Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Minggu 1

Pada 5 jan 2011 yang lalu , perjumpaan pandu puteri telah diadakan buat pertamakalinya untuk ahli –
ahli yang baru iaitu guru-guru pelatih sem 3 ambilan Januari 2010.Seramai 37 orang ahli keseluruhannya
yang hadir untuk perjumpaan ini.Perjumpaan pandu puteri akan diadakan pada setiap hari rabu dari
pukul 2.30 petang hingga pukul4.30 petang dan setiap pelatih yang terlibat diwajibkan hadir .

Kami diperkenalkan dengan dua pensyarah pembimbing iaitu Pn Tan Seok Kiangdan Cik Juriah bt Abu
Bakar bagi membimbing kami mengenai pandu puteri.Pada hariitu, kami telah membuat perlantikan
organisasi baru untuk tahun ini dan pembahagian patrol .Kami dibahagikan kepada empat patrol iaitu
Patrol Bunga Lili, Patrol BungaMatahari,Patrol Bunga Raya dan Patrol Bunga Orkid.Saya terpilih dalam
Patrol BungaRaya dan juga terlantik sebagai penolong ketua patrol.

Dua orang pembimbing kami memberitahu kami mengenai cara pakaian yanglengkap yang kami harus
ikuti.Selain itu mereka juga menunjuk kami istiadat mengambilkehadiran dan cara pembentukan ladam
kuda.Cara ini merupakan satu ilmu bau kepadasaya kerana sebelum ini saya berada di bawah kadet St
John Ambulans semasa disekolah menengah.

Selepas itu .kami dibenarkan keluar baris dan duduk di kawasan yang teduh untuk aktiviti seterusnya.
Pensyarah pembimbing kami menerangkan mengenai sejarah dan perkara perkara lain mengenai pandu
puteri.Kami diedarkan dengan nota-nota sebagai pengukuhan .

Perjumpaan kami diakhiri dengan nyanyian lagu ”Taps” dan lagu ”Dunia”.Buat pertama kali kami nyanyi
lagu ini,jadi saya tidak beberapa tahu akan lirik lagunya.Kamimengulangi lagu ini buat beberapa kali dan
akhirnya berjaya mendapat”tune” lagunya.

Anda mungkin juga menyukai