik

JUMLAH
bahan bahan Lirik
Lirik SP Lagu
NAMA KUMPULAN L 1 (40m) L 2 (40m) L 1 (25m) L 2 (25m) L 1 (20m) L 2 (20m) L1(15m) L2(15m) % Rank Tema NEGERI
Terbaik Terbaik
Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2 Hk 1 Hk 2
Terbaik

TANDATANGAN : DISEMAK OLEH :


PENYELARAS KEPUTUSAN 1 PENGERUSI JEMAAH HAKIM

……………………………………. …………………………………….
( Nama : ) ( Nama : )
PENYELARAS KEPUTUSAN 2

…………………………………….
( Nama : )