Anda di halaman 1dari 7

Pendahuluan

Ekonomi bukanlah perkara dan persoalan yang baru dalam Islam. Menurut Utami
(2016), perkataan ekonomi berasal daripada bahasa greek iaitu aikos yang bermaksud rumah
dan nemo yang bermaksud peraturan iaitu pengurusan rumah tangga. Ia merupakan satu
cabang dalam sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi
keperluan manusia. Perancangan dan aktiviti ekonomi telah berlaku sekian lama sejak zaman
Nabi Yusuf a.s yang menjadi menteri ekonomi pertama di Mesir. Ilmu ekonomi telah
diperkenalkan oleh baginda dengan rapi dan secara terperinci untuk memastikan negara
mempunyai bekalan yang cukup apabila menghadapi musim kemelesetan. Hukum riba,
sistem harga, monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya telah
diperkenalkan.

Namun begitu, pengembangan ilmu ekonomi Islam telah mengalami kemerosotan


pada sekitar kurun ke 13 Masihi. Berlakunya pergelutan dan masalah politik serta sosial di
kalangan umat Islam sehingga membantutkan institusi keilmuan. Ilmu ekonomi Islam yang
disediakan hanya terkubur begitu sahaja. Setelah kemerosotan ilmu ekonomi Islam,
penumpuan ilmu ekonomi telah beralih ke Barat dan diamalkan sepenuhnya dalam Negara
masing-masing. Ini menunjukkan penguasaan penjajahan Barat telah berjaya mempengaruhi
hampir satu dunia untuk mengamalkan sistem ekonomi Barat sehingga kini. Adakah sistem
ekonomi Islam tidak sesuai diamalkan dalam sesuatu Negara seiring seperti ekonomi
konvensional? Bagaimanakah sistem Islam dapat membantu sesebuah Negara dan seluruh
dunia membina masyarakat sejahtera?

1
Sistem Ekonomi Islam dan Masyarakat Sejahtera

Apakah itu sistem ekonomi Islam? Menurut Asri Mat Daud (2009), ekonomi Islam
didefinisikan sebagai suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia
dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga
masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah. Asas kepada ekonomi Islam adalah berpaksikan
kepada keadilan, kebebasan hak milik, dan persamaan, di simpul dengan ikatan akidah,
kesucian jiwa, pengorbanan, persaudaraan dan ihsan. Ini menunjukkan bahawa sistem
ekonomi Islam melibatkan tiga elemen penting iaitu masyarakat, Negara dan sunnatullah iaitu
berbentuk syumul. Ia juga merupakan suatu sistem yang berbentuk corak pentadbiran dan
pengurusan sektor-sektor yang melibatkan berbagai institusi yang mengandungi nilai-nilai
hukum, peraturan dan kepercayaan dan sekaligus dapat melahirkan sebuah masyarakat yang
sejahtera.Sistem Ekonomi Islam terbahagi kepada tiga sektor iaitu sektor awam kerajaan,
sektor swasta dan sektor sukarela. Ketiga-ketiga sektor ini penting dalam menjamin serta
membina masyarakat yang sejahtera.

Pertama, sektor awam kerajaan merupakan sektor yang berkait rapat dengan siasah,
politik dan kenegaraan. Antara kepentingan sektor awam kerajaan dalam memastikan
pembinaan masyarakat yang sejahtera ialah menjalinkan hubungan diplomatik dengan
negara-negara lain yang berlandaskan sistem ekonomi Islam bagi memastikan kemajuan
Negara. Ini merupakan signifikan untuk menjamin Negara Islam daripada ditindas oleh pihak-
pihak yang zalim kerana mudah mendapat campur tangan kuasa asing dan berlaku
kemusnahan yang melibatkan kehilangan nyawa dan sebagainya. Apabila hubungan
diplomatik dapat dikekalkan, sistem ekonomi Islam dapat diperkukuh dan diperbaiki antara
Negara dan dapat mengutamakan keadilan dalam semua perkara dengan mengharamkan
segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang,
manipulasi pasaran dan segala bentuk kezaliman. Berikutan dengan itu, ini dapat memastikan
sistem ekonomi Negara Islam menjadi semakin kukuh dan stabil iaitu duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi seiring dengan negara-negara lain. Negara yang maju dan aman dapat
menjamin keamanan dan kesejahteraan masyarakat dalam sesebuah Negara.

Firman Allah:

2
Terjemahan: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-
harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan
jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu
berbunuh-bunuhan sesame sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”

Kedua, sektor awam kerajaan juga dapat memantapkan lagi institusi zakat sekaligus
menstabilkan ekonomi Negara (Hafiz, 2013). Institusi zakat dapat memberikan bantuan
secara menyeluruh dan bantuan bulanan kepada asnaf-asnaf zakat terutamanya golongan
fakir, miskin dan muallaf agar mampu berdikari dan akhirnya mampu juga menyumbang
kepada institusi zakat. Ini dapat mengelakkan ketidakadilan di mana berlakunya konsep ‘kaya
semakin kaya, miskin semakin miskin’. Melalui institusi zakat, semua pihak berada di tahap
yang sama dan mendapat hak yang sama rata iaitu mendapat keperluan makanan, minuman,
tempat tinggal dan pendidikan yang secukupnya. Selain itu, institusi zakat juga dapat
mengurangkan kadar jenayah terutama dalam golongan yang miskin. Ada sesetengah
golongan yang miskin sanggup melakukan perkara jenayah seperti mencuri, merompak,
menculik dan meragut semata-mata untuk mendapatkan wang dan makanan. Justeru itu,
institusi zakat dapat membantu dan memenuhi keperluan golongan ini dan secara tidak
langsung dapat mengawal keamanan sesebuah Negara dan memastikan kesejahteraan
masyarakat.

Ketiga, beralih pula kepada sektor swasta iaitu sektor yang menjalankan secara
persendirian atau kolektif, (shakhsiah fardiyah awi’ tibariyah) berusaha mencari rezeki (fadlan
min Allah) dengan menggunakan tenaga, kebolehan dan harta milik mereka. Antara
kepentingan sektor swasta dalam membina masyarakat sejahtera ialah kebebasan semua
golongan untuk menjalankan aktiviti perniagaan dengan berlandaskan kepada Al-Quran dan
sunnah. Sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis baginda:

“Sembilan persepuluh punca rezeki itu adalah melalui bidang perniagaan”

(Riwayat: Sunan Abu Said bin Mansur)

Pada zaman kini, penuh di mana-mana sama ada di kedai, gerai, tepi jalan, bangunan
mahupun media sosial kesemuanya begitu sibuk menjalankan perniagaan. Tidak kira
sepenuh masa mahupun separuh masa, umur, jenis barang, bangsa dan sebagainya. Ini
menunjukkan perniagaan merupakan punca rezeki yang paling luas. Berikutan itu, dapat
membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk Negara dan dapat
mengurangkan kadar pengangguran. Dalam Sistem Ekonomi Islam, semua sektor wajib

3
melakukan tuntutan individu dan dan sosialnya (Zulkarnain,2011). Oleh itu, tidak wujud istilah
pengangguran kerana sistem ini menegaskan bahawa setiap ahli anggota masyarakat dapat
menjanan pelbagai hasil dan ianya melengkapi keperluan dan kehendak bagi memenuhi
kemaslahatan masyarakat. Ini membuka mata masyarakat untuk mengenepikan sistem
konvensional yang hanya memberi keuntungan semata-mata kepada pihak tertentu dan
menyokong Sistem Ekonomi Islam yang berkonsep sama rata sekaligus dapat membina
masyarakat sejahtera.

Akhir sekali, sektor sukarela merupakan sektor kebajikan yang mempunyai fungsi
tersendiri seperti membantu golongan lemah, menyediakan skim kesejahteraan sosial dan
prasana. Sektor sukarela ini sangat menitikberatkan amalan bersedekah dan keprihatinan
masyarakat dengan keadaan sekeliling. Contohnya memberi bantuan kepada anak yatim dan
golongan miskin. Tanggungjawab ini bukan hanya terletak pada pihak kerajaan semata-mata
namun pihak swasta dan masyarakat juga boleh memberi sumbangan kepada golongan ini
dalam mengurangkan beban dan memenuhi keperluan harian mereka seperti makanan,
minuman dan sebagainya. Sektor sukarela boleh memberi dalam apa jua bentuk sumbangan
seperti makanan, wang, pakaian dan alat-alat keperluan yang lain sebagai bantuan kepada
golongan ini. Selain itu, penyediaan prasana untuk pembangunan setempat. Pembinaan
prasana masyarakat seperti masjid dan jambatan tidak perlu menagih kesemuanya daripada
pemerintah. Dengan sistem waqah dan sedekah, pemerintah tidak perlu menagih
kesemuanya daripada pemerintah. Oleh itu, pemerintah tidak perlu berbelanja besar kerana
sebahagiannya telah dibiayai oleh masyarakat dan pihak swasta atas asas amal jariah. Ini
menunjukkan bahawa Sistem Ekonomi Islam melahirkan masyarakat yang saling mengambil
berat dan suka membantu antara satu sama lain dan ini dapat memupuk masyarakat yang
sejahtera dan bahagia.

