Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI AKTIVITI MEMBUAT MOBAIL

Mobail merupakan salah satu aktiviti seni visual di bawah aspek membentuk dan membuat
binaan. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat meningkatkan motor halus
seseorang individu. Ini disebabkan aktiviti mobail banyak melibatkan jari jemari untuk
menjayakan proses dalam membuat mobail. Antara elemen yang dititikberatkan dalam
membuat mobail ialah bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Sepanjang melaksanakan aktiviti membuat mobail, saya dapat mengembangkan kreativiti


saya melalui penggunaan warna, ruang dan keseimbangan dalam sesi membuat mobail. Selain
itu, aktiviti ini dapat menghilangkan stres yang saya alami sebagai seorang pelajar kerana
aktiviti ini bersifat secara amali dan menggunakan pelbagai jenis bahan-bahan terbuang. Sesi
Pengajaran dan Pembelajaran juga yang tidak membosankan dan menyeronokkan.

Terdapat kelemahan yang saya alami sepanjang aktiviti ini dijalankan, silap dalam
mendengar arahan pensyarah sehingga terpaksa membuat kembali mobail yang sudah
disiapkan. Selain itu, penggunaan bahan yang terhad kerana kekurangan bahan seperti botol
plastik. Seterusnya, saya susah untuk mengukir mobail mengikut dengan menggunakan botol
plastik.

Antara penambahbaikan yang dapat saya laksanakan sepanjang melaksanakan aktiviti


mobail adalah mendengar dengan teliti arahan pensyarah terlebih dahulu sebelum melakukan
aktiviti supaya tidak berlaku sebarang kesilapan atau ketidakfahaman. Akhir sekali, mencari
inisiatif yang baharu jikalau terdapat sebarang kesulitan yang dialami.

Sebagai seorang bakal guru, ilmu dan pengalaman yang ditimba ketika melaksanakan
aktiviti membuat mobail sangat berguna kerana boleh diaplikasikan ketika membuat sesi
pengajaran kelak. Topik-topik mata pelajaran boleh diintegrasikan dalam aktiviti membuat
mobail supaya murid dapat lebih memahami suatu isi mata pelajaran.

16
REFLEKSI AKTIVITI MEMBUAT BONEKA JARI

Boneka jari merupakan salah satu aktiviti seni visual di bawah tajuk membentuk dan
membuat binaan. Boneka jari merupakan salah satu aktiviti yang sering dilaksanakan oleh guru
yang mengajar seni visual di sekolah rendah. aktiviti ini disukai kanak-kanak kerana mudah
dilaksanakan dan kanak-kanak bebas untuk mengekspresikan diri mereka melalui pemilihan
boneka jari yang akan dihasilkan.

Sepanjang melaksanakan aktiviti membuat boneka jari, terdapat pelbagai kekuatan yang
terdapat dalam penghasilan boneka jari. Saya telah memilih animasi “Chibi Maruko Chan”
sebagai model saya untuk membuat boneka jari kerana saya kerana saya sangat menyukai
kartun animasi tersebut. Aktiviti ini merangsang daya kreativiti saya ketika proses membuat
boneka jari tersebut. Selain itu, boneka jari tersebut saya dapat siapkan tepat pada masa yang
ditetapkan. Dari situ saya belajar bahawa kita tidak sepatutnya melengah-lengahkan masa yang
telah diberikan ketika melaksanakan tugasan.

Kelemahan saya sepanjang melaksanakan aktiviti ini ialah kurangnya bahan membuat
boneka jari tersebut. hal ini menyebabkan saya terpaksa mencari alternatif lain seperti
meminjam bahan daripada kawan. Misalnya, pensel warna. Kedua, boneka yang saya telah
hasilkan berbeza dengan draf yang saya sediakan. Ini menyebabkan berlakunya sedikit
kekeliruan dan menyebabkan saya terpaksa menggunakan masa yang lama untuk membuat
boneka jari tersebut.

Antara penambahbaikan yang saya boleh lakukan ialah saya sepatutnya menyediakan
terlebih dahulu bahan-bahan supaya saya tidak gopoh-gapah mencari bahan ketika
pembelajaran Seni Dalam Pendidikan (SDP) dijalankan. Selain itu, saya sepatutnya merancang
dengan teliti terlebih dahulu ketika membuat boneka jari untuk mengelakkan daripada
berlakunya kekeliruan.

Sebagai seorang bakal guru, pendedahan awal dapat diberikan mengenai penghasilan
boneka jari. Aktiviti boneka jari yang dilaksanakan boleh dijadikan sebagai panduan kepada
bakal guru untuk melaksanakan aktiviti ini kepada bakal anak-anak murid kelak.

16
REFLEKSI MEMBUAT AKTIVITI TEKNIK LUKISAN GOSOKAN

Teknik lukisan gosokan merupakan salah satu aktiviti seni visual di bawah tajuk melukis
dan membuat gambar. Aktiviti ini menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
Pelbagai alat dapat digunakan ketika melaksanakan teknik lukisan gosokan, namun pensel
kayu merupakan salah satu alat yang ideal kerana objek yang hendak digosokkan timbul pada
kertas lukisan jika menggunakan pensel kayu.

Sepanjang melaksanakan aktiviti teknik lukisan gosokan, terdapat pelbagai perkara


yang saya telah pelajari seperti menggunakan apa sahaja bahan yang mempunyai tekstur dan
menghasilkan sebuah lukisan dengan menggunakan bahan tersebut. melalui aktiviti ini saya
dapat merangsang daya kreativiti saya dalam menggunakan bahan yang sesuai untuk
menghasilkan satu lukisan yang menggunakan teknik gosokan.

