Anda di halaman 1dari 41

UNIT 2 :

LUKISAN ORTOGRAFIK
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

2.0 Objektif

Di akhir pembelajaran unit 2 ini, pelajar akan dapat:-

1) Menerangkan konsep dan jenis-jenis unjuran ortografik.


2) Memahami penggunaan simbol lukisan unjuran.
3) Mempelajari kaedah dan formula untuk merancang kedudukan lukisan ortografik.
4) Menguasai langkah-langkah asas dalam menyiapkan lukisan ortografik.
5) Mengenalpasti permukaan-permukaan yang terlibat dalam lukisan ortografik.
6) Membina pandangan pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi dalam unjuran
ortografik.
7) Melukis dimensi piawai pada unjuran ortografik.

2.1 Pengenalan Lukisan Ortografik

2.1.1 Takrifan Unjuran Ortografik

Unjuran ortografik adalah satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan bentuk
sebenar suatu objek pada satu satah tertentu. Ia adalah satu sistem berbagai-bagai
pandangan, di mana keseluruhan bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa
mempengaruhi dimensi objek yang sebenar. Dalam proses ini, satah di mana objek
diunjurkan dinamakan satah unjuran, manakala kedudukan mata dari mana objek itu
dilihat dinamakan arah pandangan.

Tujuan lukisan ortografik adalah untuk membentuk beberapa pandangan seperti


pandangan pelan, hadapan dan sisi. Lukisan ortografik boleh ditunjukkan dalam
Unjuran Sudut Pertama (First Angle Projection) dan Unjuran Sudut Ketiga (Third
Angle Projection).

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


49
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 2.1 - Sudut pandangan dalam lukisan ortografik.

2.1.2 Kepentingan dan Kegunaan Lukisan Ortografik

Kegunaan unjuran ortografik ini amat meluas sekali terutamanya dalam topik lukisan
keratin, lukisan mesin dan lukisan pemasangan. Memahami konsep asas, memahami
contoh-contoh bentuk asas, membiasakan diri dengan latihan mudah, latihan sederhana
dan latihan yang lebih rumit merupakan amalan yang bagus untuk mendapatkan hasil
yang memuaskan serta memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang topik ini.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


50
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

2.1.3 Mengenal Satah dalam Unjuran Ortografik

Dalam lukisan unjuran ortografik melibatkan penggunaan tiga satah iaitu satah tegak,
satah ufuk dan satah susuk. Satah dalam lukisan teknik merupakan gambaran satu
rataan atau satu permukaan rata yang tidak mempunyai ukuran tebal atau kedudukan
tertentu. Pandangan suatu permukaan objek yang hendak dilukis lazimnya dirujuk
kepada sesuatu kedudukan yang bertepatan dengan rataan atau satah tersebut.

Rajah 2.2 – Satah dan penempatannya.

Satah Ufuk dan Satah Tegak

Sepertimana yang ditunjukkan pada rajah 2.3 iaitu kedudukan rataan (A, B, C dan D)
satah ufuk berada dalam keadaan mengufuk dan rataan (E, F, G dan H) satah tegak
berada dalam keadaan menegak. Pada rajah tersebut ditunjukkan satah ufuk menyilang
dengan satah tegak pada kedudukan sudut tepat antara satu sama lain yang mana
membahagikan kepada empat bahagian ruang. Setiap bahagian ruang adalah bersamaan
dengan suku bahagian bulatan yang dinyatakan dalam sudut 90 darjah.

Dalam unjuran ortografik, pembahagian empat bahagian ruang ini disebut


sebagai sudut. Dengan itu ia dinamakan sebagai sudut pertama, sudut kedua, sudut
ketiga dan sudut keempat. Daripada empat bahagian itu hanya dua sahaja yang
digunakan untuk tujuan lukisan unjuran ortografik iaitu sudut pertama dan sudut ketiga.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


51
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 2.3 – Kedudukan satah tegak (E,F,G,H) menyilang pada satah ufuk (A,B,C,D) dari satu
arah pandangan.

Pada rajah 2.4 pula diberikan pandangan kedudukan satah tegak dan satah
ufuk yang berlainan arah iaitu bahagian ruang untuk sudut ketiga berada pada
pandangan yang terdekat sekali.

Rajah 2.4 – Satah ufuk dan satah tegak dipandang dari yang bertentangan daripada rajah 2.3.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


52
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

2.1.4 Teori Asas

Dalam teori unjuran, terdapat dua kaedah yang akan diterangkan dalam unit ini iaitu
teori unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga.

2.2 Unjuran Sudut Pertama

Ia dinamakan unjuran sudut pertama kerana objek diletakkan di dalam sukuan pertama iaitu
antara 0° - 90°. Dalam rajah 2.5, objek diletakkan di antara tiga satah utama. Para pelajar
hendaklah melihat objek tersebut berdasarkan tiga arah pandangan asas iaitu pandangan
hadapan (dilihat dari arah hadapan objek), pandangan sisi (dilihat dari arah sisi objek) dan
pandangan pelan (dilihat dari atas objek). Bayangan objek tersebut akan kelihatan pada satah
yang terletak di belakangnya.

Rajah 2.5 – Kedudukan Tiga Satah Utama bagi Unjuran Sudut Pertama.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


53
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Apabila satah-satah tersebut dibuka maka hasilnya adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.6. Rajah tersebut dipanggil lukisan ortografik dalam unjuran sudut pertama.

Rajah 2.6 – Unjuran Sudut Pertama

Perlu diingatkan bahawa apabila kedudukan arah pandangan berubah, maka kedudukan
pandangan hadapan dan sisi juga turut berubah. Walaubagaimanapun, pandangan pelan tetap
akan dilihat dari atas pandangan hadapan. Dalam Rajah 2.7 terdapat perbezaan kedudukan
pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan pelan. Ini adalah disebabkan perbezaan
arah melihat.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


54
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 2.7 – Perbezaan Arah Pandangan Bagi Unjuran Sudut Pertama.

Untuk memudahkan pelajar memahami kaedah asas ortografik, anggapkan bahawa


unjuran sudut pertama adalah seperti lampu suluh. Apabila sesuatu objek disuluh dari satu arah,
maka bayangannya akan kelihatan di belakang objek tersebut.

2.3 Unjuran Sudut Ketiga

Dalam unjuran ini, objek diletakkan di dalam sukuan ketiga (180° - 270°) maka teori asasnya
turut berubah. Penggunaan unjuran sudut ketiga digunakan secara meluas kerana unjuran ini
lebih mudah dan praktikal.

Dalam unjuran ini seperti di dalam Rajah 2.8, objek akan dilihat dari hadapan maka
bayangannya akan terbentuk di hadapan objek tersebut dan bukannya dibelakang objek seperti
unjuran sudut pertama. Begitu juga untuk pandangan sisi dan pandangan pelan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


55
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 2.8 – Kedudukan Tiga Satah Utama bagi Unjuran Sudut Ketiga.

Apabila satah-satah dibuka maka hasilnya adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.9. Rajah tersebut dipanggil lukisan ortografik dalam unjuran sudut ketiga.

Rajah 2.9 – Unjuran Sudut Ketiga

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


56
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Seperti juga di dalam unjuran sudut pertama, apabila kedudukan arah pandangan
berubah maka kedudukan pandangan hadapan dan pandangan sisi juga akan turut berubah.
Rajah 2.10 menunjukkan perbezaan arah melihat bagi unjuran sudut ketiga.

Rajah 2.10 – Perbezaan Arah Pandangan Bagi Unjuran Sudut Ketiga

2.4 Simbol Lukisan Unjuran

Perbezaan di antara lukisan unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur
kedudukan pandangan-pandangan pelan, hadapan dan sisi yang berlainan. Bagi mengelakkan
kekeliruan kepada pembaca lukisan, satu simbol lukisan unjuran diperkenalkan. Simbol
pengunjuran ini lazimnya ditempatkan di bahagian penjuru kertas lukisan.

