Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN GURU BESAR

- Guru Besar berterima kasih atas kehadiran ibu bapa yang memberangsangkan. Kehadiran waris
pada mesyuarat pada tahun ini melebihi tahun-tahun sebelumnya.
- Ucapan terima kasih kepada waris yang telah menyumbang wang untuk belian kerusi untuk
bacaan Al-Quran serta perhimpunan pagi.
- Guru Besar meminta waris agar mengurangkan viral melalui media whatsapp. Waris diminta
membuat pengesahan tentang kesahihan maklumat sebelum dikongsikan dengan orang lain.
- Sekolah telah banyak berusaha sepanjang masa dalam membuat pelbagai tindakan untuk pihak
sekolah yang tidak diceritakan kepada orang ramai.
- Status pembaikan elektrik di sekolah sekarang telah diluluskan cuma pihak sekolah perlu tunggu
untuk menerima bantuan yang akan diberikan.
- Pihak sekolah akan membuat tindakan susulan sekiranya bantuan masih tidak diterima selepas
pertengahan Februari dan meminta YAB Dato Seri Shahidan Kassim untuk bersuara di peringkat
yang lebih tinggi bagi pihak sekolah agar permasalahan elektrik di sekolah dapat diselesaikan
dengan segera.
- Pihak sekolah juga memohon sumbangan dari pihak YAB untuk mengecat semula tangga besi di
sekolah yang telah berkarat dan boleh mengakibatkan kecederaan pada murid-murid.
- Maklumat APDM – waris diminta mengisi maklumat yang betul dari semasa ke semasa untuk
rujukan semua pihak.

UCAPAN YB (Wakil YAB Dato Seri Shahidan Kassim)

- Sampaikan salam YAB dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir (beliau ke Sarawak)
- Ucapan tahniah pada pihak sekolah dan PIBG atas kelulusan permohonan bagi pembaikan
elektrik di sekolah.
- Urusan kerajaan harus melalui prosedur-prosedur yang tertentu. Oleh itu, pihak sekolah harus
sabar.
- Beliau juga meminta wakil dari BPI yang turut hadir pada hari itu untuk membuat semakan
semula di peringkat JPN.
- Beliau juga menekankan tentang pembangunan negeri Perlis dalam 5 tahun lagi akan mepunyai
lebih banyak rumah flat yang memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya diploma untuk
memohon pinjaman perumahan. Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang lebih
baik untuk anak-anak menghadapi masa hadapan.
- Peluang pekerjaan terutama dalam bidang penswastaan juga akan bertambah
- Sebanyak 700 lebih seluruh Malaysia termasuk 13 sekolah pondok di Perlis telah diberikan
peruntukan untuk penambahbaikan sistem perwayaran (wiring) dalam usaha kerajaan supaya
anak-anak tidak tercicir di sekolah.
- Pada masa kini, keperluan bagi pendidikan adalah amat penting bagi mengelakkan dari kes-kes
penipuan yang semakin berleluasa.
- Beliau juga memberi amaran tentang panggilan telefon palsu dan elakkan mengikut arahan
daripada orang yang tidak dikenali terutama apabila melibatkan urusan wang dalam akaun.
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE SEPULUH 2018

SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (RENDAH)

1.0 Ucapan Aluan Yang Dpertua PIBG

-Berterima kasih di atas kehadiran ibubapa

2.0 Membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu

-Pen. Setiausaha membuat penambahan laporan aktiviti di muka surat 9 iaitu Program Bubur
Lambuk.

-Membentangan minit mesyuarat Agung kali ke 9 2017

-Minit mesyuarat disahkan oleh En. Azizan b Abd Aziz

-Pengesahan minit mesyuarat disokong oleh En. Marzuki b Saad.

3.0 Membahas Usul-Usul

-Usul daripada AJK

1. Memohon wakaf/sumbangan van untuk membawa murid menyertai aktiviti luar kerana
guru tidak dibenarkan membawa murid dengan kenderaan sendiri .

* Pn. Nur Suriani bt Ismail menerima usul untuk dibincangkan

* Disokong oleh Pn Sharifah bt Shaari

* Cadangan membuat Jualan Amal dan wang yang terkumpul disumbangkan pada PIBG oleh Pn.
Siti Aisyah bt Abd Razak.

*Ust. A’sri memohon agar cadangan ditolak bagi mengelakkan bebanan pada guru untuk
menguruskan jualan dan mencadangkan PIBG untuk mewujudkan Jawatankuasa Tindak bagi
membincangkan hal ini dengan lebih lanjut.

*Mesyuarat setuju sebulat suara

-Usul daripada En. Yusairy b Mansor

1. Memohon kutipan sumbangan untuk membina dewan terbuka.

*En Nafarizal b Zakaria menerima usul untuk dibincangkan.