Selain itu, aktiviti ini menyeronokkan dan tidak membosankan. Aktiviti ini sesuai dengan
murid-murid sekolah kerana aktiviti ini berbentuk secara ‘hands-on’. Seterusnya, saya dapat
belajar tentang pemilihan warna-warna yang menarik. Dalam menghasilkan satu lukisan, warna
cerah sepatutnya digunakan supaya kelihatan lebih menarik dan sedap mata memandang.

Antara kelemahan yang saya alami sepanjang melaksanakan aktiviti ini ialah
kekurangan bahan yang bertekstur. Ini menyebabkan elemen kreativiti kurang dalam lukisan
kami. Selain itu, penggunaan bahan yang kurang sesuai. Kami telah menggunakan kertas
lukisan keras dan menyebabkan teknik gosokan kami tidak berapa kelihatan dan terpaksa
melakukan teknik gosokan tersebut berulang kali.

Terdapat beberapa penambahbaikan yang saya dapat lakukan iaitu meminta tunjuk ajar
pensyarah Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang lebih arif dalam teknik lukisan gosokan. Melalui
tunjuk ajar tersebut, sebarang aktiviti lukisan yang melibatkan teknik gosokan dapat dijalankan
dengan lancar.

Sebagai seorang bakal guru, aktiviti ini dapat diaplikasikan dalam proses PdP kelak
ketika pengajaran seni visual. Walau bagaimanapun, aktiviti ini dapat diterapkan dalam subjek-
subjek lain untuk mempelbagaikan lagi aktiviti ketika proses PdP.

16
REFLEKSI MEMBUAT AKTIVITI PERGERAKAN

Aktiviti pergerakan yang diiringi dengan alat perkusi merupakan aktiviti seni muzik dan
seni pergerakan. Ini disebabkan kedua elemen tersebut diterapkan dalam aktiviti ini. aktiviti ini
dapat menguji kemahiran murid dalam bergerak mengikut ritma muzik dan melakukan
pergerakan yang sesuai dengan muzik yang dimainkan. Selain itu, aktiviti ini dapat menguji
pengamatan pengamatan pendengaran murid sama ada melodi yang dimainkan selari dengan
pergerakan yang dilakukan.

Sepanjang menjalankan aktiviti pergerakan diiringi dengan alat perkusi, terdapat


pelbagai kebaikan yang telah saya peroleh. Pertama, perkembangan daya kreativiti. Hal ini
dapat dibuktikan ketika kami sekumpulan menggunakan kreativiti dalam menari idea langkah-
langkah pergerakan kami sepanjang menyanyikan lagu yang kami telah cipta sendiri. Selain itu,
aktiviti tersebut boleh menghilangkan tekanan yang saya alami disebabkan kesibukan membuat
kerja-kerja. Ini disebabkan muzik dapat melegakan perasaan saya dan membuatkan kami lupa
seketika kesibukan yang saya.

Antara kelemahan yang saya alami sepanjang melaksanakan aktiviti ini ialah kurangnya
latihan. Disebabkan kekurangan latihan, terdapat sedikit kesilapan langkah pergerakan ketika
membuat persembahan di hadapan pensyarah dan rakan-rakan. Di samping itu, mempunyai
perasaan gementar sehingga menyebabkan terdapat sedikit kesilapan dalam membuat
persembahan.

Sebagai penambahbaikan, kami sekumpulan sepatutnya melakukan latihan terlebih


awal supaya sebarang kesilapan langkah pergerakan dapat dielakkan. Seterusnya, saya
sepatutnya pandai mengawal perasaan gementar supaya kesilapan tidak berlaku sepanjang
melakukan persembahan.

Sebagai seorang bakal guru, aktiviti ini dapat menguji kemahiran muzik dan pergerakan.
Di samping itu, aktiviti ini dapat diaplikasikan dalam proses PdP kerana aktiviti ini sangat
menyeronokkan dan murid akan berasa seronok ketika menjalankan pembelajaran. Akhir
sekali, dapat menjadi panduan dalam mengajar muzik dan pergerakan kepada murid-murid
kelak.

16
REFLEKSI MEMBUAT KIT PEMBELAJARAN

Rajah 1: Kit pembelajaran saya “Kv+KV Box”

Sepanjang pembuatan kit pembelajaran, terdapat pelbagai kebaikan yang saya dapat
peroleh. Pertama, dapat mengembangkan daya kreativiti saya. Saya telah membuat satu kotak
yang mengandungi permainan papan yang melibatkan tiga elemen Seni Dalam Pendidikan
(SDP) iaitu muzik, pergerakan dan seni visual. Saya dapat menterjemahkan kreativiti yang
saya ada dalam bentuk kit pembelajaran bagi murid pemulihan. Seterusnya, saya dapat
menyiapkan kit tersebut dalam masa yang ditetapkan dan menyemai nilai menghargai masa
dalam diri saya. Seterusnya, saya dapat belajar bagaimana membuat satu kit pembelajaran
dengan menggunakan bahan terpakai. Perkara ini dapat menjimatkan wang dan saya dapat
menghasilkan kit pembelajaran dengan hanya menggunakan kos yang rendah.

Antara kelemahan saya sepanjang membuat kit pembelajaran ialah ketika proses
pembuatan, saya telah melakukan perubahan beberapa kali. Ini disebabkan oleh kurang
persediaan ketika membuat draf dan terlepas pandang sesetengah perkara yang penting.

Penambahbaikan yang saya boleh laksanakan ialah merancang pembuatan kit


pembelajaran tersebut dengan lebih teliti dan tidak tergopoh-gapah ketika proses pembuatan kit
pembelajaran.

16

Anda mungkin juga menyukai