Peranan Sistem Ekonomi Islam Dalam Menjamin Kedudukan Wanita

Tahun demi tahun, peranan wanita dalam bidang ekonomi memperlihatkan


perkembangan yang sangat signifikan dan membanggakan berbanding dengan lebih 30 tahun
yang lalu. Wanita kita tidak lagi dibelenggu dengan status sebagai suri rumah dalam institusi
keluarga semata-mata sebaliknya golongan ini berupaya memberikan sumbangan yang besar
kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Wanita juga dilihat sebagai pelengkap dalam urusan
pembangunan di samping turut memberikan sumbangan politik tempatan. Islam tidak pernah
sesekali memandang rendah pada kedudukan wanita. Menurut Saleha (2010), kaum wanita

4
tetap perlu dihormati dan diangkat darjatnya selaras dengan lunas-lunas Islam. Mereka
mempunyai hak yang sama dalam menggadai, memberi sewa, menyewa, menjual, membeli,
mewakaf dan mendapat faedah daripada harta mereka. Sebagaimana firman Allah:

Terjemahan: “Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu bapa dan
kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa
dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bagian yang telah ditetapkan.”
(Surah An-Nisa: 7)

Berdasarkan konteks yang dipaparkan bahawa Islam telah meletakkan darjat yang
tinggi akan hak wanita dalam mengendalikan harta pemilikan mereka. Kaum wanita telah
diberikan hak kebebasan ekonomi dalam Islam berbandingkan kaum wanita Barat yang hanya
memperoleh hak tersebut setelah satu tempoh perjuangan yang panjang sehingga terpaksa
mengorbankan akhlak dan kehormatan mereka seperti melacur dan menjadi hamba abdi.
Wanita Islam dapat memilik, mengurus harta milik dan menggunakan harta miliknya secara
langsung dan peribadi tanpa sebarang campur tangan dari orang tengah. Mereka juga berhak
untuk memberi dan menyumbang harta kepada sesiapa sahaja. Ini menunjukkan wanita juga
memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi Negara atau pendek kata,
wanita menjadi entiti yang penting sebagai penggerak ekonomi sesebuah Negara.

Dalam Islam juga, prinsip keadilan merupakan sesuatu yang penting iaitu tidak hanya
berpandukan kepada satu faktor sahaja iaitu kekuatan fizikal dan jantina terutamanya dalam
isu pembahagian harta pusaka. Isu dominasi kaum Adam dan diskriminasi kaum Hawa tidak
menjadi wadah dalam Islam dan sama sekali tidak dibenarkan. Menurut Raazin (2016), Faraid
ialah pembahagian harta pusaka si mati (orang Islam) yang ditetapkan oleh syariat. Secara
umum perempuan akan mendapat ½ daripada apa yang diwarisi oleh lelaki. Namun, terdapat
pecahan yang lebih terperinci bergantung kepada waris si mati yang sah. Perempuan itu
berhak ke atas harta yang diwarisi mengikut Faraid sepenuhnya dan tidak bertanggungjawab
dari segi kewangan untung menampung anak-anak atau waris yang lain. Hal ini secara
keseluruhannya menunjukkan bahawa Sistem Ekonomi Islam sama sekali tidak menindas
dan menjaga kedudukan kaum wanita.

5
Rumusan

Kesimpulannya, Sistem Ekonomi Islam sangat sesuai diamalkan dalam sesebuah


Negara kerana Sistem Ekonomi Islam lebih bersifat keadilan dan memberi kepuasan kepada
semua pihak sama ada golongan kaya mahupun golongan miskin. Sistem ekonomi Islam juga
mampu memupuk sifat kesejagatan dalam kalangan masyarakat sekaligus dapat membina
masyarakat yang sejahtera, bahagia dan saling prihatin antara satu sama lain. Begitu juga
dengan golongan wanita, sistem ini tidak sama sekali menindas kaum wanita dan dapat
meningkatkan martabat wanita seiring dengan kemajuan Negara sehingga ke persada dunia.

6
Rujukan

Afzal-Ur-Rahman (2007), “Doktrin Ekonomi Islam Jilid 1.” Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Azlan Khalil dan Siti Khursiah (2006), “Pengantar Ekonomi Islam” , iBook.

Dr.Hailani (2004), “Sistem Ekonomi Islam dan Dasar Belanjawan’, Al Rahmaniah Badan
Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Mustafa Dakian (2005), “Sistem Kewangan Islam”, Utusan Publications.

Asri (2009: 3 Mac) . Sistem Ekonomi Islam vs Sistem Konvensional


https://www.scribd.com/doc/29759117/Sistem-Ekonomi-Islam-Dan-Ekonomi-Konvensional

Anda mungkin juga menyukai