Anda di halaman 1dari 6

[LARIAN JARAK SEDERHANA] BALAPAN (UQS120001)

PENGENALAN

Lari jarak sederhana merupakan satu cabang acara balapan dalam sukan olahraga. Acara
lari jarak sederhana ini sering dikategorikan sebagai lari jarak jauh malah banyak buku tentang
sukan olahraga yang ditulis dan diterbitkan di Barat mengkategorikan acara ini sebagai acara
jarak jauh. Namun hakikatnya lari jarak sederhana dan lari jarak jauh berbeza dari segi taktik
larian walaupun kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi permulaan, bentuk larian, teknik
larian dan kaedah latihan.

Terdapat dua kategori lari jarak sederhana iaitu 800 meter dan 1500 meter. Kedua-dua
acara kategori lari jarak sederhana ini disertai oleh lelaki dan perempuan senior serta kedua-dua
acara ini turut juga disertai oleh murid lelaki dan perempuan di peringkat sekolah. Seperti acara-
acara balapan yang lain, acara 800 meter dan 1500 m di pertandingan sama ada di atas padang
ataupun balapan berturap. Pelari 800 meter perlu berlari dua pusingan balapan manakala acara
1500 meter pula ialah 3 3/4 pusingan balapan.

Jika dalam acara pecut pelari akan melakukan larian pada kederasan yang maksimum
yang boleh di sepanjang jarak yang ditetapkan. Namun dalam lari sederhana (acara 800 meter
dan 1500 meter) pelari harus bijak membahagikan corak larian. Di samping kelajuan, pelari
jarak sederhana khususnya untuk acara 800 meter harus bijak mengatur langkah dengan
mengekalkan ketahanan dan konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh pelari lain. Para
pelari dalam acara jarak sederhana perlu berusaha mengekalkan ketahanan larian pada
hampir sepanjang jarak acara itu. Peningkatan kepantasan dan mengekalkannya sehingga ke
garisan penamat merupakan aset utama jika berkemampuan. Malah ada yang perlu ditentukan
dengan cara photo-finish.

1
[LARIAN JARAK SEDERHANA] BALAPAN (UQS120001)

CIRI-CIRI PELARI JARAK SEDERHANA

Dibandingkan dengan acara lari pecut, acara larian jarak sederhana ini mempunyai
beberapa perbezaan yang ketara. Jurulatih yang berpengalaman mampu merangka bentuk latihan
yang berbeza-beza untuk kedua-dua kategori larian ini. Pelari atau olahragawan yang mengambil
bahagian dalam acara-acara jarak sederhana mempunyai beberapa ciri tertentu. Perlu diingatkan,
ciri-ciri ini adalah hampir sama dengan ciri-ciri untuk acara lari jarak jauh. Antara persamaan
adalah seperti berikut:

1. Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fisiologi dan psikologi
untuk mengurangkan keletihan dan ketegangan semasa berlari.
2. Pelari hendaklah mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kepantasan asli dengan
ketahanan dan kualiti yang harus dibentuk dari semasa ke semasa, sama ada menerusi
latihan ataupun pertandingan.
3. Pelari yang dilahirkan dengan kebolehan semula jadi memerlukan beberapa tahun tempoh
regangan sebelum memperoleh kejayaan.
4. Pelari hendaklah bijak mewujudkan pendekatan terbaik dan bijak untuk lariannya, tanpa
banyak mempengaruhi larian peserta lain yang sudah tentu akan menggunakan taktik dan
cara psikologi untuk mengatasi lawan.

2
[LARIAN JARAK SEDERHANA] BALAPAN (UQS120001)

ACARA JARAK SEDERHANA : 800 METER.

Oleh kerana jarak sesuatu pusingan balapan ialah 400 meter, manakala seseorang pelari
800 meter perlu berlari dua pusingan balapan tersebut. Seperti acara-acara balapan yang lain,
acara 800 meter boleh dijalankan sama ada di atas padang ataupun balapan berturap. Jika dalam
acara pecut pelari akan melakukan larian pada kelajuan yang maksimum boleh dikatakan di
sepanjang jarak yang ditetapkan, tetapi dalam acara 800 meter pelari harus bijak untuk
membahagikan lariannya.

Adalah tidak mungkin pelari itu mampu mengekalkan kadar kederasan yang sama
(maksimum) sepanjang 800 meter lariannya. Dengan membahagikan lariannya mengikut jarak
tertentu akan memberikannya kelebihan serta keyakinan untuk menunjukkan prestasi yang
tinggi. Di samping kelajuan, pelari jarak sederhana khususnya untuk acara 800 meter harus bijak
mengatur langkah dengan mengekalkan ketahanan dan konsentrasinya, supaya tidak mudah
digugat oleh pelari lain, yang sudah tentu akan berusaha mengalahkannya.