Rajah 2.11 menunjukkan penggunaan simbol untuk unjuran sudut pertama manakala
Rajah 2.12 menunjukkan penggunaan simbol untuk unjuran sudut ketiga.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


57
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 2.11 – Contoh Penggunaan Simbol Untuk Unjuran Sudut Pertama

Rajah 2.12 – Contoh Penggunaan Simbol Untuk Unjuran Sudut Ketiga

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


58
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

2.5 Perancangan Kedudukan Lukisan Ortografik

Setelah merancang arah di mana pandangan hadapan diambil, kerja melukis harus dimulai
dengan merancang bagaimana untuk meletakkan lukisan tersebut di atas kertas lukisan.

Jarak dan kedudukan yang sesuai mestilah dicari terlebih dahulu sebelum membuat
sesuatu lukisan kejuruteraan supaya lukisan kelitan kemas dan teratur. Pembahagian ruang
boleh dilakukan dengan berpandukan formula pembahagian ruang seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.13.

𝑃𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝐾𝑒𝑟𝑡𝑎𝑠 − (𝐿 + 𝑆 + 𝑊)
𝑀1 =
2

𝑃𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝐾𝑒𝑟𝑡𝑎𝑠 − (𝐻 + 𝑆 + 𝑊)
𝑀2 =
2

Rajah 2.13 – Kaedah Menjarakkan Lukisan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


59
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

2.6 Langkah-langkah Melukis Tiga Pandangan


Sebelum melukis, pastikan saiz kertas mencukupi bagi menempatkan ketiga-tiga pandangan
pengunjuran.
Gunakan kaedah yang telah ditunjukkan pada Rajah 2.13 untuk menentukan peruangan
yang sesuai dengan saiz kertas. Berikut di tunjukkan cara melukis tiga pandangan pengunjuran
bagi satu bongkah. Pada Rajah 2.14 diberikan satu pandangan bergambar bagi satu bongkah
untuk lukisan pengunjuran.

Rajah 2.14 – Pandangan Isometrik/Bergambar Satu Bongkah Untuk Lukisan Pengunjuran.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


60
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Langkah 1

Membuat pengiraan bagi menentukan kedudukan lukisan.

Menempatkan ketiga-tiga pandangan seimbang di dalam lukisan.

Segala ukuran untuk peruangan dipindahkan seperti ditunjukkan di dalam


Rajah 2.15 di bawah.

Rajah 2.15 (a) – Melukis blok pandangan-pandangan dengan garisan binaan dan
memindahkan ukuran mengikut bentuk objek.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


61
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Langkah 2

Ukuran untuk
bahagian
Pindahkan ukuran pandangan pelan
utama mengikut diunjurkan ke
kedudukan pandangan
Lukis bentuk blok hadapan dan
mengikut ukuran bahagian
pandangan seterusnya ke
sebenar pandangan sisi.
menggunakan pengunjuran.
garisan binaan

Rajah 2.15 (b) – Membuat pengunjuran dari satu pandangan ke pandangan yang lain bagi
membentuk lukisan permukaan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


62
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Langkah 3

Unjurkan ukuran dengan membentuk garisan mengufuk


dan menegak dari satu pandangan ke pandangan yang lain.

Unjurkan garisan binaan sehingga menyilang antara garisan


mengufuk dan menegak supaya mudah untuk menentukan
bahagian penjuru pada lukisan.

Pada langkah ini, tentukan titik pusat untuk lengkuk dan


bulatan dengan melukis garisan menyilang sebagai tanda
titik pusat.

