Anda di halaman 1dari 8

Buli bertentangan dengan Islam

OLEH SITI AINIZA KAMSARI'

PADA suatu pagi, melalui satu siaran radio, seorang ibu berkongsi pengalaman anak lelakinya
terpaksa pindah sekolah akibat menjadi mangsa buli secara beramai-ramai.

Tetapi sebelum itu, beliau melahirkan kekesalan iaitu ketika kesemua ibu bapa pelajar terlibat
dipanggil hadir memberi keterangan di balai polis, seorang ibu kepada yang membuli anaknya
sempat menyerangnya dengan pelbagai kata yang nista dan kurang manis di balai itu.

Si penyerang marah dengan tindakan beliau yang mahu kejadian buli ini dibawa ke pihak berkuasa
yang boleh menyebabkan masa depan anaknya terjejas.

"Saya sungguh terkejut dengan tindakan ibu kepada salah seorang pelajar yang membuli anak saya
itu. Saya tidak mengharap tetapi sepatutnya dia meminta maaf atas tindakan ganas anaknya itu.

"Tetapi saya pula menjadi mangsa kemarahannya. Namun yang lebih dikesali sehingga kini, tiada
sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang membuli anak saya itu, baik di peringkat sekolah,
kementerian termasuk apabila laporan polis dibuat. Kes jadi senyap begitu sahaja, sedangkan kesan
trauma yang dialami oleh anak dan kami sekeluarga sehingga kini masih lagi dirasai," katanya.

Kita hanya mampu mendengarkan luahan seperti ini walaupun mungkin si pemanggil sedikit
sebanyak berasa lega kerana dapat mengurangkan tekanan di dada apabila dapat meluahkan segala
yang terbuku di hati.

Tetapi hakikatnya di luar sana, kes-kes seperti ini kini tidak lagi seperti satu penyakit. Sebaliknya
seperti kian membarah apabila semakin kerap pelbagai tragedi buli dilaporkan.

Malah hakikat yang lebih pedih walaupun mungkin tidak benar, tetapi penglibatan para pelajar
Melayu atau lebih tepat lagi beragama Islam dilihat begitu menjuarai kes-kes buli ini.

Ini termasuk mencederakan pelajar lain menggunakan senjata tajam seperti lawi ayam, adakah
pelajar yang membawa senjata ini berada zon perang atau sedang berlatih seni mempertahankan
diri?

Pensyarah Pengajian Umum Universiti Kuala Lumpur Malaysia (UniKL), Norsazali Abdullah berkata,
buli ditakrifkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar
mengganggu seorang mangsa secara fizikal atau psikologi bagi satu jangka masa yang panjang.
"Seperti yang ditakrifkan oleh Hazler & Hoover (1993), tingkah laku ini berlaku berkali-kali sehingga
menjadi satu budaya yang zalim, yang menyebabkan mangsanya mengalami gangguan mental dan
fizikal yang berterusan.

"Apatah lagi jika ia berlaku di kalangan pelajar sekolah yang sepatutnya memanfaatkan masa muda
mereka dengan menuntut ilmu," katanya.

Namun soal beliau, mengapa gejala buli ini masih berlaku di kalangan pelajar kita? Adakah kerana
ibu bapa tidak menyemaikan rasa kasih sayang kepada anak-anaknya supaya anak-anak itu sentiasa
berkasih sayang terhadap orang lain?

"Atau pihak sekolah, guru-guru dan pendidik tidak menekankan soal hormat menghormati,
menghargai orang lain dan tanggungjawab terhadap dirinya dan kawan," katanya.

Persoalan-persoalan ini seperti ini timbul kerana apabila kes buli, ia saling berkaitan dan menyentuh
kepada banyak pihak.

"Hanya melalui kerjasama banyak ini sahajalah, masalah ini buli boleh dikekang malah sebenarnya
dapat terus dibanteras," katanya.

Pun begitu, Noorsazali melihat hubungan antara pelajar yang senior dengan junior perlu diserasikan
oleh pihak sekolah. Ia agar hubungan awal ini terbentuk dan terjalin dengan kasih sayang,
kemesraan, saling menghormati dalam satu ikatan ukhuwah yang terjalin erat.

