Anda di halaman 1dari 31

Category Archives: Bab 1 (Directed

Number)
BAB 1
1.2 Pembahagian Integer

•Jika dua integer didarabkan dengan tanda yang sama , maka hasilnya adalah positif

•Manakala jika dua integer didarabkan dengan berlainan tanda , maka hasilnya adalah negatif

Jadual Pembahagian

Penerangan …….

•Hasil pembahagian dua integer adalah positif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda
yang sama seperti (a) dan (d) dalam jadual di atas.

•Hasil pembahagian dua integer adalah negatif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda
yang tidak sama seperti (b) dan (c) dalam jadual di atas.

•Hasil pembahagian suatu integer dengan sifar (zero) akan sentiasa sifar seperti (e) dan (f)
dalam jadual di atas.
Contoh Pembahagian:

a)-15 ÷ 3 = – (15 ÷ 3 )

=–5

nombor -15 adalah bernilai negatif , manakala 3 adalah bernilai positif . Hasilnya adalah
negatif .

b)(-72) ÷ (-8) = + (72 ÷ 8 )

=9

-72 adalah bernilai negatif , manakala -8 adalah bernilai negatif . Hasilnya adalah positif .

Category Archives: Bab 2 (Squares, Square


roots, Cubes, Cube roots)
Bab 2
Pengenalan

Kuasa dua dan punca kuasa dua adalah antara tajuk yang sukar di peringkat menengah rendah.
Strategi pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan, banyak tertumpu kepada kaedah
hafalan di samping pendedahan , dan kemahiran menggunakan buku sifir serta kalkulator
eletronik. Para pelajar hanya mengetahui bahawa; punca kuasa dua adalah songsangan bagi
kuasa dua, dan begitulah sebaliknya, kuasa dua adalah songsangan bagi punca kuasa dua.
Penggunaan simbol yang ‘archaic’ dan istilah yang tidak tekal ( seperti ‘kuasa’ dan ‘punca’ ),
telah menambahkan lagi kesukaran dan kekeliruan di kalangan pelajar. Pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna bukan sahaja dapat membantu pelajar membina skim
pengetahuan yang betul, malah dapat menimbulkan rasa minat dan cinta terhadap matematik.

Kuasa dan Punca

 Kuasa dua suatu nombor ialah hasil darab nombor itu dengan dirinya.

 Nombor bercampur ditukar kepada pecahan tidak wajar terlebih dahulu sebelum di
kuasa duakan

 Punca kuasa dua nombor negatif tidak wujud.


Square

Cara pengiraan kuasa dua

1x1=1 1 is a square number

2x2=4 4 is a square number

3x3=9 9 is a square number

4 x 4 = 16 16 is a square number

5 x 5 = 25 25 is a square number

6 x 6 = 36 36 is a square number

7 x 7 = 49 49 is a square number

8 x 8 = 64 64 is a square number

9 x 9 = 81 81 is a square number

10 x 10 = 100 100 is a square number

11 x 11 = 121 121 is a square number


12 x 12 = 144 144 is a square number

13 x 13 = 169 169 is a square number

14 x 14 = 196 196 is a square number

15 x 15 = 225 225 is a square number

Cubes
Bab 3
UNGKAPAN ALGEBRA 2

 Anu ialah kuantiti tertentu yang tidak diketahui nilai nya.

 Anu biasanya diwakili oleh simbol bergambar atau huruf abjad.

Contoh:

 Ada x bilangan kasut.

 3x : 3 ialah pekali manakala x ialah anu

Kembangan:

i) a (b + c) = ab + ac

ii) ab (x + y) = abx + aby

iii) (a + b)(c + d) = ac + ad + bc + bd

iv) (a + b)² = a² + 2ab + b²

v) (a – b)² = a² – 2ab + b²

vi) (a + b)(a – b) = a² – b²

Pemfaktoran:

i) ab + ac = a(b + c)

ii) a² – ab = a(a – b)

iii) a² – b² = (a – b)(a + b)

iv) a² + 2ab + b² = (a + b)²

v) a² – 2ab + b² = (a – b)²

vi) ab + ac + db + cd = a(b + c) + d(b + c) = (a + d)(b + c)

