Anda di halaman 1dari 5

TUJUAN SISTEM SAHSIAH DIRI MURID SSDM ONLINE

Setiap sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM pastinya
mempunyai tujuan tersendiri. Begitu juga dengan SSM Online. Antara tujuan sistem ini adalah
untuk :

1. Menambahbaik SSDM sedia ada.

2. Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras


dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.

3. Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras


dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.

4. Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu


sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.

5. Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK
HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.

6. Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk


laporan.

CARTA ALIR PENGURUSAN SSDM ONLINE

Secara umumnya, SSDM Online ini mempunyai beberapa “flow” atau langkah aliran kerja yang
perlu diikuti mengikut situasi atau kesalahan yang berlaku. Untuk penerangan awal mari Sistem
Guru Online kongsikan gambaran asasnya.
Carta alir ini juga sebenarnya dipengaruhi oleh jenis kes yang dilaporkan seperti

• Kes Hukuman Amaran Lisan

• Kes Tiada Asas

• Kes Hukuman Amaran Bertulis

• Kes Hukuman Gantung Sekolah

• Kes Hukuman Buang Sekolah

• Kes Hukuman Denda

• Kes Hukuman Kelasn Tahanan


• Kes Hukuman Rotan

• Melapor Amalan Baik

CIRI-CIRI SSDM ONLINE

1. PANGKALAN DATA DISIPLIN

SSDM Online akan menjadi pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada
peringkat sekolah hingga peringkat nasional. Data-data dalam sistem ini akan dijadikan rujukan
oleh semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan

2. SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN

Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah
murid, seterusnya semua pihak boleh berganding bahu dalam usaha membantu murid-murid,
terutama yang bermasalah disiplin, ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.

3. MENGUTAMAKAN AMALAN BAIK

Sistem ini mengutamakan amalan baik sebagai proses pembentukan sahsiah. Murid-murid
akan digalakkan melakukan amalan baik untuk mengingkatkan status sahsiah diri. Dengan
pemupukan amalan baik ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan
kesalahan disiplin dari semasa ke semasa.

4. PENGUKURAN SAHSIAH

Dalam mengklasifikasikan sahsiah murid-murid, sistem mata (markah) diperkenalkan.


Klasifikasi berasaskan sistem mata ini boleh digunakan dalam membantu murid-murid
meningkatkan status sahsiah ke arah yang lebih baik. Mana kala murid-murid yang baik akan
digalakkan untuk mencapai status sahsiah amat baik dan terpuji. 5 Status Sahsiah
• Terpuji

• Amat Baik

• Baik

• Perlukan Perhatian

• Perlukan Perhatian Serius

5. KAWALAN SISTEM

Sistem ini akan mengawal tindakan / hukuman supaya selaras dengan surat pekeliling ikhtisas
serta peraturan-peraturan bagi mengelakkan ketidakpuasan hati masyarakat. Selain itu, sistem
juga akan mengeluarkan surat-surat amaran dan makluman tindakan dalam bentuk yang
seragam dan standard, dan dicetak secara automasi.

6. KES KHAS

Tambahan perkara dalam senarai salah laku telah dibuat, yang merujuk kepada Kes Khas, iaitu
kes-kes yang hanya untuk dilaporkan, dan bukan untuk diambil tindakan / hukuman oleh pihak
sekolah. Senarai kes khas ini dibuat dengan mengambil kira Surat Pekeliling Ikhtisas serta
keperluan data-data kementerian untuk dilaporkan kepada Parlimen.

7. MESRA PENGGUNA

Sistem ini dibina dengan mengambil kira aspek ‘mesra pengguna’. Kemudahan-kemudahan
dan capaian sistem yang ‘mesra pengguna’ ini diharap dapat meyakinkan guru-guru untuk
meggunakan sistem ini tahap yang maksimum, sekali gus menghidangkan data-data nasional
yang lebih tepat.

8. MUDAH DIAKSES
Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama guru di sekolah, selain PPD, JPN, KPM,
murid-murid, dan penjaga. Selain penggunaan laptop dan komputer, sistem ini dirancang
penggunaannya hingga capaian android dan smart phone.

9. MELIBATKAN SEMUA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN

Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam kalangan semua pihak yang
berkepentingan dengan pendidikan, sama ada murid-murid, penjaga, guru-guru, pegawai-
pegawai PPD, JPN dan KPM.