Anda di halaman 1dari 13

Hal Ehwal Murid

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GAMBUT


TANJONG KARANG
SELANGOR

PANDUAN PENGURUSAN
UNIT HAL EHWAL MURID
2013
PENDAHULUAN

Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap
prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. ,
atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada
kebajikan,keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang
baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa,agama
dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada
bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen
murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai
program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah
tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan
wawasan sekolah ini.

MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID


 Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid
berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan
dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan
kebolehan ke tahap maksima bagi menyuburkan potensi kepimpinan.
1
OBJEKTIF
 Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal
Murid.
 Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu
kecemerlangan di peringkat sekolah.

 Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.

STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT


PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Sistem Pendaftaran Pelajar.

1.1. Sekolah melaksanakan Program Hari Orientasi murid tahun 1 (Transisi Guru
Penyayang)
1.2. Hari Orentasi murid dijalankan satu atau dua hari sebelum persekolahan sebenar.
1.3. Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada
hari
orentasi.
1.4. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :
1.4.1. Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
1.4.2. Bayaran yuran persekolahan.
1.4.3. Pengagihan buku teks
1.4.4. Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga.
1.4.5. Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan
sistem
maklumat murid sebelum akhir bulan Januari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.

2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Displin Sekolah.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
2.3 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun tiga hingga
tahun enam.
2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid pada
tahun
semasa.
2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
2.6.1 Pencalonan oleh guru kelas.
2.6.2 Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah.
2.6.3 Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
2.6.4 Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
2.6.5 Majlis watikah perlantikan
2.7 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar
peraturan.

3. Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.

3.1 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran


dan matlamat
2
perlaksanaannya seperti berikut :
3.1.1 Bilangan murid yang terlibat.
3.1.2 Pemilihan murid yang tepat.
3.1.3 Penyediaan menu yang berkhasiat.

3.2 Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti
berikut :
3.2.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
3.2.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan.
3.2.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.

3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :


3.3.1 Pemeriksaan mata.
3.3.2 Pemeriksaan gigi.
3.3.3 Pemeriksaan kuku dan rambut.
3.3.4 Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.

3.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.


3.4.1 Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
3.4.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
3.4.3 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
3.4.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.

3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :


3.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
3.5.2 Gotong-royong.
3.5.3 Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila
menjumpainya.
3.5.4 Tidak membuang sampah merata-rata.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.

4.1 Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang
tindakan
yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.

5. Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.

5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa
diberikan
kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
5.1.1 Sesi kaunseling Individu
5.1.2 Sesi kaunseling kelompok
5.1.3 Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
5.1.4 Kem Jati diri

3
6. Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.

6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran
melalui
LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :
6.2.1 Keselamatan jalan raya.
6.2.2 Jenayah juvana
6.2.3 Pertolongan cemas
6.2.4 Penyalahgunaan dadah.

7. Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.

7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai
pihak
seperti :
7.1.1 Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
7.1.2 Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
7.1.3 Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
7.1.4 Menyertai pertandingan sukan dan permainan.

AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2013

1. Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1

Pendaftaran dan orientasi tahun 1 ini dijalankan sepanjang tahun melalui ‘online’ sebelum
sesi persekolahan awal tahun bermula. Murid-murid Tahun 1 diberikan pendedahan awal
tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan
suasana persekolahan yang baru.

2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada
pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan
ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat
menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah

Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah
pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan
perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.

4. Sambutan Hari Guru

4
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan
kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru yang mengajar mereka.

5. Latihan Kebakaran

Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada
penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan
Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam
api dengan betul.

6. Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 15 Ogos
hingga 17 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang
sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos,
Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan
adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan,
pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.

7. Sambutan Hari Kanak-Kanak

Pada setiap tahun, pihak sekolah menyambut hari kanak-kanak dan hari kokurikulum
dengan bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka,
sukan, persembahan dan pelbagai lagi.

8. RMT

Seramai --------- orang murid dari sekolah ini telah mendapat RMT. murid-murid tersebut
diberikan makanan pada pukul 10.15 pagi. Murid lain membawa bekalan dari rumah atau
membeli makanan di kantin. Suatu taklimat telah diberikan kepada ibu bapa mengenai
pentingnya bersarapan pagi.

9. Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6

Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberi pada awal tahun dan untuk murid Tahun 6 pada
pertengahan Tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran
iaitu Klinik Kesihatan Kuala Selangor. (Jadual akan diberi oleh klinik kesihatan pada awal
tahun).

10. Rawatan Pergigian

5
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah
menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini
diberikan sepanjang tahun.

11. Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1

Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid Tahun 6 ke
Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan mula diisikan selepas
peperiksaan UPSR. Selain itu, pihak sekolah juga membantu murid-murid yang layak dan
ingin memohon ke sekolah berasrama penuh sekiranya ada yang meminati.

12. Pertandingan Kebersihan Kelas

Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak
pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.

13. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah

Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan


kerjasama PIBG, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah
sentiasa bersih.

14. Bantuan Kebajikan Murid

Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, ADUN
dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan. Bantuan-
bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan sekolah, kasut, baju dan
pelbagai lagi.

15. Program Maju Diri

Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula. Murid-murid
yang terlibat adalah di kalangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelbagai aktiviti berbentuk
motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut. (Bahagian Bimbingan
Kaunseling)

16. Sesi Kaunseling

Sekolah tidak mempunyai guru kaunseling sepenuh masa namun pengurusan sekolah telah
melantik seorang guru kaunseling. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program
kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain
secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.

17. Program RIMUP

6
Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah
bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi
hubungan antara kaum-kaum di Malaysia. Namun mulai tahun 2011 dan seterusnya
program RIMUP diteruskan untuk sekolah terpilih.

18. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis

Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi
menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti
ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan
kepada murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.

19. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah

Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah
kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid
tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.

AKTIVITI-AKTIVITI BULANAN HAL EHWAL MURID 2013

BIL BULAN AKTIVITI TINDAKAN


Mesyuarat unit HEM, pendaftaran dan
1 DIS 2012 Semua guru
pembayaran yuran sekolah
Guru Data
2 JAN- APRIL SMM dan DATA
Guru SMM
B & Kaunseling
Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua
3 FEBRUARI Pengawas
Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Displin
Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Pengawas
4 FEBRUARI
Darjah dan Penolong Ketua Darjah Displin

5 JAN –NOV Rancangan Makanan Tambahan (RMT) RMT

6 MAC Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6 Kesihatan

7 MAC & SEPT Rawatan Pergigian Kesihatan

Kebersihan
8 SETIAP BULAN Pertandingan Kebersihan Kelas
Keceriaan
Kebersihan
9 APRIL Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah Keceriaan
Keselamatan
10 FEB & OGOS Bantuan Kebajikan Murid Kebajikan

11 MEI Program Maju Diri B & Kaunseling

Badan Kebajikan
12 MEI Sambutan Hari Guru
Guru
7
13 MEI Latihan Kebakaran Keselamatan

14 MAC & JULAI Sesi Kaunseling B & Kaunseling

15 JUN Program bersama Klinik Kesihatan Daerah Kesihatan

Program Ceramah Keselamatan Bersama


16 JULAI Keselamatan
Polis
15 OGOS –
17 Sambutan Bulan Kemerdekaan PK HEM & AJK
15 SEPT

18 SEPT Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1 Pendaftaran

19 SEPT Program RIMUP RIMUP

TAKWIM MESYUARAT PERANCANGAN UNIT HEM TAHUN 2013


SEK.KEB.SERI GAMBUT

Perancangan Unit Hal Ehwal Murid 2013

8
Tarikh Hari Aktiviti Tindakan

JANUARI
26.12.2012 Rabu -Mesyuarat Unit HEM PK HEM
28.12.2012 Jumaat -Pengagihan Buku SPBT Tahun 1 Guru SPBT
-Kempen sayangi buku teks
07.01.2013 Isnin -Peringatan peraturan sekolah Guru Bertugas
-Pelancaran Pas Keluar Kelas
-Menandatangani Perjanjian RMT 2013 PK HEM & Guru Kantin &
10.01.2013 Selasa
dengan pengusaha kantin RMT
-Majlis perlantikan Pengawas sekolah,
14.01.2013 Isnin Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Guru Pengawas
Kelas
14.01.2013
Isnin –
- -Program Maju Diri (PMD) Guru Bimb & Kauns
Jumaat
18.01.2013
PK HEM & Guru kantin &
16.01.2013 Rabu -Mesyuarat AJK Kantin 1
RMT
17.01.2013 Khamis -Mesyuarat AJK Bimbingan & Kauseling Guru Bimb & Kauns
28.01.2013 Isnin -Pelancaran Kempen Kebersihan Kelas Guru 3K
-Mesyuarat AJK Kebersihan &
31.01.2013 Khamis PK HEM & Guru 3K
Keceriaan 1
31.01.2013 Khamis -Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas

FEBRUARI
-Pertandingan meja bermaklumat –
04.02.2013 Isnin Guru Panitia
kantin
06.02.2013 Rabu -Kemas kini data SMM Guru data SMM
14.02.2013 Khamis -Mesyuarat AJK SPBT PK HEM & Guru SPBT
- Mesyuarat Lembaga Disiplin &
19.02.2013 Selasa PK HEM
Pengawas
28.02.2013 Rabu -Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas

MAC
01.03.2013 Jumaat -Kemaskini Buku Rekod Kes Murid PK HEM
04.03.2013 Isnin -Pertandingan pamphlet unit-unit HEM Ketua Unit HEM
PK HEM & Guru Bimb
-Perjumpaan & Motivasi Ibubapa
06.03.2013 Rabu Kaunseling & Guru-guru
Tahun 6
tahun 6
21.03.2013 Khamis - Ceramah Polis PK HEM & Guru 3K
29.03.2013 Jumaat -Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas

9
APRIL
01.04.2013 Isnin -Taklimat Pengawas Sekolah Guru Pengawas
9.04.2013 Selasa -Mesyuarat AJK Kantin Ke-2 PK HEM & Guru Kantin
30.04.2013 Selasa -Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas

MEI
03.05.2013 Jumaat Ceramah Anti-Dadah PK HEM
Mesyuarat Lembaga Disiplin &
16.05.2013
01 ) JK HALKhamis
EHWAL MURID ( JK HEM ) PK HEM
Pengawas 3
Pengerusi & Keceriaan
Mesyuarat AJK Kebersihan
22.05.2013 Rabu PK HEM
2 Tuan Haji Ngatini bin Salimin
22.05.2013 Rabu Guru Besar 2
Mesyuarat AJK Keselamatan PK HEM
Naib Pengerusi
31.05.2013 Jumaat -Semak rekod Kehadiran
Puan RagayahMurid
Bt Dris PK HEM & Guru Kelas
GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha HEM
Puan Siti Norazizah
JUN Bt Kadzim
19.06.2013 Rabu AJK Induk2
Mesyuarat AJK Kesihatan PK HEM
25.06.2013 Selasa Ceramah Anti-Dadah & HIV PK HEM
1 ) GPK Pentadbiran Puan Azizah Bt Ajis
28.06.2013 Jumaat -Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas
2 ) GPK Kokurikulum

3) Displin & Pengawas JULAIEncik Mohd.Fairus bin Hamzah


10.07.2013 Rabu & Perhimpunan
4 ) Pemulihan Mesyuarat AJK Kantin Ke-3 PK HEM
Encik Ali bin Mohd.Zaman
10.7.2013 Rabu Tadarus Al-Quraan Pk HEM & Panitia Agama
5 ) Keselamatan, Kebersihan & Keceriaan Puan Zuana Bt Shamuri
Mesyuarat Lembaga Disiplin &
17.07.2013 Rabu PK HEM & Guru Disiplin
Pengawas 4
6 ) Buku kedatangan, Inventori & RIMUP Puan Nurul Syahidatul Aini binti Abu Bakar
25.07.2013 Khamis Mesyuarat AJK Bimbingan & Kauseling PK HEM & Kaunselor
7 ) Skim Pinjaman
31.07.2013 Rabu Buku
SemakTeks (SPBT)
rekod Kehadiran Encik
Murid Khairul Anuar Bin Zakaria
PK HEM & Guru Kelas

8) Data SSDM Encik Sallehuddin Hussin

9) Kebajikan Murid dan Takaful OGOSPuan Surmaliah binti Pakih

10) Bimbingan & Kaunseling Puan Rudzi Bt Atan


30.08.2013 Khamis Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas
11) RMT, PSS & Kantin Puan Nassuhada binti Syukor

12) KWAPM, SMM, Doa & Derma Encik Mohd Nuzaihan Bin Mizhar
SEPTEMBER
Mesyuarat
Pendidikan Pencegahan Lembaga Disiplin &
Dadah
05.09.2013
13) Khamis Guru Pengawas
Puan Rudzi Bt Atan
(PPDa) Pengawas
27.09.2013
14) JenayahJumaat
& Buli Semak rekod Kehadiran Encik
Murid Nasrulkhakim
PK HEM & Guru
Bin Md AbasKelas

Data SMM Puan Siti Rozita Bt Misngat


15)
OKTOBER
16) RIMUP
01.10.2013 Selasa Mesyuarat Unit HEM 2
Cik Azarina Bt Amzah
PK HEM
Mesyuarat AJK Harta Benda & Inventori
9.10.2013 Rabu PK HEM
2
22.10.2013 Isnin Mesyuarat AJK Kesihatan 3 PK HEM
25.10.2013 Selasa Lawatan Kauselor
31.10.2013 Rabu Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas

NOVEMBER
12.10.2013 Rabu 10
Jamuan Akhir Tahun Sekolah Penyelaras Pengawas
15.10.2013 Jumaat Semak rekod Kehadiran Murid PK HEM & Guru Kelas
Bidang Tugas Umum
1. Sebagai JK tertinggi dalam HEM, JK HEM menerima semua keputusan yang telah
ditetapkan oleh PP. JKHEM hanya bermesyuarat untuk menentukan, membincangkan
dan memutuskan strategi melaksanakan ○ dasar HEM / Sahsiah KPM ○ keputusan
HEM utama yang telah diputuskan oleh Pengurusan Pentadbiran(PP)
2. JK HEM (Ketua) hendaklah bermesyuarat ○ selepas Mesyuarat (PP) ○ bermesyuarat
minimum 3 kali setahun ○ (Mesyuarat BOLEH dipengerusikan oleh Naib Pengerusi)
3. Fungsi SU HEM ○ Menjadi SU mesyuarat JK HEM dan menyedia minit mesyuarat ○
Menyelaras / Merumus / melapor hasilan semua mesyuarat JK di bawah Unit HEM.
4. Fail (F) Unit HEM ○ Mengurus dan memantau fail ○ Mengurus fail HEM / dan fail
maklumat HEM dan untuk Guru Besara dan rekod
5. Mesyuarat unit-unit boleh dipengerusikan oleh GPK HEM sekiranya tiada Guru Besar

PENGURUSAN UNIT-UNIT HEM


( Bidang Tugas dan Pemantauan Penolong HEM. Guru Besar sebagai Pengerusi )

( 01 ) LEMBAGA DISIPLIN & PENGAWAS


Pengerusi Guru Besar
Naib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid
Ketua Encik Mohd.Fairus bin Hamzah
Setiausaha Encik Sallehuddin Hussin
AJK Pn. Surmaliah Bt Pakih
Mohd Shaaban Bin Sujak

Bidang Tugas
a. Mengadakan aktiviti peningkatan disiplin murid seperti ceramah dan majlis rundingan.
b. Menjadi penasihat kepada badan pengawas dan menyediakan laporan. c. Menyelia
disiplin murid.
d, Memberi tunjuk ajar dan bimbingan tugasan kepada pengawas sekolah.
e. Membuat pesanan keperluan unit.
f. Menguruskan stok dan menyediakan anggaran perbelanjaan unit.
g. Mengemaskini data disiplin murid. h. Mengurus penghantaran data kepada PPD .

( 02 ) PERHIMPUNAN
Pengerusi Guru Besar
Naib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid
Ketua Encik Ali bin Mohd.Zaman
Setiausaha Puan Zuana Bt Shamuri
AJK Puan Nurul Syahidatul Aini Bt Abu Bakar
En. Nasrulkhakim Bin Md Abas

Semua Guru
Bidang Tugas
a. Memantau perjalanan sesi perhimpunan mingguan
b. Menyemak dan memastikan guru menulis buku laporan harian
c,Menyelenggara PA Sistem