Langkah 4

Berlainan pula
jika
menyambungkan
Sambungkan lengkuk kepada
garisan kepada garisan lurus yang
lengkuk yang dilukis lebih awal
dilukis terlebih kerana jika titik
dahulu bagi pusat tidak tepat
Lukis lengkuk dan mendapatkan boleh
bulatan secara sambungan yang menyebabkan
garisan penuh baik. sambungan
pada setiap tersebut
pandangan. berselisih.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


63
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 2.15 (c) – Membina lengkuk dan bulatan sebelum melukis garisan penuh.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


64
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Langkah 5

Lukis garisan penuh pada setiap pandangan.

Pastikan sambungan yang baik dengan lengkuk supaya


kelihatan kemas dan rata.

Sambungan bahagian penjuru yang tajam dan garisannya


tidak terlebih.

Pastikan garisan tengah dan garisan lain seperti garisan


tersembunyi hendaklah dilengkapkan.

Rajah 2.15 (d) – Langkah terakhir melukis garisan penuh dan melengkapkan lukisan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


65
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

2.7 Langkah-langkah Melukis Dua Pandangan

Langkah 1

apabila kedudukan
lukisan di tengah-
cara peruangan ini perlu
buat pengiraan untuk tengah ruang mengufuk
diamalkan untuk
tentukan kedudukan dan ruang menegak
mencapai mutu lukisan
lukisan seimbang. bermakna peruangan
yang baik.
bagi pandangan-
pandangan sesuai.

Rajah 2.16 (a) – Cara menentukan peruangan yang sesuai.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


66
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Langkah 2

tentukan titik pusat untuk lengkuk dan bulatan.

bina lengkuk dan bulatan mengikut ukuran yang diberi.

jika terdapat bulatan atau lengkuk pada bongkah/objek terlebih dahulu binakan bulatan
dan lengkuk tersebut.

Rajah 2.16 (b) – Langkah kedua melukis lengkuk dan bulatan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


67
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Langkah 3

sambungkan bahagian-
merangka rupa bentuk
bahagian pada objek itu
pandangan-pandangan
dengan mengunjurkan
dengan mengunjurkan di
garisan-garisan mengufuk
antara satu bahagian kepada
dan menegak secara garisan
bahagian lain.
pembinaan.

unjurkan garisan pembinaan


sehingga bersilang pada
bahagian penjuru supaya
mudah untuk menentukan
garisan penuh.

Rajah 2.16 (c) – Merangka bentuk pandangan dengan garisan pembinaan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


68
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Langkah 4

hitamkan rupa
bentuk jangan padam
pandangan- garisan
pandangan pembinaan
supaya supaya ia boleh
bentuknya digunakan untuk
kelihatan dengan rujukan.
jelas

lukiskan garisan-
gunakan garisan
pensil yang tersembunyi dan
sesuai untuk garisan tengah
garisan jika terdapat
penuh. pada pandangan
yang telah dilukis.

Rajah 2.16 (d) – Langkah terakhir menghitamkan garisan penuh untuk menunjukkan bentuk
pandangan yang telah dibina.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


69
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

2.8 Permukaan , Pinggir dan Penjuru dalam Unjuran Ortografik

Dalam lukisan unjuran ortografik, setiap bentuk permukaan objek dilukis dan disusun secara
lukisan mendatar. Pelajar perlu mengkaji setiap permukaan yang dilukis supaya dapat
menggambarkan huraian rupa bentuk objek. Berbagai-bagai bentuk permukaan yang boleh
disampaikan melalui lukisan, di antaranya seperti permukaan normal, permukaan condong dan
permukaan sendeng. Permukaan-permukaan ini akan menggambarkan bentuk dan saiz yang
berlainan jika dipandang dari berbagai-bagai arah.

Rajah 2.17 – Permukaan rata yang dilihat dari tepi bersudut tepat dengan satah pengunjuran
dilihat sebagai pandangan pinggir.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


70
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Permukaan Normal

Jika satu permukaan rata selari dengan satah pengunjuran, maka pengunjuran permukaan yang
ditunjukkan pada satah tersebut memberikan bentuk serta ukuran sebenar pada permukaan itu.
Mana-mana permukaan rata yang selari dengan satah-satah pengunjuran adalah permukaan
normal. Permukaan ini diunjurkan pada satah pengunjuran dengan saiz dan rupa bentuk yang
sebenar jika ia dalam keadaan selari tetapi akan diunjurkan sebagai garisan lurus pada satah
ufuk atau satah tegak bagi kedudukan satah pengunjuran yang bersebelahan.

Rajah 2.18 – Permukaan rata yang selari dengan satah pengunjuran memberikan ukuran
sebenar pandangan tersebut adalah permukaan normal.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


71
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Permukaan Condong

Satu permukaan rata yang bersudut tepat dengan satu satah pengunjuran dan condong kepada
satu satah pengunjuran di sebelahnya adalah permukaan condong. Apabila permukaan condong
ini diunjurkan ke satah yang bersudut tepat dengannya akan dilihat sebagai satu garisan lurus.
Manakala permukaan condong itu jika diunjurkan ke satah pengunjuran yang berada di
hadapannya akan dilihat sebagai satu permukaan rata. Permukaan rata yang terunjur pada satah
ini tidak dapat menggambarkan rupa bentuk serta saiz yang sebenar kerana permukaan
condong yang diunjurkan itu tidak selari dengan satah pengunjuran.

Rajah 2.19 – Permukaan condong yang tidak selari dengan satah pengunjuran akan
menggambarkan pandangan tidak berukuran sebenar pada satah tersebut.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


72
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Permukaan Serong

Satu permukaan rata yang tidak selari dan juga tidak bersudut tepat kepada satah-satah
pengunjuran adalah sebagai satu permukaan serong. Permukaan serong ini apabila diunjurkan
ke satah pengunjuran tidak dapat menggambarkan permukaan dalam saiz serta rupa bentuk
yang sebenar. Selain daripada itu, ia juga tidak dapat digambarkan sebagai satu garisan pada
mana-mana satah pengunjuran. Oleh yang demikian, permukaan serong jika diunjurkan pada
satah pengunjuran akan dilihat sebagai permukaan yang tidak dapat memberikan rupa bentuk
serta saiz yang sebenar.

Rajah 2.20 – Permukaan rata yang tidak selari kepada satah-satah pengunjuran adalah
permukaan serong.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


73
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Pengunjuran Garisan

Dua permukaan rata yang bertemu antara satu dengan lain akan membentuk satu garisan tepi
sebagai garisan pertemuan. Garisan pertemuan ini disebut juga sebagai pandangan pinggir.
Pada rajah 2.21 (a) diberikan contoh untuk dua permukaan yang bertemu dan membentuk
pandangan pinggir. Manakala pada rajah 2.21 (b) menunjukkan pandangan-pandangan yang
terbentuk apabila pandangan pinggir ini diunjurkan ke permukaan satah unjuran.

Rajah 2.21 (a) – Pertemuan dua permukaan rata akan membentuk satu pandangan pinggir.

Rajah 2.21 (b) – Pandangan pinggir yang diunjur ke permukaan satah akan dilihat sebagai
satu titik atau satu garisan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


74
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

Apabila pandangan pinggir bongkah dipandang dari arah X bersudut tepat dengan satah
pengunjuran akan dilihat sebagai satu titik. Manakala dari arah Y pula iaitu satah pengunjuran
selari dengan pandangan pinggir dan ini apabila diunjurkan akan dilihat sebagai satu garisan
lurus pada satah tersebut. Garisan yang terunjur pada satah itu memberikan ukuran panjang
yang sebenar.

