Anda di halaman 1dari 2

‫السلما عليكم ورحمة ا و بركاته‬

‫للنبي كريم و أهله و أصحابه كراما الفــــــاتحة‬

‫صلحةح حوالمسلححما حعحلىَ حسييهدحنا مححـ حممدد حوحعحلىَ آلههه حوأح ص‬


‫صححابههه‬ ‫ وال م‬, ‫ب الحعالحهمصيحن‬
‫بسم ا الرحمن الرحيم الححصمهحدله حر ي‬
‫أحصجحمهعصيحن‬

‫اللهم انت العزيز الجليل‬

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, bersempena Majlis


Maulidurrasul peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Utama, bagi merafa’kan
kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni’mat Mu yang tidak terhingga.

‫اللهم انت الحاسب الجليل‬

Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan.


Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah segala usaha kami di sekolah
ini, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala usaha kami itu, sebagai
amal ibadah yang Engkau berkati. Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran,
Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan kemuliaan sunnah nabi
Muhammad s.a.w., Muliakanlah kami dengan cara hidup baginda rasululullah
s.a.w. Ya.. Allah, Peliharalah kami, daripada melakukan penghinaan dan
pendustaan terhadap nabi akhir zaman. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan
keazaman untuk mengamalkan sunnah rasulMu dalam kehidupan.

, ‫اللهم يا ذالجللا والكرما‬

Jadikanlah majlis sambutan Maulid nabi sebagai majlis ilmu yang


bermanfaat, yang dapat meningkatkan pengetahuan kami, meningkatkan keimanan
kami dan meningkatkan amaliyah kami.
‫اللهم انت العزيز الجليل‬

Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami. Kebahagiaan dan kesenangan
dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati yang sentiasa dahagakan ibadat
dan ketakwaan padaMu. Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadat sebagai bekalan
kami untuk menuju akhirat Mu.

Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu. Perteguhkanlah


ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jadikanlah kami bangsa yang taat kepada
perintahMu, kuat berusaha, kuat beribadat dan mampu menghadapi segala cabaran serta ingin
terus maju ke hadapan sesuai dengan peredaran zaman. Jauhilah kami dari segala sifat
mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan
tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan
belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

‫ حولح تحصجحعهل اللمهحمم فهصيـحنا حولح حمحعحنا حولح حمصن‬، ‫صوُمما‬


‫ حوتحفحرَرقححنا همصن بحصعهدهه تحفحرَرمقا حمصع ح‬، ‫اللمهحمم اصجحعصل حجصمحعحنا هححذا حجصممعا حمصرححصوُمما‬
‫ اللمهحمم اصغفهصرلححنا حذحنوُبححنا ح هوهلصخحوُانهحنا المهذصيحن حسبحقحصوُحنا بهاصهلصيحماهن حولح تحصجحعحل فهصي قحلحصوُبهحنا‬. ‫طحرصومدا حولح حمصححرصومما‬‫يحصتبححعحنا حشقهمييا حولح حم ص‬

‫صملىَ اح‬ ‫ب الـمناهر حو ح‬ ‫ حربمحنا احتهحنا فهصي الرَدصنحيا حححسنحةم حوفهصي الحهخحرهة حححسنحةم حوقهحنا حعحذا ح‬. ‫ك حرحءصوف حرهحصيم‬ ‫هغليم لهلمهذصيحن حءاحمنحصوُا إهنم ح‬
‫ب اصلحعالحهمصين‬
‫ حواصلححصمهحدله حر ي‬، ‫صصحبههه حوحسلمصم‬
‫حعحلىَ حمححممدد حوحعحلىَ احلههه حو ح‬.