Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan.

Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses


pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancar
dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang
mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah
melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap perkara
memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan.
Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk mengembangkan
potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul,
mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami perubahan seiring dengan
gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.

Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju


menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara
berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan mewujudkan
insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri (self well-
being) serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
1. Secara ringkas jelaskan konsep falsafah dan falsafah pendidikan.

Definisi falsafah amat sukar untuk ditakrifkan secara tepat dan perkara ini diakui
oleh ramai ahli falsafah sendiri. Menurut pandangan ahli falsafah, manusia boleh berfalsafah
tentang pengertian falsafah itu sendiri. Walaubagaimanapun, falsafah meruapakan suatu
usaha pemikiran ilmiah yang cuba untuk mengusahakan kebenaran yang umum dan asas
kerana pada asalnya falsafah bermaksud cinta kepada hikmah.

Rusell (1946) telah mentakrifkan falsafah sebagai sesuatu fahaman atau


pengertian antara teologi dengan sains. Hal ini kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi
spekulasi terhadap perkara yang belum dibuktikandengan tepat. Ed Miller berpendapat,
falsafah boleh ditakrifkan sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-
perkara penting.

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa falsafah ialah pemikiran atau pandangan yang
benar, rasional, bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli
falsafah secara saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah adalah untuk mencari dan
membuktikan kebenaran serta memberikan arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara
yang penting dalam kehidupan.

Falsafah pendidikan pula ialah satu bidang falsafah gunaan yang menggunakan
bidang-bidang falsafah tradisional (ontology, etika, epistimologi dan lain-lain) serta
pendekatannya untuk menangani persoalan-persoalan berkenaan polisis pendidikan,
pembangunan manusia dan teori kurikulum dan sebagainya. Dengan erti kata lain, falsafah
pendidikan ialah kajian berfalsafah tentang matlamat, proses, tabii dan segala yang baik
berkenaan pendidikan. Sebagai contoh, kajian tentang sesuatu yang melibatkan pengajaran
dan pendidikan serta perhubungan anatara teori pendidikan dan praktiknya.

Falsafah pendidikan boleh dilihat sebagai satu cabang kepada falsafah dan
pendidikan. Sama seperti falsafah, falsafah pendidikan juga sukar untuk ditakrifkan. Walaupun
mungkin terdapat persamaan, falsafah pendidikan tidak boleh disamakan dengan teori
pendidikan.
2. Jelaskan beserta contoh-contoh penyataan yang sesuai dari perspektif Islam, Timur,
Barat yang terdapat dalam FPK.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) atau dahulunya dikenali sebagai Falsafah


Pendidikan Negara (FPN) merupakan satu asas kepada hala tuju pendidikan negara pada
masa kini. Asas pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak difokuskan
kepada satu aliran falsafah sahaja. Ia mengambil kira beberapa mazhab Falsafah Barat, Timur
dan juga Falsafah Pendidikan Islam bagi tujuan membentuk satu falsafah yang bersifat eklektik.

Antara kandungan penyataan dalam FPK ialah ‘’Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha
berterusan’’ dimana pendidikan harulah bermula sejak kecil sehingga ke akhir hayat. Ianya
berlaku dalam bentuk formal (rendah, menengah, tinggi) dan bentuk informal ( sahsiah, cara
hidup, pengalaman). Mencari ilmu juga difahami dapat mengeluarkan individu daripada
kejahilan. Hal ini dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa, guru, sekolah, insitusi pendidikan
dan masyarakat. Perkara ini selari dengan Falsafah Pendidikan Islam.

Selain itu, FPK menekankan unsur intelek dimana memberikan tumpuan kepada daya
berfikir seperti mempunyai kemahiran asas 3M, mendapat, meningkatkan dan menyebarkan
ilmu, berfikir secara kritis dan kreatif serta memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
Perkara ini juga boleh dikatakan selari dengan Falsafah Pendidikan Islam dimana ilmu agama
dan akal adalah asas pembinaan tamadun dan gabungan ilmu, iman dan amal dapat
meningkatkan ketaqwaan manusia.

Namun begitu, selain daripada selari dengan Islam, penyataan tadi juga selari dengan
Falsafah Pendidikan Tradisonal Barat iaitu Esensialisme dimana kurikulum yang dilaksanakan
adalah berpusat kepada mata pelajaran dan penekanan 3M. Esensialisme juga menyatakan
pengajaran adalah sebagai penyebar pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan.
Begitu juga dengan Idealisma dimana ada dinyatakan bahawa sesuatu pengetahuan (ingatan,
kefahaman, penaakulan) melibatkan penggunaan mental secara aktif dan orang yang celik akal
akan memperoleh ilmu Jadi jelaslah disini bahawa FPK bersifat eklektif melalui perkaitannya
dengan falsafah lain seperti Falsafah Pendidikan Barat iaitu Esensialisme dan Idealisme.

Tidak ketingalan juga unsur ketimuran dalam penyataan FPK yang disebut tadi dimana
berdasarkan apa yang disampaikan oleh R. Tagore melalui falsafah pendidikannya iaitu
kurikulum yang menekankan komponen ilmu.

Berdasarkan FPK, ‘’kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan’’ merupakan aspek


penting dalam melahirkan insan seimbang. Insan seimbang bertunjakkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan akan mengamalkan ajaran agama dan secara automatik akan
melakukan kebaikan serta menghindarkan kejahatan dan manusia akan yakin bahawa manusia
dan alam tidak terjadi dengan sendiri dan manusia juga adalah Khalifah untuk mentadbir alam
di bawah peraturan-peraturan yang telah. Penyataan ini selari dengan Idealisme dimana
falsafah ini menyatakan dari sudut metafizik, semua realiti dapat ditransformasikan ke dalam
bentuk fikiran dan kerohanian untuk menentukan kewujudan Tuhan. Idealisme juga menyatakan
bahawa nilai dan etika yang diamalkan adalah daripada Tuhan dan tidak berubah..

Disamping itu, Falsafah Pendidikan Confucius yang berasal dari Timur ada
menyatakan bahawa matlamat pendidikan ialah melahirkan individu berkebolehan (ziancai)
serta bermoral tinggi seperti hormat menghormati (xio), ketekunan (min), kesetiaan (zhong),
jimat cermat (jian), tolak ansur (rang), kebijaksanaan (zhi) dan juga keberanian (yong). Perkara
ini jelas kita lihat ada didalam FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
dimana seseorang itu tahu nilai baik dan buruk, menyedari kesan daripada perbuatannya,
menghayati nilai, kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan, mengamalkan perlakuan
baik dan menghindari perlakuan buruk. Jadi jelas disini perkaitan FPK dengan Falsafah
Pendidikan Confucius yang asalnya dari Timur.

Kesimpulannya, jelas dan terang disini bahawa FPK sebenarnya merupakan satu
falsafah yang bersifat eklektik dimana ianya bertujuan untuk disesuaikan dengan rakyat
Malaysia yang mempunyai pelbagai ras budaya, agama dan bangsa.
3. Bedasarkan sumber 1, jelaskan sistem pendidikan negara sebelum merdeka dan
praktis serta amalan pendidikan sehingga kini.

Sistem pendidikan sebelum merdeka boleh juga disebut sebagai pendidikan dan
sekolah-sekolah yang wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Sistem ini
telah dikawal sepenuhnya oleh pihak penjajah Inggeris. Tujuan utama di wujudkan sekolah dan
sistem pendidikan pada waktu ini lebih kepada kepentingan politik pihak penjajah itu sendiri
bukan bagi kebaikan rakyat tempatan. Ia juga dikenalpasti bertujuan agar perpaduan tidak
wujud dikalangan rakyat Tanah Melayu.

Ia merupakan satu sistem vernakular yang tidak seragam, dimana rakyat dibahagi
mengikut kaum, kepentingan dan fungsi ekonomi mereka. 4 jenis sekolah telah diwujudkan,
antaranya Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah India dan Sekolah Inggeris. Ciri-ciri utama
sistem persekolahan ini adalah sekolah-sekolah yang di dirikan adalah mengikut kaum
dimana sekolah Melayu untuk kaum Melayu, Sekolah Cina untuk kaum Cina dan Sekolah Tamil
untuk kaum India. Manakala Sekolah Inggeris adalah untuk sekolah anak-anak pegawai British.
Sekolah-sekolah ini juga menggunakan bahasa pengantar yang berbeza dan tiada
keseragaman bahasa antara sekolah-sekalah ketika itu iaitu Sekolah Melayu menggunakan
Bahasa Melayu, Sekolah Cina menggunakan bahasa ibunda mereka begitu juga Sekolah Tamil
menggunakan Bahasa Tamil. Sekolah juga terdapat dikawasan-kawasan tertentu sahaja
iaitu di kampung-kampung adalah bagi kaum Melayu, pinggir bandar bagi kaum Cina dan di
ladang-ladang bagi kaum India.

Pada waktu ini sekolah sudah dibahagikan kepada 2 peringkat persekolahan iaitu
Pelajaran Rendah dan Pelajaran Menengah. Namun begitu terdapat lebih banyak sekolah
rendah berbanding menengah kerana Sekolah Menengah diwujudkan untuk kepentingan
penjajah sahaja. Sekolah rendah yang wujud mempunyai pelbagai-bagai sistem pentadbiran
yang tidak selaras.

