Anda di halaman 1dari 5

PERUMPAMAAN

1. bagai ayam di bawah kepuk –


mendapat keuntungan atau kesenangan tanpa perlu berusaha
2. bagai balak terendam –
orang gemuk yang malas bergerak

3. bagai beliung dengan asahan –


tidak pernah berpisah
4. bagai buntal kembung,perut buncit di dalamnya kosong –
orang yang tidak mempunyai apa-apa tetapi bercakap besar.
5. bagai cicak makan kapur –
seseorang yang mendapat malu kerana kesalahan sendiri

6. bagai dakwat dengan kertas –


perhubungan yang sangat rapat
7. bagai denai gajah lalu –
perkara atau rahsia yang tidak dapat disembunyikan
8. bagai gagak menggonggong telur –
perempuan hodoh yang berpakaian cantik
9. bagai haruan makan anak –
perbuatan bapa yang menganiayai anak sendiri
10. bagai itik pulang petang -
Orang yang berjalan lambat.
11.bagai kambing dihalau ke air –
Memaksa seseorang melakukan sesuatu yang tidak
disukainya.
12.bagai layang-layang putus tali –
Putus harapan untuk meneruskan hidup
13.bagai melepaskan batok di tangga –
Melakukan pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.
14.bagai mendukung biawak hidup –
Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
15.bagai pahat dengan penukul –
Orang yang hanya membuat kerja apabila disuruh.
16.bagai pelita kehabisan minyak –
Wajah yang muram akibat sesuatu perkara yang berlaku.
17.bagai rasa batang pisang –
Keadaan anggota badan seseorang yang sangat sejuk.
18.bagai sireh pulang ke gagang –
Pulang ke tempat yang sepatutnya.
19.laksana batik lasam –
Benda yang semakin lama digunakan semakin baik.
20.bagai telur di hujung tanduk –
Keadaan yang tidak selamat.
21.bagaimana rupa begitulah bayangnya –
Sesuatu sifat itu adalah menutut keadaan asalnya.
22.laksana kunyit dengan kapur –
Sesuatu benda atau perkara itu bersesuaian atau kena pada
tempatnya.
23.seperti anjing berebut tulang –
Seseorang yang tamak kerana berebut harta.
24.laksana golok kayu,ditetak tidak makan,dijual tidak laku –
Seseorang yang mempunyai ilmu yang sedikit.
25.seperti api dalam sekam –
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam.
26.seperti batu jatuh ke lubuk –
Sesuatu yang hilang dan tidak dijumpai lagi.
27.seperti Belanda minta tanah –
Beri sedikit,hendak lebih banyak.
28.seperti rusa masuk kampung –
Keadaan seseorang yang tercengang-cengang apabila tiba di
tempat yang baru.
29.seperti kerbau dicucuk hidung –
Seseorang yang sentiasa mengikut arahan orang lain tanpa
Membantah.
30.seperti ikan dalam belat –
Tempat yang terlalu sesak kerana dipenuhi oleh orang
ramai.
31.seperti duduk di atas duit –
Seseorang yang sangat gelisah dan tidak tenteram.
32.seperti gagak pulang ke benua –
Tidak berubah keadaan seseorang walaupun sudah lama
merantau.
33.seperti halilintar membelah bumi –
Bunyi yang sangat kuat.
34.seperti ular kena palu –
Keadaan jalan yang bengkang-bengkok.
35.seperti sampah hanyut –
Dipandang hina dan tidak dipeduli oleh masyarakat.
36.seperti sibuta dapat tongkat –
Menjadi sombong kerana memperoleh kekayaan atau
pangkat.
37.bagai ayam dimakan tungau –
Wajah yang pucat dan badan yang kurus kerana menghidap
penyakit.
38.bagai aur di atas bukit –
Menyerah diri kepada nasib.
39.bagai aur dengan tebing –
Hidup tolong menolong.
40.bagai ayam disambar helang –
Seseorang yang hilang atau mati dengan tiba-tiba.
41.bagai bertepuk sebelah tangan –
Kasih atau cinta yang tidak berbalas.
42.bagai bulan penuh –
Wajah yang sangat cantik.
43.bagai duri dalam daging –
Hal atau perkara yang tidak menyenangkan hati.
44.bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-
masing –
Mementingkan diri sendiri,tidak bersepakat.
45.bagai isi dengan kuku –
Perhubungan yang sangat rapat.
46.bagai kacang lupakan kulit –
Orang yang tidak tahu mengenang budi.
47.bagai hempedu lekat di hati –
Perhubungan yang sangat akrab

Anda mungkin juga menyukai