Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami :
Tarikh :

Guru Besar / Pengetua,


Sekolah Rendah Dan Menengah,
Daerah Kuantan

Tuan,

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN CATUR BAWAH 12, 15 DAN 18 TAHUN


DAERAH KUANTAN 2016

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuantan (MSSD)
Bawah 12,15, dan 18 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 3, 4 dan 5 Mei 2016 (Selasa, Rabu dan Khamis)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Sultanah Hajah Kalsom

3. Sehubungan itu, mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada ketetapan seperti
berikut :

Tarikh : 20 April 2016 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Nilam Sari, PPD Kuantan

4. Bagi melancarkan perjalanan kejohanan, yuran penyertaan sebanyak RM 5.00 (Lima


Ringgit) dikenakan kepada setiap pemain yang menyertai kejohanan. Bayaran hendaklah
dijelaskan secara tunai pada hari mesyuarat tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah memberi
kebenaran dan kelulusan kepada pihak sekolah menggunakan Wang Kerajaan (BKK)/PIBG dan
lain-lain bagi tujuan tersebut.

5. Diharap pihak tuan dapat hadir bagi melancarkan perjalanan kejohanan ini. Sebarang
pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Encik Mohd Zalmunir bin Razali, Penyelia
Kanan Sukan di talian 019-9206255 atau En Abdullah bin Osman di talian 019-9852479

Kerjasama dan keprihatinan tuan amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan

Anda mungkin juga menyukai