Anda di halaman 1dari 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jalan Bukit Gambir ee 04-860 2600 11700 Pulau Pinang Laman Web http://jpnpp.moe.gov.my Rujukan Tuan Rujukan Kami -JPNPP(KUR)800-3/2Jld.3(52) Tarikh I Februari 2018 Pengetua Dan Guru Besar Semua Sekolah Di Pulau Pinang Tuan/Puan, PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) BAGI TAHUN 2018 Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita saya mengingatkan pihak sekolah berkenaan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 2 Tahun 2016 bagi pelaksanaan Ujian SEGAK. Semua_sekolah diarah melaksanakan Ujian SEGAK dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos bagi tahun 2018 3. Mulai tahun 2017, pelaporan pencapaian setiap murid Tahun 6 dalam Ujian SEGAK akan dilaporkan dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bersama dengan faporan pencapaian komponen-komponen yang lain seperti UPSR, PBD, PAJSK dan Psikometrik, 4 Pelaksanaan Ujian SEGAK tahun 2018akan menggunakan norma Body Mass Indexs (BMI) WHO 2007 bagi menggantikan norma BMI (CDC) 2000 secara sepenuhnya pada tahun ini, Pihak sekolah perlu. menubuhkan jawatankuasa kecil untuk Ujian SEGAK Pentadbir dan Ketua Panitia PJK perlu memastikan peralatan untuk pelaksanaan Ujian SEGAK mestilah cukup dan dapat digunakan dengan baik serta selamat 6. Pelaksanaan Ujian SEGAK mestilah dilaksanakan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan dan semua data perlu direkodkan menggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) dan Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM) yang boleh didapati di dalam Buku Panduan SEGAK 2016. Laporan Ujian SEGAK bagi setiap murid pada hujung tahun mesti ditandatangani oleh pinak guru dan juga ibubapa atau waris murid. Guru-guru yang terlibat perlu membaca Buku Panduan SEGAK 2016 bagi memastikan semua prosedur pelaksanaan Ujian SEGAK dipatuhi te Bersama-sama ini saya lampirkan softcopy Buku Panduan SEGAK 2016 dan SPI SEGAK Bilangan 2 Tahun 2016 untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Guru perlu menggunakan data BMI dan tahap kecergasan murid untuk merancang dan merangka program intervensi untuk murid yang menghadapi masalah BMI dan kecergasan. Semoga hasrat untuk melihat anak murid kita yang semakin cergas, aktif dan sihat akan tercapai dengan program intervensi yang berkesan. 7 Malaysia: Rakyat Didahalukan, Pencopalan Dlutamakan™ ‘le catathan ryukan jabatan int apabila borrubung Z Rujukan Kami -JPNPP(KUR)800-3/2ld 3152 PELAKSANAAN U. NN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) BAGI TAHUN 2018 STANDARD KECERG 8. __Kerjasama pihak tuan amat dihargai. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi En. Muhamad Razif Bin Embi, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang di talian 04-652 1222 Kerjasama tuan amat dihargai Sekian, terima kasi “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA” Pendidikan Negeri Pulau Pinang bp. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang No. Tel 04-652 1048 No. Faks — : 04-658 2500 sk. Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang Ketua Sektor Pengurusan Akademik Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan PPD Timur Laut . PPD Barat Daya PPD Seberang Perai Selatan PPD Seberang Perai Tengah PPD Seberang Perai Utara NOMROONS

Anda mungkin juga menyukai