Anda di halaman 1dari 4

Skrip Bicara Berirama

Tajuk : Kenali Malaysia Kita

1,2,3 (konduktor)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…(ramai)
Salam sejahtera
Salam perkenalan
Salam muhibbah
Salam satu Malaysia…
Kami, RBT kumpulan1 mempersembahkan bicara berirama
Yang mengintai sejarah… cintai Negara…
Bertajuk KENALI MALAYSIA KITA. (ramai)

1,2,3 (konduktor)
Malaysia terkenal dengan masyarakat berbilang kaum (sekumpulan)
Melayu…//calvin
Cina…//clement
India…//keanwei
Malaysia terkenal dengan etnik peribumi yang sungguh unik///
Kaum Iban misalnya “Agi Idup Agi Ngelaban” ///sechuah kiri
Ada juga Kadazan, Melanau, Murut, Bajau, Bidayuh…
Macam-macam lagi ///kanan
Semua kaum ini membuktikan keunikan masyarakat majmuk
Satu Malaysia. ///semua

1,2,3 (konduktor)
Budaya Malaysia Budaya Ketimuran
Pantun Melayu warisan zaman
Biar mati anak, jangan mati adat
Adat menjadi sanjungan…
Bersama meraikan hari perayaan semua bangsa
Aidil fitri, Tahun Baru Cina, Deepavali…
Bersama menghormati agama masing-masing…
Menggunakan satu bahasa yang sama
Dalam komunikasi,
Dalam pendidikan,
Dalam urusan rasmi,
Bahasa apa? Bahasa Malaysia…
1,2,3 (konduktor)
Negara bertamadun tentu sekali punya identiti yang mengagumkan////chuah
Sejarah yang membina modal insan
Jawab soalan ini ye…
Bilakah kita Merdeka?
31 Ogos 1957 ///semua
Tahukah sejarahnya?
Merdeka, Merdeka, Merdeka !!! (dilaungkan)
Tepat pukul 12.00 tengah malam,
Di Padang Kelab Selangor,
Bendera Union Jack diturunkan…
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan…
Mari kita seluruh warga Negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..


MERDEKA!

1,2,3 (konduktor)
Soalan seterusnya,
Bila pula tarikh pembentukan MALAYSIA?///chuah
16 September tahun 1963…
Tahukah sejarahnya?//chuah
Malaysia dibentuk melalui gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
Atas persetujuan bersama…
Sejak itu, bendera kebanggaan kita dikibarkan dengan penuh megah…

1,2,3 (konduktor)
Soalan seterusnya,
Apakah nama bendera kita?
Jalur Gemilang…
“14 melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemillang… kami semua bersatu
Perpaduan… ketaatan…
Amalan murni rakyat Malaysia
Berkibarlah… Berkibarlah… Berkibarlah…
Jalur Gemilang. ”

1,2,3 (konduktor)
Bagaimana dengan lagu kebangsaan kita?
“Negaraku…
Tanah tumpahnya darahku…
Rakyat Hidup Bersatu dan Maju”

1,2,3 (konduktor)
Banyak-banyak bunga, bunga apa yang paling unik?
Anggerik, Melor, Mawar,
Bunga Tahi Ayam… Hihihi//kelvin
Cis!
Bunga yang paling unik ialah Bunga Raya, antara identiti Malaysia
Kenapa mesti bunga raya?
Kenapa bukan bunga keembong ke, bunga senduduk ke?
Nak tahu keunikannya?
Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman
memilih bunga ini kerana…
Keunikan bunganya yang berwarna merah
Lambang keteguhan politik dan ekonomi
Serta sifat keberanian menempuh cabaran
Lima kelopak membawa maksud
Lima prinsip Rukun Negara
Ingat tak 5 perkara tu?
Kepercayaan kepada tuhan //wan yik
Kesetiaan kepada raja dan Negara//si ting
Keluhuran Perlembagaan//goh
Kedaulatan undang-undang//butterfly
Kesopanan dan kesusilaan…//clement
Seperkara lagi,//kelvin
Kepelbagaian bentuk, warna dan ukuran bunga raya
Menjadi lambang pelbagai bangsa, agama, dan budaya
Yang harmoni di Malaysia…

1,2,3 (konduktor)
Sejak kita merdeka, sudah berapa orang Perdana Menteri yang mentadbir Negara?
Lima orang…
Eh, salah tu
Enam…
Kenalkah kalian siapa mereka?
Tentulah…
PM Pertama ialah Yang Teramat Mulia,///winnie
Tunku Abdul Rahman
digelar Bapa Kemerdekaan Negara
Kedua…///soo jin
Tun Abdul Razak
Digelar Bapa Pembangunan
Ketiga…//kean wei
Tun Hussein Onn
Digelar Bapa Perpaduan
Keempat…//zhen mee
Tun Mahathir Mohammad
Digelar Bapa Pemodenan
Kelima…//wei2
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Digelar Bapa Pembangunan Modal Insan
Kini, PM kita ialah Datok Seri Mohd Najib //calvin
Sinonim dengan gelaran Bapa Transformasi

1,2,3 (konduktor)
Kini, transformasi terus menjana pemikiran rakyat///semua
Teruslah maju Malaysiaku
Teruslah bangkit membina akal dan akhlak
Terus bertamadun dan kaya ilmu
Terus menuju Wawasan bersatu
Wawasan 2020 masih diburu

1,2,3 (konduktor)
Kalau ada sumur di ladang
Boleh hamba menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi…
Daun Kerini Daun Selasih
Sekian Di sini Terima Kasih

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai