Anda di halaman 1dari 4

TEK MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

Bil AGENDA TEKS


1. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Y.B Datuk Abdul Syukur b Hj Idrus
jemputan dan diiringi En Jamal b Yusof (Yang Dipertua PIBG),
ibu bapa ……………………………… (Guru Besar), Guru-Guru Penolong
Kanan dan AJK PIBG .

2. Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Pengacara Dipalu oleh Si Anak Muda
Majlis Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat Datuk Abdul Syukur b. Hj Idrus


(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR.
N13 KUANG)

Yang Berusaha …………………………….


Guru Besar

Yang Dihormati En Jamal b Yusof


Yang Di pertua PIBG

Yang Dihormati En Khairunnajib b. Husaini


Naib Yang Dipertua PIBG

Barisan Guru-guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan rakan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat
pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta


limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-44
TEK MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

Pihak majlis serta seluruh warga sekolah, merakamkan ucapan


terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa serta penjaga kerana
dapat hadir pada pagi ini.

Pihak majlis juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak


terhingga serta berbesar hati kepada YB Datuk Abdul Syukur b.
Hj Idrus kerana dapat hadir bersama kita .

3. Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh
al Fadhil Ustaz Mohd Idham bin Ismail. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Idham


atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang


amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin
mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan


ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang cemerlang.

4. Ucapan YDP
PIBG Pergi ke kedai membeli gula

Gula di bawa berhati-hati

Yang Dipertua, kami mempersila

Ucapan diberi kita hayati.


TEK MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput En Jamal b Yusof


,YDP PIBG untuk menyampaian ucapan.

Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Jamal b


Yusof atas ucapan itu tadi.

4
Ucapan Alu-
aluan oleh Bukan keris tanpa ulunya
Guru Bukan majlis tanpa ucapannya

Seterusnya, majlis menjemput ……………………………….., Guru


Besar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ……………. atas


ucapan alu-aluan itu tadi.

5 Ucapan Menjemput TN’ untuk berdiri,


Perasmian Peg Memberikan ucapan kepada kami
PPD Kepada TN’ ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan


yang akan disampaikan oleh Y.B Datuk Abdul Syukur b Hj Idrus
dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Y.B Datuk Abdul Syukur b Hj Idrus atas
ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan
ucapan itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.
TEK MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

6 Majlis
Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada
Cenderahati AJK PIBG . Untuk itu, majlis menjemput
AJK PIBG Y.B Datuk Abdul Syukur b Hj Idrus, dengan diiringi tuan guru
besar untuk menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

…………………………………………………………. – YDP PIBG


…………………………………………………………. – NYDP PIBG
…………………………………………………………. – Setiausaha
………………………………………………………….. – Bendahari

AJK Ibu Bapa

AJK Guru

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk


Abdul Syukur atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan


Tn Hj Ayub b Mat Rashid untuk menyampaikan cenderahati
kepada Y.B Datuk Abdul Syukur b Hj Idrus.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

7. Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka


selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung i, kali ke-44.

Kami mewakili AJK PIBG , merakamkan penghargaan terima


kasih kepada Y.B Datuk Abdul Syukur b Hj Idrus. atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG

Seterusnya, kami serahkan majlis ini kepada En Jamal b Yusof


untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG , kali ke-4.

Anda mungkin juga menyukai