Anda di halaman 1dari 4

SKRIP BERCERITA TAHAP 2

PESERTA: SITI NASARAH BINTI KAMIN (TAHUN 5)- SK KG Bakong/Terus


TAJUK : Maafkan Cikgu.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.
Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini
saya ada ada
satu kisah yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya
ialah maafkan
cikgu. Eh kenapa cikgu pula yang minta maaf ya?ha kalau kawan-kawan
semua nak tahu
marilah dengar cerita saya.
Kawan-kawan yang saya hormati,
Kisahnya adalah tentang seorang anak yatim namanya amir,
ayahnya telah
meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi. Untuk menyara kehidupan
mereka, ibunya telah
mengambil upah menebas kebun dan menjual kuih. Namun, amir tidak
pernah mengeluh
malah dia turut membantu ibunya dengan menghantar surat khabar
sebelum ke sekolah.
Baiknya amir tu ya kawan-kawan. Seperti biasa pada pagi itu, amir
mengayuh basikalnya
laju-laju. Berpeluh-peluh badannya. Amir bimbang akan bertembung
dengan Cikgu Hakim
guru disiplinnya di sekolah. Ah mendengar namanya sahaja sudah cukup
membuatkan
pelajar-pelajar kecut perut apatah lagi bersemuka dengannya.
Seramnya. Ingatlah ya
kawan-kawan, datang lambat ke sekolah bukanlah sikap yang baik.
Ketika sampai di sekolah jam tangan amir menunjukkan jam 8.30 pagi.
Dengan
langkah yang tergesa-gesa, amir pun menuju ke kelasnya tiba-tiba
“Amir” nama Amir
dipanggil. Panggilan itu lantas mematikan langkahnya. Degup
jantung amir bertambah
kencang. Terlihat wajah Cikgu Hakim yang sangat serius. Dengan suara
yang lantang, Amir
dimarahi kerana datang lewat. Amir hanya membisu. Memberi
alasan pada saat itu
bukanlah tindakan yang bijak. Walaupun Amir pernah menjelaskan
tetapi Cikgu Hakim
enggan mendengarnya malah dia dituduh menegakkan benang yang
basah.
Kawan-kawan sekalian,
Apakah yang berlaku selepas itu? Apalagi Amir dibawa ke bilik guru
disiplin. Dia
telah diberi surat amaran untuk disampaikan kepada ibunya. Amir pun
menerima dengan
sedih. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Amir
kecewa kerana di
tuduh sebagai pelajar yang malas. Padahal dia bukanlah seperti apa yang
disangkakan.
Rakan-rakan Amir juga sering mengejeknya kerana selalu didenda
atas kelewatannya
sampai ke sekolah.
Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Amir pun terus pulang ke
rumah.
Selepas selesai solat, Amir pun terus ke dapur kerana perutnya terasa
terlalu lapar. Apabila dia hendak ingin menjamah makanan, dia teringat
kembali peristiwa yang berlaku disekolah

tadi. Seleranya hilang. Amir membuat keputusan untuk ke kebun Pak


Megat untuk berjumpa
dengan ibunya. Amir ingin menceritakan tentang peristiwa yang berlaku
di sekolahnya tadi.
Sebaik sahaja terpandang wajah ibunya, dia berasa tidak sampai hati
untuk menceritakan
malah dia turut membantu ibunya menyelesaikan kerja. Baginya ibu lah
segala-galanya.
Ingatlah kawan-kawan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Kawan-kawan yang dikasihi,
Pada malam itu, Amir nekad menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja
lantas
menyerahkan surat yang diterima daripada Cikgu Hakim. Amir melihat
wajah ibunya amat
sedih setelah membaca surat itu. Bagi ibu Amir dia masih mampu
menyara kehidupan
mereka. Apa yang diharapkan oleh ibu Amir adalah dia ingin melihat
anaknya berjaya dalam
pelajaran.
Kawan-kawan yang disayangi sekalian,
Sebagai pelajar tahun 6, Amir dapat berfikir dengan baik. Dia
telah membuat
keputusan untuk berhenti kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan datang
awal ke sekolah
dan belajar bersungguh-sungguh. Justeru, keesokan harinya pagi-
pagi lagi Amir telah
sampai di kedai Pak Cik Muthu tempat dia mengambil surat khabar. Dia
ingin menyatakan
hasratnya untuk berhenti kerja. Selepas itu, amir mengayuh basikalnya
lebih laju dari biasa.
Dia tidak ingin terlambat lagi. Dia sudah serik dengan herdikan guru
disiplinnya.
Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa mlihat kiri dan kanan Amir terus
melintas.
Malangnya, sebuah kereta telah melanggarnya. Amir tercampak ke
seberang jalan lalu
pengsan. Orang yang melanggar Amir itu terus membawanya ke klinik
yang berdekatan.
Mujurlah Amir tidak apa-apa. Dia Cuma mengalami luka-luka kecil sahaja.
Itulah kawan-
kawan kita mestilah berhati-hati semasa berada di jalan raya.
Tidak lama kemudian, Amir pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu
Hakim berada
di sisinya. Dengan wajah yang ikhlas dan mesra, Cikgu Hakim
meminta maaf atas
kecuaiannya Amir tercedera. Maafkan cikgu, Amir. Dengan senang
hatinya, Amir pun
memberitahu dia lah yang bersalah kerana tidak berhati-hati. Begitulah
kawan-kawan niat
dihati untuk membantu keluarga adalah satu sifat yang mulia
namun, kita mestilah
memikirkan keselamatan diri. Sekiranya kawan-kawan telah
melakukan kesalahan
janganlah malu untuk meminta maaf kerana orang yang mengakui
kesalahannya akan
dipandang mulia.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai