(30 markah)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca – punca
berlakunya jenayah dalam kalangan remaja dan langkah – langkah untuk mengatasinya.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Golongan remaja merupakan aset negara yang amat berharga. Golongan ini bakal menjadi
pewaris kepimpinan negara bagi menentukan kesinambungan kepimpinan serta pembentukan
masyarakat berwibawa yang akan membawa Malaysia ke mercu kecemerlangan. Persoalannya,
mampukah para remaja memikul tanggungjawab tersebut? Lihat sahaja jenayah yang mereka lakukan.
Saban hari ada sahaja kes - kes jenayah yang terpampang di dada-dada akhbar. Kegiatan salah laku
remaja bukan sahaja berlaku di luar waktu sekolah, bahkan telah menular ke dalam sekolah. Terdapat
dalam kalangan mereka yang tidak boleh dikawal oleh guru-guru dan ibu bapa mereka sehingga
mengakibatkan berlakunya keciciran dalam pelajaran.
Terdapat banyak faktor mengapa golongan remaja terlibat dengan gejala yang tidak bermoral
ini. Sebagaimana diketahui umum, pengaruh media massa kini semakin sukar untuk dikawal
pengedarannya. Memang tidak dinafikan, kemudahan seperti internet, televisyen, radio dan akhbar –
akhbar tempatan memberi kesenangan kepada rakyat. Kita boleh mendapat hiburan, maklumat dan
mudah untuk berkomunikasi. Bagaimanapun, terdapat juga kesan negatif daripada kemudahan ini jika
tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Melalui internet, banyak maklumat palsu dan gambar – gambar lucah
yang dipaparkan. Menerusi televisyen dan panggung wayang banyak adegan yang berbentuk keganasan
ditonjolkan sehingga mempengaruhi para remaja. Selain itu, pengaruh perbandaran yang semakin cepat
menular ke kawasan luar bandar turut mempercepat berlakunya kegiatan jenayah dalam kalangan
remaja. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang semakin baik memudahkan penularan
budaya yang tidak sihat. Akibatnya golongan remaja di kawasan luar bandar akan mudah terpengaruh.
Sikap ibu bapa yang mementingkan kebendaan sehingga terlupa akan tanggungjawab mereka
mendidik dan mengajar anak – anak mereka supaya menjadi insan yang berguna telah menyumbang
kepada salah laku remaja. Ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup dan selalu balik lewat
menyebabkan mereka gagal mendidik serta memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak
mereka. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang memberi kebebasan kepada anak – anak. Kesempatan
ini telah digunakan oleh anak – anak mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak
di pusat beli – belah, pusat hiburan dan sebagainya. Remaja yang suka melakukan aktiviti ini akan cuba
mempengaruhi rakan – rakan yang lain. Akibat pengaruh rakan sebaya, akan menjurus kepada
pembentukan kumpulan gangster dan kumpulan samseng dalam kalangan remaja. Remaja tersebut
akhirnya melakukan jenayah seperti peras ugut dan penagihan dadah. Sikap sesetengah guru yang
kurang memberi perhatian dalam menangani kes disiplin di sekolah turut mendorong kepada
berlakunya jenayah. Kurangnya tindakan disiplin, pelajar bebas dan sanggup melakukan apa sahaja
mengikut kehendak hati mereka.
Kesimpulannya, dalam menangani masalah jenayah mahupun gejala sosial, kita memerlukan
perancangan yang teliti serta penglibatan yang positif daripada semua pihak supaya masalah ini dapat
ditangani secara sistematik dan berkesan.
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata terpampang di dada-dada akhbar?
(2 markah)
(ii) Nyatakan punca utama yang telah mendorong golongan remaja melakukan jenayah.
(3 markah)
(iii) Pada pendapat anda, apakah akibatnya sekiranya usaha membanteras kegiatan jenayah dalam
kalangan golongan remaja gagal ditangani?
(4 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soaln-soalan berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Tak dapat Fuad gambarkan apa reaksi Datuk Sukar dengan kedatangannya nanti.Dia bukan tak
biasa datang ke rumah Datuk Sukar.Namun kedatangannya kali ini pasti lain daripada yang lain.Datuk
Sukar mesti menerima hakikat bahawa kedatangannya kali ini adalah sebagai seorang penuntut,bukan
sebagai seorang penagih.Aku datang untuk menuntut kembali hak aku dan bukan datang untuk
menagih kasih daripada Junainah.
Junainah?
Fuad tak dapat menafikan hubungan mesranya dengan Junainah.Sudah dua tahun dia mengenali
gadis itu.Dan selama tempoh itu juga Fuad faham benar titik perasaannya terhadap Junainah.Dalam
keadaan begitu pun,Fuad juga yakin,bukan dia saja yang bermain dengan mimpi.Junainah sendiri,gadis
berusia 21 tahun,berambut panjang sampai ke pinggul,memiliki sepasang mata jeli,bermuka
bulat,bertubuh tinggi lampai dan berkulit cerah itu, juga hampir tidak sanggup lagi berlekang daripada
Fuad.
