Anda di halaman 1dari 3

TAJUK: BERBUDI BAHASA BUDAYA KITA

Budi bahasa indah nan santun,

Mekar megah di pentas dunia,

Jari sepuluh kemas ku susun,

Mohon bicara menyusun kata.

salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Salam aspirasi saudara/i pengatur majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru penuh berkarisma seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan penerus
wadah tonggak negara.

arena pada hari ini saya warnai dengan pidato yang bertajuk : BERBUDI BAHASA BUDAYA
KITA.

Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati maksud pidato saya.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, budi ditakrifkan sebagai akal, kebijaksanaaan
atau sifat baik.

Perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan
kepada individu yang lain. Lazimnya, orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan
balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan
ikhlas jika ingin diberkati Allah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk
membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
Manakala budaya pula ialah cara hidup manusia.
Sidang Dewan yang dihormati,

Kututup rapat pintu definisi, kubuka pula maksud isi..

Bicara saya yang pertama berteraskan kata kunci; budi bahasa bermula dari rumah. Keluarga
memainkan peranan penting dalam memupuk dan mendidik setiap ahli keluarganya
mengenai perkara asas berbudi bahasa dan nilai-nilai murni. Seperti kata pepatah melayu, jika
mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu ibu bapa juga perlu menunjukkan
contoh teladan yang baik. Jangan seperti ketam mengajar anaknya .berjalan lurus. Berbudi
bahasa adalah budaya kita yang menjadikan seseorang itu berhemah tinggi, lebih
bertanggungjawab, berfikiran luas dan terbuka.

Menyusul pula gagasan kedua di bawah kata kunci; budi bahasa amalan kita. Selain memberi
senyuman dan ucapan salam, amalan hormat-menghormati antara satu sama lain juga
amatlah dianjurkan. Amalan ini dapat menjalinkan kemesraan dan seterusnya merapatkan
hubungan masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi jika penghormatan itu diberikan
kepada orang tua tidak kira di mana-mana sahaja kita berada. Bukankah pepatah ada
menyebut bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua harus kita hormati? Sekiranya
amalan ini dapat dipraktikkan, ianya dapat menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Ia
mewujudkan perpaduan berbilang kaum di negara kita. Ini dapat membantu mening
meluncur turun; menggelongsor.katkan ekonomi negara kita kerana bila negara aman ramai
pelabur asing akan datang melabur di negara kita.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Menyusuri pula idea ketiga di bawah kata kunci; budi bahasa penentu bangsa gemilang.
Bangsa yang baik budi pekertinya akan dipandang mulia tetapi bangsa yang buruk pekertinya
akan sentiasa berada dalam kerendahan biarpun dilimpahi dengan kemewahan. Ini kerana
kemuliaan sesuatu bangsa itu kekal selagi mewarisi akhlak dan budi pekerti yang mulia.
Lihatlah masyarakat Jepun yang terkenal dengan budi bahasa yang tinggi telah menjadi
bangsa yang maju di dunia, sehinggakan kerajaan kita telah mengerakkan Dasar Pandang ke
Timur. Amalan budi bahasa yang cemerlang boleh meningkatkan kecemerlangan sesuatu
bangsa.

Sidang pendengar yang budiman,

Menelusi hujah saya yang keempat; anak-anak pewaris generasi berbudi bahasa. Anak-anak
juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapanya seperti menghormati dan mentaati
perintah ibu bapa. Maruah ibu bapa perlu dijaga; Janganlah menconteng arang ke muka ibu
bapa.

Yang tua kita hormati

Yang muda kita kasihi

Budi bahasa kita sanjungi

Keluarga bahagia kekal harmoni.

Warga dewan yang dihormati,

Secara tuntas, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangat-hangat tahi
ayam. Sebaliknya budi bahasa adalah warisan bagi pelajar dan wajib ada pada semua individu.
Amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana ia merupakan
nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun dan menjadi budaya kita. Bak kata
pepatah hidup dikandung adat mati dikandung tanah.

Akhir kata,

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di pulau angsa;

Indah tampan kerana budi,

Tinggi bangsa kerana bahasa.

sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai