Anda di halaman 1dari 1

Aku merupakan organ yang terpenting dalam tubuh manusia.Warnaku putih dan kekuningan.

Aku
terletak di kepala manusia dan dilindungi oleh tengkorak yang keras.

Aku mempunyai beberapa jenis komponen yang terdiri daripada otak besar,otak kecil dan saraf
tunjang.Aku hanya mewakili 5% daripada keseluruhan berat badan manusia.Walau begitu,aku juga
mampu untuk menyimpan 15 trillion maklumat di dalam tubuhku.

Fungsiku adalah untuk berfikir.Aku dicipta untuk menyimpan segala memori dalam kehidupan
manusia.Selain itu,aku turut digunakan untuk menyelesaikan masalah kehidupan manusia.

Aku juga memerlukan makanan.Makananku ialah oksigen,glukosa dan garam mineral.Tanpa


makanan tersebut,aku tidak dapat berfungsi dengan baik.Aku sangat membencikan dadah,arak dan
minuman bergas kerana akan memudaratkanku.

Tidak ramai manusia mengetahui fungsi otak kanan dan kiriku.Otak kiriku merangsang kecerdasan
kademik seperti kecerdasan bahasa dan logik matematik.Otak kananku pula merangsang aktiviti
santai seperti muzik dan pergerakan tubuh.Manusia akan menjadi lebih cemerlang apabila
menggunakan kedua-dua belah otakku dengan baik.

Kini,sangat sedikit informasi tentang diriku telah diketahui oleh manusia.Justeru itu,aku berharap
kajian terhadap diriku dilakukan agar manusia lebih memahami kemampuan aku sebagai otak
manusia.

Anda mungkin juga menyukai