Namun begitu terdapat sedikit perubahan didalam sistem persekolahan ketika itu
apabila Penyata Barnes keluar pada 1950 menyatakan ’pendidikan sekolah rendah adalah
sebagai alat perpaduan masyarakat’. Pernyataan ini menyebabkan sistem pendidikan telah
dikaji semula secara terperinci. Hasilnya satu sistem pendidikan kebangsaan wujud dan terbuka
kepada semua kaum. Bahasa pengantar bagi sekolah kebangsaan ada dua iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Rentetan dari ini, Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan.
Laporan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kepentingan bahasa Inggeris di samping
mengekalkan bahasa Melayu. Namun begitu, laporan ini telah ditentang hebat oleh orang
bukan Melayu terutama orang Cina kerana mereka khuatir sekolah Cina akan hilang.

Laporan Fenn-Wu diperkenalkan ekoran ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat


Cina. Di samping mempertahankan kedudukan bahasa Cina, laporan ini juga ditugaskan untuk
memberi nasihat tentang penyediaan buku teks sekolah Cina yang berorientasikan kepada
Tanah Melayu sebagai satu cara untuk mendekatkan masyarakat Cina dengan situasi
kehidupan Tanah Melayu. Pihak Inggeris kemudiannya telah menyatukan kedua-dua laporan
itu dan dijadikan Ordinan Pelajaran 1952. Namun begitu, ordinan ini tidak dapat dijalankan
kerana menghadapi pelbagai masalah. Namun begitu Jawatan Kuasa Khas telah dilantik untuk
menguruskan dasar yang tercatat dalam Ordinan. Namun begitu, sehingga tahun 1956,
Ordinan 1952 tidak menghasilkan perubahan yang besar kepada dasar pendidikan yang boleh
memberikan kepuasan kepada semua pihak. Manakala kaum Cina telah terus menguruskan
pendidikan mereka sendiri tanpa campur tangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu
tinggal seperti sediakala.

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, satu laporan telah dikeluarkan iaitu


Laporan/Penyata razak dimana memberi penekanan kepada dua perkara iaitu perpaduan kaum
dan penghasilan tenaga kerja. Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah
melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar
kesejagatan. Laporan ini juga telah menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju
apabila bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanankan
usul Laporan Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Ini
merupakan sejarah Malaya, di mana perancangan pendidikan dirangka untuk meliputi semua
kaum dalam masyarakat Malaya serta meliputi semua aspek struktur dan perkembangan
pendidikan Malaya. Laporan Razak telah menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia
selanjutnya.

Namun begitu, dalam memasuki era kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) yang memberi kesan kepada perkembangan negara, kerajaan telah mengkaji semula
Akta Pelajaran 1961 untuk merealisasikan cita-cita negara. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996,
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dengan pengubahsuaian dan penambahan beberapa perkataan.
Di samping itu, amalan dan praktis pendidikan sebelum merdeka boleh dirujuk melalui jadual di
bawah.
4. FPK menjadi sandaran kepada sistem pendidikan negara bagi melahirkan modal insan
yang dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan negara. Buat analisis dan
penilaian sejauhmanakah FPK dapat merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah
negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan
sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial,
pendidikan, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain.
Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu
hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Di dalam Wawasan 2020 terdapat sembilan cabaran yang perlu diatasi untuk
mencapat status negara maju. Antaranya ialah, bangsa Malaysia yang bersatu-padu,
masyarakat berjiwa bebas dan berkeyakinan, masyarakat yang bermoral dan beretika,
masyarakat yang liberal dan bertolak-ansur, masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat
berbudi dan penyayang, masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan masyarakat makmur
dan berdaya saing. Kesemua sembilan cabaran ini sebenarnya boleh diatasi dengan
mengamalkan pepatah Melayu lama iaitu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Gagasan ini
telah dilancar pada tahun 1991, jangka masa 29 tahun yang diambil untuk menjadikan
Wawasan 2020 ini sebagai satu perkara yang nyata boleh dilakukan dengan bersifat sentiasa
pro-aktif dan sentiasa maju kehadapan.

Di samping itu, pendidikan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam
menjayakan misi Wawasan 2020. Hal ini kerana, pendidikan merupakantunjang kepada
kejayaan negara pada masa kini dan hadapan. Jika pendidikan negara pada tahap yang
terbaik, maka mentaliti rakyat Malaysia juga berada pada tahap kelas pertama selari dengan
ciri-ciri negara maju iaitu sistem pendidikan yang internasional.

