Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA 1249/2

Sejarah Kertas II

SEJARAH TINGKATAN 4

SOALAN DAN JAWAPAN

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

Tajuk : Kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Soalan Esei

Nyatakan teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan huraikan bukti-bukti yang dikemukakan oleh
sejarawan bagi menyokong teori mereka itu.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 174 - 178)

(i) Teori Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab

Arab - Islam berkembang di Asia Tenggara dari Semenanjung Arab.

Crawford - Dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al- Attas.

Canton - Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai petempatan di Canton.

Perdagangan - Sejak awal lagi pedagang Arab menguasai perdagangan dari Mesir hingga ke China.

Singgah - Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara.

Kampung - Wujud sebuah perkampunga Islam di Utara Sumatera pada 650 M.

Kesusasteraan - Wujud persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung
Tanah Arab.

Syeikh - Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari
Semenanjung Tanah Arab.

(ii) Teori Islam datang dari China

China - Islam tersebar di Asia Tenggara menerusi China.

Eredia - Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi.

Peniaga - Bukti yang dikemukakan ialah Peniaga Arab mengembangkan Islam di kalangan peniaga China di
Canton.

1
Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA 1249/2
Sejarah Kertas II

Sebar - Apabila peniaga China Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan Islam kepada
masyarakat Asia Tenggara.

Pindah - Berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton ke Asia Tenggara
sekitar tahun 876 M.

Batu - Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Sungai Tersat, Keala Berang mencatatkan
wujudnya hubungan perdagangan antara Terengganu dengan China.

Seni bina - Unsur-unsur seni bina masjid di nusantara mempunyai persamaan dengan unsur seni bina China.

(ii) Teori Islam datang dari India

India - Islam berkembang di Asia Tenggara menerusi India.

Hungronje - Dikemukakan oleh Snouck Hungronje.

Hubungan - Hubungan perdagangan telah lama wujud antara India dengan Asia Tenggara.

Nisan - Batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India.

Kebudayaan - Wujudnya unsur kebudayaan India di Asia Tenggara

[20 x 2m = Mak. 20 markah]

Tajuk : Penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Soalan Struktur

Sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke rantau Asia Tenggara telah dibawa oleh pedagang Islam
dan penyebarannya telah dikembangkan oleh para ulama hingga wujudnya kerajaan-kerajaan Islam yang
menjadi pusat keilmuan dan pusat penyebaran Islam di rantau ini.

(a) Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 179 - 180)

o Menjadikan kepercayaan dan amalan Islam sebagai tajuk perbualan.


o Mengamalkan sikap dan tingkah laku Islam untuk dijadikan ikutan penduduk setempat
o Perkampungan pedagang Islam menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam.
o Pedagang-pedagang berdakwah menyebarkan Islam.
o Sambil berdagang, pedagang membawa ulama untuk menyebarkan Islam.
o Pedagang mengadakan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
o Keistimewaan yang diberikan oleh pemerintah digunakan untuk berdakwah.

2
Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA 1249/2
Sejarah Kertas II

o Pedagang yang dianugerahkan jawatan Syahbandar menggunakan peranan tersebut untuk


menyebarkan Islam.

[8 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan Islam untuk menyekat perkembangan agama
Kristian di Asia Tenggara ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 181)

o Johor-Riau berusaha menawan kembali Melaka daripada Portugis.

- Acheh menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara

o Acheh menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Sebutkan peranan pusat kebudayaan di Asia Tenggara sebagai pusat keilmuan dan pusat penyebaran
Islam.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 182 - 183)

o Menjadi pusat penterjemahan


o Ulama-ulamanya menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar
o Sebagai pusat penulisan kesusasteraan saduran Arab
o Tempat penghasilan puisi Islam
o Menghasilkan karya Islam

[5 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Berikan usaha yang dilakukan oleh mubaligh dalam menjalankan dakwah Islamiyah.

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 183)

o Mengajar asas Islam secara tidak formal.


o Mengajar Islam secara formal
o Menjadikan masjid, istana dan rumah mereka sebagai pusat mempelajari ilmu Islam
o Mendirikan pondok / pesantren sebagai pusat pendidikan.
o Menasihati raja dalam pentadbiran
o Mempraktikkan Islam dalam politik dan pentadbiran.
o Menjadikan masjid sebagai markas dakwah Islamiyah.

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

3
Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA 1249/2
Sejarah Kertas II

Tajuk : Pengaruh Islam di Asia Tenggara.

SoalanEsei

(a) Apakah unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh Islam dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran
kerajaan di Asia Tenggara ?

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 185 - 187)

Institusi - Institusi kesultanan yang diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Turki Uthmaniyah
diperkenalkan.

Ketua - Sultan diletakkan sebagai ketua negara.

Mufti - Mufti dilantik sebagai penasihat sultan.

Pegawai - Pegawai dan petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal dan penjaga harta
wakaf diwujudkan.

Sultan - Pemerintah menggunakan gelaran Sultan.

Gelaran - Raja-raja diberi gelaran Khaliful Mukminin dan Zilullah fil Alam.

Agama - Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.

Khalifah - Sultan dianggap khalifah Allah dan harus memerintah dengan adil.

Pentadbiran - Sultan menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran.

Nama - Nama raja juga menggunakan nama Islam.

Syariah - Kerajaan Islam memperkenalkan undang-undang syariah.

Praktik - Undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas.

Jihad - Islam menggerakkan semangat jihad menentang penjajah.

[13 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Bagaimanakah pengaruh Islam memberi kesan terhadap perkembangan sistem pendidikan di Asia
Tenggara?

4
Nag2oO9
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA 1249/2
Sejarah Kertas II

(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 187 - 188)

Peluang - Peluang mendapat pendidikan terbuka kepada golongan awam.

Sikap - Sikap mementingkan ilmu pengetahuan dapat ditanam ke dalam jiwa masyarakat.

Formal - Wujudnya istitusi pendidikan formal seperti istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau.

Terjemah - Munculnya pusat penterjemahan karya agama.

Pondok - Pendidikan pondok meluas di negara-negara Asia Tenggara.

Sistematik - Wujudnya sistem pendidikan yang lebih sistematik yang berasaskan peringkat pendidikan.

Luar - Institusi pendidikan di Asia Tenggara menerima pelajar dari luar.

Wanita - Wanita mendapat peluang belajar dan memegang jawatan.

[8 x 2m = Mak. 8 markah]

5
Nag2oO9

Anda mungkin juga menyukai