Anda di halaman 1dari 23

P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 1

BURUH DAN
ANALISIS
UPAH
OBJEKTIF
FF:

OBJEKTIF AM:

Memahami kepentingan tenaga kerja dalam


sesebuah perniagaan dan bagaimana kos
buruh dikawal.

OBJEKTIF KHUSUS:
Di akhir ini anda sepatutnya dapat:

1. Menerangkan prosedur pengambilan dan


persaraan pekerja

2. Menghuraikan sebab-sebab berlaku


pemberhentian pekerja

3. Menerangkan jenis-jenis kos pusing ganti buruh.

4. Mengira kadar pusing ganti buruh

5. Menerangkan kaedah-kaedah merekod masa


buruh.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 2

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

INPUT

5.0 PENGENALAN

T enaga kerja merupakan nadi pengerak sesebuah perniagaan. Tanpa tenaga kerja
perniagaan tidak dapat memperolehi sebarang hasil. Orang yang diambil bekerja harus
dipadankan dengan tugas yang sesuai, dilatih, dibayar gaji yang berpatutan,dimotivasi
serta dinilai prestasinya dan diberi peluang bekerja dalam suasana yang sesuai.

Penekanan masa kini ialah mempunyai pekerja yang sesuai, ditempat yang sesuai pada masa
yang sesuai. Buruh merupakan kos yang penting di dalam semua organisasi. Oleh itu kos buruh
harus sentiasa dikawal.

Kerja rajin-rajin nanti


bos sayang
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 3

5.1 PROSIDUR PENGAMBILAN DAN PERSARAAN PEKERJA

Siapa yang bertanggung jawab ?

Jabatan sember manusia bertanggung jawab terhadap perlantikan, pemberhentian, pertukaran,


pembahagian pekerja dan cara pembayaran upah pekerja.

Ada
kerja
kosong?

5.1.1 PENGAMBILAN

Adakah saya layak diambil bekerja?

Kakitangan yang baru akan diambil oleh pengurus kakitangan sekiranya terdapat permintaan yang
sah daripada jabatan-jabatan tertentu. Kempen pengiklanan harus menarik perhatian calon-calon
yang sesuai. Perlantikan sebenar akan dilakukan setelah pemeriksaan dan /atau temuduga dijalankan
dan atas cadangan yang memohon pekerja.

Apabila seseorang diambil bekerja , rekod kakitangan (fail peribadi pekerja) mestilah disediakan
untuk mencatatkan segala butir mengenai perlantikan tersebut serta sepanjang perlantikan. Pekerja
baru mungkin perlu dilatih. Latihan yang bersesuai harus dibentuk dan dilaksanakan.
Rajah 5.1 adalah kad rekod pekerja yang akan diberikan kepada setiap pekerja.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 4

KAD REKOD PEKERJAAN PEKERJA


Butir-butir Peribadi
Nama penuh: Tarikh Perlantikan:
Alamat: No. Kad Pengenalan:
No. telefon: Jabatan:
Bangsa: No. KWSP:
Agama: No. PERKESO:
Jantina: No. Cukai pendapatan:
Tarikh lahir: Diperkenalkan oleh:
Taraf Perkahwinan: Pekerjaan terakhir:
Kewarganegaraan: Alamat:

Rekod Perkhidmatan
Tarikh Jawatan yang dipegang Gred Jabatan Gaji

Kelayakan Pendidikan dan Latihan


Tarikh Pencapaian Tarikh Pencapaian

Rajah 5.1 : Kad Rekod pekerja


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 5

5.1.2 PEMBERHENTIAN/PERSARAAN PEKERJA

Saya dapat
kerja lain…
Mengapa gaji lagi besar
nak berhenti tau…..
?

K ekadang sesetengah pekerja meninggalkan organisasi secara tiba-tiba tanpa sebarang


sebab. Biasanya Pegawai Personel akan sedaya upaya mencari sebab-sebab
pemberhentian sama ada ia atas kehendak sendiri, sebab-sebab tidak boleh dielakkan
atau sebab yang boleh dielakkan.