"Bukan menyimpan perasaan bangga diri atau ego sebagai senior. Pelajar senior sepatutnya menjadi
contoh kepada pelajar junior yang baru memasuki alam hidup di asrama atau hidup berdikari,"
katanya.

Menurutnya, buli pada pandangan Islam adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan naluri dan
fitrah kejadian manusia di sisi Allah SWT.

"Islam bererti sejahtera dan salah satu sifat orang Islam ialah dia tidak memberi masalah kepada
saudara seIslamnya yang lain seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: Orang Islam ialah orang yang
saudara seIslamnya merasa aman daripada gangguan lidah dan tangannya," katanya.
Bahkan katanya, tiada satu agama pun di dunia ini yang mengizinkan kita menyakiti, mencederakan
dan membunuh seseorang tanpa sebab yang tertentu.

"Lantaran, penerapan sifat kasih sayang, tanggungjawab dan peranan diri dalam hidup
bermasyarakat perlu dipupuk dalam setiap diri pelajar sehingga merasakan dirinya tidak boleh hidup
tanpa bantuan serta pertolongan orang lain.

"Dalam masa yang sama, sifat-sifat iblis dan syaitan seperti angkuh, sombong, besar diri itu perlu
dibuangkan dalam diri agar kita menjadi seorang yang rendah diri sesuai dengan gelaran yang kita
pegang iaitu sebagai khalifah dan hamba Allah," katanya.

Namun pokok pangkalnya tegas beliau, pendidikan agama dalam keluarga perlu diperkukuhkan agar
anak-anak kita sentiasa berpegang dengan tatasusila dan akhlak Islam sama ada sesama rakan
sebaya mahupun orang yang lebih dewasa.

"Namun apabila kes buli berlaku di sekolah agama, apakah pendidikan agama yang mereka perolehi
di sekolah itu masih tidak cukup untuk menjadikan pelajar itu seorang yang baik dan tahu
menghormati hak orang lain? Untuk menjawab persoalan ini, satu kajian perlu dilaksanakan dengan
teliti bagi mendapatkan jawapan yang terbaik," katanya.

Jelas beliau, pendidikan yang disampaikan oleh para guru dan pendidik di sekolah agama begitu
hebat sekali, ditambah pula dengan kem motivasi hujung minggu atau motivasi musim cuti
persekolahan yang menekankan kemantapan rohani pada diri pelajar ini.

"Namun perlu kita melihat bagaimana pula dengan faktor persekitarannya, kerenah ibu bapa pelajar
ini di rumah, ajakan dan godaan rakan sebaya yang sekali gus ia telah mengenepikan segala
pendidikan baik yang diperolehi oleh pelajar ini.

"Pendidikan adalah satu proses yang panjang dan tidak boleh disamakan dengan kita membuat kuih
yang masukkan tepung dalam acuan, maka ia akan mengikut acuan itu sepenuhnya tanpa ada
kecacatan dan kekurangan," tambah Norsazali.

Imam al-Ghazali pula mengatakan pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada
pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik.

Menurut beliau lagi, seseorang pelajar yang nakal akan cukup hormat kepada guru atau wardennya
apabila kenakalannya itu dilayan dengan proses pendidikan yang penuh hikmah.
"Kekerasan dan kegarangan guru tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah, bahkan kita
bimbang, pelajar ini hanya akan hormat di depan guru, sebaliknya menyimpan perasaan dendam di
belakang gurunya.

"Ketegasan dan hikmah dalam memberi teguran amat penting agar pelajar tidak merasa dirinya
demoralise atau dimalukan dikhalayak ramai. Pujian dan kata-kata semangat yang diiringi dengan
nada keinsafan dari seorang pendidik atau guru amat penting bagi memberikan kesedaran kepada
pelajar-pelajarnya," katanya.

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#
ixzz58AmHelZ0

© Utusan Melayu (M) BhdSekilas 14 - Isu buli dan gangsterisme, sekolah bayangan ummah

Kita nak bicara pada pagi mengenai kes buli dan gangsterisme yang diperkatakan. Di akhbar dan
televisyen, satu demi satu pembongkaran masalah gangsterisme pelajar sekolah di dedahkan.

Tindakan yang diambil oleh pelajar senior adalah dengan memukul mangsa sehingga pengsan, luka,
patah dan ada yang sampai menemui ajal seolah-olah mereka penguasa tanpa batas di wilayah
mereka.

Apa yang penting untuk kaki pukul ini adalah melepaskan geram kepada junior dengan pukulan,
sepakan, tamparan, terajang dan sebagainya. Ini belum lagi tekanan psikologi dari ugutan-ugutan
yang melampaui batas yang keluar daripada mulut merekaIslam mengajar umatnya supaya
sentiasa berbuat baik dan menghormati sesama manusia. Al-Quran ada menceritakan
melalui firman ALLAH yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan
nikmat ALLAH (yang diberikannya) kepada mu, di waktu suatu kaum bermaksud hendak
memanjangkan tangannya kepada mu (untuk berbuat jahat), maka ALLAH menahan tangan
mereka dari kamu. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dan hanya kepada ALLAH sajalah
orang-orang mukmin itu harus bertawakal.” (Surah al-Maidah, ayat 11)

Terbaru, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat Sarawak, kes di Marang, Terengganu
yang melibatkan pelajar senior yang memukul junior dengan menghantukkan kepala ke tiang, di
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5, Wangsa Maju yang mana mangsa dipukul dalam bas
gara-gara terlanggar bahu kekasih salah seorang ahli kumpulan buli sekolah dan banyak lagi.
Saya tertarik dengan ulasan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya (PMAPIUM), Izzat Amin Mohd. Nasir mencadangkan masalah gangsterisme pelajar sekolah
bagi yang beragama Islam perlu ditangani dengan cara Islam.

Antara yang dicadangkan ialah suasana sekolah yang berlandskap Islamik contohnya; papan-papan
tanda yang memuji Allah SWT.

Ini cadangan yang baik, tetapi terdapat juga kes buli dan gangsterisme yang berlaku di sekolah-
sekolah agama yang penuh dengan papan tanda seperti itu. Mana silapnya.?

Sebenarnya, di peringkat anak-anak, seseorang itu bukan sahaja memerlukan pelajaran dan didikan.
Mereka memerlukan contoh untuk mereka ikuti.

Kadang-kala, contoh orang yang baik itu tidak dapat dilihatnya dihadapan mata mereka. Mereka
belajar teori akhlak, tetapi mereka tidak dapat melihat praktikal yang hidup di hadapan mata
mereka. Kes buli gangsterisme ini berlaku dari lapisan serendah hingga pada setingginya.

Kita mulakan dengan individu. Berapa ramai individu yang tidak memberi contoh kepada anak-anak
kecil. Berapa banyak perkataan kotor yang mereka dengar disekeliling mereka. Kadang-kala guru
juga memaki murid. Penjual di tepi jalan memaki orang, pemandu yang bergegas sering memaki
orang lain.

Di peringkat keluarga, berapa banyak kes buli berlaku di dalam rumah tangga. Ayah memukul ibu,
terajang, hamun dan sebagainya. Anak-anak melihat ayah mengabaikan ibu mereka, ada perempuan
simpanan dan sebagainya.

Di dalam masyarakat, berapa banyak kes buli di dalam masyarakat, tipu orang, kes along, kes rogol,
pecah rumah, bunuh dan sebagainya. Anak-anak boleh melihat contoh bergaduh disekelilling
mereka. Di TV, berapa banyak cerita yang mendidik? Cerita orang baik-baik dari Indonesia yang
dipaparkan pula penuh dengan khurafat, sihir, pari-pari, tahyul dan sebagainya. Mana contoh terbaik
buat mereka?

Di peringkat negara, banyak juga kes buli. Tak kira dari apa parti, kata-kata hamun berapa banyak
dicontohkan kepada umum. Jika pemimpin, tak kira dari apa parti sekalipun, memaki orang dan
dikeluarkan untuk paparan umum, berapa banyak anak-anak yang teridola menjadi pemimpin akan
merasakan, begini sikap yang perlu ada jika ingin menjadi pemimpin.
Di peringkat dunia, berapa banyak kes buli yang ada. Kes Israel dan Palestin, kes buli di penjara-
penjara dunia, kes buli dan gangsterisme pada negara-negara lemah.

