Anda di halaman 1dari 6

Technical Analysis – Bahasa Melayu

kyaputen.com /technical-analysis-bahasa-melayu/

1/23/2016

Anda sekarang di langkah 4 dari 7:

1) Intro
2) CDS
3) Fundamental Analysis
4) Technical Analysis
5) Trading Tips
6) Buat Untung
7) Q&A

Technical Analysis (TA) digunakan oleh pedagang saham untuk mencari titik keuntungan optimum masuk dan
keluar. Kami akan perkenalkan TUJUH elemen paling asas dan penting dalam TA. Kami menggunakan
BursaStation (perisian charting berbayar) untuk semua chart di bawah:

*Lihat ChartNexus untuk perisian charting percuma.

**Di sesetengah tablet, gambar akan jadi sedikit kabur, sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas. Kami
akan cuba untuk selesaikan isu ini secepat mungkin.

ANAK PANAH HIJAU BERMAKSUD BELI, DAN ANAK PANAH MERAH BERMAKSUD JUAL

1) Support and Resistance: Bila harga saham naik ke satu harga dan jatuh balik, ini dipanggil ‘Resistance’.
Bila harga jatuh ke satu harga dan rebound naik balik, ini dipanggil ‘Support’. BELI di kawasan ‘Support’. JUAL
jika harga jatuh di bawah ‘Support’

2) Trend Line: Sambungkan sekurang-kurangnya 2 titik ‘Support’ dan 2 titik ‘Resistance’ untuk membuat ‘Trend
Line’. BELI di kawasan ‘Support Line’. JUAL jika harga jatuh di bawah ‘Support Line’
1/6
3) Fibonacci Retracement: Menggunakan ‘nisbah emas’, kita boleh mencari ‘Support’ yang sebenar. Tarik titik
0% dari ‘Resistance’ sampai 100% di ‘Support’. BELI jika harga rebound di kawasan 50% atau 61.8%. JUAL jika
harga turun sehingga 78.6%

2/6
4) Moving Average: Purata bergerak. Sebagai contoh: moving average 5, bermaksud purata harga tutup 5 hari
terbaru. Ini digunakan untuk melihat ‘price trend’. BELI jika ma5 potong naik ma20. JUAL jika ma5 jatuh bawah
ma20

5) Bollinger Band: Lower band boleh menjadi ‘support’, upper band boleh menjadi ‘resistance’. Mid band boleh
menjadi kedua-dua ‘support’ jika harga di atas mid band, dan ‘resistance’ jika harga di bawah mid band. BELI
jika harga potong naik ‘mid band’. JUAL jika harga jatuh bawah ‘mid band’

3/6
6) MACD: Menunjukkan trend harga. BELI jika garisan MACD potong naik garisan signal. JUAL jika garisan
MACD jatuh bawah garisan signal

7) RSI: Menunjukkan kekuatan trend. BELI jika RSI potong naik 50%. JUAL jika RSI jatuh bawah 70% (dari
atas)

4/6
BONUS: Ichimoku Kinko Hyo

Penunjuk ini biasa digunakan untuk pelaburan jangka masa panjang dalam kaunter blue chip, indeks, pasaran
hadapan, komoditi, dan juga forex. BELI jika (JUAL jika semua kriteria bertukar sebaliknya):

Harga potong naik cloud


Harga potong naik kijun line
Tenkan line potong naik kijun line
Chikou line potong naik harga di 26 lilin belakang

5/6
Tips Kyaputen: Gabungkan semua di atas untuk mendapat keuntungan yang optimum

6/6

Anda mungkin juga menyukai