Tuan / Puan ,
Saya adalah diarah untuk memaklumkan bahawa anak / jagaan* tuan / puan telah melakukan perbuatan
yang dianggap sebagai kesalahan atau perlanggaran disiplin mengikut Peraturan Sekolah dan Asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Kinarut, Papar, Sabah seperti berikut :
2. Adalah dengan ini anak / jagaan tuan / puan telah melakukan perlanggaran peraturan disiplin
yang dikategorikan sebagai Kesalahan Ringan dan Sederhana / Kesalahan Berat / Kesalahan Amat
Berat* mengikut PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959, dibawah
ORDINAN PELAJARAN 1957 dan mengikut buku PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA SMK
KINARUT, PAPAR, SABAH ( berkuatkuasa mulai tahun 2007 ).
4. Sehubungan dengan itu tuan / puan DIWAJIBKAN hadir ke sekolah dengan segera untuk
berbincang mengenai perkara ini. Sekiranya pihak sekolah tidak mendapat sebarang maklumbalas dari
pihak tuan / puan dalam tempoh tujuh ( 07 ) hari dari tarikh surat ini dikeluarkan, anak / jagaan tuan /
puan boleh dianggap tidak mematuhi peraturan sekolah dan tindakan selanjutnya boleh diambil oleh
pihak sekolah atau Lembaga Disiplin Sekolah. Adalah diingatkan tindakan yang akan diambil selanjutnya
terhadap anak / jagaan tuan / puan ialah BUANG SEKOLAH*.
5. Sekiranya ada sebarang rayuan terhadap keputusan tindakan disiplin kepada anak / jagaan tuan
hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat ini dan setelah tuan / puan memenuhi
perkara 5 di atas. Rayuan bertulis hendaklah dibuat kepada PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR /
PENGETUA, SMK KINARUT, PAPAR, SABAH.
6. Untuk makluman, anak / jagaan tuan / puan diwajibkan untuk menghadiri sesi kaunseling yang
akan diatur oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kegagalan anak / jagaan tuan / puan menghadiri sesi
kaunseling dianggap telah tidak mematuhi peraturan sekolah
7. Sila tandatangani akuan terima surat keputusan tindakan disiplin ini dengan menggunakan surat
akuan terima Lampiran J yang dinyatakan bersama-sama ini.
................... ........................
PN. HJH JOHARAH ABDULLAH
PENGETUA CEMERLANG
SMK KINARUT, PAPAR, SABAH
s.k.
1. Pengerusi PIBG
2. Pejabat Pendidikan Daerah Papar – Unit HEM.
Surat Peringatan Amaran Buang Sekolah pada hari ini ____hb _____ tahun _______ dan dengan ini
bertanggungjawab untuk memaklumkan / menyerahkan kepada ibu / bapa / penjaga saya surat amaran tersebut.
Nama : ______________________________________________________