Berapa banyak kes buli yang berlaku di sekeliling tempat. Sekolah hanyalah banyangan kepada
tempat lain.

Jika kita ingin memperbaiki keadaan ini, kita kena baiki banyak perkara. Kita lupa, anak-anak ini
mudah teridola dengan keadaan sekeliling mereka.

Semua pihak perlu saling berusaha memperbaiki keadaan. Lengkapkan kekurangan yang ada.
Bekerjasama untuk memperbaiki barah masyarakat ini. Jika bakal pemimpin akan datang ini, seorang
kaki buli di sekolahnya, cuba bayangkan jika dia melapisi kepimpinan nanti.

Semua lapisan masyarakat perlu dididik tanpa henti. Dari individu, keluarga, masyarakat, negara
sampai ummah perlu ada usaha memperbaiki mereka. Mungkin terlalu besar, ya.. tetapi usahanya
perlu dimulakan. Jika tidak sampai bila ia tidak akan dimulakan. Pada saya, untuk menjayakan usaha
memperbaiki ummah dan masyarakat ini, kita kena bedah peranan lima golongan terpenting di
dalam masyarakat.

1. Peranan pemimpin. Perlunya membuat dasar-dasar yang baik dengan bijaksana. Jika pemimpin
sudah tidak bijaksana, maka rosaklah masyarakat. Saidian Umar pernah mengatakan. "sekumpulan
singa yang dipimpin oleh seekor kambing akan dapat dikalahkan oleh sekumpulan kambing yang
diketuai oleh seekor singa. Jika pemimpin terlepas pandang di dalam usaha pembentukan pelapis
perjuangan ini, maka bangsa akan mengalami kehancuran.

Selain dari memaksimakan usaha lahiriah seperti kurangkan rancangan ganas di TV, usaha baiki
ekonomi negara untuk kebaikan rakyat, jika rakyat susah banyak kes jenayah berlaku seperti curi,
samun dan sebagainya, usaha rohani juga perlu dimaksimakan.

Berapa banyak sekolah yang ada kes buli diarahkan agar memperketatkan disiplin solat. Di dalam
solat ada satu doa yang wajib kita baca, jika tidak baca doa ini, tidak sah solat kita. Doa ini, Allah
letakkan di dalam surah al-Fatihah iaitu "Ihdinas Siratal Mustaqim" (hidayahkan kami jalan yang
lurus).

Orang yang menjaga solat bermakna telah mendoakan dirinya untuk dipimpin oleh Allah. Jika dia
tidak menjaga solat, bermakna dia tidak berdoa untuk menjadi baik bagi dirinya.

Sebab itu pesanan nabi terakhir sebelum kewafatan baginda ialah "aku wasiatkan kamu agar
peliharalah solat".
Bagi penganut agama lain, balikkan mereka pada moral dan nilai-nilai murni.(diedit)

2. Ulama dan pendakwah yang hebat perlu ada dan dirancang kewujudannya. Mereka perlu masuk
ke tengah masyarakat mendidik mereka. Jika pendakwah dan ulama mengampu dan tidak hebat,
maka tidak ada siapa yang boleh menegur masyarakat

3. Para amilin (pekerja) yang membangunkan kebaikan dari semua bidang. Pejuang-pejuang bidang
pendidikan, bidang ekonomi, bidang penyiaran dan sebagainya. Bangunkan sesuatu yang memberi
kebaikan bukan keuntungan semata-mata.

3. orang kaya yang perlu menginfakkan harta untuk program agama. Ada yang wajib seperti zakat
dan ada yang sunat seperti sedekah. Program agama di TV kadang-kala terbantut dengan kurangnya
penajaan. Begitu juga majlis-majlis yang memerlukan kepada sokongan kewangan.

5. Orang soleh yang sentiasa mendoakan. Orang soleh dari golongan ahli ibadat dan sufi tidak boleh
terpisah. Jangan ada gologan yang mengjhina ahli ibadah dan ahli sufi. Jangan pula ahli ibadah dan
ahli sufi memencilkan diri kerana rasa terhina di tengah masyarakat. Mereka perlu terus mendoakan
masyarakat. Peranan doa sangat penting di dalam perjuangan mendidik bangsa. Ia senjata
terampuh.

