Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 4 (d) - Implikasi Konsep / Idea / Teori Yang Dipilih Terhadap

Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah.

Gaya pembelajaran juga memainkan peranan yang amat penting dalam


proses pembelajaran kerana ianya merupakan proses sepanjang hayat dan
berterusan. Walaupun gaya pembelajaran membolehkan seseorang individu
mengalami proses pembelajaran dengan lebih berkesan, namun jenis gaya
pembelajaran bergantung kepada kesesuaian seseorang individu itu. Jadi amat
perlulah untuk seseorang individu itu menguasai kemahiran belajar berkesan dan
mengetahui gaya belajar yang paling praktikal dengan diri sendiri.

Setiap murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang


berbeza. Ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu
diberi pertimbangan oleh guru, agar murid yang mempunyai tahap kesediaan belajar
rendah tidak terabai dan ketinggalan .

Pelajar yang diberi pendedahan tentang gaya pembelajaran dan dapat


menyesuaikannya dalam proses pembelajaran berupaya mencapai kecemerlangan
yang tinggi berbanding mereka yang tidak dapat membuat penyesuaian selain dapat
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang dimiliki .Aspek gaya pembelajaran
dan kepelbagaian kecerdasan harus diberi tumpuan bagi merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dimana perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu perlu dititikberatkan dalam sistem pendidikan agar
pelajar berupaya mengecapi kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun
kehidupan harian.

Guru perlu menentukan hasil pembelajaran ini kerana hasil pembelajaran


yang dirancang dalam P & P hendaklah berasaskan keupayaan dan kemampuan
murid. Di dalam sesebuah kelas, terdapat murid yang cerdas dan mudah memahami
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Namun begitu, terdapat juga kumpulan
murid sederhana yang akan memahami isi pelajaran sekiranya guru mengajar
berbantukan alat-alat bantu mengajar . Selain itu, guru juga akan berdepan dengan
murid yang tidak berminat terhadap isi dan pengajaran seseorng guru itu, cepat
berasa bosan dan tumpuan terhadap pengajaran guru yang sangat pendek.

Guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid dalam merangka
objektif P&P. Guru boleh menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan
kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal
dan murid yang pandai tidak merasa bosan. Oleh itu, guru amat memainkan
peranan dalam memupuk sikap dan sifat sabar dan penyayang dimana guru boleh
mendekati mereka dan seterusnya memberikan tunjuk ajar secara individu atau
secara kumpulan kecil.

Sebagai seorang pendidik, kita perlu peka dan memahami perbezaan pelajar,
kita juga digalakkan menggunakan kaedah–kaedah pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap pelajar semasa pelaksanaan P&P.Guru yang kreatif sentiasa
menyediakan pelbagai strategi dan kaedah P & P bagi memastikan semua murid
mencapai hasil pembelajaran masing-masing.

Sehubungan dengan itu, guru perlu merancang strategi pembelajaran yang


berpusatkan murid dan bahan . Walaubagaimanapun , mengikut kajian , strategi
yang paling sesuai dijalankan untuk pembelajaran individu ialah melalaui
pembelajaran masteri.

Pembelajaran masteri merupkan salah satu strategi pedagogi bestari yang


paling sesuai untuk pembelajaran dan pendekatan murid secara individu.
Pendekatan ini bukan sahaja bergantung penuh pada pengalaman sedia ada murid
tersebut tetapi juga pada gaya pembelajaran seseorng murid itu.
Untuk itu, guru juga boleh mendorong murid kearah pembelajaran yang aktif
melalui ICT dan Multimedia seperti penggunaan audio visual yang menarik di dalam
kelas. Kanak-kanak gemar menyanyi dan berlakon. Dengan menyediakan aktiviti
seperti lakonan murid pasti berasa gembira dan sentiasa mahu mengambil bahagian
tanpa mereka sedari mereka sedang belajar mengenai sesuatu.