Anda di halaman 1dari 2

BENGKEL PENULISAN RPH, SK St.

John, 15 Januari 2018


4 KESALAHAN LAZIM DALAM PENULISAN AKTIVITI RPH

1. AKTIVITI YANG DITULIS TIDAK MENJAWAB OBJEKTIF YANG DIRANCANG. ❌

Sebagai contohnya:
Objektif berfokus kepada kemahiran dengar tutur, aktiviti menunjukkan kemahiran menulis.

2. AKTIVITI DITULIS DALAM SATU PERKATAAN ATAU FRASA. ❌

Sebagai contohnya:
- Soal jawab
- Perbincangan
- Pembentangan
SEPATUTNYA:
Ditulis dalam bentuk ayat agar jelas dan memperlihatkan strategi, kaedah, teknik, dan bahan yang digunakan dalam PdP yang dirancang.

3. MENCATATKAN AKTIVITI GURU DALAM RPH. ❌

Sebagai contohnya:
Guru menerangkan jenis ayat dalam penulisan isi karangan fakta.
SEPATUTNYA:
Murid diterangkan jenis ayat dalam penulisan isi karangan melalui laman VLE-frog.

4. TIDAK MENCATATKAN PENTAKSIRAN (TP) YANG DIRANCANG PADA BAHAGIAN AKTIVITI. ❌

TP perlu ditulis pada bahagian aktiviti yang ditaksir oleh guru.


Sebagai contohnya:
Murid berbincang dalam kumpulan untuk bertukar-tukar pandangan menggunakan bahasa santun berkaitan semangat kejiranan melalui aktiviti Talking
Chip dan setiap murid dinilai oleh rakan berdasarkan borang penilaian. (Dengar tutur - TP4)

BENGKEL PENULISAN RPH dan AKTIVITI PAK-21, SK DANAU KOTA, 13 Januari 2018
Antara perkongsian saya semasa bengkel ialah:
1. OBJEKTIF PERLU DIBINA BERDASARKAN SP YANG DIPILIH.
Hal ini bermakna SP BUKAN OBJEKTIF PdPc. Oleh itu, dalam penulisan RPH, objektif ditulis SELEPAS standard pembelajaran.
SEBAGAI CONTOHNYA:
Subjek/Tahun/Masa:
Tajuk:
SK:
SP:
Objektif:
2. KATA KERJA (PERBUATAN/TINGKAH LAKU) YANG TERDAPAT DALAM SP, jika tidak jelas, iaitu TIDAK DAPAT DIPERHATIKAN,
PERLU DITERJEMAHKAN MENGGUNAKAN KATA KERJA YANG LAIN.
SEBAGAI CONTOHNYA:
Perkataan MENGENAL PASTI pada SP perlu diterjemahkan kepada MEMILIH/MENYEBUT/MENYENARAIKAN/MENAMAKAN/MENYATAKAN
SEMULA dll.
3. OBJEKTIF BUKAN BERSIFAT UMUM.
Objektif yang dibina perlu SPESIFIK dan BOLEH DIUKUR. Lihat formula TiKUS dalam aplikasi My-TiKUS untuk penjelasan lebih mendalam.
Pengguna Android:
https://play.google.com/store/apps/details…
Pengguna iOS:
https://itunes.apple.com/my/app/sisc-azura/id1328749803?mt=8

BENGKEL PENULISAN RPH


SMK Puteri Wilayah, 28 Disember 2017
Antara perkongsian saya semasa bengkel ialah KORELASI PENULISAN RPH DENGAN ASPEK PERTAMA SKPMg2 STD.4, iaitu GURU SEBAGAI
PERANCANG.
1. SK/SP, HPK/HPU atau FU/FS yang dipilih mesti dicatat untuk sesi PdP.
Catatan ini menunjukkan guru MERANCANG menggunakan kurikulum yang sedia ada (seperti yang tercatat dalam penentuan skor 4.1.1 Guru Sebagai
Perancang dalam SKPMg2 Std.4).
2. OBJEKTIF yang dibina MESTI BERDASARKAN SP/HPK/FU yang dicatatkan tadi.
Guru mesti MERANCANG OBJEKTIF YANG BOLEH DIUKUR.
i. Penetapan objektif boleh diukur juga ada dalam tindakan yang perlu dilakukan oleh guru sebagai perancang (SKPMg2 Std.4)
ii. Penetapan bilangan minimum juga menandakan guru membuat pertimbangan aras murid. Begitu juga penggunaan perkataan tertentu dalam penulisan
objektif menandakan aras murid diambil kira.
*Keterangan lanjut boleh dibaca dalam apps My-TiKUS.
3. AKTIVITI dibina berdasarkan OBJEKTIF YANG TELAH DIRANCANG.
Aktiviti yang ditulis mesti mengandungi TINDAKAN MURID, NAMA AKTIVITI, BAHAN DAN JENIS PENTAKSIRAN.
Contoh penulisan set induksi:
1. Murid mencatatkan idea berkenaan percutian secara pantas pada papan putih melalui aktiviti kumpulan Siapa Cepat?
Contoh penulisan langkah dalam aktiviti:
1. Murid dalam kumpulan berbincang untuk menghasilkan poster iklan berkaitan tempat percutian pada kertas lukisan mengikut kreativiti kumpulan
masing-masing. (TP... )
ATAU
1. Murid dibahagikan mengikut aras serta dibekalkan dengan bahan untuk menghasilkan poster iklan berkaitan tempat percutian menggunakan kertas
lukisan dan kumpulan yang lemah dibimbing oleh guru. (Ada pertimbangan aras murid dan aspek pembelajaran pembezaan.)
Penulisan aktiviti yang sesuai dengan objektif pembelajaran, merancang pentaksiran dan menetapkan ABM/BBM/BBB ada dalam tindakan yang perlu
dilakukan oleh guru sebagai perancang (SKPMg2 Std.4).
Perlu diingatkan aktiviti yang dirancang mesti sesuai dengan aras murid, masa PdP dan kurikulum yang berkuat kuasa sekarang.
4. REFLEKSI mesti dicatat setelah PdP berakhir. Ada DUA refleksi, iaitu REFLEKSI PdP dan REFLEKSI PBD.
Guru mesti MERANCANG tindakan yang perlu diambil dalam PdP akan datang jika pada hari tersebut objektif yang dirancang tidak dapat dicapai
sepenuhnya.
KESIMPULANNYA, menulis RPH dengan betul selari dengan peranan GURU SEBAGAI PERANCANG seperti yang disebut dalam SKPMg2 Std.4.

BENGKEL PENULISAN RPH dan AKTIVITI PAK21, SK Setiawangsa, 26 Disember 2017


Salah satu perkongsian saya ialah 5 KESALAHAN LAZIM DALAM PENULISAN OBJEKTIF.
1. MELETAKKAN LEBIH DARIPADA SATU PERBUATAN ATAU TINGKAH LAKU DALAM SATU OBJEKTIF.
Sebagai contohnya,
Menamakan dan mencirikan haiwan ... ❎

2. MENETAPKAN BILANGAN MURID YANG AKAN MENCAPAI OBJEKTIF.


Sebagai contohnya,
Sekurang-kurangnya 10/25 orang murid dapat menulis satu perenggan ... ❎

3. OBJEKTIF YANG DIBINA TIDAK MENGIKUT STANDARD PEMBELAJARAN.


Sebagai contohnya, SP BM Tahun 5
SP: 1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan...
OBJEKTIF:
Pada akhir PdP, murid dapat:
1. Mencipta dialog berdasarkan tiga siri gambar yang diberikan. ❎

NOTA: Kemahiran yang diajar ialah kemahiran dengar tutur, maka objektif mesti berkaitan dengan kemahiran dengar tutur dan bukannya kemahiran
menulis.
4. KATA KERJA YANG DIPILIH TIDAK MENJAWAB STANDARD PEMBELAJARAN.
Sebagai contohnya, jika kata kerja dalam SP menggunakan kata MENGANALISIS, objektif yang dibina menggunakan kata kerja MENYENARAIKAN,
bermaksud objektif tidak menjawab Standard Pembelajaran.
5. OBJEKTIF YANG DIBINA TIDAK BOLEH DIUKUR.
Sebagai contohnya,
Pada akhir PdP, murid dapat:
1. Menghasilkan topeng muka 3D. ❎

NOTA: Objektif yang dibina tidak lengkap. Bagaimanakah guru tahu murid tersebut capai objektif? Berapakah jumlah topeng yang perlu dihasilkan?
Daripada apa atau apakah kaedah penghasilan topeng muka 3D yang perlu dikuasai oleh murid?
Perkongsian ini melibatkan 130 orang guru yang sememangnya bersemangat dan tidak sabar menunggu hari pertama pembukaan sekolah tahun
2018. TAHNIAH dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Datin Siti Rokiah, GB SK Setiawangsa atas undangan.
Hak cipta terpelihara Sisc Azura

Anda mungkin juga menyukai