Jika kelima-lima gologan ini bersatu, maka insyaAllah, kita akan lihat proses memperbaiki generasi
muda akan mudah dilaksanakan. Ia ibarat ilma jari. Jika hanya satu jari yang berfungsi, ia mudah
dikepakkan. Tetapi, jika lima jari ini bersatu, digenggamkan, ia akan menjadi satu pertahanan yang
kuat dari serangan luar. Gengaman kesatuan ini menjadikan jari tadi menjadi buku lima yang hebat,
bukan sahaja untuk mempertahankan diri malahan untuk menolong orang lain. Semoga kesatuan
dapat dibentuk dan semoga dengan keikhlasan, Allah bantu segala usaha kita, amin..

Muhamad Abdullah

Putra Heights

Subang Jaya SelangIslam mengajar umatnya supaya sentiasa berbuat baik dan menghormati sesama
manusia. Al-Quran ada menceritakan melalui firman ALLAH yang bermaksud: “Hai orang-orang yang
beriman, ingatlah kamu akan nikmat ALLAH (yang diberikannya) kepada mu, di waktu suatu kaum
bermaksud hendak memanjangkan tangannya kepada mu (untuk berbuat jahat), maka ALLAH
menahan tangan mereka dari kamu. Dan bertaqwalah kepada ALLAH dan hanya kepada ALLAH
sajalah orang-orang mukmin itu harus bertawakal.” (Surah al-Maidah,

Gejala buli semakin di sekolah semakin membimbangkan masyarakat terutamanya ibu bapa. Pada
asasnya, gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli mental
ialah aktiviti buli yang melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejak, dan menyindir seseorang. Buli
fizikal pula melibatkan pukul-memukul dan sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan kepada
mangsa buli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli mendatangkan pelbagai kesan buruk
terutamanya kepada pelajar sekolah. Oleh itu, langkah-langkah yang sesuai perlu dilakukan untuk
mengatasi masalah buli di sekolah.

Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli akan
berasa takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli biasanya
bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu, mereka tidak
mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan menyuruh mereka
melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka membantah, mereka akan
dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli yang membawa kawan-kawannya untuk
membelasah pelajar yang dibuli. Bagi pelajar-pelajar perempuan pula, mereka suka menyindir dan
mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan ketakutan. Ini
menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa takut dan tidak berani datang ke sekolah lagi. Jelaslah
bahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli akan meningkat disebabkan
mereka takut datang ke sekolah.

Selain itu, kesan lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung telah
menyukarkan mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka juga sering
ketakutan dan sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri mereka.
Mereka akan menjadi pasif dan tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasi dengan rakan-rakan
dan guru-guru mereka. Mereka lebih suka menyendiri sambil memikirkan nasib mereka yang
malang. Hal ini demikian kerana mereka telah diugut supaya tidak melaporkan kejadian mereka
dibuli kepada ibu bapa dan guru. Jika mereka melaporkan pembuli mengancam akan melakukan
sesuatu yang lebih buruk ke atas diri mereka. Akibatnya, mereka selalu ponteng sekolah untuk
mengelakkan diri daripada dibuli. Ini menyebabkan prestasi akademik mereka merosot dan akhirnya
mereka gagal dalam peperiksaan.

Selanjutnya, gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk
membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Sudah terang lagi bersuluh,
mangsa buli biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan sepanjang masa. Berdasarkan kajian
dan bukti yang diperoleh, terdapat kes-kes yang tragik di mana mangsa buli telah membuat
keputusan bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan kesengsaraan mereka adalah dengan
membunuh diri sendiri. Sebagai contohnya, Vijah Singh yang berumur 13 tahun telah membunuh diri
di dalam rumahnya di Manchester, England. Di dalam diarinya dia telah mendedahkan
kesengsaraannya akibat dibuli. Diari tersebut mencatatkan bahawa wangnya dirampas pada hari
Isnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari Rabu pula baju uniform dikoyakkan, hari Khamis badannya
disimbah dengan darah, dan, hari Jumaat semuanya telah berakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat
kebebasan. Perkara ini menggambarkan bahawa kes buli yang keterlaluan boleh menyebabkan
mangsa buli hilang pertimbangan dan kewarasan sehingga tergamak untuk menamatkan nyawa
mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai