Anda di halaman 1dari 8

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER JANUARI 2018/2019

VKMB 1011
PEMBANGUNAN MASYARAKAT I

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
NO. MAKLUMAT KURSUS

1. Nama Kursus : PEMBANGUNAN MASYARAKAT

2. Kod Kursus : VKMB 1011

Rasional penawaran kursus ini dalam program:


3.
Kursus ini adalah kursus teras universiti

4. Nilai Kredit : 1

5. Prasyarat: Tiada

6. Objektif:
Pelajar diharap dapat
1. Memahami teori dan konsep-konsep penting pembangunan.
2. Memahami objektif penting dalam pembangunan masyarakat.
3. Memahami ciri-ciri budaya masyarakat dan hubungan etnik di Malaysia.
3. Hasil Pembelajaran:
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat
1. Menjelaskan konsep-konsep penting pembangunan
2. Menerangkan objektif penting dalam pembangunan masyarakat
3. Menghuraikan ciri-ciri budaya masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
4. Kemahiran yang dapat dipindahkan:
1. Nilai, Sikap dan Profesionalisme
2. Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial
3. Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
5. Strategi pengajaran-pembelajaran dan pentaksiran:
Kaedah campuran- pembelajaran berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar.

6. Sinopsis:
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang objektif
dan matlamat kokurikulum di UUM. Pelbagai teori dan konsep berkaitan
pembangunan akan dibincangkan. Penekanan khusus kepada teori dan objektif
pembangunan masyarakat serta hubungan antara etnik di Malaysia.

7. Mod Penyampaian:
Kursus ini akan dikendalikan dalam bentuk kuliah, perbincangan,pembentangan
berkumpulan dan tugasan berkumpulan.

8. Jenis dan Kaedah Pentaksiran:

2
Pembentangan Tugasan 1 : 5%
Pembentangan Tugasan 2 : 5%
Tugasan (2 x 25%) : 50%
Peperiksaan Akhir : 40%
| Mohd Saifoul Zamzuri B. Noor (PhD) |
9. | Penyelaras| Coordinator|
| Pusat Kokurikulum | Co-curiculum Centre |
| Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
| Hp: +6019-5743872 | Tel: +604-9286829 | Fax : +604-9286752 | Email:
saifoul@uum.edu.my

JADUAL SESI PERTEMUAN & PERBINCANGAN TOPIK


PERTEMUAN/
TOPIK NOTA JAM
TARIKH
1. Pengenalan kepada kursus Khidmat
Masyarakat I Kuliah
1
1.1 Konsep Kokurikulum Penerangan
27 Jan. 2018
1.2 Falsafah, Matlamat dan Objektif Tugasan 1 1½
Kokurikulum
(Bab 1 & Bab 2)
2. Konsep Khidmat Masyarakat dan
Pembangunan Daerah Kuliah,
2 2.1 Konsep Khidmat Masyarakat Pembentangan
24 Feb. 2018 2.1 Pembangunan Daerah Tugasan 1,

(Bab 3 & Bab 4) Penerangan
Tugasan 2
(Bab 9 - Bab 12)
3. Konsep Pembangunan Pendidikan dan
3 Wanita Kuliah
17 Mac 2018 3.1 Pembangunan Pendidikan Pembentangan
3.1 Pembangunan Wanita Tugasan 2 1½
(Bab 5 & Bab 6) Tarikh Akhir Hantar
Tugasan 1
4. Perancangan dan Pelaksanaan Program
4
Pembangunan Kuliah
7 April 2018
4.1 Perancangan Tarikh Akhir Hantar

4.1 Pelaksanaan Tugasan 2
(Bab 7 & Bab 8)

5 Peperiksaan Akhir
8-15 Mei 2018 (Bab 1 hingga 8)

JUMLAH 6

3
TUGASAN
VKMB 1011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT I
PJJ UUM SEMESTER JANUARI 2018/2019

Dua (2) tugasan akan diberikan dengan setiap satunya akan diberikan 25 peratus
daripada jumlah markah keseluruhan.

Tugasan mestilah diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan yang ditetapkan seperti
berikut:

Tugasan 1: diserahkan pada pertemuan ke-3 (17 Mac 2018)


Tugasan 2: diserahkan pada pertemuan ke-4 (7 April 2018)

Tugasan yang diserahkan LEWAT daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan
disemak dan tidak akan diberikan sebarang markah.

Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan dikehendaki membentuk 4 hingga 5 kumpulan


(bilangan ahli ditentukan mengikut jumlah pelajar - wakil kelas sila tentukan) dan
menyediakan projek dalam skop masyarakat dengan berpandukan seperti berikut:

…………………………………………………………………………………………….
TUGASAN 1

Terdapat 5 cadangan soalan utama, pilih 1 daripada 5 soalan tersebut.

1. Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk
masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050:
 Jelaskan konsep, kenal pasti masalah, halangan dan cabaran yang wujud
serta berikan cadangan untuk mengatasinya. Kaitkan bagaimana Malaysia
dapat menjadi sebuah negara maju dari pelbagai segi seperti ekonomi,
kesejahteraan rakyat dan inovasi.

2. Pembangunan Masyarakat bagi Golongan IBU TUNGGAL/ KURANG


UPAYA/ lain-lain:
 Jelaskan konsep, kenal pasti masalah, halangan dan cabaran yang wujud
serta berikan cadangan untuk mengatasinya. Kaitkan dengan situasi yang
berlaku di Malaysia.

3. Pembangunan Ekonomi bagi Golongan B40(Bottom 40)/ DESA/ lain-lain


 Jelaskan konsep, kenal pasti masalah, halangan dan cabaran yang wujud
serta berikan cadangan untuk mengatasinya. Kaitkan dengan situasi yang
berlaku di Malaysia.

4. Pembangunan Pendidikan bagi Generasi BELIA/ REMAJA/ Generasi X


atau Y/ lain-lain

4
 Jelaskan konsep, kenal pasti masalah, halangan dan cabaran yang wujud
serta berikan cadangan untuk mengatasinya. Kaitkan dengan situasi yang
berlaku di Malaysia.

5. Pembangunan Sukan Pelapis Negara


 Jelaskan konsep, kenal pasti masalah, halangan dan cabaran yang wujud
serta berikan cadangan untuk mengatasinya. Kaitkan dengan situasi yang
berlaku di Malaysia.

Tugasan 1 ini perlu dilengkapkan mengikut garis panduan penulisan seperti berikut:
1. Pembentangan tugasan 1 akan diadakan pada pertemuan kedua (24 Feb. 2018)
2. Pembentangan tugasan 2 akan diadakan pada pertemuan ketiga (17 Mac. 2018)
3. Muka depan (seperti di lampiran A)
4. Isi kandungan (senarai dan muka surat)
5. Kandungan atau isi yang merangkumi
- Pengenalan
- Konsep
- Masalah
- Halangan
- Cabaran
- Cadangan
- Kesimpulan
6. Rujukan (semua yang dijadikan rujukan seperti buku, jurnal, website dll)
7. Semua isi kandungan perlu ditaip dalam 15-20 muka surat, langkau 1.5, jenis
tulisan ‘Times New Roman’.
8. Format penulisan akademik (APA system) sangat dititikberatkan dan boleh
menjejaskan markah sekiranya diambil mudah oleh pelajar.
9. Mukasurat tidak termasuk gambar atau rajah yang disertakan jika ada.
…………………………………………………………………………………………….
TUGASAN 2

Berdasarkan tajuk Tugasan 1 di atas, anda dikehendaki merancang satu projek khidmat
masyarakat di kampong atau kawasan penempatan bagi menjalankan aktiviti yang
berkaitan bagi membantu mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat.

Sila rujuk contoh:


 Lampiran 3 : Kertas Kerja/Cadangan
 Lampiran 4 : Aturcara majlis
 Lampiran 5 : Minit mesyuarat
 Lampiran 6 : Laporan projek
 Lampiran 7: Surat kepada Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan
(PACE), UUM memohon kelulusan kertas kerja projek

Modul Khidmat Masyarakat, nota dan maklumat berkaitan boleh di muat turun
melalui “online learning”.

