Anda di halaman 1dari 15

Sifat-Sifat Bahan Mentah

KERANGKA KONSEP TAJUK SIFAT BAHAN MENTAH

LOGAM

KAYU
GETAH
KERTAS

SIFAT
BAHAN
MENTAH

KOMPOSIT POLIMER

KACA

1.0 SIFAT BAHAN MENTAH

Terdapat banyak jenis bahan yang dapat digunakan dalam kejuruteraan dan
pembuatan barangan. Pengetahuan tentang sifat bahan penting supaya bahan
dapat berfungsi dengan baik seterusnya dapat menghasilkan produk yang bermutu.

1.1 LOGAM

Logam dan aloinya seperti besi tuang, keluli, aluminium, magnesium, zink,
titanium dan nikel mempunyai sifat umum antaranya keberaliran haba dan elektrik
yang baik, kekuatan dan ketegaran yang tinggi, mulur atau mudah dibentuk dan
merintangi kejutan. Logam digunakan meluas sebagai bahan struktur dan bahan
galas beban. Walaupun logam tulen jarang digunakan, gabungan atau penambahan

1
logam lain yang dinamai aloi selalunya dapat memperbaiki sifat logam tulen atau
berupaya menggabungkan beberapa sifat yang baik seperti yang dikehendaki.
Logam yang mengandungi besi dikenali sebagai logam ferus, manakala logam yang
tidak mengandungi besi dikenali sebagai logam bukan ferus.

1.1.1 Sifat-sifat Keluli Aloi:

i. Menambahkan kekuatan tegangan.

ii. Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan.

iii. Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah
suhu maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam
proses pengerasan.

iv. Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan.

v. Mengekalkan kekerasan keluli sewaktu ianya merah (red hardness).

vi. Meninggalkan rintangan terhadap kakisan.

vii. Membolehkan pembajaan dilakukan pada suhu yang lebih tinggi di


samping mengekalkan sifat kekuatan dan kemuluran.

2
1.1.2 Sifat Besi Tuang

Besi tuang dihasilkan dari besi jongkong yang telah dicairkan semula di relau
kupola dan dicampurkan dengan besi sekerap atau keluli. Mempunyai takat lebur di
antara 1150C -1250C dan jongkong lebur ini lebih cair dan menghasilkan tuangan
yang baik. Besi tuang mempunyai rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan
yang baik. Harganya murah dan senang di mesin. Terdapat 5 elemen asas yang
penting dalam besi tung dan merupakan elemen yang berupaya mempengaruhi
sesuatu sifat besi tuang di antaranya silikon, mangenese, sulphur, phosphorus dan
karbon. Kandungan karbon lebih banyak jika dibandingkan dengan keluli.

3
1.1.3 Sifat-sifat utama Logam Bukan Ferus

Sifat Aluminium Kuprum

Kekuatan tegangan 100 N/mm2 215 N/mm2

Kekuatan mampatan 100 N/mm2 300 N/mm2

Kekerasan 40 (NKB) 80 NKB ( jenis tuangan )

90 NKB ( kerja sejuk )

66 NKB (kerja sejuk dan


disepuh lindap )

Takat lebur 660o C 1083 oC

Kemuluran 30% pemanjangan 25% (jenis tuangan )

55% ( sepuh-lindap )

3% (kerja sejuk )

Ketumpatan 2.6 g/cm3 8.9 g/cm3

i. Tahan kakisan i. Tahan kakisan atmosfera


atmosfera dan air dan air.

ii. Pengalir haba dan ii. Pengalir elektrik yang amat


elektrik. baik

Pembalik haba dan


cahaya.

 NKB = Nombor kekerasan Brinell

4
1.2 SIFAT KACA

Kaca merupakan bahan lutsinar, kuat, tahan hakis, lengai, dan secara biologi
merupakan bahan yang tidak aktif, yang boleh dibentuk menjadi permukaan yang
tahan dan licin. Ciri-ciri ini menjadikan kaca sebagai bahan yang sangat berguna.
Komponen utama kaca ialah silika. Silika ialah galian yang mengandungi silikon
dioksida. Nama IUPAC silikon dioksida ialah silikon(IV) oksida. Silika wujud secara
semulajadi dalam pasir.

Kaca merupakan bahan pejal sekata, biasanya terbentuk apabila bahan cair
tidak berkristal disejukkan dengan cepat, dengan itu tidak memberikan cukup masa
untuk jaringan kekisi kristal biasa terbentuk.

Kaca biasa biasanya terdiri daripada silikon dioksida (SiO2), yang merupakan
sebatian kimia yang serupa dengan kuarza, atau dalam bentuk polihabluran, pasir.
Silika tulen mempunyai tahap lebur sekitar 2000 Selsius, jadi dua bahan lain sering
dicampurkan kepada pasir dalam pembuatan kaca. Satu daripadanya adalah soda
(sodium karbonat Na2CO3), atau potasy, setara dengan sebatian kalium karbonat,
yang menurunkan tahap lebur kepada sekitar 1000 Selsius.

Silikon(IV) oksida ialah molekul kovalen raksasa. Oleh itu, silikon(IV) oksida
memerlukan banyak tenaga haba untuk mengatasi setiap ikatan kovalen antara
atom dalam struktur raksasa. Maka, silikon(IV) oksida mempunyai takat lebur yang
sangat tinggi, iaitu 1710 C. Dalam silikon(IV) oksida, setiap atom silikon diikat secara
kovalen kepada 4 atom oksigen dalam bentuk tetrahedron dengan sudut antara
ikatan 109.5 . Unit itu diulangi secara tidak terhingga dengan setiap atom oksigen
terikat kepada 2 atom silikon untuk membentuk molekul kovalen raksasa seperti

5
struktur berlian. Kaca merupakan bahan pejal sekata, biasanya terbentuk apabila
bahan cair tidak berkristal disejukkan dengan cepat, dengan itu tidak memberikan
cukup masa untuk jaringan kekisi kristal biasa terbentuk.

Salah satu ciri kaca adalah ia lutsinar. Sifat lutsinar disebabkan kaca terdiri
daripada bahan yang tidak mempunyai keadaan perubahan garisan atomik dalam
tenaga cahaya. Juga disebabkan kaca adalah sekata pada tahap gelombang yang
lebih besar daripada cahaya, ketidaksekataan menyebabkan cahaya terbias,
menghalang pemancaran imej.

Kaca biasa mempunyai campuran bahan lain untuk mengubah cirinya. Kaca
bertimah hitam adalah lebih berkilauan, kerana peningkatan index pantulannya,
sementara boron ditambah bagi mengubah ciri terma dan elektriknya, seperti Pyrex.
Menambah barium juga meningkatkan indeks pantulannya, dan serium digunakan
dalam kaca yang menyerap tenaga infra. Logam oksida juga ditambah bagi
menukarkan warna kaca. Peningkatan soda atau potash menurunkan lagi tahap
lebur, sementara mangan ditambah bagi menyingkirkan warna yang tidak
dikehendaki. Kaca berwarna dihasilkan dengan bercampur dengan sedikit oksida
logam peralihan. Misalnya, oksida mangan akan menghasilkan warna ungu, oksida
kuprum dan kromium memberikan warna hijau, dan oksida kolbalt memberikan
warna biru.

a. Mudah pecah

b. Keras

c. Lutsinar dan lutcahaya

d. Bahan biasan.

e. Boleh dibentuk dengan cara meniup, pengacuan, menekan, menarik atau


menggulung.

f. Penyejukan serta merta meningkatkan kekuatan sebanyak 400%.

g. Takat lebur yang rendah dan lebih stabil dari segi fizikal dan kimia.

6
1.3 SIFAT POLIMER

Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang, dihasilkan


daripada sambungan beberapa molekul lain yang dinamakan monomer. Monomer-
monomer ini mungkin serupa, atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih
kumpulan kimia yang diganti.

Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti


keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan. Dalam protein, perbezaan-
perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya
menjadi lingkaran rawak. Sungguhpun kebanyakan polimer ialah polimer organik,
terdapat juga polimer inorganik, yang juga dikenali sebagai polimer sintetik.

Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein


dan gentian Kelvar yang mempunyai kekuatan tinggi. Satu sifat yang membezakan
polimer daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit-unit atom (monomer)
dalam rangkaian. Hal ini berlaku ketika proses pengpolimeran, di mana banyak
molekul monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses
pembentukan polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -
CH2- berulang.

Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer


berasal daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang
bermakna "bahagian". Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-
monomer utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama
panjang; tidak seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim
molekul relatif yang sama. Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya
berhenti berlingkaran selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang
masa rawak.

7
1.4 SIFAT PLASTIK

Plastik mempunyai sifat-sifat seperti nisbah kekuatan-berat yang tinggi,


ketumpatan yang rendah, kekuatan dan ketegaran yang rendah dan keberaliran
haba dan elektrik yang rendah. Disamping itu, plastik juga dapat merintangi bahan
kimia dengan baik dan mempunyai pekali pengembangan haba yang tinggi.

1.4.1 Sifat-sifat Am Plastik

i. Graviti tentunya rendah.

ii. Perintang haba dan elektrik yang baik.

iii. Kemasan muka yang baik.

iv. Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar.

v. Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam.

vi. Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi.

vii. Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang


lembab.

8
1.5 SIFAT KOMPOSIT

Bahan komposit (atau komposit) merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan
dua atau lebih bahan. Salah satu bahan biasanya gentian yag kukuh seperti gentian
kaca, kevlar atau gentian karbon yang memberikan bahan tersebut kekuatan tensil,
sementara bahan lain (dinamakan matriks) biasanya sejenis bahan berdamar seperti
polyester atau epoxy yang memegang gentian dan menjadikan bahan tersebut keras
dan kukuh. Ada bahan komposit yang menggunakan aggregrat selain daripada, atau
bersama-sama gentian.

a. Kekuatannya tinggi

b. Ketegarannya tinggi

c. Kurang berat

d. Prestasi pada suhu tinggi

e. Rintangan pada lelasan

f. Kekerasan yang tinggi

g. Keberaliran yang baik

h. Kos yang rendah

9
1.6 SIFAT KAYU

Sifat-sifat kayu berbeza diantara satu jenis dengan jenis yang lain daripada aspek
berikut:

a. Rupa bentuk

b. Kekerasan

c. Berat

d. Kekuatan

e. Kecacatan

f. Penebat haba dan elektrik yang baik

1.6.1 SIFAT-SIFAT UTAMA KAYU

1.6.1.1 Kekuatan

a) la bergantung pada ketumpatan, kandungan lembapan, struktur ira


kayu, kecacatan kayu dan modulus keanjalan kayu.

b) Kayu berketumpatan tinggi lebih kuat dari berketumpatan rendah.

c) Dinding sel yang tumpat menghasilkan kayu yang kuat.

10
d) Sel ini sediakan ruang untuk menyimpan makanan seperti kanji, gula,
garam dan resin.

Ketahanlasakan kayu bergantung pada kandungan lembapan. Kayu yang


mempunyai lembapan yang tinggi menyebabkan pertumbuhan kulat dan
menari

1.6.1.2 Kekuatan Tegangan

a) Sifat rintangan terhadap daya yang menarik kayu ini.

b) Dinyatakan dalam bentuk tegasan.

c) Kekuatan tegangan selari dengan ira jauh lebih tinggi daripada kekuatan
tegangan tegak dengan ira iaitu 40 kali ganda pada keadaan kering
udara.

1.6.1.3 Kekuatan Mampatan

a) Diperhatikan dalam arah selari dan tegak kepada ira.

b) Dinyatakan dalam bentuk tegasan.

c) Kekuatan mampatan selari dengan ira untuk kayu lampung adalah lebih
kurang ½ hingga kekuatan tegangan selari dengan iranya.

d) Kekuatan mampatan tegak kepada iranya mempunyai kaitan rapat dengan


kekerasan kayu itu.

11
1.6.1.4 Kekuatan Ricih

a ) Sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba menggelangsarkan


sebahagian dari atas bahagian yang lain.

b ) Daya ini dinamakan daya ricih.

c ) 4 jenis ricihan ; ricihan selari dengan ira, ricih tegak dengan ira,
ricihan serong, ricihan gelek.

d ) Ricihan tegak kepada ira dan ricihan serong berlaku kepada


anggota kayu yang ditegaskan berlebihan.

e ) Ricihan gelek disebabkan oleh beban yang melintangi kayu itu.


Ricihan gelek biasanya berlaku pada binaan yang diperbuat
daripada papan lapis.

1.6.1.5 Kekuatan Lenturan Statik

a) Ukuran kekuatan bahan ini (sebatang rasuk) yang ditentukan


melalui ujian lenturan statik.

b) Ujian ini mengira tegasan serat, modula kekenyalan dan kerja


melentur.

c) Modula patah adalah tegasan yang terbentuk dalam serat. Contoh


kayu, ketika ia, gagal atau patah ia dianggap bahawa teori lenturan
mudah berlaku.

d) Kerja melentur adalah jumlah kerja yang dilakukan untuk melentur


contoh rasuk kayu itu sehingga ke peringkat tertentu.

12
1.6.1.6 Kekerasan Kayu

a) Adalah rintangan kepada daya yang cuba melekukkannya.

b) Kekerasan kayu mempunyai kaitan rapat dengan kekuatan


mampatan tegak kepada iranya.

c) Kekerasan juga adalah ketahanan terhadap hausan; bergantung


kepada ketumpatan, kekukuhan dan lekitan sel kayu.

1.7 SIFAT GETAH

 Sifat-sifat getah bergantung kpd darjah pemvulkanan

 Getah tidak mengandungi sulfur peka terhadap perubahan suhu, larut dalam
sebilangan bahan uji, mempunyai kecenderungan menjadi lekit dan lemah

 Getah – 7 % sulfur –lebih kuat dan diregang 8-10 kali ganda panjang asalnya
tanpa putus, tidak mudah larut dalam pelarut getah

 Kurang peka terhadap perubahan suhu

 Getah yg mengandungi sulfur dengan peratusan lebih tinggi adalah keras dan
rapuh

13
 Sifat getah boleh diubah dengan mencampurkan bahan pelikat dan
mengubah darjah suhu dalam proses pemvulkanan

 Kesan bahan pelikat bergantung kpd kehalusan dan banyaknya bahan


tersebut.

 Karbon hitam, zink oksida, magnesium karbonat asas dan tanah liat ( 30 %
m’ikut isipadu ) akan meningkat kekuatan dan ketegangan dan keliatan getah

 Masa pemvulkanan dipanjangkan sehingga suatu nilai had – kekuatan


tegangan mutamad akan bertambah tetapi pemanjangannya b’kurangan

 Jika masa melampaui nilai had – kekuatan tegangan muktamad getah dan
pemanjangannya berkurangan

 Oleh sebab itu getah boleh berubah bentuk dgn had atau limit yg besar
sebelum pecah, putus atau sebagainya, maka satu nilai tegasan mesti diberi

 Getah lembut mempunyai keupayaan menyerap tenaga per unit isipadu yang
terbesar

 Oleh itu getah banyak digunakan utk membuat tayar, penyerap kejutan dan
penimbal

Perbandingan sifat getah asli dengan sifat getah asli tervulkan

Getah asli Getah asli tervulkan

Lembut Lebih keras

Tidak tahan tindakan haba Lebih tahan tindakan haba

Kenyal Lebih kenyal

Mudah dioksidakan oleh oksigen Lebih tahan terhadap pengoksidaan

14
1.8 SIFAT KERTAS

Kertas adalah bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian. Biasanya
gentian yang digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa.
Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa
(kebanyakannya kayu lembut) seperti spruce, tetapi bahan gentian sayuran lain
termasuk kapas, linen, dan hem boleh digunakan. Timbunan 500 keping kertas
dipanggil rim (ream). Tepi helaian kertas mampu bertindak sebagai gergaji halus dan
nipis hingga menyebabkan luka.

 Kertas bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian

 Biasanya gentian yg digunakan merupakan gentian semulajadi dan


berasaskan selulosa

 Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada kayu pulpa ( kayu
lembut ) spt : spruce, bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen dan
hem boleh digunakan

 Ianya seperti gergaji halus dan nipis hingga meyebabkan luka

 Dihasilkan dengan tangan atau mesin

15