Anda di halaman 1dari 9

SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA


SELANGOR

KERTAS KERJA
KEMPEN ANTI DENGGI TAHUN 2013

TARIKH & HARI :


15-22 APRIL 2013

ANJURAN :

UNIT HAL EHWAL MURID


SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

0
1.0 PENDAHULUAN

Demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang masih menjadi satu masalah kesihatan awam di
Malaysia. Bilangan kes demam denggi yang dicatatkan masih membimbangkan setiap tahun. Walaupun
sejak tahun 1993, Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan telah
memperkenalkan Program Bebas Aedes di kemudahan-kemudahan kesihatan, namun analisa awal yang
telah dijalankan mendapati punca bilangan kes terus dicatatkan kerana sikap orang ramai dan penglibatan
masyarakat masih kurang memuaskan. Oleh yang demikian, kerjasama di wujudkan dengan Kementerian
Pendidikan untuk menjalankan langkah pencegahan lebih awal melalui kumpulan tertentu iaitu pelajar
sekolah. Rentetan itulah, Program Bebas Denggi yang merangkumi aktiviti Kempen Anti Denggi di
peringkat sekolah diadakan.

2.0 RASIONAL

 Kajian kes menunjukkan bilangan kes demam denggi yang dicatatkan berlaku dikalangan penuntut
sekolah yang berumur 7 hingga 18 tahun.

 Terdapat banyak sekolah di seluruh Negara. Kebanyakan sekolah-sekolah terletak di dalam


kawasan bandar mempunyai masalah penyakit denggi.

 Bagi menyemai pengetahuan dan amaln baik di dalam kawalan denggi kepada peringkat umur yang
rendah supaya pengetahuan dan amalan tersebut dapat diteruskan apabila mereka dewasa nanti.
Di samping itu diharapkan penutut sekolah dapat menjadi agen perubahan kepada bebas denggi di
rumah seterusnya masyarakat umum.

 Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa aktiviti kawalan denggi yang
ditumpukan kepada golongan kanak-kanak sekolah telah mencapai kejayaan.

3.0 MATLAMAT

Untuk mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan
mewujud satu kumpulan yang menjadikan “agen perubah” kepada masyarakat.

4.0 OBJEKTIF

 Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam mencegah dan mengawal kejadian
demam denggi di sekolah.

 Untuk melibatkan semua golongan termasuk ibubapa dan kakitangan sekolah di dalam aktiviti
pencegahan dan pengawalan demam denggi.

5.0 KUMPULAN SASARAN


1
Semua murid SK Kayu Ara ,Rembau

6.0 PELAKSANAAN

Masa Aktiviti Tempat


7.30- 8.00 pg Murid berkumpul di kantin Kantin
8.00 – 10.00 pg Ceramah Anti Denggi Dewan
Oleh
PKD Rembau
10.10 – 10.30pg REHAT
10.30 pg –11.30 pg Pameran Oleh PKD Rembau Dewan

11.30 – 12.00 ptg Kuiz Terbuka Dewan

2
7.0 SENARAI JAWATANKUASA

PENASIHAT : Pn Zainun @ Norainon Bt Lain (GB)


PENGERUSI : Pn Norashikin Bt Majid (PK Hem)
NAIB PENGERUSI 1 : Pn Norsiah Bt Abd Majid (PK 1)
NAIB PENGERUSI 2 : En Rizwan B Che Razak (PK Koku)

PENYELARAS : Pn. Latifah Bt Ibrahim


PROGRAM (penyelaras 3K SK Kayu Ara)

SETIAUSAHA : Pn. Rohana Bt Rain


(Unit Denggi)

3
JAWATANKUASA PELAKSANA

Tugas & Tanggungjawab

J/K Pameran dan Modul Program  Mengumpulkan bahan pameran.


 Menyiapkan tempat pameran.
 Mengawalselia semasa pameran
dijalankan.
 Mengemas semula tempat pameran
dan menyimpan bahan pameran di
tempat selamat.
J/K PA Sistem dan LCD  Menyediakan peralatan sistem suara
Arian Smail (mikrofon) yang berfungsi sepanjang
program berlangsung.
 Menyediakan LCD dan Laptop untuk
pembentangan oleh penceramah.
 Memastikan semua peralatan lengkap
sebelum program berlangsung.
 Mengeemas semula semua peralatan
tersebut serta disimpan di tempat
selamat.

J/K Fotografi  Merakam semua aktiviti yang


Pn Faiznur Bt Norman dijalankan sepanjang program
berlangsung.
 Menyerahkan gambar tersebut kepada
ajk dokumentasi.

J/K Perasmian dan Penutupan  Menyediakan tempat program.


Pn. Rafiqah Bt Arahman  Menjemput perasmi ke tapak program.
 Memastikan perjalanan program
berjalan lancar.
J/K Pengacara Majlis  Mengendalikan Majlis Perasmian,
Pn Rohana Bt Rain Penutupan dan Aktiviti Ceramah.

4
J/K Hadiah  Menyediakan hadiah pemenang seperti
Pn Latifah Bt Ibrahim dirancang.
 Menyiapkan sijil-sijil pemenang.
 Membantu mengatur dan memberikan hadiah
kepada pemenang semasa majlis penutupan.
J/K Dokumentasi  Merekod dan menyediakan laporan selepas
Pn. Latifah Bt Ibrahim program berlangsung.
 Laporan yang telah siap hendaklah dihantar
kepada SU Kempen Anti Denggi.
 Tempoh Masa 1 minggu selepas program.

J/K Kawalan Murid Tugas dan Tanggungjawab


Pn Zalina Bt Md Jadi
Dan Semua Guru  Memastikan murid berdisiplin dan menepati
masa sepanjang program berlangsung.
 Memastikan semua murid menjalankan aktiviti
dan tugasan yang diberikan.

5
8.0 TENTATIF PROGRAM KEMPEN ANTI DENGGI TAHUN 2013

Isnin (15 April 2013)

7.30 – 8.00 -Perasmian Kempen Anti Denggi Tahun 2013

08.00 pg – 9.00 pg -Ceramah Cegah Denggi oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

9.00 pg – 1.00 tgh - Pameran Anti Denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

Selasa (16 April 2013)

08.00 pg – 10.00 pg - Pertandingan Peta Minda Inovatif (Tahap 2)


- Pertandingan Mewarna Poster (Pra Sekolah)

5.00 ptg – 6.30 ptg - Pertandingan Mewarna Poster (Tahap 1)

Isnin (22 April 2013)

7.30 – 8.00 - Perasmian Penutup Kempen Anti Denggi Tahun 2013


- Penyampaian Hadiah

6
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan

Hadiah Mewarna Poster (1 X 3 orang X RM 3) RM 74.00

Makanan Penceramah (5 X RM10) RM 50.00

Cenderamata Penceramah (1 X RM 24) RM 24.00

JUMLAH RM __________

Peruntukan

PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 855.80

JUMLAH RM 855.80

7
10.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Kempen Anti Denggi 2013 dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke
arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para guru dan semua pihak yang terlibat begitu
diperlukan untuk menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

...............................................................
PN. NUR SYUHADA BINTI ABDUL RASID
Setiausaha
Kempen Anti Denggi
Penyelaras Program HEM
SK Seksyen 11 Kota Damansara

Disemak oleh:

..................................................................
DATIN JAYANTHI A/P DEVAN
Guru Penolong Kanan HEM
SK Seksyen 11 Kota Damansara