Dalam perlumbaan olahraga peringkat dunia, para pelari 800 meter sering berusaha untuk
mengekalkan ketahanan larian masing-masing. Pada masa yang sama mereka cuba untuk
meningkatkan kepantasan dan berusaha mengekalkannya sehingga ke garisan penamat. Ada
kalanya kita seolah-olah melihat peserta untuk. acara mi berlari pecut dalam 200 meter atau 400
meter, sehingga kadangkala keputusan terpaksa ditentukan dengan cara ‘photo-finish’.

3
[LARIAN JARAK SEDERHANA] BALAPAN (UQS120001)

ATURAN DAN CARA LARIAN

• Pelari akan berlari sejumlah dua pusingan balapan bermula dan berakhir lebih
kurang pada tempat yang sama.
1

• Pelari akan berlari mengikut lorong masing-masing untuk pusingan pertama,


dengan permulaan seperti dalam acara 400 meter. Pelari dibenarkan memotong
2 masuk ke lorong paling dalam selepas suatu jarak yang ditetapkan.

• Pelari tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan sebelum menamatkan larian,


cuba menghalang pelari lain merempuh pelari lain ketika sama-sama berlari.
3

• Pelari hendaklah berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai pelepas
4

• Pelari dibenarkan memakai kasut larian atau spikes, atau kasut biasa atau berlari
tanpa berkasut. Bagaimanapun adalah lebih balk dan wajar mereka memakai
5 spikes bagi memudahkan larian dan demi keselamatan diri.

• Pelari hendaklah menamatkan larian dengan melepasi pita atau garisan penamat
yang disediakan. Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk sukan
6 olahraga khasnya untuk acara ini.

4
[LARIAN JARAK SEDERHANA] BALAPAN (UQS120001)

PAKAIAN DAN PERALATAN

Pakaian untuk pelari 800 meter adalah sama dengan pakaian yang dipakai oleh
olahragawan atau olahragawati yang mengambil bahagian dalam acara-acara lain. Walaupun
mereka dibolehkan berlari tanpa memakai kasut, tetapi demi keselamatan dan untuk
mendapatkan larian yang baik serta cengkaman yang lebih berkesan ke atas balapan, mereka
dinasihatkan supaya memakai spikes mengikut keselesaan masing-masing.

Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan jangan terlalu jarang kerana biasanya
pelari akan dibasahi peluh di akhir larian sehingga menampakkan bentuk badan, terutama pelari
wanita. Baju dan seluar yang dipakai sebaik-baiknya hendaklah jenis yang ringan dan tidak
diserap air supaya tidak menimbulkan sebarang masalah semasa berlari. Pelari hendaklah
memakai nombor peserta dan kod pasukan atau negara yang mereka wakili supaya mudah
dikenal pasti oleh pegawai kejohanan.

TAKTIK DALAM ACARA 800 METER

Acara 800 meter merupakan suatu acara’ yang penuh dengan taktik, iaitu pelari akan
berlari mengikut matlamat yang ditetapkan olehnya sendiri, jurulatih atau pasukannya. ini
termasuk untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya, ke pusingan akhir, sekadar
menamatkan larian pelari, atau hanya untuk memperbaiki catatan masa peribadi terbaik.
Bagaimanapun taktik tidak memberikan apa-apa makna sekiranya pelari tidak mempunyai
stamina dan kelajuan yang dikehendaki. Adalah penting untuk mengetahui bagaimana
menggunakan kelebihan daripada. stamina dan kelajuan ini serta mengetahui perkaitan antara
satu dengan yang lain. Terdapat dua cara memenangi acara 800 meter iaitu memulakan larian
dengan agak laju dan mengekalkan larian itu hingga ke garisan penamat. Kedua, berlari pada
kelajuan yang sama dan mula dengan mengekalkan kelajuan itu dan terus memecut pada selekoh
terakhir.

Bagi pelari-pelari baru, sebelum dapat menggunakan sesuatu taktik Iarian yang
dinyatakan, mereka terlebih dahulu hendaklah belajar berlari dengan betul, menggunakan teknik
yang betul serta mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh jurulatih, guru pelatih atau

5
[LARIAN JARAK SEDERHANA] BALAPAN (UQS120001)

mereka yang lebih berpengalaman dalam acara ini. Ini penting kerana taktik larian bukan sahaja
untuk acara 800 meter, malah dalam sebarang acara larian biasanya dipelajari selepas seseorang
pelari didedahkan dengan teknik larian itu dahulu.

Pada akhir peringkat pertama latihan yang diikuti, pelari baru atau mereka yang baru
menceburkan diri dalam acara mi hendaklah diajar teknik larian yang sesuai dan mampu diterima
oleh pelari berdasarkan bentuk dan ketinggian tubuhnya serta ciri-ciri ototnya. perkembangan
ciri-ciri fizikal seperti kekuatan, kelajuan dan kelenturan menjadikan sesuatu yang perlu bagi
pelari baru seimbang dan selaras dengan perkembangan fizikalnya. Di samping itu, teknik larian
juga mempunyai kaitan dengan pergerakan pelari itu sendiri, yang akan berkembang dengan
latihan-latihan yang sesuai yang dirangka untuk meninggikan tugas setiap bahagian sendi pada
tubuh pelari.

Anda mungkin juga menyukai