(i) Apakah tujuan Fuad datang ke rumah Datuk Sukar pada malam itu?
(2 markah)
(ii) Pada pendapat anda,adakah wajar tindakan Fuad itu yang ingin menuntut kembali hak ibunya?
(4 markah)
(iii) Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai murni yang
terdapat dalam prosa moden ini.
(3 markah)
Soalan2(c): Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Mengapakah Laksamana ingin membawa anak raja itu keluar dari Johor?
(2 markah)
(ii) Pada pendapat anda,apakah keistimewaan yang terdapat dalam diri anak raja itu?
(4 markah)
(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua persoalan yang terdapat
dalam dalam prosa tradisioanal ini.
(3 markah)
Soalan2(d): Puisi
Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(ii) Pada pendapat anda,apakah tujuan Seloka Pandai Pak Pandir di atas ditulis oleh pengarang
tersebut?
(4 markah)
(iii) Apakah perkara negatif yang tidak boleh menjadi ikutan masyarakat seperti dalam seloka di
atas.
(3 markah)
(30 markah)
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi tiap – tiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan
imbuhan, menukarkan imbuhan, menjadikannya sebagai nama khas dan peribahasa.
(b) Gabungkan ayat – ayat dalam petikan di bawah supaya menjadi tiga ayat majmuk tanpa
mengubah maksud dan struktur asalnya.
Remaja hari ini terlalu berani melakukan perkara – perkara buruk Remaja hari ini terlalu
berani melakukan Jenayah Juvenil. Mereka tidak berasa malu melakukan jenayah. Mereka
menganggapnya sebagai keseronokan hidup. Mereka tidak takut pada hukuman dunia.
Mereka juga tidak takut pada balasan hari akhirat.
(6 markah)
(c) Dalam ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti
kesalahan – kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
(d) Dalam ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Kenal
pasti kesalahan – kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Kerajaan sedang memikirkan langkah yang paling baik sekali untuk menangani krisis air
yang semakin nazak di negeri itu.
(ii) Beberapa buah alat penghawa dingin telah didapati hilang daripada stor kilang itu pada
pagi semalam.
(iii) Penyanyi itu berulang kali memohon maaf pada wartawan di atas kelewatannya
memenuhi aturcara itu.
(6 markah)
(e) Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya.
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab kedua – dua soalan di bawah ini.Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel –
novel yang berikut.
(a) Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang diberikan oleh penulis novel kepada
masyarakat sejagat. Nyatakan sumbangan yang diberikan berdasarkan novel yang telah anda
pelajari.
(7 markah)
(b) Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari dan nyatakan
peristiwa – peristiwa yang berlaku.
(8 markah)
Skema Jawapan
Pendahuluan:
Isi Tersurat:
Isi Tersirat:
2(a)
- Sikap ibu bapa mementingka kebendaan, tidak mengambil berat hal anak, kurang memberi kasih sayang
serta kurang didikan agama
- Pengaruh rakan sebaya
_____________________End Of Answer______________________
(b)
(i) - Menuntut tanah milik ibunya yang ingin diambil oleh Datuk Sukar
- Walaupun Fuad mempunyai hubungan dengan Junainah anak Datuk Sukar, sebagai harapan dalam
keluarga, Fuad tidak seharusnya berdiam diri.
(iii)- Keberanian:
Fuad berani menuntut tanah milik ibunya daripada Datuk Sukar yang diperolehnya secara tipu helah.
_____________________End Of Answer______________________
(c)
(i) - Yamtuan Muda Johor ingin mencari dan menangkap putera raja itu.
- Persoalan pengembaraan:
- Tuan Bujang dibawa ke sana ke mari untuk menyelamatkan dirinya daripada ditangkap oleh
Yamtuan Muda Johor.
_____________________End Of Answer______________________
(d)
(i) - Orang lain yang dapat untung Pak Pandir juga yang kerugian.
(ii) - Berhati – hati dalam setiap tindakan supaya tidak mengalami kerugian.
(iii) - Melakukan kerja yang sia – sia. Pak Pandir melakukan kerja yang tidak berfaedah dan membahayakan
diri sendiri
- Sikap mudah percaya kepada orang asing hanya merugikan diri sendiri. Pak Pandir yang percaya kepada
Si dagang yang bersifat gunting dalam lpatan
- Tindakan terburu – buru dan melulu akan membawa kesan buruk.
_____________________End Of Answer______________________
(a)
(i) - Insiden yang berlaku secara tidak sengaja itu telah mengganggu kelancaran perjalanan majlis perasmian
bangunan baru itu.
- Kerajaan telah melancarkan kempen “Tak Nak” sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat di negara ini tentang bahaya merokok.
(ii) - Kelembutan gadis itu telah menyebabkan ramai pemuda yang terpikat kepadanya.
- Puan Hasnah masih berusaha dengan pelbagai cara untuk melembutkan hati anaknya agar menerima
kehadiran suami barunya itu.
(iii)- Kecacatan yang dialami oleh pelajar itu tidak pernah menjadi penghalang kepada dirinya untuk
mencapai kejayaan seperti pelajar normal yang lain.
- Sikap sesetengah pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata – rata tempat
telah mencacatkan pemandangan sekitar taman rekreasi itu.
(b)
(i) - Remaja hari ini terlalu berani melakukan perkara – perkara buruk seperti jenayah juvenil.
(ii) - Mereka tidak berasa malu melakukan jenayah dan menganggapnya sebagai keseronokan hidup.
(iii)- Mereka bukan sahaja tidak takut kepada hukuman dunia bahkan juga pada balasan akhirat.
(c)
cermerlang - cemerlang
mengujudkan - mewujudkan
(d)
nazak - meruncing
daripada - dari
(e)
(i) Sikap masyarakat bandar pada hari ini yang lebih suka membuat hal masing – masing tanpa mempedulikan jiran tetangga mereka tidak ubah
seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing – masing.
(ii) Encik Mustakim bertekad untuk menyiasat kes penipuan yang berlaku dalam syarikatnya itu sehingga ke akar umbi. Baginya, alang – alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke pengkal lengan.
(iii) Perbuatan Aina menceritakan hal – hal yang berlaku dalam rumah tangganya kepada jiran –
jirannya tidak ubah seperti membuka pekung di dada.
_____________________End Of Answer______________________
- Membetulkan masyarakat dengan cara mengkritik kepincangan yang berlaku. Pengarang misalnya
mengkritik Datin Salmah yang tidak senang dengan kehadiran Hilmi iaitu keluarga Encik Johari yang
berasal dari kampung.
- Menerapkan pengajaran kepada masyarakat supaya sentiasa berbuat baik.Encik Bakar mengajar Hilmi
bermain muzik tanpa mengharapkan apa – apa ganjaran.
(b) - Rumah Datuk Johari:
- Hospital:
Tempat Hilmi mendapat rawatan
(a) - Menyampaikan idea atau buah fikiran untuk membentuk masyarakat penyayang. Tuan Faridah Syed
Abdullah menyampaikan idea bahawa kasih sayang adik beradik perlu dikekalkan.
- Membentuk masyarakat dengan cara mengkritik kepincangan yang berlaku. Pengarang misalnya
mengkritik Encik Johari kerana sikap negatifnya kepada pekerja warga Indonesia.
- Menerapkan pengajaran kepada masyarakat. Pengarang misalnya mengkritik sikap Encik Johari yang
suka mementingkan diri sendiri serta suka menyakiti hati orang lain.
(b) - Institut Teknologi Mara(ITM):
(iii) Julia:
(a) - Menyampaikan idea atau buah fikiran untuk membentuk masyarakat supaya berasa insaf atas
keterlanjuran. Pengarang misalnya memaparkan keinsafan Julia yang sebelum ini terlalu bebas.
- Membentuk masyarakat supaya sentiasa bersikap pemaaf jika berlaku kesilapan. Pengarang misalnya
memperlihatkan watak Julia memaafkan Encik Baharom.
- Menerapkan pengajaran kepada masyarakat. Misalnya pengarang berharap agar masyarakat insaf dan
kembali ke pangkal jalan apabila melakukan kesalahan.
(b) - Hidayah Islamic College.
- Perth Australia:
Julia menuntut di Australia dan di sini jugalah Julia berkenalan dengan Haroun,Sadia, Sakinah, Palvasha
dan lain – lain lagi
- Pejabat BMPRO:
(a) - Menyampaikan idea atau buah fikiran untuk membentuk masyarakat yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. Pengarang misalnya memperlihatkan Ratu Bongsu dan perempuan tua menentang
penjajah
- Membentuk masyarakat dengan cara mewujudkan perasaan simpati terhadap masyarakat yang lemah.
Situasi ini diwujudkan oleh pengarang melalui watak orang Sakai yang bersimpati dengan perempuan tu.
William dan Tuan Robert bersama dua orang jurutunjuk meredah hutan untuk sampai ke puncak Gunung
Tahan
- Dalam Hutan:
Sepanjang pengambaraan William dan Tuan Robert digambarkan keadaan hutan yang indah , menarik
serta udara yang segar. Terdapat hutan, anak sungai dan gua yang sesuai untuk dijadikan pusat rekreasi.