Anda di halaman 1dari 2

Latihan Pengukuhan : Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2

1. Aminah bercadang membuat penghasilan projek elektronik daripada litar skematik


kepada litar bergambar. Apakah langkah yang sepatutnya beliau lakukan untuk
menghasilkan projek yang baik dan berfungsi.

(a) Huraikan lima langkah membaca dan menterjemah litar skematik kepada
lukisan bergambar.

Langkah 1
Membaca lukisan skematik dan memastikan komponen yang terlibat
berdasarkan simbol pada lukisan skematik

Langkah 2
Mengenal pasti kaedah sambungan antara sesuatu komponen dan pastikan
kekutuban setiap komponen

Langkah 3
Terjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar dan pastikan
kekutuban komponen dipasang dengan betul

Langkah 4
Menyemak litar bergambar supaya tiada sebarang kecacatan

Langkah 5
Membandingkan lukisan dengan lukisan skematik supaya sambungan
komponen dan komponen yang terlibat adalah sama
[ 5 markah ]

(b) Nyatakan lima alat tangan untuk menghasikan projek itu.

(i) Playar muncung tirus


(ii) Alat pemateri elektrik
(iii) Pemotong sisi
(iv) Penjalur wayar
(v) Penyedut bahan pateri
[ 5 markah ]

(c) Nyatakan satu contoh komponen aktif dan komponen pasif.


Komponen aktif: Transistor
Komponen pasif: Kapasitor
[ 2 markah ]

(d) Nyatakan dua langkah keselamatan semasa menghasilkan projek tersebut


1. Pastikan bit yang panas tidak menyentuh wayar bekalan elektrik
2. Sentiasa menggunakan peletak alat pemateri ketika kerja pematerian sedang
dijalankan
[ 2 markah ]

Anda mungkin juga menyukai