Rajah 2.22 – Pandangan pinggir condong tidak memberikan ukuran panjang sebenar pada
satah pengunjuran kecuali ia selari dengan satah tersebut.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


75
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

2.9 Latihan Pengukuhan

ARAS MUDAH

1. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut pertama pandangan-pandangan berikut bagi
bongkah di atas.
a) Pandangan atas.
b) Pandangan hadapan dilihat dari arah B.
c) Pandangan sisi dilihat dari arah A.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


76
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

2. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut pertama pandangan-pandangan berikut bagi
bongkah di atas.
a) Pandangan atas dilihat sebagaimana dari arah atas.
b) Pandangan hadapan sebagaimana dilihat mengikut arah anak panah B.
c) Pandangan sisi sebagaimana dilihat dari arah A.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


77
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

ARAS
SEDERHANA

3. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan-pandangan berikut bagi
bongkah di atas.
a) Pelan sebagaimana dilihat dari arah atas.
b) Pandangan sisi dilihat dari arah B.
c) Pandangan hadapan dilihat dari arah A.

Butir-butir terlindung hendaklah ditunjukkan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


78
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

4. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut pertama pandangan-pandangan berikut bagi
bongkah di atas.
a) Pandangan hadapan dilihat dari arah A.
b) Pandangan sisi dilihat dari arah B.
c) Pandangan pelan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


79
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

5. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan-pandangan berikut bagi
bongkah di atas.
a) Pelan dilihat dari arah atas.
b) Pandangan hadapan dari arah A.
c) Pandangan sisi dari arah B.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


80
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

6. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan-pandangan berikut bagi
bongkah di atas.
a) Pelan dilihat dari arah atas bongkah.
b) Pandangan hadapan dari arah A.
c) Pandangan sisi dilihat arah B.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


81
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

7. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut pertama pandangan-pandangan berikut bagi
bongkah di atas.
a) Pandangan atas dilihat dari arah atas bongkah.
b) Pandangan hadapan dilihat dari arah B.
c) Pandangan sisi dilihat dari arah A.

Butir-butir terlindung hendaklah ditunjukkan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


82
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

ARAS SUKAR

8. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut pertama pandangan-pandangan berikut bagi
bongkah di atas.
a) Pandangan atas sebagaimana dilihat dari arah atas bongkah.
b) Pandangan hadapan dilihat dari arah B.
c) Pandangan sisi dilihat dari arah A.

Butir-butir terlindung hendaklah ditunjukkan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


83
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

9. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan-pandangan berikut bagi
bongkah di atas.
a) Pelan sebagaimana dilihat dari arah atas.
b) Pandangan hadapan dilihat dari arah A.
c) Pandangan sisi dilihat dari arah B.

Butir-butir terlindung hendaklah ditunjukkan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


84
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

10. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan-pandangan berikut bagi
bongkah di atas.
a) Pelan sebagaimana dilihat dari arah atas bongkah.
b) Pandangan hadapan dilihat dari arah A.
c) Pandangan sisi dilihat dari arah B.

Butir-butir terlindung hendaklah ditunjukkan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


85
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

11. Lukiskan saiz penuh mengikut unjuran sudut pertama pandangan-pandangan berikut bagi
pendakap di atas.
a) Pandangan atas sebagaimana dilihat dari arah atas.
b) Pandangan hadapan dilihat dari arah B.
c) Pandangan sisi dilihat dari arah A.

Butir-butir terlindung hendaklah ditunjukkan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


86
MANFAAT “
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN

12. Lukiskan rajah di bawah dengan unjuran sudut ketiga.


a) Pandangan hadapan dilihat dari arah C.
b) Pandangan sisi dilihat dari arah D.
c) Pandangan pelan.

Butir-butir terlindung hendaklah ditunjukkan.

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


87
MANFAAT “
MANFAAT “
“BELAJAR DARI KESALAHAN
MEMBUATMU DEWASA DAN BELAJAR
DARI PENGALAMAN ORANG LAIN

“ ILMU ITU BUKAN YANG DIHAFAL TETAPI YANG MEMBERI


MEMBUATMU BIJAKSANA “

88
UNIT 2 –LUKISAN KEJURUTERAAN