Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.b.

t dan salam muafakat Johor

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat
saya memberi sepatah dua kata dan saya amat berbangga kerana pada tahun ini sekali lagi
SK Taman Universiti 4, telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah
Cemerlang bagi tahun 2017.

Saya mewakili PIBG sekolah ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua
guru yang tidak jemu mendidik anak-anak murid kita sehingga berjaya seperti hari ini. Semoga
penghargaan ini akan meniup semangat yang lebih kepada murid-murid yang berjaya khasnya
dan kepada semua murid-murid di sekolah ini umumnya. Bagi pelajar yang belum berjaya jangan
putus asa kerana preskripsi kejayaan ialah rajin, tekun dan gigih berusaha. Usaha yang gigih
akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang pendidikan, masih
banyak lagi ruang serta peluang yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Dalam
hubungan ini, Persatuan Ibubapa dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam
menggalakkan ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sekolah,
yang pastinya akan membantu anak-anak untuk meningkatkan pencapaian dalam pendidikan,
kesukanan dan sahsiah selaras dengan agenda pendidikan negara dan Sarana PIBK terutama
sekali untuk mereka meneruskan kehidupan dalam era kecanggihan teknologi yang penuh
dengan cabaran.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
terutama kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-
anak murid semua kerana gandingan yang baik di antara Ibu Bapa dan semua guru serta
kakitangan sekolah memungkinkan kejayaan anak-anak ini kita pada masa hadapan seterusnya
kita boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sekian, terima kasih.

..............................................
(.............................)
YDP PIBG
SK Taman Universiti 4,

Anda mungkin juga menyukai