Anda di halaman 1dari 1

Pesan Untuk Anak

Anak-anakku

Jika kau berjaya

Jangan lupa kepada ibu pertiwi

Dengan berbakti setulus hati.

Sebelum meraih kejayaan

Cekalkan hati dan bulatkan tekad

Halangan banyak di depan

Hadapi dengan keyakinan

Pilih kawan yang ikhlas

Miliki wawasan masa depan gemilang

Jangan berteman rakan perosak harapan

Kelak menangis sepanjang kehidupan.

Di mana bumi dipijak

Ingat tanah lahir mu

Lamunkan mimpi dalam hati

Ingatlah asal-usul datang mu

Anakku

Masa depanmu amat cerah

Doa dan harapan dititip sepanjang perjalanan.

Nurkilan : Cikgu Fendy ( 31 Julai 2009 02.05 am )

Anda mungkin juga menyukai