- Respon dari Guru Besar ; usul ini pernah dimohon oleh pihak sekolah pada tahun 2016 dengan
permohonan kewangan sebanyak 200 ribu bagi melaksanakan projek tapak perhimpunan
berbumbung tapi bantuan tidak diterima malahan bantuan anai-anai yang tidak dimohon telah
diterima.
*cadangan dari En. Ailyas b Abd Rahman untuk meneruskan permohonan tahun ini melalui
program wakaf dan menetapkan harga untuk setiap kaki persegi.

*Pn. Rusliah bt Abu Bakar mencadangkan agar harga bagi setiap kaki persegi ditetapkan oleh
ahli jawatankuasa melalui mesyuarat susulan.

*Mesyuarat setuju sebulat suara

-Usul dari En. Nasrol (tidak hadir dan diwakili Pn. Rusliah bt Abu Bakar)

1. Memohon agar makan tengah hari diberi secara bungkus untuk murid tahap satu yang pulang
awal pada hari Rabu.

*penjelasan pihak sekolah oleh Guru Besar, hanya tahap satu yang pulang awal manakala tahap
dua pulang lewat. Pembungkusan makanan akan merumitkan kerja pihak kantin.

*Pembawa usul menggugurkan usul setelah penerangan dari pihak sekolah.

4.0 Hal-hal Lain

- Pengerusi PIBG, En. Azahari b Othman mengingatkan ibu bapa agar menjelaskan yuran makan
terutamanya yuran tertunggak dari tahun 2015/2016/2017 agar pihak kantin dapat beroperasi
dengan baik.

-Maklumat mengenai harga sumbangan PIBG juga dijelaskan seperti berikut :

SUMBANGAN PIBG TABUNG TABUNG


RM25.00 PEPERIKSAAN KECEMERLANGAN JUMLAH
(RM30) X BIL. ANAK RM15.00
Ibu Bapa 5 anak 5 RM 250.00
Ibu Bapa 4 anak 4 RM 205.00
Ibu Bapa 3 anak 3 RM 160.00
Ibu Bapa 2 anak 2 RM 115.00
Ibu Bapa 1 anak 1 RM 70.00
Guru SAIR bukan waris RM 35.00

5.0 Pembubaran AJK PIBG 2017

YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua AJK atas kerjasama dan komitmen yang
diberikan kepada pihak sekolah.

6.0 Pemilihan dan pelantikan AJK bagi tahun 2018


*Pn Nurlina bt Daud mencadangkan agar semua AJK PIBG 2017 dikekalkan sebagai AJK PIBG 2018

*cadangan disokong oleh Pn. Nur Hajar bt Abu Bakar

* Pn Zaiton meminta AJK yang selalu tidak dapat hadir ke mesyuarat agar diganti.

*Pengerusi menjelaskan tentang ahli yang tidak dapat hadir adalah kerana bersebab dan memaklumkan
ahli mesyuarat yang AJK adalah sangat berkomitmen tinggi dalam program sekolah.

*Mesyuarat setuju sebulat suara untuk mengekalkan AJK PIBG 2017 tanpa sebarang pindaan.

7.0 Ucapan penangguhan mesyuarat oleh En. A’sri b Abidin

*Beliau memohon kesediaan serta keterbukaan pada ibu bapa. Sekiranya guru tidak dapat menemankan
murid selama beberapa jam atas sebab-sebab tertentu apabila murid mewakili sekolah dalam sesebuah
pertandingan, beliau memohon ibu bapa agar berlapang dada serta berfikiran positif kerana guru pasti
mempunyai sebab yang kukuh apabila terpaksa meninggalkan murid.

* Beliau juga memohon ibu bapa agar memahami tugas guru dan turut bekerjasama dalam
mengurangkan beban guru kerana guru juga manusia biasa.

*Beliau juga memaklumkan tentang setiausaha PIBG yang sedang menemani suami yang sedang sakit
sewaktu mesyuarat tengah berlangsung dan meminta ibu bapa memberi sokongan kepada guru dan
bukan kondem guru atas masalah keterbatasan waktu yang dihadapi oleh guru.

*Beliau turut memaklumkan tentang pengisian untuk permohonan tahun satu oleh laman sesawang
kerajaan akan dibuka pada 1 Mac 2018. Ibu bapa dipohon mengisi secara online dan borang
permohonan tahun satu SAIR 2019 telah sedia dan panggilan temuduga murid akan diadakan pada
bulan April 2018.

*Beliau turut memaklumkan tentang program Permata Pintar yang boleh diisi secara online. Murid akan
diberi peluang untuk belajar di Universiti Malaya selama sebulan dan ianya merupakan program yang
bagus untuk murid-murid yang berkelayakan.

* Mesyuarat ditangguh pada jam 4.30 petang.

Anda mungkin juga menyukai