5
PERHATIAN!!!!!

1. Tugasan yang disediakan perlu jelas dan mudah dibaca oleh pensyarah. Tugasan
berunsur plagiat tidak dapat diterima.
2. Tugasan perlu dijilid menggunakan dawai kokot dan pelekat berwarna hitam di
sudut kiri. Diingatkan, bahawa kulit depan tugasan adalah berwarna putih iaitu
kertas A4 biasa (sila lihat Lampiran A).
3. Untuk mengelakkan pertindihan tajuk projek, sila berikan tajuk dan ahli kumpulan
selewat-lewatnya pada 6 Feb. 2018 menerusi email: saifoul@uum.edu.my

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN

Format penulisan adalah seperti berikut:


 Jenis huruf adalah Times New Roman.
 Saiz huruf ialah 12 point dengan 11/2 langkau baris.
 Nombor halaman diletakkan di sudut bawah dan di tengah.
 Tidak menggunakan header untuk menulis kod dan kursus atau topik
kajian.
 Sumber yang dipetik mesti disebut atau dikodkan
Contoh
Micheal et al. (2000) membuktikan ......
Penulisan yang tiada citation dianggap sebagai esei plagiat.
 Penulisan nama pengarang dalam rujukan dan bibliografi
Contoh
Ronald Brown jadi R. Brown ditulis Brown, R.
John Fitzgerald Kennedy jadi J.F. Kennedy ditulis Kennedy, J.F.
Gerald M. Cohen jadi G.M. Cohen ditulis Cohen, G.M.
K.Ramanathan ditulis Ramanathan, K.
Nama Melayu dan Cina ditulis lengkap termasuk contoh berikut:
Zakaria M.B. ditulis Zakaria M.B.
Cheah S.H. ditulis Cheah S.H.
Kecuali jika parap berada di depan contoh:
H.M. Dahlan ditulis Dahlan, H.M
S.K. Cheong ditulis Cheong, S.K.
 Penulisan nama pengarang yang dipetik dalam esei hanya dituliskan nama
tanpa parap serta tahun
Contoh
Brown (1980) betul jika ditulis Brown, R (1980) salah atau
(Brown 1980) betul jika ditulis (Brown,R 1980) salah
 Penggunaan et al. dalam esei dibenarkan bagi penulis melebihi 3 orang
Contoh
Brown, et al. (1980) menegaskan bahawa ..........
Walau bagaimanapun, dalam rujukan penulis seperti contoh di atas ditulis
lengkap.
6
Contoh
Brown, R., Stephene, J.M., John, B.J. & Junior, L.G. (1980). Topology:
a geometric account of general topology, homotopy types and
the fundamental groupoid. New York: The Free Press.

 Rujukan perlu disusun mengikut abjad. Rujukan di bawah terdiri daripada


pelbagai sumber dan pelajar sangat digalakkan untuk merujuk contoh format
di bawah.

Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers
Sdn. Bhd.

Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology,


homotopy types and the fundamental groupoid. New York: The Free
Press.

Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical
practice: a source book. London: McMillan.

Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Muhamad Majid. (1992). Trend pertumbuhan penduduk: implikasi dan


cabaran. Kertas Kerja Persidangan Kependudukan Abad Ke-21.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 10-11 Disember.

Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989). Aspek ekonomi
masyarakat Cina. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector


optimization problem. Sains Malaysiana 17 (4): 431-451.

Rahman Arof & Faesal Oteman. (1992). Kemeriahan perayaan di Malaysia.


Utusan Malaysia, 30 Oktober: 5.

Utusan Malaysia. (2000). Masjid jadi medan latihan pelampau. 23 Januari:


11.

Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.

7
Lampiran A

Contoh Format Kulit Hadapan Tugasan

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BPMN3123
BUSINESS ETHICS

DISEDIAKAN UNTUK
(nama pensyarah)

DISEDIAKAN OLEH
(nama pelajar)
(no matrik)

TARIKH
(tarikh hantar tugasan)

Anda mungkin juga menyukai