Anda di halaman 1dari 2

ARKIB : 19/08/2013

Wajib lulus Sejarah tepati keperluan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID

pendidikan@utusan.com.my

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130819/pe_01/Wajib-lulus-


Sejarah-tepati-keperluan#ixzz3p9XjLH6s © Utusan Melayu (M) Bhd

Subjek Sejarah sememangnya penting dalam mana-sama sistem pendidikan di seluruh


dunia kerana selain bersifat pembelajaran, mata pelajaran itu berupaya mendidik murid
untuk menerima hakikat jati diri mereka terhadap negara. Sikap tidak menghormati
perlembagaan negara yang ditimbulkan oleh sesetengah rakyat sejak kebelakangan ini
mendorong Kementerian Pendidikan mengkaji 'kekuatan' mata pelajaran Sejarah sekali gus
memperkasakannya di kalangan murid dan generasi muda hari ini.

Faktor ini sekali gus mendorong kementerian mewajibkan mata pelajaran Sejarah
lulus di peringkat sekolah iaitu wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bermula tahun ini. Pengarah Bahagian Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Masnah Ali
Muda berkata, usaha memperkasakan mata pelajaran Sejarah di semua aliran sekolah
menengah mencakupi sejarah kuno, pra moden dan moden dalam skop dasar, politik dan
kenegaraan. Malah, menurutnya, sistem pendidikan negara bermula tahun 1989 menjadikan
mata pelajaran Sejarah sebagai teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) di semua sekolah kerajaan. ''Yang mana subjek Sejarah wajib dipelajari oleh semua
murid secara berterusan selama lima tahun bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5
dan bertujuan meningkatkan pengetahuan sejarah negara. ''Di samping itu, usaha tersebut
adalah bagi pemupukan nilai patriotisme untuk membentuk keperibadian yang tinggi dan
menanamkan semangat cinta kepada negara,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di
pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Pada masa yang sama, ujar Masnah, Kurikulum Sejarah KBSM disusun secara
bersepadu merangkumi unsur-unsur ilmu (kandungan), kemahiran (kemahiran Pemikiran
Sejarah) dan penerapan nilai patriotisme. Kata Masnah, Hal ini demikian supaya selari
dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan iaitu ke arah
membangunkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. ''Kita
juga sedang dalam usaha melakukan transformasi kurikulum Sejarah yang akan
dilaksanakan mulai 2014 di sekolah rendah melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk sekolah menengah
mulai 2017. ''Mata pelajaran Sejarah diajar sebagai mata pelajaran teras kepada murid
sekolah rendah pada Tahap II bermula di Tahun 4. "Sejarah diperkenalkan di peringkat
sekolah rendah dengan menekankan kepada pembangunan sahsiah murid, pemupukan
nilai-nilai keperibadian mulia dan semangat kewarganegaraan,'' jelas beliau.

Beliau memberitahu, kandungan kurikulum di peringkat sekolah rendah juga


mencakupi sejarah awal negara sehingga kini, bertujuan menanam minat murid terhadap
sejarah dan menyediakan murid menghadapi cabaran masa depan.
"Fokus utama kurikulum Sejarah dalam KSSM adalah pengetahuan dan pemahaman
Sejarah Malaysia, Pembinaan Negara Bangsa dan Sejarah Negara Luar," ujarnya.Tambah
Masnah, pengkajian sejarah bermula dari zaman prasejarah sehingga masa kini yang
disusun berdasar rentetan peristiwa mengikut pendekatan kronologi manakala aspek
sejarah negara luar pula dikaji supaya murid mendapat gambaran besar tentang peristiwa
sejarah negara berdasarkan garis masa. ''Aspek ini dimasukkan dengan tujuan supaya
murid mempunyai perspektif yang lebih luas tentang proses perkembangan masyarakat dan
negara serta melihat secara perbandingan akan sejarah dalam dan luar negara.
"Seterusnya memupuk rasa bangga tentang warisan dan kejayaan negara ke arah
pemantapan semangat perpaduan dan patriotisme,'' katanya.

Melalui pendidikan Sejarah, beliau berharap, murid-murid dapat menjadikan elemen


sejarah sebagai pengajaran dan iktibar untuk membina kesedaran kebangsaan di samping
semangat cinta akan negara.

Subjek Sejarah bakal dijjadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 dan
menjadi subjek teras di sekolah rendah mulai 2014. Langkah ini diambil bertitik tolak
daripada pandangan pemimpin politik bahawa ada sesetengah kaum/parti politik di negara
ini kurang kesedaran/pemahaman tentang sejarah pembinaan negara, kontrak sosial, asal
usul dan kedudukan institusi kesultanan, Perlembagaan, dan sebagainya. Bagi saya,
langkah itu wajar disokong walaupun pelaksanaannya didasarkan oleh desakan politik.
Walhal tanpa desakan politik, rakyat pelbagai kaum di negara ini wajib memahami proses
pembinaan Malaysia, dan perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Pemahaman yang
mendalam terhadap aspek penting sejarah negara diharapkan dapat melahirkan generasi
bangsa Malaysia yang benar-benar menerapkan nilai Malaysia (bahasa kebangsaan,
sekolah kebangsaan dll) dalam diri dan kehidupan sehari-hari.

Namun, dalam masa yang sama, penambahbaikkan teks Sejarah perlu telus dan
bertanggungjawab agar tidak dijadikan medium untuk menafikan hak kaum lain sebagai
warganegara sah. Penggubalan buku teks perlu dilakukan dengan jujur dan bersumberkan
fakta yang jelas agar peristiwa atau fakta sejarah tidak diputarbelitkan atau dimanipulasi
untuk kepentingan sesetengah pihak. Hal ini demikian kerana subjek Sejarah tidak sama
dengan subjek Sains yang ditulis berdasarkan uji kaji atau teori yang boleh dibuktikan
kebenarannya. Buku Sejarah pula ditulis berdasarkan sumber sejarah yang sudah tentu
boleh diubah suai oleh penulis/pihak tertentu untuk kepentingan sesetengah pihak. Selain
itu, pelaksanaan dan pengajaran subjek ini di sekolah juga perlu dilakukan dengan telus dan
bertanggungjawab. Jika subjek Sejarah diperkasakan di sekolah atas alasan yang
dinyatakan di atas, kita sewajarnya bertanya: mengapa subjek Agama Islam dan Pendidikan
Moral tidak dijadikan subjek penting sama ada di sekolah menengah atau di sekolah
rendah? Dengan pelbagai macam gejala sosial yang melanda remaja sehingga memaksa
kerajaan Melaka mewujudkan Sekolah Harapan dan sebagainya, maka perlukah alasan lain
untuk memperkasakan kedua-dua subjek berkenaan di kedua-dua peringkat pengajian.

Anda mungkin juga menyukai