Anda di halaman 1dari 2

Laporan Aktiviti Majlis Sambutan Hari Jadi Blok Kediaman Wisma Dahlia Tahun 2015

Tarikh : 12 Ogos 2015

Hari : Rabu

Masa : 8.00 malam sehingga 10.00 malam

Penglibatan : Warden wisma Dahlia dan semua penghuni Blok Kediaman Wisma
Dahlia, Mawar dan Teratai.

Lokasi yang terlibat : Bilik televisyen

Semperna aktiviti sambutan hari jadi pada tahun ini, penghuni blok kediaman wisma Dahlia
bermuafakat dalam mengadakan sebuah jamuan ringan sambutan hari jadi bagi meraikan para
penghuni blok kediaman wisma mawar, teratai dan dahlia mengikut bulan kelahiran bersama –
sama warden wisma Dahlia, Puan Samiah di mana sambutan ini dijalankan semperna
menyambut hari jadi insan yang lahir pada bulan Januari sehingga bulan Ogos.

Sambutan mendapat kedatangan yang menggalakkan di mana pengisian malam itu diisi dengan
pelbagai aktiviti ringkas yang menarik seperti:-

 Cabutan bertuah
 Memotong kek
 Menari
 Menyanyi
 Jamuan ringan

dan sebagainya.

Etika pemakaian yang ringkas dan menutup aurat menjadi keutamaan malam itu di mana majlis
yang diraikan itu bagi memberikan penghargaan kepada insan yang menyambut ulang tahun
kelahirannya tambahan pula ketika berjauhan dengan keluarga. Suasana persaudaraan yang
wujud secara tidak langsung tanpa sebarang jurang menjadikan aura kebahagian itu dapat dirasai
melalui senyuman yang terpapar pada setiap wajah insan yang bergembira dan berkunjung pada
malam itu.

Aktiviti dapat diselesaikan dengan sempurna dan hasil titik peluh yang telah dicurahkan mencipta
kembali suasana kekeluargaan yang erat antara penghuni blok kediaman Dahlia, Mawar dan
Teratai di samping mengukuhkan lagi ikatah ukhwah dan nilai kerjasama yang tinggi dalam setiap
diri individu tersebut yang mana akan menjadikan jati diri seseorang guru itu semakin mantap
demi kepentingan diri dan masyarakat. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi di masa
yang akan datang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………..

( SITI RIZMAWATI BINTI NORHAYAPI )


Setiausaha Kolej Kediaman Wisma Dahlia,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.
Tarikh: 13 Ogos 2015