Seorang Ketua Jabatan atau unit tidak mempunyai kuasa untuk memberhentikan pekerja mereka.
Ketua jabatan harus memberi cadangan kepada Pegawai Personel untuk memberhentikan
pekerjanya. Kemudian Pegawai Personel akan menyiasat sebab-sebab masalah itu timbul. Sekiranya
ia berpunca daripada kedua-dua pihak, jalan tengah akan diambil dengan memindahkan pekerja
tersebut ke jabatan lain.

Persaraan pada umur wajib, kesihatan dan kematian adalah diantara sebab-sebab pemberhentian
yang tidak boleh dielakkan. Pemberhentian pekerja harus dielakkan kerana tindakan ini akan
menimbulkan lebih banyak masalah yang lain.

Mengapa nak berhenti ?

Majikan harus menemui sebab mengapa kakitangan meninggalkan organisasi tersebut supaya
tindakan boleh diambil untuk memperbaiki keadaan. Pengiraan kadar pusing ganti buruh akan
membantu pihak pengurusan melihat kegentingan masalah ini. . Ada banyak faktor yang
mempengaruhinya :-

i. Sebab-sebab yang boleh dielakkan

1. upah /gaji yang murah


2. persekitaran kerja yang tidak kondusif
3. hubungan sesama pekerja tidak baik
4. wujud pertubuhan pekerja yang bertentangan matlamat dengan
objektif organisasi
5. kerja yang tidak sesuai dengan kemahiran
6. kekurangan kemudahan/ banafat disediakan untuk pekerja
7. latihan tidak mencukupi
8. ketua yang tidak adil
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 6

ii. Sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan

Kekadang sesetengah pekerja meninggalkan organisasi disebabkan oleh kepentingan dan


tindakan pihak pengurusan. Ini adalah sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan , antaranya:-

1. Pemberhentian kerja sebab tidak berdisplin, berperangai tidak elok dan lain-lain.

2. Pengecilan dan penjimatyan syarikat akibat daripada kekurangan sumber, kekurangan


permintaan, keadaan persaingan, ekonomi dan lain-lain.
Pekerja perlu
Pekerja perlu
berdisplin
berdisplin

iii. Sebab-sebab Personel

Kekadang sesetengah pekerja meninggalkan organisasi atas kehendak sendiri dan pihak
pengurusan tidak boleh berbuat apa-apa. Antaranya:-

1. mendapat kerja baru yang lebih baik


2. kematian
3. persaraan pada usia 55 tahun
4. kesihatan
5. masalah keluarga
6. perkahwinan Saya perlukan suasana kerja yang
7. ingin mencari persekitaran kerja yang lebih baik. Sayauntuk
kondusif perlukan suasana kerja
meningkatkan yang
motivasi.
kondusif untuk meningkatkan motivasi.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 7

Berapa banyakkah kos yang perlu ditanggung akibat pemberhentian?

Kos
Kos
Kerugian pengiklanan
Kerugian pengiklanan
pengalama
pengalama
n
n

KOS Kos pengambilan


Kos pengambilan
semula- temuduga
PUSING semula- temuduga
Kos latihan GANTI
Kos latihan BURUH

Rajah 5.2 : Kos Pusing Ganti Buruh

Pelajar sekelian, Rajah 5.2 di atas menunjukkan kos yang biasanya akan ditanggung oleh
majikan akibat pemberhentian pekerja.

5.1.3 KADAR PUSING GANTI BURUH

Apa itu Kadar pusing ganti buruh ?

Ialah kadar pemberhentian pekerja pada sesuatu tempoh perakaunan.