( 03 ) KESELAMATAN, KEBERSIHAN & KECERIAAN


Pengerusi Guru Besar

11
Naib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid
Ketua Puan Zuana Bt Shamuri
Setiausaha Cik Azarina Bt Amzah
AJK Mohd Ali Bin Zaman
Puan Nassuhada Bt Mohd Shukor
Encik Mohd Nuzaihan Bin Mizhar

Bidang Tugas
a. Memastikan alat pemadam api berfungsi dan berada di tempat yang strategik.
b. Mempamerkan pelan laluan kecemasan di setiap kelas dan bilik.
c. Menjalankan kawat kebakaran.
d. Menyediakan dan menyusun perhiasan dan penanaman pokok bunga.
e. Memastikan kawasan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih & ceria.
f. Membuat perancangan untuk menambah baikkan taraf keceriaan sekolah
g. Mengumpul, mengedar rekod dan kad kesihatan.
h. Mengumpul maklumat murid yang memerlukan rawatan dan perhatian kesihatan.
i. Mengurus aktiviiti-aktiviti berkaitan kesihatan.
j. Mengadakan sudut kesihatan.
k. Memantau kawasan air bertakung dan menyediakan laporan bebas denggi.

( 04 ) BUKU KEDATANGAN MURID & INVENTORI


Pengerusi Guru Besar
Naib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid
Ketua Puan Nurul Syahidatul Aini binti Abu Bakar
Setiausaha Cik Azarina Bt Amzah

AJK 1) En. Khairul Anuar Bin Zakaria


2) Puan Siti Nur Azizah binti Md.Kadzim
3) Semua guru kelas
Bidang Tugas
1. Merekod segala kelengkapan seperti kerusi dan meja pelajar.
2. Menyediakan proses pembaikan dan pelupusan kelengkapan yang rosak.
3. Memberi perkhidmatan yang dapat memudahkan keperluan pelajar.
4. Memastikan buku Kedatangan murid ditanda setiap hari.
5. Maklumat di buku di isi dan dilengkapkan.
6. Setiap kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang ditandatangani oleh setiap
guru yang memasuki kelas pada setiap waktu pembelajaran.
7. Setiap guru akan mencatat nama mata pelajaran, masa dan jumlah pelajar hadir pada
masa mereka mengajar.

( 05 ) SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


Pengerusi Guru Besar
Naib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid
Ketua Encik Khairul Anuar bin Zakaria
Setiausaha Encik Sallehuddin Hussin

12
AJK 1) Encik Nasrulkhakim Bin Md. Abas
2) Puan Nurul Syahidatul Aini Bt Abu Bakar
3) Semua Guru Kelas
Bidang Tugas
a. Memastikan Bilik BOSS kemas dan berfungsi.
b. Mengurus surat-menyurat mengenai SPBT.
c. Mengurus borang pesanan/permohonan buku Teks bagi tahun berikutnya.
d. Menyemak penerimaan dan penghantaran buku teks dan memproses untuk urusan
stok.
e. Menyelenggara siok SPBT dengan kemaskini.
f. Membuat hapuskira dan Memungut buku teks pada akhir tahun.
h. Membuat pemantauan penggunaan buku teks secara berkala.

( 06 ) DATA SSDM
Pengerusi Guru Besar
Naib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid
Ketua Sallehuddin Hussin
Setiausaha Encik Mohd Fairus Hamzah

AJK 1) Mohd Ali Bin Zaman


2) Puan Siti Rozita Bt Misngat
3) Guru Kelas
Bidang Tugas
a.Mengemaskini data kesalahan murid
b.Menghantar laporan ke PPD seperti jadual yang ditetapkan.

( 07 ) KEBAJIKAN MURID DAN TAKAFUL


Pengerusi Guru Besar
Naib Pengerusi GPK Hal Ehwal Murid
Ketua Puan Surmaliah binti Pakih
Setiausaha Cik Azarina bt Amzah

AJK 1) Puan Nurul Syahidatul Aini Bt Abu Bakar


2) En. Nasrulkhakim Bin Md. Abas
3) Puan Rudzi Bt Atan
Bidang Tugas
a.Mengurus kutipan dan perbelanjaan tabungan murid.
b. Menyediakan penyata kewangan tabung.
c. Khidmat derma/ sumbangan kepada pihak tertentu seperti murid yang kematian ibu
bapa.

13

Anda mungkin juga menyukai