Anda di halaman 1dari 5

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS KERJA

2018004550
SEEK OF THE WILDLIFE

TARIKH :

04 MAC 2018 HINGGA 05 MAC 2018

TEMPAT :

PERHILITAN SUNGKAI, PERAK

ANJURAN :

SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MALAYSIA (RIM)

DENGAN KERJASAMA :

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR


1.0 TUJUAN
1.1 Memohon kelulusan program daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
1.2 Memohon peruntukan kewangan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
JHEPA dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

2.0 PENGENALAN / RASIONAL


Program Seek Of The Wildlife merupakan satu program yang berbentuk ekspedisi meneroka
habitat flora dan fauna. Pelaksanaan program ini dapat memberi peluang kepada para
peserta untuk berinteraksi dengan flora dan fauna atau alam sekitar. Interaksi antara
mahasiswa/i dengan alam sekitar dapat membentuk nilai-nilai integriti seperti sifat
bertanggungjawab dan cinta akan alam sekitar dan hidupan di sekeliling. Melalui program ini
para peserta akan mempelajari mengenai kepentingan habitat yang terdapat di sekeliling
kita. Para peserta juga akan didedahkan tentang kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan hidupan liar yang kian terancam pada masa kini. Dengan adanya pendedahan
sebegini, para peserta akan lebih menghargai habitat sekeliling dengan dapat melihat sendiri
keunikan biodiversiti yang terdapat di sekeliling mereka. Hal ini secara tidak langsung
memberi kesedaran kepada mahasiswa/i akan kepentingan penjagaan, pemeliharaan dan
pelindungan habitat yang semakin terjejas dan terancam. Program ini bukan sahaja dapat
membentuk nilai integriti dalam kalangan mahasiswa/i, tetapi ia juga dapat memberikan satu
pengalaman dan pengetahuan baru kepada para mahasiswa/i yang terlibat

3.0 OBJEKTIF

1 Memupuk diri mahasiswa/i untuk melibatkan diri dalam masyarakat sebagai proses
ke arah masyarakat berintegriti
2 Menggalakkan mahasiswa/i agar tidak hanya menumpukan kepada pencapaian
akademik sahaja malah, mampu menjalankan program yang dapat meningkatkan
kemahiran insaniah dan kredibiliti sebagai seorang guru yang unggul dan
berintegriti.
3 Memberi pendedahan serta kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan sumber
biodiversiti negara dan menanam sikap rasa sayang dan cinta dalam kalangan
peserta

4.0 HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH

4.1 Knowledge
Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah
- Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan
persekitaran kerja yang baru
4.2 Practical Skill
Kemahiran Kepimpinan
- Kebolehan untuk bekerja sendiri

2018004550 SEEK OF THE WILDLIFE. 2


Tarikh Cetakan : 13 February 2018
4.3 Communication, Leadership And Team Skills
Kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
- Kebolehan untuk mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu
- Kebolehan untuk mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada
pelbagai sumber

5.0 CADANGAN TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


Tarikh : 04 Mac 2018 hingga 05 Mac 2018
Tempat : Perhilitan Sungkai, Perak

6.0 PERASMI ATAU PENUTUP PROGRAM DAN JEMPUTAN

Senarai Jemputan Dalaman :


Nama
Tiada :Jemputan
Cik MurizaDalaman
binti Mustafa ( )
Pusat Tanggungjawab : Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

Senarai Jemputan Luaran :


Tiada Jemputan Luaran

7.0 KUMPULAN SASARAN

BIL SASARAN PESERTA JUMLAH


1 Ahli RIm dan Pelajar UPSI 44

8.0 TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk Lampiran Tentatif Program

9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

BIL JAWATAN NO. MATRIK NAMA

1 Setiausaha D20161074667 Nurul Najwa Binti Baharom

2 Setiausaha D20161073947 Wan Nur Hidayah Binti Wan Zainal Abidin

3 Bendahari D20161073665 Noor Hidayah Binti Ibrahim

4 Pen. Setiausaha D20161073924 Nor Erasalmimi Binti Mat Latib

5 Pen. Bendahari D20161075053 Muhamad Azam Bin Zaini

6 Pengarah D20161074645 Nurul Sayang Binti Abdul Rashid

2018004550 SEEK OF THE WILDLIFE. 3


Tarikh Cetakan : 13 February 2018
10.0 ANGGARAN KEWANGAN
Anggaran Pendapatan Keseluruhan :

BIL SUMBER PENDAPATAN JUMLAH (RM)


1 Peruntukan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 143
2 Yuran Peserta ( 44 orang x RM 25 ) 1,100
3 HEP - AKTIVITI PELAJAR 408
Jumlah Pendapatan (RM) 1,651

Sila rujuk Lampiran Anggaran Kewangan untuk Jadual Kewangan Terperinci

11.0 PERALATAN

12.0 PENUTUP
Menjadi harapan seluruh pihak jawatankuasa agar program ini mendapat sokongan daripada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi melancarkan dan
menyempurnakan perlaksanaan program ini. Akhir sekali, pihak jawatankuasa pelaksana
program ini memohon pertimbangan agar kertas kerja ini diluluskan

2018004550 SEEK OF THE WILDLIFE. 4


Tarikh Cetakan : 13 February 2018
PENGESAHAN KERTAS KERJA

2018004550 : SEEK OF THE WILDLIFE

Disediakan Oleh :
SEEK OF THE WILDLIFE

Nama : Nur Syafiqah Binti Rahizal (D20151071051)


Tarikh : 15 Januari 2018
ENTRY

Disokong Oleh : Yang Dipertua


Sekretariat Rakan Integriti Malaysia (RIM)

Nama : Wan Ahmad Amzar Bin Wan Zain (D20151071166)


Tarikh : 15 Januari 2018
VERIFY 1

Disemak Oleh : Penasihat


Sekretariat Rakan Integriti Malaysia (RIM)

Nama : Cik Muriza Binti Mustafa


Tarikh : 15 Januari 2018
VERIFY 2

Disahkan Oleh : Penolong Pendaftar Kanan


Unit Aktiviti dan Badan Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Nama : Puan Marlina Manja Binti Che Baharum


Tarikh : 23 Januari 2018

RECOMMEND
Kertas Kerja ini telah diluluskan

Diperakui Oleh : Ketua Timbalan Pendaftar


Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Nama : Encik Helmi Zaifura Bin Abdul Rahman


Tarikh : 30 Januari 2018
Kertas Kerja ini telah diluluskan
- Kertas Kerja ini merupakan cetakan komputer daripada Sistem Maklumat Bersepadu Pelajar -

2018004550 SEEK OF THE WILDLIFE. 5


Tarikh Cetakan : 13 February 2018