Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Antara faedah di perpustakaan ialah,kita sebagai seorang pelajar dapat mengisi masa lapang
dengan membaca.Mereka yang suka pergi ke perpustakaan untuk membaca pasti dapat
mengelakkan daripada diri terjebak ke dalam gejala sosial.Dari situ,murid akan menjadi seorang
pelajar yang cemerlang dan masa depan menjadi cerah.
Selain itu,kita juga dapat membentuk disiplin diri di perpustakaan.Ini kerana di perpustakaan
mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi seperti larangan membuat bising dan
memulangkan buku yang dipinjam mengikut tarikh.Dengan adanya peraturan ini,murid akan lebih
berdisiplin dan saling menghormati antara satu sama lain.
Di samping itu,kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa kita.Kita tidak perlu membeli buku di
kedai kerana sudah banyak buku disediakan di perpustakaan.Oleh itu,wang itu boleh disimpan untuk
kegunaan masa kecemasan atau membeli barang keperluan harian.