Persamaan kadar pusing ganti buruh adalah seperti berikut:-

Bilangan purata pekerja yang berhenti + diganti semula pada tahun itu
* Bilangan purata pekerja yang bekerja pada tahun itu

 Bilangan Purata Pekerja Yang Bekerja Pada Tahun Itu =


(Bil. Pekerja pada tempoh permulaan + bil. yang diambil kerja pada tempoh penghujung) / 2
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 8

Contoh 5-1

Maklumat berikut diperolehi mengenai Syarikat Anton bagi tempoh sepanjang tahun 1994:
Bilangan pekerja yang diambil bekerja pada 1.1.2000 ialah seramai 120 orang. Sepanjang tahun
tersebut 24 orang pekerja baru telah diambil bekerja dan 18 orang telah berhenti:-

Anda dikehendaki mengira :-


1. bilangan pekerja pada 31.12.2000
2. kadar pusing ganti buruh.

Jawapan

1. bilangan pekerja pada 31.12.2000

bil. Pekerja pada 1.1.2000 120


+ pekerja baru 24
- pekerja berhenti 18
126

2. kadar pusing ganti buruh = (24 + 18 )/ 2


----------------- x 100%
(120 + 126 )/ 2

= 17.07 %
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 9

FAKTA
FAKTAKUNCI
KUNCI

1. Pengambilan pekerja melalui iklan temuduga terpilih


kad rekod pekerja disediakan lantikan dan pengesahan jika perlu.

2 Pemberhentian disebabkan oleh sebab-sebab boleh dielakkan, tidak boleh dielakkan


dan sebab personel.

3. kadar pusing ganti buruh = (bil. Purata berhenti + diganti semula pd tahun itu)x 100%
(bil. Purata pekerja yang bekerja pd tahun itu)
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 10

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

AKTIVITI 5A

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.


SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 5a-1

Terangkan dengan ringkas 5 sebab pemberhentian pekerja atas sebab-sebab yang tidak boleh
dielakkan.

Soalan 5a-2

Berikan 5 cara bagaimana Pegawai Personel boleh mengurangkan kadar pusing ganti buruh.

Soalan 5a-3

Berikut adalah rekod pusingganti pekerja dan maklumat mengenai 3 orang pekerja di Syarikat F&F.

Jab. A Jab.B
Bil. Pekerja pada awal 72 34
tempoh perakaunan
Tambahan pekerja dalam
tempoh perakauan 14 9
Bil. Pekerja berhenti dalam
tempoh perakaunan 11 7

Anda dikehendaki mengira:


1. Bilangan pekerja pada akhir tahun.
2. Kadar pusing ganti buruh bagi setiap jabatan.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 11

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

MAKLUMBALAS 5A

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
Jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5A

Jawapan 5a-1

Lima (5) sebab –sebab yang tidak boleh dielakkan:-

1. pekerja yang tidak berdisplin


2. pengecilan dan penjimatan organisasi
3. persaraan
4. kematian
5. masalah keluarga.

Jawapan 5a-2

Lima (5) cara untuk mengurangkan kadar pusing ganti buruh:-

1. semak semula kadar gaji pekerja


2. mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif
3. sediakan lebih banyak banafaat kepada pekerja.
4. pengagihan kerja mengikut kemahiran
5. lebih banyak program sesama pekerja bagi mengeratkan hubungan majikan dan
pekerja.
6. lain-lain jawapan yang releven.
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 12

Jawapan 5a-3

i. Bilangan pekerja pada akhir tahun


Jabatan A = 72+14-11 = 75
Jabatan B = 34+9-7 = 36

ii. Jabatan A Jabatan B


bilangan purata berhenti
dan diganti (14+11)/2 (9+7)/2
125 8

bilangan purata diambil


bekerja (72+75)/2 (34+36)/2
= 73.5 = 35

Kadar pusing ganti buruh 12.5/73.5 x 100 8/35 x100


= 17% = 22.9%

BURUH DAN
ANALISIS UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 13

INPUT

5.2 KAEDAH –KAEDAH MEREKOD MASA BURUH

Pelajar-pelajar , anda perlu mencatatkan dengan tepat masa buruh untuk tujuan-tujuan berikut:-
untuk tujuan-tujuan berikut:-

1. tujuan menghitung upah


2. menganalisis masa yang diambil bagi tujuan pengkosan
3. tujuan perancangan dan kawalan

Bagaimana merekod masa buruh ?


Ada dua kaedah merekod masa buruh digunakan iaitu berdasarkan kepada kedatangan dan
pengeluaran.

1. Rekod Kedatangan (Attendence Records)


Dikenali sebagai kad perakam waktu (clock cards). Merujuk kepada Rajah 5.3 di bawah masa kerja
dikira berdasarkan kehadiran pekerja.

NAMA: TAHUN:
NO. PEKERJA: BULAN:
JABATAN:

Tarikh Masuk Keluar Kenyataan Tandatangan


(IN) (OUT)
1
2
3

31

Rajah 5.3: Kad Perakam Waktu (Clock Cards)


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 14

2. Rekod Pengeluaran (Output Records)

Jenis rekod pengeluaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut:-

I. Lembaran masa (Time Sheets)

Kad ini diisi oleh ketua pekerja . Dia akan mencatatkan masa yang diambil untuk setiap kerja.
Lembaran masa diisi dan dihantar kepada Jabatan kos setiap hari atau setiap minggu . Lembaran ini
dikenali sebagai lebaran masa mingguan dan lembaran masa harian. Untuk lebih memahami
lembaran masa, anda dikehendaki merujuk kepada Rajah 5.4 dan Rajah 5.5 di bawah.

LEMBARAN MASA MINGGUAN

Nama Pekerja: Minggu:


No. Pekerja: Tarikh:
Jenis No. Keterangan Jumlah
kerja kerja Mengenai
kerja A I S R K J S
Pesanan Lebih masa

Tandatangan pekerja: Tandatangan Ketua:

Rajah 5.4: Lembaran Masa Mingguan (Weekly Time Sheet)


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 15

LEMBARAN MASA HARIAN

Nama pekerja: Tarikh:


No. Mesin : Minggu ke:

No.
pesanan Keterangan Masa Masa Jam kadar Jumlah
kerja kerja mula tamat kerja

Tandatangan pekerja: Disahkan oleh: Untuk kegunaan pejabat

Rajah 5.5: Lembaran Masa Harian (Daily Time Sheet)

Kerja …kerja…
jangan ponteng
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 16

II. Kad Kerja (Job Cards)

Diisi oleh pekerja untuk merekodkan masa yang diambil untuk sesuatu kerja yang tertentu.
Rajah 5.6 menunjukkan dua contoh kad kerja yang biasa digunakan .

LTR Sdn. Bhd. KAD KOS HARIAN M No. L.S.F 100

No. KERJA Masa Rekod Masa


Tamat 9.11
411 Mula 1.11 8.00
Tamat 10.34
328 Mula 1.19 9.15
Tamat 12.01
1048 Mula 1.35 10.36
Tamat 3.21
7564 Mula 2.23 12.58
Tamat 3.53
438 Mula 0.25 3.28
Tamat 5.31
521 Mula 1.32 3.59
Tamat
Mula
Tamat
Mula

Sistem Antarabangsa

Rajah 5.6: Kad Kerja

III. Tiket kerja (Operation Card / Piecework ticket)


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 17

Mari kita teliti Rajah 5.7 di bawah. Kad ini dikeluarkan untuk setiap operasi di dalam satu kerja.

PIECE- WORK ORDER


No.:
Nama pekerja: Tarikh:
Masa mula: Masa diambil:

Bahagian/Jabatan: Harga:
Operasi: Kuantiti:

No. Kerja Lulus Rosak Kadar RM

Tandatangan pekerja: Tandatangan pemeriksa:


Ketua/Foreman :

Rajah 5.7 : Tiket kerja


P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 18

FAKTA KUNCI
FAKTA KUNCI

Unit 5.2 dapat disimpulkan seperti petaminda dibawah:

REKOD
PENGELUARAN

REKOD
KEDATANGAN
KAD MEREKOD MASA
KAD
KERJA
KERJA BURUH KAD
KAD
PERAKAM
PERAKAM
MASA
MASA

TIKET
TIKET
KERJA
KERJA

LEMBARA
LEMBARA
N MASA
N MASA

BURUH DAN
ANALISIS UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 19

AKTIVITI 5B

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.


SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUT.

Soalan 5b-1

Mengapakah pencatatan masa buruh sangat penting ?

Soalan 5b-2

Terangkan secara ringkas 3 kaedah merekod masa yang biasa diamalkan oleh syarikat - syarikat
perkilangan dalam usaha mereka mengawal kakitangan-kakitangan pengeluarannya.

Soalan 5b-3

Terangkan mengenai kad perakam waktu (clock cards)

BURUH DAN
ANALISIS UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 20

MAKLUMBALAS 5B

Perhatian!
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya
Jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5B

Jawapan 5b-1

Pencatatan masa buruh penting untuk tujuan:-


 menghitung upah
 menganalisis masa yang diambil bagi tujuan pengkosan
 perancangan dan kawalan

Jawapan 5b-2

Antara kaedah merekod


 lembaran masa harian
 lembaran masa mingguan
 tiket kerja
 kad tebuk
 rekod kedatangan.

Jawapan 5b-3

Kad perakam waktu adalah satu alat yang digunakan untuk merekodkan kedatangan pekerja.
Rujuk rajah 5.2

BURUH DAN
ANALISIS UPAH

PENILAIAN
KENDIRI
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 21

S
ila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda
pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila
berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

Soalan 5-1

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pusingan buruh. Berikan 5 alasan yang menyebabkan
sesebuah syarikat mengalami kadar tukar ganti buruh yang tinggi.

Soalan 5-2

Berikan pendapat anda ,adakah kadar pusing ganti yang tinggi memberi gambaran yang negatif
kepada syarikat.

Soalan 5-3

Berikut adalah rekod pusingganti pekerja dan maklumat mengenai 3 orang pekerja di Perniagaan
Baik Shara Haqkeem.

Jab. 1 Jab. 2 Jab. 3


Bil. Pekerja pada 1.1.2000 144 68 212
Tambahan pekerja pada tahun 2000 28 18 46
Bil. Pekerja berhenti
pada tahun 2000 22 14 36

Anda dikehendaki mengira kadar pusing ganti buruh.

BURUH DAN
ANALISIS UPAH
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 22

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu?


Jika ‘ya’, sila semak jawapan anda.

Jawapan 5-1

Kadar pusingan buruh ialah satu pengukuran bilangan pekerja yang berhenti meninggalkan
organisasi dan bilangan pekerja yang menggantikan kekosongan yang wujud dalam sesuatu
jangkamasa, diberi dalam bentuk peratusan dari jumlah purata bilangan pekerja yang terdapat
dalam jangkamasa tersebut. Ianya dikira berdasarkan formula berikut:-

(bil. Pekerja yang berhenti+ diganti)/ (bil. Purata pekerja diambil) X 100%

Lima (5) alasan:-

 kadar bayaran yang rendah dan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.
 Keadaan tempat kerja yang tidak sesuai.
 Persaraan
 Kematian
 Latihan yang tidak mencukupi.

Jawapan 5-2
P 3202 - PERAKAUNAN KOS P 3202 / UNIT 5 / 23

Kadar pusing ganti buruh yang tinggi memberikan gamabaran yang negatif kepada syarikat
kerana mungkin masyarakat berpendapat bahawa syarikat tersebut mempunyai:-
 Pengurusan yang lemah
 Upah yang murah
 Kebajikan pekerja tiada atau sedikit
 Hubungan sesama pekerja kurang baik
 Lain-lain jawapan yang releven.

Jawapan 5-3

Bilangan pekerja akhir tahun ialah 150, 72 dan 212 untuk setiap jabatan.
Kadar pusing ganti buruh =
(22+28+18+14+46+36)/6
(144+150+68+72+222+212)/6
= 18.89%