Bersempena dengan Majlis Temu Mesra pada hari yang mulia ini, kami menadah tangan,
memohon kepadamu Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, guru-guru
kami, serta seluruh muslimin dan muslimat. Kurniakanlah kepada kami kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan. Bukakanlah hati kami, lapangkanlah dada kami, permudahkanlah
urusan kami di dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kami.
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, keluarga kami,
jiran tetangga kami terus beristiqamah mengamalkan cara hidup yang bertunjangkan kepada
Islam. Jadikanlah kami ya Allah, komuniti yang berkasih sayang kerana Mu Ya Allah, Tautkanlah
perpaduan dan mahabbah dikalangan kami, satukanlah hati-hati kami, eratkanlah hubungan
silaturrahim dan persaudaraan dikalangan kami Ya Allah, yang mana jauh engkau dekat-
dekatkanlah, yang dekat engkau rapat-rapatkanlah.
Jauhkanlah kami dari segala wabak penyakit, malapetaka, persengketaan dan perpecahan. Kami
memohon kepada Mu Ya Allah, Kekalkanlah keamanan, kedamaian, perpaduan dan
kemakmuran yang telah engkau limpahkan kepada kami. Kami memohon kepada mu jua ya
Allah, kekalkanlah biah solehah di kalangan komuniti kami ini, kami memohon kepadamu Ya
Allah, agar jiran kami disini berterusan menjadi jiran tetangga kami di syurga firdausmu yang
kekal Abadi Ya Allah.
ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما.
، ص ْو ًما
ٌ ان َوالَ تَجْ عَ ْل فِ ْي قـُلُ ْو ِبنَا ِغالا ِللَّ ِذ ْينَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّكَ َر ُء ْو
ف َ َاللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذ ْين
ِ سبَقُ ْونَا ِب
ِ اإل ْي َم
َر ِح ْي ٌم
عذَ َ
اب النَّار ِ سنَة ًَوقِنَا َ َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َ
سنَة ً َوفِي ِ
األخ َر ِة َح َ
ب العَالَ ِم ْينَ سلَّ َم َ ،وا ْل َح ْمد ِ َّ
َُلِلِ َر ِِّ علَى َءا ِل ِه َوصَحْ بِ ِه َو َ
علَى ُم َح َّم ٍد َو َ
صلَّى هللاُ َ
َو َ