Faktor:

i) Faktor bagi 6y² ialah 1, 2, 3, 6, y, 2y, 3y, 6y, y², 2y², 3y², dan 6y²
Persamaan Linear

i) 4 + 6 = 16 – 6

ii) 2 + 5 tidak = 2 x 5

Persamaan Linear dalam satu Anu:~

 Sebutan linear ialah sebutan yang mempunyai hanya satu anu dan kuasanya ialah
satu.
 Misalnya 2a, 3b, -4c, ialah sebutan linear manakala 2ab, 4ac, 10xy bukan sebutan
linear.

Persamaan Linear dalam dua Anu:~

 Contoh: 2x + 3y = 6

Rumus Algebra

Pembolehubah dan Pemalar:~

 Pembolehubah ialah suatu kuantiti yang nilainya tidak tetap. Contoh: Terdapat x
kucing.
 Pemalar ialah suatu kuantiti yang nilainya tetap. Contoh: Satu hari ada 24 jam.

Rumus:~

 Merupakan persamaan yang mengaitkan beberapa pembolehubah. Contoh: L = xy + 3


BAB 4 ( Linear Equations I )
Persamaan Linear

i) 4 + 6 = 16 – 6

ii) 2 + 5 tidak = 2 x 5

Persamaan Linear dalam satu Anu:~

 Sebutan linear ialah sebutan yang mempunyai hanya satu anu dan kuasanya ialah
satu.
 Misalnya 2a, 3b, -4c, ialah sebutan linear manakala 2ab, 4ac, 10xy bukan sebutan
linear.

Persamaan Linear dalam dua Anu:~

 Contoh: 2x + 3y = 6

Rumus Algebra

Pembolehubah dan Pemalar:~

 Pembolehubah ialah suatu kuantiti yang nilainya tidak tetap. Contoh: Terdapat x
kucing.
 Pemalar ialah suatu kuantiti yang nilainya tetap. Contoh: Satu hari ada 24 jam.

Rumus:~

 Merupakan persamaan yang mengaitkan beberapa pembolehubah. Contoh: L = xy + 3


BAB 5 ( Ratio , Rates and Proportions I )
Nisbah dan Kadar

 Nisbah dua kuantiti adalah perbandingan di antara dua kuantiti yang mempunyai
unit yang sama.
 Ditulis dalam bentuk 1:2 atau ½ .
 Kadaran ialah kesamaan nisbah di antara dua pasangan kuantiti.
 Kadar ialah perubahan sesuatu kuantiti yang lain.

-Purata laju = Jumlah jarak yang dilalui ¸ Jumlah masa yang diambil (30km/j)

 Pecutan ialah kadar perubahan laju berhubung dengan masa:

-Pecutan = Perubahan laju ¸ masa diambil

Nisbah dan Kadar 1

 Nisbah juga boleh diterbitkan.


 Contoh :

a : b = 3:4 maka a = 3 dan b = 4,

maka a : a+b

= 3 : 3+4

= 3:7

= a : b = 3 : 4 ,

= b : c = 4 : 9

maka a : b : c

= 3 : 4 : 9

 boleh diterbit terus kerana kuantiti nisbah bagi b adalah sama

a : c = 3 : 9 = 3/3 : 9/3

= 1 : 3

 Jika tiada kuantiti yang sama, mesti disamakan dahulu sebelum diterbitkan.
 Contoh:

a : b = 4 : 3 , b : c = 9 : 2 , maka samakan kuantiti b

a = 4X 3, b = 3 X 3 , maka a : b = 12 : 9
a : b : c = 12 : 9 : 2

 Kadar dan nisbah adalah berlaku secara bersama.