Identiti pendidikan Malaysia dapat kita lihat melalui falsafah pendidikan kebangsaan.
Terdapat beberapa unsur dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh dilihat
memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan impian Malaysia untuk mencapai
status negara maju.

Unsur yang pertama ialah “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”. Ungkapan


“tuntutlah ilmu sampai keliang lahad” merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi
menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang
hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan,
pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu
perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah
lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya.
Hal ini selari dengan ciri-ciri negara maju iaitu sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa.
Perkara ini boleh dilihat melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
dilancarkan pada tahun 2013. Struktur pelan ini secara umumnya menyasarkan murid-murid di
Malaysia dapat meneroka ilmu dengan lebih mendalam dengan memanfaatkan kemajuan
teknologi yang semakin pesat membangun. Pendidikan abad ke-21 yang diperkenalkan
mempunyai ciri-ciri seperti membentuk murid-murid yang mempunyai kemahiran teknologi dan
mengajar dan membentuk budaya kemahiran berfikir aras tinggi yang secara tidak langsung
menjadi tamsilan kepada usaha kerajaan dalam melahirkan masyarakat minda kelas pertama
dan maju.

Selain itu, ciri-ciri negara maju yang kedua ialah masyarakat sesebuah negara yang
maju sangat menghargai waktu dan menjunjung tinggi kesamarataan gender dalam kalangan
masyarakat. Negara Jepun sudah tentu menjadi mentor terbaik kerana mereka sudah terkenal
sebagai sebuah negara yang sangat berdisiplin tinggi dalam menepati masa bahkan tidak
menepati masa merupakan satu perkara yang sangat ditakuti oleh rakyat negara ‘Matahari
Terbit’ ini. Rakyatnya yang telah dididik daripada kecil untuk menghargai masa wajar untuk kita
jadikan suri teladan dalam menjadi sebuah negara maju.

Kita juga boleh berbangga kerana dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


terdapat unsur melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Maksud seimbang dan
harmonis disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan
yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta
matang dari segi emosi dan sosialnya. Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai
jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu.
Intelek yang bersepadu sudah tentu dapat memupuk budaya mencintai masa kerana akal yang
cerdas akan menzahirkan tindakan-tindakan yang boleh dijadikan contoh dalam masyarakat.
Kejayaan Profesor Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal dan kumpulannya dalam kajian kanser dan
sel stem yang diiktiraf oleh World Health Organisation menjadi bukti bahawa anak jati Malaysia
mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain.

Ciri-ciri negara maju yang ketiga ialah kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi
semakin cepat dan pesat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penerokaan bidang ilmu yang
baharu perlu kita lakukan secara progressif kerana dengan menerokai bidang-bidang ilmu dan
teknologi, kita boleh membuka pintu kemudahan akses tanpa sempadan yang boleh memberi
kelebihan yang besar pada negara. Contohnya, di negara-negara maju seperti Jepun dan
Amerika Syarikat, para penyelidik di negara tersebut sentiasa berusaha menghasilkan inovasi
yang boleh memudahkan kerja mereka. Negara Jepun misalnya mecipta satu bangunan yang
membolehkan rakyat meletakkan kereta dengan. Perkara yang menarik tentang bangunan itu
ialah, kereta yang diletakkan sangat banyak, namun penggunaan ruang telah diminimakan
sekecil yang boleh.

Unsur dalam FPK yang boleh membantu dalam merealisaikan Wawasan 2020
ialah rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan,
malahan rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif.
Selain itu, rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang melaksanakan amanah
yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan
kehendak. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan
yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat
Malaysia yang berakhlak mulia.

Intiharnya, dalam menjadikan Wawasan 2020 sebagai satu perkara yang nyata, semua
pihak perlu mengembleng tenaga mencurahkan idea supaya negara Malaysia berupaya
mencapai status negara maju. Perkara ini bukanlah mudah namun tidak mustahil. Impian jutaan
rakyat Malaysia ini boleh dicapaikan jika kita tidak bersikap seperti enau dalam belukar ,
melepaskan pucuk masing-masing. Minda kita juga perlulah diubah daripada sempit kepada
luas kerana minda yang sempit tidak boleh dan tidak akan menerima sesuatu pembaharuan
yang perlu dilakukan. Di samping itu, dalam kita mencapai sesuatu yang hebat, kita perlu juga
menghadapi cabaran yang hebat. Justeru , segala cabaran yang datang dalam pemburuan kita
mencapai status negara maju perlulah dihadapi bersama. Jika tidak ada sokongan , siapa lagi
yang boleh kita harapkan untuk memperjuang impian seluruh rakyat bumi bertuah ini.

Anda mungkin juga menyukai