 Contoh:

a : b = 2 : 5 . Jika a = 10, berapakah nilai b?

penyelesaian = a : b

2 : 5

a = 10 maka, X 5 ( X 5 ) ——- ini ialah kerana kadarnya adalah 5 kali

10 : 25

Jawapan : maka b = 25

 Contoh kadaran : x dan y adalah berkadaran . Bila x = 12, y = 28 . Cari nilai x


apabila y = 56.
 Penyelesaian:

Kadar y daripada 28 menjadi 56 adalah X 2, maka

x = 12 X 2 = 24
Bab 6 (Pythagoras Theorem )
Segitiga ABC di bawah ialah segitiga bersudut tepat. Jika anda tahu panjang bagi dua sisi
dalam satu segitiga bersudut tepat, anda akan dapat mencari panjang sisi ketiga dengan
menggunakan Pythagoras Theorem. Pythagoras Theorem adalah salah satu teori paling
penting dalam matematik, kerana ia mempunyai pelbagai fungsi dalam pelaksanaan sesuatu
situasi dan masalah teknikal. Pythagoras Theorem menjelaskan hubungan antara sisi di dalam
segitiga bersudut tepat.
Bab 7 ( Construction )
Category Archives: Bab 8 ( Coordinates )
BAB 8 ( Coordinates )
Koordinat

 Koordinat menggunakan Sistem Cartesan.

Jarak:~

 Jarak di antara sebarang titik (Teorem Pithagoras diaplikasikan)

= ( x2 – x1 )² + ( y2 – y1 )²

Titik tengah:~

= [ (x1 + x2) ¸ 2 , (y1 + y2) ¸ 2 ]

Category Archives: Bab 9 ( Circle I )


BAB 9 ( Circle I )
Bulatan

Bulatan dan bahagiannya:~

 Titik tengah di tengah bulatan ialah pusat bulatan. Jarak tetap daripada pusat bulatan
ke lilitannya ialah jejari bulatan.
 Lilitan ialah panjang sempadan suatu bulatan.
 Perentas ialah garisan lurus yang menyambungkan dua titik pada lilitan.
 Diameter ialah perentas yang melalui pusat bulatan.
 Lengkok ialah sebarang bahagian daripada lilitan bulatan.

(a) Lengkok major ialah lengkok melebihi separuh lilitan bulatan

(b) Lengkok minor pula ialah lengkok kurang daripada separuh lilitan bulatan.

 Sektor ialah kawasan yang dibatasi oleh dua jejari dalam satu lengkok.

(a) Sektor major ialah sektor yang lebih besar daripada satu semibulatan

(b) Sektor minor ialah sektor yang kurang daripada semibulatan.(rujuk rajah 8)
 Semibulatan ialah separuh bulatan atau rantau yang dibatasi oleh diameter dan
lengkok bulatan.
 Tembereng ialah rantau yang dibatasi oleh satu lengkok dan satu perentas (rajah 9).

 Tembereng minor = bahagian yang kurang daripada semibulatan


 Tembereng major = bahagian yang lebih besar daripada satu semibulatan

Lilitan bulatan:~

 Rumus : Lilitan bulatan = p x diameter = p d

= 2p x jejari = 2p j

Luas bulatan:~

 Rumus : Luas bulatan = p x (jejari)²

= p j²

 Anulus ialah rantau yang dibatasi oleh dua bahagian yang sepusat.
 Luas anulus = Luas anulus besar – luas bulatan kecil

Panjang lengkok:~

 Panjang lengkok ialah berkadaran dengan sudut yang tercangkum pada pusat bulatan.
 Rumusnya : Panjang lengkok ¸ panjang lilitan = Sudut pada pusat ¸ 360°

Panjang lengkok ¸ 2p j = Sudut ¸ 360°

Panjang lengkok = Sudut ¸ 360° x 2p j

Luas sektor:~

 Rumus : Luas sektor ¸ luas bulatan = Sudut sektor ¸ 360°

Luas sektor = Sudut sektor ¸ 360° x Luas bulatan

Sudut dalam bulatan:~

 Sudut pada pusat bulatan ialah dua kali ganda sudut pada lilitan
Bab 10 (Transformation I )
Bab 10 penjelmaan
Pantulan

Jarak di antara objek ke paksi pantulan mesti sama dengan jarak di antara imej ke paksi pantulan dan
garis lurus di antara objek dan imej mesti berserenjang dengan paksi pantulan.
Translasi

Contoh : Translasi ialah pergerakan secara mengufuk (+4) diikuti secara melengkung (-1).

Jika penjelmaan dilakukan pada titik ke 2, maka pergerakan dari titik ke 2 objek ke titik ke 2 imej

yang mesti dilihat.

– Pergerakan secara mengufuk (x)

(i) Jika ke kanan pergerakan +ve

(ii) Jika ke kiri pergerakan -ve

– Pergerakan secara melengkung (y) (i) Jika ke atas pergerakan +ve


Jika ke bawah pergerakan –ve

Putaran

Jarak di antara objek ke pusat putaran dan jarak di antara imej ke pusat putaran sama. Di antara dua
garis lurus tersebut mesti membentuk sudut yang dikehendaki

Contoh : Putaran 90° araj jam pada pusat asalan.


Peta Minda

contoh:2
Bab 11 (Solid Geometri )
bab 11 (Solid Geometri )
Ciri-ciri geometri pepejal:

1. prisma

. Prisma ialah pepejal yang mempunyai dua muka bersetentang berbentuk poligon yang
kongruen dan selari.

. Prisma tegak ialah prisma yang tapaknya bersudut tegak dengan tepi-tepi sisinya.

. Keratan rentas prisma ialah keratan yang bersudut tegak dengan tepi sisinya.

GAMBARAJAH PRISMA.
2. Piramid Tegak.

. Piramid ialah pepejal yang mempunyai tapak berbentuk poligon dan muka-muka condong
yang berbentuk segi tiga dan mempunyai mercu sepunya.

. Piramid tegak adalah piramid dengan mercunya mencacang di atas titik tengah tapak.

. Tinggi piramid tegak ialah jarak berserenjang dari tapak ke mercu.

GAMBARAJAH PIRAMID TEGAK.

3. Silinder.

. Silinder ialah pepejal yang keratan rentasnya berbentuk bulatan.

. Silinder tegak ialah pepejal yang keratan rentasnya seragam dan berbentuk bulatan.

GAMBARAJAH SILINDER.
4. Kon.

. Kon membulat tegak ialah pepejal yang mempunyai tapak yang bulat dan hanya mempunyai
satu permukaan condong.

. Tinggi kon adalah jarak dari mercu ke pusat bulatan tapak.

gambarajah kon.

5. Sfera.

. Sfera ialah pepejal yang semua titik pada permukaannya adalah sama dari satu titik tetap.

. Titik tetap itu dikenali sebagai pusat sfera.

. Sfera tidak mempunyai sisi dan bucu.

gambarajah sfera.

Bentangan.

1. Bentangan ialah bentuk dalam satu satah yang diperoleh dengan membuka dan meratakan
permukaan pepejal itu.

2. Bentangan sesuatu pepejal boleh mempunyai bentuk-bentuk yang berlainan.

contoh:
Pembinaan Geometri dengan menggunakan Alat Tepi Lurus dan Jangka Lukis.

1. Alat tepi lurus ialah alat pembinaan dengan tepi yang lurus.

2. Pembinaan geometri adalah lukisan tepat gambar rajah geometri yang memenuhi syarat-
syarat tertentu dengan menggunakan alat tepi lurus dan jangka sudut.

3. Tembereng garis ialah sebahagian garisan lurus di antara dua titik yang mempunyai
panjang yang tetap.

contoh:

AB ialah tembereng garis dengan panjang 4cm.


4. jika sesuatu garisan membentuk sudut 90 darjah dengan garisan lain, maka ia dikenali
sebagai garis berserenjang.

contohnya:

5. Sekiranya satu garisan membahagi satu garisan yang lain kepada dua bahagian yang sama,
maka ia dikenali sebagai pembahagi dua sama sesuatu garisan.
6. Pembahagi dua sama sudut ialah satu garisan yang membahagikan sudut itu kepada dua
sudut yang sama.
Category Archives: Bab 12 (Statistik I )
Bab 12 (Statistik I )

Anda mungkin juga menyukai